Tuesday, May 09, 2006

Sawan?

"Generalized idiopathic epilepsy."

Itu diagnostik doktor pakar HBKL 10 tahun lalu. Ketika itu, aku dalam tingkatan dua di Sekolah Alam Shah (SAS), Kuala Lumpur. Disebabkan itu, aku dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir (SMKSP), Sungai Petani supaya lebih dekat dengan keluarga.

Bagi orang yang bukan dari bidang perubatan, 'generalized' bermaksud serangan seluruh badan, 'idiopathic' bermaksud punca yang tidak diketahui dan 'epilepsy' ialah penyakit sawan. Maka, diagnostik tersebut bermaksud penyakit sawan seluruh badan yang tidak diketahui puncanya.

NOTA: Itu tafsiran aku saja. Aku bukan doktor. Untuk maklumat lanjut, sila google.

Penyakit aku ni bermula waktu aku tingkatan dua. Sebabnya tak diketahui.

Mungkin kerana 'concussion' yang aku alami dalam satu permainan bola sepak waktu kelas Pendidikan Jasmani. Aku jadi penjaga gol. Bola datang. Aku meluru ke depan dan berjaya tangkap bola. Pemain lawan yang sedang mengejar tak sempat brek, dan lutut beliau 'mencium mesra' kepala aku. Aku sedar dalam sickbay beberapa jam kemudian. Mungkin 'ciuman mesra' tersebut telah mengakibatkan sesuatu berlaku dalam kepala aku.

Itu satu teori.

Teori kedua dari seorang doktor di Hospital Besar Teluk Intan. Katanya, aku terlalu banyak berfikir. Saraf tunjang individu mempunyai had bilangan impuls tertentu. Sekiranya impuls ransangan melebihi had tersebut, otak akan bertindak balas dengan menghasilkan impuls respon dengan kadar yang tinggi secara rawak ke seluruh tubuh. Tindak balas mendadak tersebut mengakibatkan kekejangan otot.

Teori ini berdasarkan situasi aku ketika kali pertama serangan sawan berlaku. Aku terlalu aktif. Dalam tempoh dua minggu sebelum serangan pertama berlaku, aku terlibat dengan Pertandingan Nasyid peringkat Wilayah, wartawan Pesta Kriket dan Bola Keranjang Zon Tengah, pertandingan folio Sejarah, projek Geografi dan Cabaran BP. Mungkin disebabkan tekanan fizikal dan mental merangsang serangan tersebut.

Teori mana yang betul aku pon tak tahu. Mungkin dua2 betul. EEG dan Brain Scan tidak menunjukkan apa2 yang aneh.

Entahlah...

Yang aku tahu, setiap kali serangan berlaku, aku sakit seluruh badan. Akibat kesakitan tersebut, aku tak sedarkan diri. Perkara seterusnya yang aku tahu, aku terjaga dalam bilik rawatan dan badan aku sangat letih. Maka, aku pon tidur.

Orang pernah tanya, "Sakit ke?"
"Kau pernah cramp? Kalau pernah, bayangkan kau cramp satu badan," jawab aku dengan penuh gaya kemachoan.

Camtulah kot...

Ketika aku di SMKSP, serangan tersebut tak pernah berlaku. Mungkin sebab tekanan waktu tu kurang berbanding ketika berada di SAS.

Di SMKSP, aku tinggal di rumah. Aku berada di kalangan pelajar2 normal. Tak ada kelas 'prep'. Tak ada senior yang ganas. Tak ada warden yang garang. Ada anak2 gadis. (Haha.)

Di SAS, aku tinggal di asrama. Aku berada di kalangan pelajar2 yang abnormal. Rata2 semuanya bijak2. Yang 'terlebih' bijak pon ramai. Kelas 'prep' petang dan malam. Senior yang ganas dan kejam. Bayangkan 'enjut steng' (setengah asrama panggil 'scrambler') selama dua jam tengah2 malam. Juga 'komando' sepanjang koridor dan keliling dorm melalui bawah katil. Helikopter? Starlight? Pumping? Pumping 10 kali je. S-A-T-U-Sa-Tu-Satu, D-U-A... sampai sepuluh. Lepas tu, sampai sembilan, tiba2 pulak dia lost count. Mula balik dari satu.

Dan, di SAS, tiada anak2 gadis!

HAHAHA.

Aku ingatkan, hampir satu setengah tahun tanpa serangan ketika di SMKSP, aku sudah pulih. Aku pon berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor. Rupa2nya tak hilang lagi penyakit tersebut.

Ketika di Jenan, serangan tersebut berlaku lagi. Kejadian pertama di Jenan berlaku lepas aku ditengking oleh kawan sekelas aku, Anod, atas satu sebab yang aku pon tak ingat apa. Entah kenapa, sensitif benar aku malam tu. Rasa tertekan pulak lepas kena tengking. Aku pergi duduk layan perasaan sorang2 dekat tempat lepak senior sebelah tandas laki, dan tiba2 kepala aku sakit. Waktu tu, aku rasa takut penyakit aku datang balik. Lagi aku takut, lagi sakit kepala aku. Lepas tu, kejang. Lepas tu, dalam bilik rawatan dekat Hospital Jitra.

Uiks? Adeh...

Serangan epilepsy bermula semula. Beberapa serangan berlaku sepanjang tempoh aku di Jenan. Kak Mah, matron bilik sakit sekolah, berterusan suruh aku tukar sekolah waktu aku tingkatan empat. Aku dah pernah dikeluarkan sekali dari asrama, dan aku tak mahu dikeluarkan sekali lagi. Itu alasan yang aku berikan setiap kali dia suruh aku tukar sekolah. Bila aku dah naik tingkatan lima, dia tak suruh dah.

Ada sekali Kak Mah mengamuk sebab aku turut serta dalam latihan rentas desa, yang mengakibatkan serangan epilepsy pada malam tersebut.

Aku kena bebel dengan Kak Mah lepas aku sedar diri. Haha, sori Kak Mah.

Sebenarnya, aku nak jadi macam orang lain. Normal. Boleh buat apa saja aktiviti sesuka hati. Tapi, aku tak normal. Aku ada had tertentu. Aku cacat.

Itu semua pergolakan jiwa aku ketika itu.

Kadang2, timbul perasaan rendah diri yang amat sangat. Kadang2 sampai mempersoalkan kenapa aku dijadikan dalam keadaan begini.

"Kenapa aku? Kenapa tidak orang lain?" monolog aku di tengah2 malam. Nasib baik masih ada sekelumit iman yang melarang aku mempersoalkan qada' dan qadar Tuhan. Kalau tidak, tak tahulah apa yang nak jadi dengan aku ketika itu.

Akhirnya, aku mendapat jawapan yang aku cari selama ini. Dalam kitab hadith yang digunakan untuk tazkirah Maghrib, aku jumpa satu hadith tentang seorang wanita yang mempunyai penyakit sawan. Wanita tersebut minta Rasulullah doakan agar disembuhkan dari penyakit itu. Baginda cakap boleh doakan agar sembuh, tapi kalau beliau sabar, beliau akan masuk syurga.

Lalu, wanita itu meminta Rasulullah sekadar mendoakan agar aurat beliau tidak terbuka tiap kali beliau tidak sedarkan diri akibat penyakit tersebut.

Air mata aku menitis ketika membaca hadith berkenaan.

Sejak hari tu, aku dah tak ambil hati bila ada kawan2 yang panggil aku dengan gelaran 'Keras' atau membuat komen tentang keupayaan aku 'menghasilkan buih dengan tiba2'.

Walaupon aku nyaris2 tidak diterima ke dalam program Kejuruteraan Mekanikal di UTP disebabkan penyakit ini, aku sabar. Akhirnya, aku diterima walaupon batch kedua.

Walaupon tawaran kerja sebagai Machinery Engineer di Labuan dibatalkan sebab penyakit ini, aku masih bersyukur aku ditawarkan kerja sebagai Eksekutif HRM.

Dan, aku diterima menjadi suami oleh bini tersayang, dan sebagai menantu oleh ayah dan ibu mertua aku walaupon diberitahu tentang 'kelebihan' aku ni. Mereka tahu aku mungkin mewariskan penyakit ini kepada keturunan mereka nanti, tapi mereka menerima aku seadanya.
Terima kasih.

Sesungguhnya, tiada alasan untuk aku tidak bersyukur.

"It is not a curse, it is a gift."


p/s: Ish, gile tak best cerita pasal kisah penyakit aku nih. Kang ada yang tak puas ati cakap aku menagih simpati pulak. Tapi, Badruddin si Kurekure mengingatkan kisah lama dan Sang Semut pulak tanya, aku pon membuatlah karangan kisah hidup aku nih. Hua hua.

21 comments:

Ku Keng said...

Semalam saya terbaca definisi Imam al Ghazali tentang syukur:

Syukur ada menggunakan nikmat yang dianugerahi Allah SWT dengan melakukan perkara-perkara yang menjadi ketaatan kepadaNya.

Pegawai Khalwat said...

Panjang gila!

Nasib baik hang buat perenggan, kalau tak jangan harap aku nak baca.

Bab penyakit hang ni, terimalah sebagai satu kelebihan, bukan kelemahan.

Semua orang dalam dunia ni tak normal. Mesti ada cacat kat mana-mana. Kalau tak secara fizikal, secara spiritual. Kalau kita belajar berharmoni dengan apa saja yang orang anggap kelemahan pada kita, maka kita akan jadi normal.

Hah...
Yang best sebab hang mengingatkan aku tentang scrambler, helikopter, starlight, pumping, ketuk ketampi skim 350.

Boleh buat satu entri tentang ini saja.

Psss... mula-mula ingatkan hang nak cerita yang hang ni ada penyakit idiot.

Idiopathic dengar semacam idiot.

Anonymous said...

aku setuju
SAS tak best
langsung tak best!
hahaha

bila baca hang punyaxtvt yang entah lebih mcm menteri tu. aku rasa, aku pun boleh mampus.

nasib baik aku duk sekolah harian biasa. gadis pun ramai. hahaha

Anonymous said...

tuh ke yg berlaku mase kat exam hall? I heard that ko pengsan sort of. tapi xingat ye bape ar..

-normah-

marisa said...

/me shocked

sezzy: wow!

/nick sezzy is now known as epilepsi

blackpurple @ jowopinter said...

Ada hikmah tersembunyi disebalik 'penyakit' anda itu Sayuti...

Sayuti said...

tuan keng: betul tuan keng, syukur itu mendalam maksudnya. saya sekadar syukur ala Raihan.

tuan pegawai: penyakit idiot semua orang ada. ubatnya mencari ilmu.

saya memang menerima penyakit ini sebagai satu rahmat, dan cuba 'berharmoni' dengannya.

ron97: tapi, sas ada besnya. cuma itulah, takde anak2 gadis. haha

normdut: tu waktu final sem. kurang sejam sebelum masa habis.
aku stay up prepare presentation fyp. pastu pagi esoknya ada paper mpc. aku dapat D. nasib baik tak fail. kalau tak, tak grad lagi.

epilepsi:
/me kacak.

* Sayuti kacak.

/nick SiKacak

*** Sayuti is now known as SiKacak

abang jowo: banyak hikmahnya...

Anonymous said...

wah! real! saya pernah berhadapan dengan orang yang sakit macam anda. tapi, budak.

tips: jangan hurung, selit sesuatu dalam mulut dan selimutkannya. itulah yang saya tahu.

dulu pernah berlaku SSA vs SMC (sekolah sebelah tu) tak puas hati pasal SMC kalah main bola.

1993 kalau tak silap. saya pun turut sama merobohkan pagar SSA. dulu la.. dulu punya cerita. hahahaha!

tuan tanah said...

gitar,
saya pun pernah berhadapan dengan orang yang sakit itu. tapi bukan budak. perempuan, dalam lewat 30an kot. di kedai makan. semasa hujan. tiba-tiba pegang kerusi saya dan jatuh dan menggelupur di belakang saya. kaget saya. mujur ada orang yang lebih arif membantunya. yang saya tau cuma biarkan dia gigit benda yang keras macam sudu.

Sir Mute Key Chicks said...

maaf kalau soalan aku mengundang perasaan tidak senang dihati kamu yer encik HR.

Aku sekadar ingin mengetahuinya kerana adik perempuan aku juga sering begitu. Di tengah malam buta, orang lain sedang tidur nyenyak,
tiba-tiba..gedegang..gedegang..adik yang tengah kejang tuh mengetuk-ngetuk dinding seolah-olah meminta bantuan. Dan aku tau macammana perasaan kau bila orang mengata kau yang bukan-bukan.

dan aku juga berharap kau berdoa supaya keturunan kau nanti tidak mengalami nasib yang serupa dengan kau.

psst..cikgu gitar dah lekat..kau bila lagi..dengar kata abang botak selalu mendapat habuan..hahaha

Anonymous said...

Cayalah Sayut! Semoga semakin tabah...

Teringat kisah ada lelaki India dalam bas tiba2 sawan. Kawan2 saya yang juga berbangsa India cepat2 meminta saya memberikan kunci (masa tu suka simpan kunci rumah dalam poket). Kenapa? Sebab dalam filem Tamil, orang yang sawan biasanya diletakkan kunci di dalam mulut supaya tidak tergigit lidah. Tak pulak diorang guna sudu (sudu ni orang Melayu kot?) Entahlah...

Tapi alhamdulillah lelaki tu selamat.

Sayuti said...

cikgu nizam: saya SAS, bukan SSA. silap ni. tapi, nakal jugak cikgu waktu sekolah2 dulu ye. bahaye nih...

tuan tanah: bukan sudu saja, tapi apa2 benda yang boleh menghalang daripada mangsa tergigit lidah.

sang semut: takpe, tak amik hati pon. kirim salam sama adik perempuan anda.

saya belum ada rezeki lagi. tapi encik botak akan terus berusaha!

anonymous: terima kasih. tapi, sape ni?

Anonymous said...

5 1/2 tahun blaja same, aku tak penah tgk depan2 waktu 2 kali ko kene kat utp, semuanye dengar dr mulut org blake

harni said...

kecoh satu utp ada org pengsan masa final exam.. aku pn dgn lajunye scroll channel2 yg berkaitan.. lah sayut ke? baru aku paham apa maksud keras.. takpelah sayut..setiap org lain dugaannya..mungkin ko rasa dugaan ko lagi besar dr aku.. mungkin aku rasa dugaan aku lagi besar dr ko.. ape2 pun.. bersyukurla.. drpd ko mengidap PTSD mcm aku.. =)

Mama Pongkey said...

Hehehe anonymous tu saya. Tak leh log in pulak tadi.

sitilina said...

walaubagaimanapun abg uti adalah sorang yang best.

Sayuti said...

azhar: 4 kali kena kat utp. skali waktu 1st sem, 2nd waktu 2nd yr, 3rd lepas tarik tali 3rd yr, and last skali waktu final sem dalam exam hall. rasanya cam ada lagi... tapi tak ingat. huhu

harni: PTSD tu aper? malas nak google (kalu kmie, sah2 dia soh google je)

akak KKL: oh... biasalah tu, blogger. hehe.

alom: alom pon best jugak. tapi, kak erynn lebih best. hehe.

Anonymous said...

salam..sayuti??macam pernah dengar masa saya sekolah jenan dulu..batch bile eh?

Sayuti said...

anon: batch 9899.

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Personalized wedding stationery Subaru legacy sports tourer wheel cover big fat pussys Chrysler town & country commercial the best day of the pee ccaliforna isuzu dealer cialis 36 hours customize delta sigma theta license plate frames Iveco roof rack circuit breakers Make a recovery disk for win98se buffy the vampire slayer license plate frames Kawasaki license plate frames Volvo wiring Easton pilates

Anonymous said...

What a great site Zoloft opinions