Thursday, May 11, 2006

Belum.

PEMBERITAHUAN: Bukan untuk bacaan umum. Tidak sesuai untuk orang2 yang belum berkahwin.

Tapi, kalau nak baca jugak, lantak le! Haha

"Kalau suami 'sampai' dulu, anak perempuan. Kalau isteri 'sampai' dulu, anak lelaki," kawan aku, Rahimi 'Castello' bagi tips menentukan jantina anak.

Pandailah dia, padahal dia tak kawen lagi pon.

Haha.

"Amacam persediaan? Dah ready?" usik kawan2 sebelum kahwin, sambil menjeling ke arah perut aku, bawah sikit.
"Dah..." aku menjawab, sambil menggenggam tangan gaya 'Saya Boleh!'
"Malam pengantin, mampu?" usik mereka lagi.
"Eh, aku kan sharp shooter! Haha," aku membalas usikan dengan gaya penuh yakin.

Yang pernah main Counter-Strike dengan aku akan membalas, "Sharp shooter? Kau fluke!"

Aku akan menjawab, "Tapi, pisau aku tajam..."

Dan kami gelak besar.

Aku tahu mereka akan gelak kerana reputasi aku dalam permainan multiplayer tersebut. Aku adalah pemain paling banyak memisau (dan cuba memisau) walaupon memiliki frag terendah.

Jawapan aku tersebut juga punya dua makna.

Hehe.

Lewat tengah malam hari pernikahan, seorang teman menghantar sms tahniah sambil mengusik:

'amacam?'

Aku membalas dengan sms berbunyi:

'anak laki kembar tiga!'

HAHAHA

*sigh*

Walau bagaimanapon, sehingga kini belum ada rezeki lagi. Mungkin sebab kata2 aku tersebut agaknya. Tuhan nak mengingatkan aku.

MORAL: Jangan cakap besar!

Aku insaf.

Dan, malam ini malam Jumaat. Esok pulak cuti. Aku senyum penuh makna menanti bas dari Kuantan tiba.
Abang botak, jangan berdiri lagi. Masanya belum tiba.

p/s: Selamat bercuti. Aku nak ke Batu Pahat, melawat mertua.

16 comments:

nett.nadia said...

sayuti gila!!!

hang patut letak symbol 21SX besar2 kat blog ni.

Anonymous said...

huu...
sedihnye aku masih bujang...

Sir Mute Key Chicks said...

kan dah ada pembaca yang melenting.

kan ker dah diletakkan amaran di atas sekali tuh.hehe.

kau.sayuti.ubah font amaran itu kepada font 20.hahaArial black.

*emoticon gelak-gelak sambil cekak pinggang*

harni said...

sedih jugak.. lagi sedih sbb calon pun xde.. ko xpe la azhar..calon dh tunggu tu.. kumpul2 duit jalan je terus..agak2 x sabar hutang la dulu.. hehe..

Anonymous said...

insyaallah ada rezekilah tu nanti. kena rajin 'overtime'. hahaha!

ps: saya susah hati bila orang rumah sakit2 dan loya. kasihan juga. kalau sakit tu boleh dipindahkan pada saya. saya sanggup. kasihan.. kasihan..

sitilina said...

hurmm~~~ ARGH! tensen2.

Snubby, Don of Anime said...

Nak anak? Senang saje. Pindah rumah tepi landasan keretapi. Insya Allah berjaya. Ramai orang dah buat camni, banyak anak diorang. Testimoni pon ade. Huhuhu.

Dan jangan lupa minyak lintah.. hehehe (aku blushing keseorangan).

blackpurple @ jowopinter said...

Balik BPahat jangan lupa makan nasi beryani Md Shah kat Peserai tu sayut...... kaw..!

ps: tersenyum baca cerita note pasal abang b***k tu ....hehehe

Bunga Rampai said...

Salam. :)

Anonymous said...

ko nye bini tak pernah bendera merah ke, tiap2 minggu on aje..beruntung ko!

Pegawai Khalwat said...

Lucah betoi hang ni.

Ingat, anak tu rezeki dari-Nya. Nafkah tu yang lebih penting. Jangan pulak bagi nafkah ingat nak anak saja.

Pss... Kamasutra mau ka? Jangan lupa tengok TV3 tiap malam untuk episod Kamasutra.

Sayuti said...

che nad: kan ada warning tu. haha.

azhar: kemon, rina menanti penuh sabar tu.

sang semut: che nad memang begitu. dia tak marah tu pon. pipi dia je yang merah.

harni: tu laa. dulu aku kenen2 kan ngan sape tah, tak nak. aku pon dah lupa dgn sape aku kenen2 kau dulu.

cikgu nizam: overtime dah selalu di hujung minggu. tapi, weekday cuti.

memang kesian kalau tengok isteri mengandungkan anak pertama. apa pon kita sanggup lakukan. cuma kita kena beringatlah, berat mata memandang, berat lagi perut memikul.

alom: jangan tensen2. sabar. lagi dua bulan je kan?

lan: haha. mana kau dapat info2 nih? kalau sebelah stesen LRT camne? berkesan tak?

abg jowo: bapak mertua saya pandai masak nasik beriani. dia selalu masak untuk kenduri kecil2 saudara mara terdekat. berbakat sungguh bapak mertua saya ni.

hari tu dia kata dia dah boring makan nasik beriani. maka, dia bawak kami sekeluarga pergi makan mi bandung.

akak bunga rampai: salam :D

drivenfaroff: banyak kali dah. sila rujuk entry2 terdahulu.

pegawai khalwat: mana ada lucah. sekadar berseni.

hehe

dah ada e-book. tapi, jarang nak mentelaah.

dah termiss beberapa episod. jadi, tak sronok nak tengok sebab tak tahu flow cerita.

anggerik merah said...

Sayuti, kelakar one!

Masih baru lagi. Bersabar and berdoa. and relax..

Read yr previous entry. Proud of you for accepting it. Also yr wife and family. Banyak hikmah disebaliknya.

Anonymous said...

aiseh sayuti... menyesal gue tak mengendahkan amaranmu...

dahlaa i sat at the wrong table during lunch semlm... satu meja tu akak2 yg dah kahwin, sembang pasal childbirth, 1st nite bla bla bla... last2 mintak maaf byk2, sy pindah meja laa ye...

hari ni pun terkena lagi... hang ni, patut bubuh besaq siket warning tu, siap kaler merah... ini ciput mcm amaran kjaan msia atas kotak rokok... huhu...

snubby: apa kaitan landasan ketapi dgn kesuburan?

artisticklytouch said...

READY...AIM...SHOOT!!!

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Naia baseball photo Applied bank card teen lesbian thumb gallery