Monday, May 29, 2006

Fikir.

Ada yang bertanya, kenapa blog aku lebih banyak bercerita tentang kisah kehidupan aku sehari2 seperti sebuah dairi, daripada membincangkan isu2 semasa atau topik2 yang lebih memerlukan pemikiran yang kritikal?


Huh? Letak2 jari kat atas muka aku nih? Nak tido pon susah"HUH?"


Mereka juga bertanya, kenapa isi blog aku tiada kaitan dengan tema yang aku gunakan?

Ada juga yang bertanya, kenapa *geli2* sangat blog aku ni? Abang botaklah, guling2 lah, baywatch lah...

Aku pon tak tahu bagaimana nak jawab soalan2 tersebut, kerana soalan2 ini agak subjektif. Kadang2, orang lain memandang kisah2 aku secara kritikal dan mengutarakan soalan2 yang mendalam walaupon secara keseluruhannya, nampak ringan. Kadang2, orang lain dapat melihat tema yang aku gunakan berkaitan dengan isi dalam penulisan2 yang terkandung dalam blog ini. Kadang2, mereka faham kenapa tanda soal, tanda seru dan tanda noktah ditulis pada tajuk2 entri, juga pada tema blog ini sendiri.

Kadang2 lah.

Seperti yang aku katakan dulu, aku akan membaca tulisan orang lain sebelum menulis di blog sendiri. Selalunya, apa yang ingin aku tulis pada awalnya telah ditulis oleh orang lain. Jadi, aku tinggalkan komen saja di blog2 berkenaan.

Banyak sebenarnya yang aku fikirkan. Banyak juga yang ingin aku tuliskan. Selalunya, aku beritahu idea2 ini kepada bini tersayang ketika terdampar kepenatan selepas berguling2 berbual2 mesra dengan beliau. Walau bagaimanapon, ketika mahu memulakan penulisan di blog, aku mendapati, sama ada idea tersebut terlalu panjang untuk dihuraikan, atau agak rumit untuk diperjelaskan. Masa dan tenaga bukan di pihak aku, jadi, aku coret kisah kehidupan saja, dan cuba memasukkan elemen2 yang ingin ditulis tadi secara 'subtle' ke dalam penulisan tersebut.

Aku nak menulis dengan cara sinikal, atau kiasan, tapi takut disalah tafsir, lalu menjadi salah faham. Tidak semua orang dapat berfikir secara mendalam, terbuka dan meluas.

Pada pandangan aku, orang yang berfikiran mendalam, dapat berfikir secara teliti tentang sesuatu perkara sehingga dapat melihat apa yang tersirat dan tersurat di sebalik sesuatu. Malah, dapat memikirkan faktor2 yang mempengaruhi sesuatu perkara, dari dalam, luar dan di antara dalam dan luar. Juga, dapat memikirkan soal sebab dan akibat, faktor dan hasil serta soal apa dan kenapa.

Orang yang berfikiran terbuka ialah orang2 yang mampu menghormati pandangan orang lain, berfikir dari sudut yang berbeza2, yang mungkin bertentangan dengan fikiran sendiri tanpa melahirkan perasaan prejudis terhadap orang yang berlainan pandangan dengannya. Juga, beliau dapat menerima pandangan orang lain sekiranya pandangan tersebut lebih tepat. Dan, orang yang berfikiran terbuka sangat sukar untuk membuat kesimpulan dan keputusan terhadap sesuatu perkara yang samar.

Fikiran yang meluas pula adalah hasil daripada gabungan fikiran mendalam dan terbuka. Apabila sesuatu isu dilihat dari pelbagai segi secara mendalam, pandangan dan fikiran akan berkembang. Tindakbalas berantai ini membawa kepada pemikiran yang tidak terbatas. Dan, orang yang berfikiran luas tidak akan mengatakan orang lain berfikiran sempit.

Maka, aku tidak berfikiran luas, kerana mengatakan orang yang mengatakan orang lain berfikiran sempit, berfikiran sempit.

Hoho.

Ramai yang dapat berfikir secara mendalam, tapi tertutup. Ramai yang berfikir secara terbuka, tetapi singkat. Sebab itu, tidak ramai yang dapat berfikir secara meluas. Lebih ramai yang mampu berfikir secara mendalam berbanding yang mampu berfikir secara terbuka. Sebab itu, lebih ramai pakar dalam sesuatu bidang berbanding pemimpin yang berkaliber.

Oleh kerana tidak ramai boleh berfikiran secara terbuka, mendalam, dan meluas maka aku menulis dengan cara yang aku tulis, kerana seperti orang lain, aku juga gila populariti.

HAHAHA.

Sori, aku tak ada idea nak tulis sebenarnya.



p/s: Sila berfikir secara terbuka, mendalam dan meluas sebelum komen.


15 comments:

Pegawai Khalwat said...

"Apa yang kau merepek haaa syaitan?" - Ahmad Nisfu

blackpurple @ jowopinter said...

Blog anda, anda bebas dan berhak untuk menulis apa saja... Anda bercerita, pembaca mencari ertinya...

Mohamad Nazmi Zaidi said...

betullah tu.

adakalanya kita hanya menjadi mangsa orang2 yang bersenjatakan prejudis dan beraskarkan mereka2 yang teracun sama.

entah.

mungkin aku perlu lebih kerap berguling2.

Anonymous said...

guling: bekerja lebih masa untuk menambah rezeki. tidak mengapa. hahaha!

Pandang Dengar Diam said...

berguling?abang botak?geli2?well blog kita kan...kita tulis apa yg kita rasa...orang kenkadang tak rasa apa yg kita rasa dan kita pun tak rasa apa yang orang rasa...keep guling2 utk kesihatan....setuju ngan gitartong tambah rejeki...hehehe...

uDA said...

betol. sniri punya blog. sniri punya suka lah kan?

sayut...baca beberapa entri mu saja dah tau kamu ini baru kawen.

hahaa..

*aiman tak kesahhh*

Sayuti said...

pegawai khalwat: hentah!

abg jowo: takut disalahertikan pulak nanti.

jack: atau mungkin kita juga prejudis kepada mereka yang bersenjatakan prejudis itu?

kau tak boleh guling2 lagi jack. haha.

cikgu nizam: haha. berguling2 itu sendiri satu rezeki. :D

cuaca: itulah itu.

kak uda: betul. baru 0.5 (lebih2 sikit) tahun.

f00 said...

sayut,

kalau tiru tulisan tangan blogger lain, dikira apa ya?

plagiat?

kalau tiru topik kata?
minta pandangan.

amboi, sukar jadi pemikir. baik aku jadi pencinta. atau pelabur.

Bunga Rampai said...

Salam dik sayuti. Akak tengah pening nih :(

Unknown said...

Sayuti,

Nak komen sikit.

Kadang-kadang saya rasa komen sdr di blog orang lain lebih bagus dari tulisan sdr di blog sendiri.

NONIE AZIZ said...

kalau akak...wa punya blogg wa punyer sukerlah...akak pun gembira bila dapat tau adik sayuti sekarang sudah pandai berguling2. Manafaatkan pergulingan itu seperti yang Gitar Tong selalu buat..untuk menambah rezeki kelarga mmg digalak!!

tuan tanah said...

sayuti,
walaupun kamu ketiadaan idea. tulislah apa saja. supaya kamu tetap popular dan tidak dilupakan.
(petua daripada jones)

Sir Mute Key Chicks said...

erm..agak-agak para ahlil kabinet kita nih berfkiran meluas tak?

agak-agak je la ek?

sitilina said...

saya suka bergoyang.

Sayuti said...

f00: tiru gaya tulisan, rasanya ok kot. tiru topik pon, takpa. sebab pandangan berbeza2.

kalau tiru isi, dan menggunakan ayat yang sama tanpa memberi kredit kepada penulis asal, itu baru plagiat.

nak jadi pemikir universal, memang sangat sukar. tapi, kalau nak jadi pemikir yang spesifik, mudah sikit.

pemikir sebenar jarang menulis atau mengkritik. mereka lebih senang duduk diam dan memerhati.

aku bukan pemikir. aku seorang suami yang bekerja sebagai eksekutif HR.

akak bunga rampai: nak paracetemol? huhu.

jiwa rasa: terima kasih. saya sekadar menambah2 saja bila mengomen di blog orang. saya sekadar menumpang.

akak MR: baiklah!

cik tuan tanah: itulah itu.

sang semut: ahli kabinet yang mana satu tu?

adek: blajarlah dari sumber lain. blajar dari pengalaman lah nanti.

haha

alom: saya suka goyang perut.

dan berguling2.