Wednesday, May 03, 2006

Profesionalisme.

Rata2 pendapat menyatakan aku patut beli laptop secara tunai, seperti komen2 dalam entry aku sebelum ni. Tapi, kalau aku nak beli desktop pakai kad hutang cap HSBC pon, aku punya suka lah kan?

Bukan korang punya pon!

HAHAHA!

Sesungguhnya sungguh kurang ajar kalau aku cakap sedemikian.

Dan, kalau aku berhenti sampai 'HAHAHA' di atas saja, sudah pasti akan menimbulkan perasaan marah dan kurang senang kepada sesetengah pihak yang telah memberi komen secara ikhlas. Tak gitu?

Dalam urusan dan perbualan kita sehari2, kita harus bertutur dengan berhemah dan berhikmah. Kita harus mempunyai asas yang kukuh untuk mengeluarkan pendapat, dan bersedia untuk menerima keputusan pihak yang diberi kuasa membuat keputusan.

Kadang2 pendapat kita ditolak walaupon kita mempunyai asas2 yang kukuh. Kita rasa pendapat kita itu betul dan disokong dengan bukti2 dan hujah2 yang kukuh, serta dipersetujui oleh pelbagai pihak2 lain, tapi ditolak juga. Kita pasti sangat kecewa dengan pihak yang membuat keputusan tersebut.

Kita harus ingat, yang membuat keputusan itu yang akan dipertanggungjawabkan nanti. Tanggungjawab kita ialah memberi pendapat kita. Pendapat kita pula hendaklah berlandaskan ilmu pengetahuan, kepakaran dan hujah2 yang bernas dan berisi. Bukan sekadar cakap2 yang diolah mengikut emosi, sentimen peribadi, logik sendiri dan nafsu semata2.

Itu karya sastera. Kalau semua elemen di atas digabungkan, jadi karya seni.

Karya sastera dan seni adalah terbuka kepada persoalan dan kritikan. Tidak boleh dijadikan asas kepada keputusan, tapi, boleh mempengaruhi orang yang membuat keputusan.

Kita boleh mempertahankan pendapat kita selagi keputusan belum dibuat. Tapi, setelah keputusan dibuat, adalah lebih bijak kita menerima dengan hati terbuka selagi keputusan tersebut tidak bercanggah dengan hukum2 atau aturan2 yang lebih besar martabatnya dari perkara yang diputuskan. Meneruskan perdebatan hanya akan menimbulkan perbalahan, perpecahan dan konflik yang berpanjangan. Adalah lebih baik kita melihat ke hadapan dan memikirkan bagaimana keputusan yang telah dibuat dapat memberi manfaat kepada kita dan orang lain.

Masa yang akan menentukan sama ada keputusan itu salah atau betul. Kalau salah, yang membuat keputusan itu yang akan bertanggungjawab. Bukan kita.

Kita senyum puas hati je la kan? Dalam hati, "Tu laa... tanak dengar cakap aku. Kan dah..."

Betul tak? Hehe

Yang penting, semua orang tahu tanggungjawab masing2. Jangan mempersalahkan orang lain hanya kerana mereka tidak mempunyai pendapat yang sama dengan kita, dan hormatilah keputusan pihak yang dipertanggungjawabkan membuat keputusan. Mereka telah diamanahkan kuasa itu berdasarkan kredibiliti dan kriteria2 tertentu. Kalau tak, tak ke mana jadinya.

Macam aku lah tadi. Dari pagi bertengkar dengan Datin untuk mempertahankan pendapat aku. Datin tak setuju jugak. Kalaulah aku akur, takdelah sampai pukul 6.00 petang tadi baru habis. Satu kerja pon tak jadi.

Menyesal! Haha.

Moral: Never argue with your boss, because the boss is always right.

p/s: Aku belum putuskan sama ada nak beli desktop atau laptop. Tunai atau pakai kad kredit. Ada pro dan kontra. Dan aku menerima berita buruk dari bini tersayang tengahari tadi. Percutian ke Sidney telah ditangguhkan ke November pada saat2 akhir.

HUWAAA.

Maka, aku membuat keputusan untuk menggunakan cuti yang telah diluluskan untuk melawat Tok Wan. Dan, mungkin ke Langkawi selepas itu. Huu...

10 comments:

Anonymous said...

tambah satu lagi

jgn kutuk bos kat blog, sbb dia pon bleh bace

Anonymous said...

hahaha! jangan lawan bos, tak berkat..
pss.. 'blog link' anda, ada nombor, kenapa?

Pegawai Khalwat said...

Aku tak kira, aku tak peduli!

Aku nak hang beli CASH jugak!!

Ha ha ha ha....

Psss... kurang ajar kan aku ni?

Tapi bab bos, hang betul. Bos is always rite. Sebab dia bos, gaji dia lebih tinggi dari kita. Kalo nak dapat nama, dia.... kalo nak kena hentam pun, dia....

Kem Lambaian Danau said...

rule no. 1 = the boss is always right
rule no.2 = if the boss is wrong, refer to rule no. 1

hahaha

+++++++

beli cash dik, jgn berhutang

rule nak hidup senang :

pendapatan (gaji) - wang simpanan = wang yang boleh dibelanja.

Gudluck !

kak g

Sayuti said...

azhar: kutuk takpe, jangan kantoi. hehe.

cikgu nizam: bukan melawan. bertengkar je.

nombor dekat referrer list, saya rasa untuk indicate brapa 'hit' dari link tu. kot...

tuan pegawai: itulah itu.

kak g: itulah itu.

saya konfius jap tadi. dah pk betul2, wang simpanan = wang yang perlu disimpan dari jumlah pendapatan. kan?

Naim said...

betul tu, kalau dah dinamakan keputusan melalui mesyuarat, terima lah kesepakatan itu seadanya. Jika tidak mahu, apa guna bermesyuarat?

--- Naimisa ---

NONIE AZIZ said...

jgn lawan boss nanti bonus sikit!!ada kawan nak jual laptop second hand jenama Toshiba rege dia 1700 from New Zealand.kalau berminat bagitau..

Anonymous said...

Tidak lengkap iman seseorang mukmin itu sehingga dia meninggalkan berbantah-bantahan, walaupun apa yg dibantahkannya itu adalah kebenaran.

Ada kan sabda Rasulullah yang begini?

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... Digital print resolution Erectile dysfunction market porsche 944 forum Canadian power boating big mature boobs pics

Anonymous said...

best regards, nice info malpractice california