Wednesday, May 17, 2006

Pelatih.

Salah satu daripada dua belas peranan dan tanggungjawab utama aku dalam jawatan ini ialah menjadi penyelaras latihan industri untuk pelajar2 praktikal yang sedang menjalankan program ijazah di IPT masing2.

Baru2 ini, seorang kakitangan Syarikat telah menghantar resume anak saudara perempuannya yang sedang menuntut di sebuah universiti swasta di Cyberjaya untuk dipertimbangkan.

Universiti apa agaknya ek?

Aku teliti resume tersebut. Nama yang manis. Semanis gambar tuannya. Cuma, email yang diberikan menarik perhatian aku. Pelik. Ada unsur2 kesetanan.

Hmm...

Gatal pulak tangan aku nak menggoogle email tersebut. Ada beberapa hit. Tidak menghairankan untuk pelajar jurusan multimedia.

Hint nih! Universiti apa?

Aku pon mengklik satu link yang aku rasa paling relevan.

Humang!

Beberapa gambar anak gadis yang sama bersama teman2 beliau dengan pakaian yang mampu mengeluarkan darah dari hidung aku yang pervert ni. Dan, satu gambar yang memeranjatkan aku.

Gadis tersebut sedang berkucupan dengan seorang lelaki ala2 yang selalu kita tengok dalam filem2 Hollywood.

Teruja aku seketika.

Terbayang wajah bini tersayang, bibirnya. Nyum2

Eh, jap!

Aku tengok resume itu lagi. Status, bujang. Bangsa, Melayu. Agama, Islam.

Hmm... Nak kata bodoh, masuk universiti.

*Sigh*

Kalaulah nak buat perangai begitu pon, tak payahla tangkap gambar. Kalau nak tangkap jugak, tak payahla letak dekat internet. Kalau nak letak jugak, tak payahla letak email yang sama dalam resume.

Aku mengeluh sendiri. Agak2, apa agaknya akan jadi kalau aku tunjukkan gambar tersebut kepada bapa saudaranya?

*Sigh*

p/s: Aku dan bini tersayang akan bercuti panjang mulai esok sehingga 23/5/2006 untuk melawat Tok Wan dan ber'honeymoon' di Langkawi. Kemudian aku akan menghadiri workshop selama dua hari. InsyaAllah, Jumaat depan baru ada balik. Ta ta.

29 comments:

Anonymous said...

apa?? apa?? email dia?? hahaha!

saya rasa elok anda beritahu je bapa saudara dia tu, biar kena rotan!

Ku Keng said...

selamat berbulan madu

Pegawai Khalwat said...

Ni yang aku marah sangat ni!

Marah sangat-sangat ni!!

Awat tak bagi kat aku e-mail dia apa?

Psss.... aku pun curious macam Cikgu Gitar jugak. Apa e-mail dia?

Anonymous said...

huhuh, aku rasa it's morally right utk ko gtau pakcik dia

Anonymous said...

sayut, singgah lah kulim on the way gi alor star tuh. :P. Saje jek ko gi time aku busy eh. Xnak bagik aku ekut yek. :P

-normah-

Anonymous said...

patutkah aku malu kerana ada kawan mengaji tempat yg sama?

Bunga Rampai said...

Tanggungjawab bersama. Paling tidak beri nasihat melalui email.


Fantasia bulan madu :)
Selamat bercuti.

Salam.

loppiess said...

yut,
bagi je tau bapak saudara dia.

blackpurple @ jowopinter said...

Hmmmmm..masa buat projek kat cyberjaya dulu, pernah 'tertengok' adegan 18sx student kat salah satu U kat situ......

Selamat bercuti..!!!

Anonymous said...

weh, lebih baik ko bagi aku emel tu? aku bukan apa.. nak mengesahkan gambar tu tulen ke superimpose... LOL

oh ya, btw, nak ucapkan ko selamat berhornymoon di langkawi... ekeke

Anonymous said...

nyum2..

tuan tanah said...

Uishhh....

Anyway, selamat berbulan madu..

NONIE AZIZ said...

elok ko bagitau pakcik dia jer...muahahha....honeymoon??????

harni said...

takyah la btau sesape.. seelok2nye ko bg nasihat kt dia direct dan berdoa agar dia insap.. mintak Allah tlg betulkan balik org2 yg dh serong nih.. kirenye ko dh lepas tanggungjawab & x bersubahat lagi.. kalo bagitau pakcik nye pun, tah2 pakciknye pun serupe camne? tak ke dia ckp ko menyebuk hal org? dtg langkawi tu singgah la kangar..jenguk2 aku smbil bagi wang saku utk org yg lom keje nih.. :D

artisticklytouch said...

aramak kantoi plak dah...sayut, kalau kau nasihat, kebarangkalian dia akan memaki muka kau balik, aku cadangkan kau hantarkan email yang menggelakkan dia kaw-kaw wakakakkakaka kantoi! tak reti nak buat jahat, jangan la buat jahat... it's reverse psychology

eh, selamat berbulan madu... pastikan LEKAT yee

nett.nadia said...

agak2 kalau report kt pak menakan dia, apa yg jadik ah? habis2 pun dia kena marah ja. tapi hang? hmm...takut org cakap ko yg sebok2 nak campur hal org.

*btw, i explained why i tend to merepek these days in reply of the last comment dat u put in my blog.

Anonymous said...

ahahaah.aku yang pervert ni pon nak tau gak ape dia email dia tuh.
hahah

Anonymous said...

tak payahlaa bagitau uncle dia kot. kalau nak tegur, tegur je direct, jgn memalukan dia dgn pecahkan tembelang dia kat org lain. kalau hang boleh tinggal comment kat website dia tu, kasi laa comment kaw kaw punya...
tak pun, email kat dia: 'we regret to inform you that we are unable to accept you for internship because bla bla bla' & make sure hang mention pasal kesengalan dia yang tak boleh diterima sbg oleh syarikat. amacam?

Korakora said...

uih ye ke bujang?

Sya said...

Selamat Bercuti

Sir Mute Key Chicks said...

lamanya kawen baru nak hanimun.ni mesti kes lepas tgk gambar yang bukan-bukan nih.iskiskisk.pe nak jadi nih sayut.iskiskisk

Pejai MHM said...

sayut nak jd engineer..tapi jd pegawai HR plak laa semut...hihi
erk...nnt kalo nak dpt sorang lagi tu jangan lupa kasi tau k

Mohamad Nazmi Zaidi said...

Salam

oyy sayut, how is it goin' man? haha...waahh HRM sekarang..giler nyce..bila nak bawak aku jenjalan kat opis Tun? haha

by the way i've put ur page link in my blog. drop by sometime eyh? haha

take care bro

Anonymous said...

aku kekasih erin kat kuantan

Sayuti said...

cikgu nizam, pegawai khalwat, iwan, syukies: tokleh bitau. rahsia. private and confidential. 'sulit' dan 'persendirian'.

huhu

tuan keng, akak bunga rampai, akak PB, iwan, cik tuan tanah, kak sya: terima kasih. dah balik dah pon. huhu

azhar: morally... practically?

normdut: sori tak sempat singgah. bertolak lewat. balik pon lewat.

ron97: tak perlu. ramai yang baik2 di sana. cuma itulah, seekor kerbau membawa lumpur...

eh, tersamakan dengan kerbau pulak.

loppies, akak MR: sangat sukar untuk dilakukan.

harni, artisticklytouch, che nad, jojo: itulah itu.

bukunota: betul bujang. kebarangkalian itu suaminya telah dibuktikan tidak benar.

semut: aiseh, kantoi. shhh.

pejai: pandai la kau aku nak jadi engineer. hehe. aku nak jadi ircop je.

jack: insyaAllah. kalau nak link senang je, klik link ke blog aku dari blog ko. nanti automatik kuar kat bawah referer list. hehe. ofis Tun tinggi sangat, malas nak naik.

cerita selanjutnya:
aku menelefon bapa saudara beliau dan menyatakan dengan ikhlas bahawa tiada tempat yang sesuai untuk anak saudaranya di syarikat ini, berdasarkan jurusan yang diambil.

aku memasukkan resume berkenaan ke dalam sampul, stapler dan masukkan dalam tong surat untuk dihantar keluar.

Anonymous said...

ish rugi sungguh.. kalau tau.. mau aku dah amik masukkan dept. aku... heheh.

Anonymous said...

alah xsume bdk UTP baik2..... lg pun xyah la ckp bdk tu jahat ke ape.....ko pun pervert tahap tertinggi.

Sayuti said...

visualize: amiklah. jangan amik kesempatan, sudah.

si anu: tak cakap pon dia jahat. cuma kurang bijak.

se pervert2 saya pon, takde la nak tangkap gambar dan letak kat internet.

p/s: mohon maaf kalau ada pihak dari universiti yang sama tersinggung. memang tak sepatutnya reference ke universiti berkenaan dimasukkan. maaf.

Anonymous said...

best regards, nice info Download texas holdem games Slimming pills herbal Loi sur video surveillance computers graphics web templates dreamweaver Vacation properties timeshare for rent in surfside beach Cleveland lions football How to remove adware livechat