Monday, May 29, 2006

Fikir.

Ada yang bertanya, kenapa blog aku lebih banyak bercerita tentang kisah kehidupan aku sehari2 seperti sebuah dairi, daripada membincangkan isu2 semasa atau topik2 yang lebih memerlukan pemikiran yang kritikal?


Huh? Letak2 jari kat atas muka aku nih? Nak tido pon susah"HUH?"


Mereka juga bertanya, kenapa isi blog aku tiada kaitan dengan tema yang aku gunakan?

Ada juga yang bertanya, kenapa *geli2* sangat blog aku ni? Abang botaklah, guling2 lah, baywatch lah...

Aku pon tak tahu bagaimana nak jawab soalan2 tersebut, kerana soalan2 ini agak subjektif. Kadang2, orang lain memandang kisah2 aku secara kritikal dan mengutarakan soalan2 yang mendalam walaupon secara keseluruhannya, nampak ringan. Kadang2, orang lain dapat melihat tema yang aku gunakan berkaitan dengan isi dalam penulisan2 yang terkandung dalam blog ini. Kadang2, mereka faham kenapa tanda soal, tanda seru dan tanda noktah ditulis pada tajuk2 entri, juga pada tema blog ini sendiri.

Kadang2 lah.

Seperti yang aku katakan dulu, aku akan membaca tulisan orang lain sebelum menulis di blog sendiri. Selalunya, apa yang ingin aku tulis pada awalnya telah ditulis oleh orang lain. Jadi, aku tinggalkan komen saja di blog2 berkenaan.

Banyak sebenarnya yang aku fikirkan. Banyak juga yang ingin aku tuliskan. Selalunya, aku beritahu idea2 ini kepada bini tersayang ketika terdampar kepenatan selepas berguling2 berbual2 mesra dengan beliau. Walau bagaimanapon, ketika mahu memulakan penulisan di blog, aku mendapati, sama ada idea tersebut terlalu panjang untuk dihuraikan, atau agak rumit untuk diperjelaskan. Masa dan tenaga bukan di pihak aku, jadi, aku coret kisah kehidupan saja, dan cuba memasukkan elemen2 yang ingin ditulis tadi secara 'subtle' ke dalam penulisan tersebut.

Aku nak menulis dengan cara sinikal, atau kiasan, tapi takut disalah tafsir, lalu menjadi salah faham. Tidak semua orang dapat berfikir secara mendalam, terbuka dan meluas.

Pada pandangan aku, orang yang berfikiran mendalam, dapat berfikir secara teliti tentang sesuatu perkara sehingga dapat melihat apa yang tersirat dan tersurat di sebalik sesuatu. Malah, dapat memikirkan faktor2 yang mempengaruhi sesuatu perkara, dari dalam, luar dan di antara dalam dan luar. Juga, dapat memikirkan soal sebab dan akibat, faktor dan hasil serta soal apa dan kenapa.

Orang yang berfikiran terbuka ialah orang2 yang mampu menghormati pandangan orang lain, berfikir dari sudut yang berbeza2, yang mungkin bertentangan dengan fikiran sendiri tanpa melahirkan perasaan prejudis terhadap orang yang berlainan pandangan dengannya. Juga, beliau dapat menerima pandangan orang lain sekiranya pandangan tersebut lebih tepat. Dan, orang yang berfikiran terbuka sangat sukar untuk membuat kesimpulan dan keputusan terhadap sesuatu perkara yang samar.

Fikiran yang meluas pula adalah hasil daripada gabungan fikiran mendalam dan terbuka. Apabila sesuatu isu dilihat dari pelbagai segi secara mendalam, pandangan dan fikiran akan berkembang. Tindakbalas berantai ini membawa kepada pemikiran yang tidak terbatas. Dan, orang yang berfikiran luas tidak akan mengatakan orang lain berfikiran sempit.

Maka, aku tidak berfikiran luas, kerana mengatakan orang yang mengatakan orang lain berfikiran sempit, berfikiran sempit.

Hoho.

Ramai yang dapat berfikir secara mendalam, tapi tertutup. Ramai yang berfikir secara terbuka, tetapi singkat. Sebab itu, tidak ramai yang dapat berfikir secara meluas. Lebih ramai yang mampu berfikir secara mendalam berbanding yang mampu berfikir secara terbuka. Sebab itu, lebih ramai pakar dalam sesuatu bidang berbanding pemimpin yang berkaliber.

Oleh kerana tidak ramai boleh berfikiran secara terbuka, mendalam, dan meluas maka aku menulis dengan cara yang aku tulis, kerana seperti orang lain, aku juga gila populariti.

HAHAHA.

Sori, aku tak ada idea nak tulis sebenarnya.



p/s: Sila berfikir secara terbuka, mendalam dan meluas sebelum komen.


Friday, May 26, 2006

Pendek.

bini tersayang depan tugu Lang ditangkap dengan kamera telefon
Nak menulis, tapi penat dan malas.

Percutian? Tiada yang menarik untuk diceritakan.

Hari pertama di Langkawi; Sampai dah petang. Sewa kereta. Check-in di hotel. Guling2. Dah malam. Keluar makan ikan bakar. Pergi jalan2 di dataran Lang (gambar). Balik bilik, guling2 lagi.

Hari kedua; Sarapan buffet di hotel. Guling2. Petang, keluar beli belah. Balik hotel, sempat guling2. Malam, keluar makan ikan bakar lagi. Balik bilik, tak guling2. Penat.

Hari ketiga; Sarapan buffet di hotel. Nak pergi berenang di kolam renang hotel yang dikatakan terpanjang di Asia Tenggara, tapi hujan. Lalu berenang kuak guling2. Tengahari, hujan berhenti. Telefon receptionist, late check-out. Kena bayaran tambahan. Guling2 sebentar, kemudian pergi berenang. Check-out. Pergi beli belah, dan balik.

Sampai Kuala Kedah, dah malam. Bertolak balik. Singgah makan ikan bakar lagi. Pukul 12.00 malam baru di Bukit Merah. Singgah R&R. Penat. Check-in Highway Hotel. Tak guling2.

Esoknya, pukul 12 tengahari sambung perjalanan. Singgah Ipoh. Menonton Da Vinci Code di TGV, Kinta City. Kemudian balik.

Sekian. Ha ha.

p/s: MALASNYA!

Wednesday, May 17, 2006

Pelatih.

Salah satu daripada dua belas peranan dan tanggungjawab utama aku dalam jawatan ini ialah menjadi penyelaras latihan industri untuk pelajar2 praktikal yang sedang menjalankan program ijazah di IPT masing2.

Baru2 ini, seorang kakitangan Syarikat telah menghantar resume anak saudara perempuannya yang sedang menuntut di sebuah universiti swasta di Cyberjaya untuk dipertimbangkan.

Universiti apa agaknya ek?

Aku teliti resume tersebut. Nama yang manis. Semanis gambar tuannya. Cuma, email yang diberikan menarik perhatian aku. Pelik. Ada unsur2 kesetanan.

Hmm...

Gatal pulak tangan aku nak menggoogle email tersebut. Ada beberapa hit. Tidak menghairankan untuk pelajar jurusan multimedia.

Hint nih! Universiti apa?

Aku pon mengklik satu link yang aku rasa paling relevan.

Humang!

Beberapa gambar anak gadis yang sama bersama teman2 beliau dengan pakaian yang mampu mengeluarkan darah dari hidung aku yang pervert ni. Dan, satu gambar yang memeranjatkan aku.

Gadis tersebut sedang berkucupan dengan seorang lelaki ala2 yang selalu kita tengok dalam filem2 Hollywood.

Teruja aku seketika.

Terbayang wajah bini tersayang, bibirnya. Nyum2

Eh, jap!

Aku tengok resume itu lagi. Status, bujang. Bangsa, Melayu. Agama, Islam.

Hmm... Nak kata bodoh, masuk universiti.

*Sigh*

Kalaulah nak buat perangai begitu pon, tak payahla tangkap gambar. Kalau nak tangkap jugak, tak payahla letak dekat internet. Kalau nak letak jugak, tak payahla letak email yang sama dalam resume.

Aku mengeluh sendiri. Agak2, apa agaknya akan jadi kalau aku tunjukkan gambar tersebut kepada bapa saudaranya?

*Sigh*

p/s: Aku dan bini tersayang akan bercuti panjang mulai esok sehingga 23/5/2006 untuk melawat Tok Wan dan ber'honeymoon' di Langkawi. Kemudian aku akan menghadiri workshop selama dua hari. InsyaAllah, Jumaat depan baru ada balik. Ta ta.

Monday, May 15, 2006

Guru.

Aku sebenarnya sangat penat sejak semalam. Mood untuk menulis tu takde. Tapi, memandangkan hari ni hari yang istimewa untuk mereka yang mempunyai profesion mengajar seperti Cikgu Nizam Rusli, aku gagahkan jugak untuk coret sedikit.

Ikhlas dari aku untuk kalian.

Guru,
Kenalkan dunia baru
Jelaskan yang keliru
Damaikan yang celaru
Menanam cita-cita
untuk kami buru
Tidak jemu menyeru
Jangan jemu menuntut ilmu
Agar hidup kami
Tidak haru biru

Untuk itu,
Kami ucap penghargaan
Terima kasih...

p/s: Selamat Hari Guru buat semua guru2. Aku sebenarnya nak letak lagu background, tapi besar sangat pulak file dia. Pastu, hourly bandwith geocities pulak sikit. So, sape2 nak lagu tersebut boleh cuba download di sini: http://www.geocities.com/msayuti/guru-mirwana.wma

Thursday, May 11, 2006

Belum.

PEMBERITAHUAN: Bukan untuk bacaan umum. Tidak sesuai untuk orang2 yang belum berkahwin.

Tapi, kalau nak baca jugak, lantak le! Haha

"Kalau suami 'sampai' dulu, anak perempuan. Kalau isteri 'sampai' dulu, anak lelaki," kawan aku, Rahimi 'Castello' bagi tips menentukan jantina anak.

Pandailah dia, padahal dia tak kawen lagi pon.

Haha.

"Amacam persediaan? Dah ready?" usik kawan2 sebelum kahwin, sambil menjeling ke arah perut aku, bawah sikit.
"Dah..." aku menjawab, sambil menggenggam tangan gaya 'Saya Boleh!'
"Malam pengantin, mampu?" usik mereka lagi.
"Eh, aku kan sharp shooter! Haha," aku membalas usikan dengan gaya penuh yakin.

Yang pernah main Counter-Strike dengan aku akan membalas, "Sharp shooter? Kau fluke!"

Aku akan menjawab, "Tapi, pisau aku tajam..."

Dan kami gelak besar.

Aku tahu mereka akan gelak kerana reputasi aku dalam permainan multiplayer tersebut. Aku adalah pemain paling banyak memisau (dan cuba memisau) walaupon memiliki frag terendah.

Jawapan aku tersebut juga punya dua makna.

Hehe.

Lewat tengah malam hari pernikahan, seorang teman menghantar sms tahniah sambil mengusik:

'amacam?'

Aku membalas dengan sms berbunyi:

'anak laki kembar tiga!'

HAHAHA

*sigh*

Walau bagaimanapon, sehingga kini belum ada rezeki lagi. Mungkin sebab kata2 aku tersebut agaknya. Tuhan nak mengingatkan aku.

MORAL: Jangan cakap besar!

Aku insaf.

Dan, malam ini malam Jumaat. Esok pulak cuti. Aku senyum penuh makna menanti bas dari Kuantan tiba.
Abang botak, jangan berdiri lagi. Masanya belum tiba.

p/s: Selamat bercuti. Aku nak ke Batu Pahat, melawat mertua.

Tuesday, May 09, 2006

Sawan?

"Generalized idiopathic epilepsy."

Itu diagnostik doktor pakar HBKL 10 tahun lalu. Ketika itu, aku dalam tingkatan dua di Sekolah Alam Shah (SAS), Kuala Lumpur. Disebabkan itu, aku dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir (SMKSP), Sungai Petani supaya lebih dekat dengan keluarga.

Bagi orang yang bukan dari bidang perubatan, 'generalized' bermaksud serangan seluruh badan, 'idiopathic' bermaksud punca yang tidak diketahui dan 'epilepsy' ialah penyakit sawan. Maka, diagnostik tersebut bermaksud penyakit sawan seluruh badan yang tidak diketahui puncanya.

NOTA: Itu tafsiran aku saja. Aku bukan doktor. Untuk maklumat lanjut, sila google.

Penyakit aku ni bermula waktu aku tingkatan dua. Sebabnya tak diketahui.

Mungkin kerana 'concussion' yang aku alami dalam satu permainan bola sepak waktu kelas Pendidikan Jasmani. Aku jadi penjaga gol. Bola datang. Aku meluru ke depan dan berjaya tangkap bola. Pemain lawan yang sedang mengejar tak sempat brek, dan lutut beliau 'mencium mesra' kepala aku. Aku sedar dalam sickbay beberapa jam kemudian. Mungkin 'ciuman mesra' tersebut telah mengakibatkan sesuatu berlaku dalam kepala aku.

Itu satu teori.

Teori kedua dari seorang doktor di Hospital Besar Teluk Intan. Katanya, aku terlalu banyak berfikir. Saraf tunjang individu mempunyai had bilangan impuls tertentu. Sekiranya impuls ransangan melebihi had tersebut, otak akan bertindak balas dengan menghasilkan impuls respon dengan kadar yang tinggi secara rawak ke seluruh tubuh. Tindak balas mendadak tersebut mengakibatkan kekejangan otot.

Teori ini berdasarkan situasi aku ketika kali pertama serangan sawan berlaku. Aku terlalu aktif. Dalam tempoh dua minggu sebelum serangan pertama berlaku, aku terlibat dengan Pertandingan Nasyid peringkat Wilayah, wartawan Pesta Kriket dan Bola Keranjang Zon Tengah, pertandingan folio Sejarah, projek Geografi dan Cabaran BP. Mungkin disebabkan tekanan fizikal dan mental merangsang serangan tersebut.

Teori mana yang betul aku pon tak tahu. Mungkin dua2 betul. EEG dan Brain Scan tidak menunjukkan apa2 yang aneh.

Entahlah...

Yang aku tahu, setiap kali serangan berlaku, aku sakit seluruh badan. Akibat kesakitan tersebut, aku tak sedarkan diri. Perkara seterusnya yang aku tahu, aku terjaga dalam bilik rawatan dan badan aku sangat letih. Maka, aku pon tidur.

Orang pernah tanya, "Sakit ke?"
"Kau pernah cramp? Kalau pernah, bayangkan kau cramp satu badan," jawab aku dengan penuh gaya kemachoan.

Camtulah kot...

Ketika aku di SMKSP, serangan tersebut tak pernah berlaku. Mungkin sebab tekanan waktu tu kurang berbanding ketika berada di SAS.

Di SMKSP, aku tinggal di rumah. Aku berada di kalangan pelajar2 normal. Tak ada kelas 'prep'. Tak ada senior yang ganas. Tak ada warden yang garang. Ada anak2 gadis. (Haha.)

Di SAS, aku tinggal di asrama. Aku berada di kalangan pelajar2 yang abnormal. Rata2 semuanya bijak2. Yang 'terlebih' bijak pon ramai. Kelas 'prep' petang dan malam. Senior yang ganas dan kejam. Bayangkan 'enjut steng' (setengah asrama panggil 'scrambler') selama dua jam tengah2 malam. Juga 'komando' sepanjang koridor dan keliling dorm melalui bawah katil. Helikopter? Starlight? Pumping? Pumping 10 kali je. S-A-T-U-Sa-Tu-Satu, D-U-A... sampai sepuluh. Lepas tu, sampai sembilan, tiba2 pulak dia lost count. Mula balik dari satu.

Dan, di SAS, tiada anak2 gadis!

HAHAHA.

Aku ingatkan, hampir satu setengah tahun tanpa serangan ketika di SMKSP, aku sudah pulih. Aku pon berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor. Rupa2nya tak hilang lagi penyakit tersebut.

Ketika di Jenan, serangan tersebut berlaku lagi. Kejadian pertama di Jenan berlaku lepas aku ditengking oleh kawan sekelas aku, Anod, atas satu sebab yang aku pon tak ingat apa. Entah kenapa, sensitif benar aku malam tu. Rasa tertekan pulak lepas kena tengking. Aku pergi duduk layan perasaan sorang2 dekat tempat lepak senior sebelah tandas laki, dan tiba2 kepala aku sakit. Waktu tu, aku rasa takut penyakit aku datang balik. Lagi aku takut, lagi sakit kepala aku. Lepas tu, kejang. Lepas tu, dalam bilik rawatan dekat Hospital Jitra.

Uiks? Adeh...

Serangan epilepsy bermula semula. Beberapa serangan berlaku sepanjang tempoh aku di Jenan. Kak Mah, matron bilik sakit sekolah, berterusan suruh aku tukar sekolah waktu aku tingkatan empat. Aku dah pernah dikeluarkan sekali dari asrama, dan aku tak mahu dikeluarkan sekali lagi. Itu alasan yang aku berikan setiap kali dia suruh aku tukar sekolah. Bila aku dah naik tingkatan lima, dia tak suruh dah.

Ada sekali Kak Mah mengamuk sebab aku turut serta dalam latihan rentas desa, yang mengakibatkan serangan epilepsy pada malam tersebut.

Aku kena bebel dengan Kak Mah lepas aku sedar diri. Haha, sori Kak Mah.

Sebenarnya, aku nak jadi macam orang lain. Normal. Boleh buat apa saja aktiviti sesuka hati. Tapi, aku tak normal. Aku ada had tertentu. Aku cacat.

Itu semua pergolakan jiwa aku ketika itu.

Kadang2, timbul perasaan rendah diri yang amat sangat. Kadang2 sampai mempersoalkan kenapa aku dijadikan dalam keadaan begini.

"Kenapa aku? Kenapa tidak orang lain?" monolog aku di tengah2 malam. Nasib baik masih ada sekelumit iman yang melarang aku mempersoalkan qada' dan qadar Tuhan. Kalau tidak, tak tahulah apa yang nak jadi dengan aku ketika itu.

Akhirnya, aku mendapat jawapan yang aku cari selama ini. Dalam kitab hadith yang digunakan untuk tazkirah Maghrib, aku jumpa satu hadith tentang seorang wanita yang mempunyai penyakit sawan. Wanita tersebut minta Rasulullah doakan agar disembuhkan dari penyakit itu. Baginda cakap boleh doakan agar sembuh, tapi kalau beliau sabar, beliau akan masuk syurga.

Lalu, wanita itu meminta Rasulullah sekadar mendoakan agar aurat beliau tidak terbuka tiap kali beliau tidak sedarkan diri akibat penyakit tersebut.

Air mata aku menitis ketika membaca hadith berkenaan.

Sejak hari tu, aku dah tak ambil hati bila ada kawan2 yang panggil aku dengan gelaran 'Keras' atau membuat komen tentang keupayaan aku 'menghasilkan buih dengan tiba2'.

Walaupon aku nyaris2 tidak diterima ke dalam program Kejuruteraan Mekanikal di UTP disebabkan penyakit ini, aku sabar. Akhirnya, aku diterima walaupon batch kedua.

Walaupon tawaran kerja sebagai Machinery Engineer di Labuan dibatalkan sebab penyakit ini, aku masih bersyukur aku ditawarkan kerja sebagai Eksekutif HRM.

Dan, aku diterima menjadi suami oleh bini tersayang, dan sebagai menantu oleh ayah dan ibu mertua aku walaupon diberitahu tentang 'kelebihan' aku ni. Mereka tahu aku mungkin mewariskan penyakit ini kepada keturunan mereka nanti, tapi mereka menerima aku seadanya.
Terima kasih.

Sesungguhnya, tiada alasan untuk aku tidak bersyukur.

"It is not a curse, it is a gift."


p/s: Ish, gile tak best cerita pasal kisah penyakit aku nih. Kang ada yang tak puas ati cakap aku menagih simpati pulak. Tapi, Badruddin si Kurekure mengingatkan kisah lama dan Sang Semut pulak tanya, aku pon membuatlah karangan kisah hidup aku nih. Hua hua.

Friday, May 05, 2006

Gagal?

Gambar pada muka surat empat suratkhabar cap Matahari (The Sun lah tu!) hari ini sangat mengujakan aku. Rekod dunia terbaru di Manila.

HAHA! (gelak pervert)

Keterujaan itu mungkin dipengaruhi blog Sarclover yang aku baca semalam yang juga menyebabkan aku sukar mengawal pergerakan mata ketika dalam LRT hari ini.

Ayang, cepatlah balik! >:D~

Aku juga dapat info ini dari blog Sendoh:

  1. Pergi ke Google.
  2. Taip "failure" dalam kotak carian (search box la tu!)
  3. Dan tekan butang 'I'm feeling lucky'.

Anda akan dapat lihat apa itu kegagalan yang sebenar.

Betul!


p/s: Aku dah menyembunyikan link ke blog ini dari Blogger's Profile aku. Saje nak tengok 'referrer list' tu. Hehe.

Wednesday, May 03, 2006

Profesionalisme.

Rata2 pendapat menyatakan aku patut beli laptop secara tunai, seperti komen2 dalam entry aku sebelum ni. Tapi, kalau aku nak beli desktop pakai kad hutang cap HSBC pon, aku punya suka lah kan?

Bukan korang punya pon!

HAHAHA!

Sesungguhnya sungguh kurang ajar kalau aku cakap sedemikian.

Dan, kalau aku berhenti sampai 'HAHAHA' di atas saja, sudah pasti akan menimbulkan perasaan marah dan kurang senang kepada sesetengah pihak yang telah memberi komen secara ikhlas. Tak gitu?

Dalam urusan dan perbualan kita sehari2, kita harus bertutur dengan berhemah dan berhikmah. Kita harus mempunyai asas yang kukuh untuk mengeluarkan pendapat, dan bersedia untuk menerima keputusan pihak yang diberi kuasa membuat keputusan.

Kadang2 pendapat kita ditolak walaupon kita mempunyai asas2 yang kukuh. Kita rasa pendapat kita itu betul dan disokong dengan bukti2 dan hujah2 yang kukuh, serta dipersetujui oleh pelbagai pihak2 lain, tapi ditolak juga. Kita pasti sangat kecewa dengan pihak yang membuat keputusan tersebut.

Kita harus ingat, yang membuat keputusan itu yang akan dipertanggungjawabkan nanti. Tanggungjawab kita ialah memberi pendapat kita. Pendapat kita pula hendaklah berlandaskan ilmu pengetahuan, kepakaran dan hujah2 yang bernas dan berisi. Bukan sekadar cakap2 yang diolah mengikut emosi, sentimen peribadi, logik sendiri dan nafsu semata2.

Itu karya sastera. Kalau semua elemen di atas digabungkan, jadi karya seni.

Karya sastera dan seni adalah terbuka kepada persoalan dan kritikan. Tidak boleh dijadikan asas kepada keputusan, tapi, boleh mempengaruhi orang yang membuat keputusan.

Kita boleh mempertahankan pendapat kita selagi keputusan belum dibuat. Tapi, setelah keputusan dibuat, adalah lebih bijak kita menerima dengan hati terbuka selagi keputusan tersebut tidak bercanggah dengan hukum2 atau aturan2 yang lebih besar martabatnya dari perkara yang diputuskan. Meneruskan perdebatan hanya akan menimbulkan perbalahan, perpecahan dan konflik yang berpanjangan. Adalah lebih baik kita melihat ke hadapan dan memikirkan bagaimana keputusan yang telah dibuat dapat memberi manfaat kepada kita dan orang lain.

Masa yang akan menentukan sama ada keputusan itu salah atau betul. Kalau salah, yang membuat keputusan itu yang akan bertanggungjawab. Bukan kita.

Kita senyum puas hati je la kan? Dalam hati, "Tu laa... tanak dengar cakap aku. Kan dah..."

Betul tak? Hehe

Yang penting, semua orang tahu tanggungjawab masing2. Jangan mempersalahkan orang lain hanya kerana mereka tidak mempunyai pendapat yang sama dengan kita, dan hormatilah keputusan pihak yang dipertanggungjawabkan membuat keputusan. Mereka telah diamanahkan kuasa itu berdasarkan kredibiliti dan kriteria2 tertentu. Kalau tak, tak ke mana jadinya.

Macam aku lah tadi. Dari pagi bertengkar dengan Datin untuk mempertahankan pendapat aku. Datin tak setuju jugak. Kalaulah aku akur, takdelah sampai pukul 6.00 petang tadi baru habis. Satu kerja pon tak jadi.

Menyesal! Haha.

Moral: Never argue with your boss, because the boss is always right.

p/s: Aku belum putuskan sama ada nak beli desktop atau laptop. Tunai atau pakai kad kredit. Ada pro dan kontra. Dan aku menerima berita buruk dari bini tersayang tengahari tadi. Percutian ke Sidney telah ditangguhkan ke November pada saat2 akhir.

HUWAAA.

Maka, aku membuat keputusan untuk menggunakan cuti yang telah diluluskan untuk melawat Tok Wan. Dan, mungkin ke Langkawi selepas itu. Huu...

Tuesday, May 02, 2006

Perjalanan.

Pernah tak naik kereta dari KL ke Kuantan sebagai co-driver, kemudian patah balik ke KL menaiki bas setengah jam selepas tiba?

Aku pernah. Semalam.

Oleh sebab itu, sekarang ni aku sangat penat.

Dan lapar...

Tapi, aku masih di ofis.

Parid pergi kursus induksi eksekutif baru selama dua bulan. Maka, takdelah laptop Si Gadis (gelaran untuk awek Parid) untuk aku layari internet dari rumah.

Dua hari lepas, aku terima kad hutang cap HSBC dengan had hutang 2.39 kali ganda daripada gaji pokok aku. Sekarang, aku dalam dilemma sama ada mahu beli desktop atau mahu beli laptop menggunakan kad hutang tersebut.

Ada cadangan?

Sebentar tadi, permohonan cuti dari 18/5/06 ke 23/5/06 atas tujuan 'Delayed honeymoon to Sidney' telah diluluskan oleh Datin.

Yahuu!


p/s: Tahniah buat 'adik' Alom yang telah mengikat tali pertunangan dengan *ehem2* hujung minggu yang lalu.