Monday, July 30, 2007

Rotan.

Aku risau betul bila guru atau pihak sekolah yang menghukum pelajar dipersalahkan atas tindakan menghukum tersebut.

Anak2 sekarang terlalu dimanjakan sehingga hilang rasa hormat kepada orang yang lebih tua. Bila hukuman yang dikenakan terhadap anak2 ini pula dipersoalkan, mesej apa yang cuba disampaikan kepada mereka? Biadap itu sebenarnya tak salah? Mengingkari arahan guru adalah perkara yang boleh dilakukan? Buatlah salah, nanti kamu akan dibela dan orang yang menghukum kamu akan menerima hukumannya?

Ke arah mana hala tuju masyarakat kita hari ni? Aku sangat risau anak aku nanti akan membesar dalam situasi sebegini.

Ada orang berpendapat yang hukuman fizikal boleh diganti dengan teknik psikologi kanak2.

Teringat aku satu adegan dalam drama bersiri 'Salina' yang pernah ditayangkan di TV3 satu ketika dulu. Watak hero merotan anak saudara beliau, lalu ditegur watak heroin dengan mengusulkan penggunaan psikologi kanak2. Watak heroin terus diherdik oleh si hero dengan menyatakan 'sebab itu lah, si heroin jadi orang yang lupa adat bangsa dan hukum agama'. Hero kemudiannya ditegur ibu beliau kerana memarahi isteri di depan anak2 saudara yang lain.

Menarik betul adegan tersebut.

Memang diakui perlu berhikmah dalam menghukum. Aku rasa, memukul juga mungkin adalah satu cara berhikmah untuk mengajar anak2. Maksud aku, memukul dengan berpada2.

Entahlah. Sanggup ke aku nak pukul anak aku nanti?

Mungkin filem 'Anakku Sazali' karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee boleh dijadikan tauladan.

Bak kata pepatah Melayu: sayang anak tangan-tangankan. sayang isteri... erm... nak ubah pepatah ni boleh tak?

Huhu.

p/s: Homer Simpson bukanlah seorang contoh ayah yang baik. Harap maklum.

17 comments:

Anonymous said...

pukul berapa datuk harimau?

pukul satu.

Rasulullah saw bersabda “Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun.."
namun pendapat Ulamak, ia bukanlah menyuruh kita memukul anak sewenang2 tp Islam menyuruh ibu bapa mengajar anak membiasakan diri dengan ibadat (termasuk nilai2 murni yg lain) sejak kecil. jd memukul itu adalah jln trakhir, sekiranya ibubapa tersebut sudah menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak2 & anak2 sudah tidak reti makan sama lg. malah Rasulullah sdr tidak prnah merotan & menyuruh sahabat merotan anak2.

Saidina Ali berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap. Pesannya: “Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.”

- dlm kes yg disebut, kalau ibubapa pun sudah tidak makan saman, macamana mahu menyaman anak. patutnya ibubapa yg dirotan duluh.

Anonymous said...

...sayang bini, cium & peluk la. dan juga transfer ke gebeng :D~~

danial17 said...

homer mmg bukan contoh bapak baik, lebih mengutamakan binatang peliharaan dr anak sendiri

spiderpig~ spiderpig~

Wanpetunjuk said...

ermmm...teringat waktu sekolah dulu2, bila cikgu rotan kita report kat mak abah then mak abah tambah lagi bilangan sebatan...sbb tu jadi macam sekarang....syukur alhamdulillah...

dueng said...

mak bapak dulu:

"cikgu, asal tak patah, buta, mati anak saya, cikgu buatlah apa yang patut."

mak bapak sekarang:

"cikgu, kalau calar sikit jer anak saya, i see you in court!!"

budak2 dulu:

"maafkan saya cikgu"

budak2 sekarang:

"mak bapak saya pun tak pernah cubit saya tau!!!"

so screwed up. pukul tu berpada-pada.

contoh termudah: adik aku kena rotan sampai lunyai dengan mak aku bila dia kantoi tak puasa (curi-curi makan). Sampai sekarang, dia tak berani langsung nak curi-curi makan bila puasa.

lagi contoh: adik aku kena sebat dengan mak aku sebab ambil duit syiling bapak aku atas almari. sampai sekarang kalau dia nak amik duit even duit dari dompet mak aku (yang mak aku suruh dia ambil untuk beli barang dapur), dia akan bawak dompet mak aku dan mak aku akan ambil berapa banyak yang perlu.

it seems small but it's big impact on child development. contoh: basuh tangan before makan.

small thing tp ramai yang terlepas pandang kan?

alom: rasullullah suruh didik, maka terpulang pada mana2 yang paling baik untuk didik. bukan setiap kali kena marah, kadang-kadang kena puji jgk.

anak ni anugerah Allah, macam jugak isteri. :)

syukies said...

heheh
aku cam teringat kes budak cekik cikgu dia, sampai cikgu tu hampir jatuh dari tingkat 2 bangunan sekolah.
giler tul...
pastu bapak budak tu kata, cikgu pompuan tu, mmg kaki cubit budak, dan ade kuku panjang (dia cubit budak laki tu sampai luka). dan laki cikgu pompuan tu pon kaki pukul student gak

jadi, nak salahkan sape gini nih...
ape nak jadi daa...

Anonymous said...

students zaman sekarang ni manja sgt...caner cikgu2 nak ajar kalo camni...nak cubit xleh,nak rotan xleh...kalo rotan kang masuk paper lak,x pasal2 glamour satu malaysia..hhmmm.....

Anonymous said...

mengapa semuanya melihat dari sudut "execution", bukan sudut "reason"?

Sepatutnya ketiga-tiga pihak yg disalahkan; ibu bapa kerana manjakan anak sangat, cikgu2 yg asyik nk mendenda, dan budak2 yang tak reti nk hormat orang.

nih tidak, pihak ni menyalahkan pihak tu, pihak tu menyalahkan pihak ni. sampai bile pn loop tak abes.

cariklah reason utk masing2 berubah kepada yang lebih baik.

marisa said...

semoga menjadi si kacak yang baik dan boleh menjadi contoh kepada para 'kacak' di luar sana..

saya mcm suka la idea panggil bapa ni dgn panggilan kacak!

Anonymous said...

tertarik dengan komen mangifera

"..it seems small but it's big impact on child development. contoh: basuh tangan before makan..."

tuan blog jarang basuh tgn seblom makan.eyyy~~

;p

artisticklytouch said...

seingat aku sepanjang persekolahan dulu, kes rotan student kat sekolah aku cuma masa beberapa student fly ke bandar Muar tengah-tengah malam. Kesalahan besar gak tuh..

cikgu2 skrg nih mungkin mereka stress kot..

Sayuti said...

alom: betul2.

ayang: :p

azhar: spiderpig~ spiderpig~ haha.

wan hidayat: jadi macam mana tu? huhu.

dedulu kalau kena rotan, balik rumah senyap je. entah macam mana boleh sampai ke pengetahuan mak bapak. dapat la imbuhan...

dueng: contoh adik ko je ke? contoh ko takde ke? hehehe.

syuk: kalau laki cikgu tu kaki pukul, berani ke student tu nak cekik cikgu tu?

hmm... kengkadang bila media nak menyalahkan satu pihak, akan ditunjuk macam pihak tu yang memang buruk betul perangai dia. hatta mereka dan keluarga mereka pon terlibat sekali. kadang2 tak relevan pon.

bukan siapa yang salah, tapi di mana silapnya?

anon: itulah itu.

adek: kenapa perlu dipisahkan 'reason' dan 'execution'? bukankah 'reason' leads to 'execution' dan 'execution' gives way to consequence 'reason' for the next 'execution'?

eh, aper aku merepek ni?

betul, buat apa nak saling salah menyalahkan. carilah di mana yang salah dan betulkan. bukan siapa yang bersalah dan membuat tuduhan.

tapi, yang bersalah perlu dihukum jugak, kan?

erm... abaikan.

auni: ah, suka ya idea berkenaan? tapi, hanya mereka2 yang layak saja boleh mendapat gelaran berkenaan, tau.

ayang: hmmm... :(

art: mungkin kot.

cikgu2 stress sebab student2 stress. student2 stress sebab mak bapak stress. mak bapak stress sebab bos2 stress. bos2 stress sebab government stress. government stress sebab cikgu2 stress. cikgu2 stress...

pandai2 la aku~

Pegawai Khalwat said...

Kita sekarang, membandingkan tentang dulu.

Agaknya nanti apa pula kata anak-anak kita,

"I dulu, bila cikgu pukul I, mak bapak I setakat saman je. Anak-anak kita sekarang ni, sampai cikgu datang rumah pun tak nak belaja lagi."

Agaknye lah.

Bunga Rampai said...

Salam Dik,

Kita sering membandingkan yang dulu dengan yang sekarang. Pasti ada perubahan dan perbezaan.

Kandungan kitab Quran dan ungkapan-ungkapan dalam hadis tidak pernah berubah. Adab-adab dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak juga terkandung di dalamnya. Kita cuma perlu mengkaji.

Sambil kita mentelaah buku-buku psikologi kanak-kanak yang banyak datangnya dari luar, jangan sekali-kali lupa iringkan dengan ajaran agama - ini induknya.

Anonymous said...

Tuan,

Mungkin zaman sekarang dah berubah...

Byk guru2 lepasan universiti yg bijak pandai..

Ada yg betul2 nak jadi cikgu utk mendidik anak bangsa....

Ada yang nak jadi cikgu sbb nak mengajar...sbb dia suka profession yg berkaitan dengan prosess mengajar di dalam kelas ..

Mungkin juga itu cita2 sejak kecil tp tak disangka2 cita2 itu tak seperti yg diharapkan...

Atau mungkin juga itu adalah pilihan terakhir memandangkan sekarang ini amat susah utk mendapat pekerjaan yg sesuai dgn kelayakan diri yg mana profession sbg cikgu adalah antara yg paling baik insentifnya....

Tp sebagai seorang guru, tugas mereka "sepatutnya" adalah utk "mendidik", bukan sekadar "mengajar"....

Mengajar mungkin terhad utk satu2 masa tetapi mendidik adalah proses yg panjang..ikutlah sapa yg mati dulu...kalau cikgunya yg mati dulu..maka proses pengajaran sampai di situ shj..dan sebaliknya....hahahahahahhaa...

mungkin cikgu sekarang hana bertuga spada waktu sekolah shj..abis sekolah ..hangpa punya psl....saya tak tau....

Cerita mertua saya sebagai guru,yg mengajar di sekolah pendalaman di utara, apa yg beliau tekankan selain mendapat kejayaan akademik ialah beliau akan pastikan setiap anak muridnya menjadi "orang" sbb "orang" adalah sebaik2 kejadian DIA....apalah yg dapat diharapkan sgt dengan bebudak kampung yg mana fikiran cetek diorang ialah tamat sekolah nak carik keje nak tlg mak bapak....ada sebilangan yg menjawat jawatan yg bagus2 tp ramai juga yg sekadar menjadi peniaga jalanan atau yg bekerja sendiri...yg mana bagus juga dr segi sahsiah...hidup senang juga..tak merompak..tak mencurik...malah sekurang2nya menyumbang sesuatu kepada keluarga dan bangsa....

tp tak semua cikgu2 macam tu...
dek kerana gurulah kita semua jadi macam ni skang...tak kira la ...cikgu tadika ke...cikgu sekolah rendah ke...ataupun cikgu yg hanya mengajr kita selama 5 minit je tp 5 minit itulah yg ingat sampai hari ini malah mendatangkan kejayaan plak...

guru adalah orang yg penting dlm hidup kita selepas mak bapak...
kalau bukan dek kerana cikgu tadika yg mengajar kita abc...123...tak ada engineer2 petronas ...silap2 petronas pun takde...muahahhahaha...

sori terbuat lawak petronas jap...

pesan guru saya...
ada 3 orang yg tak akan dengki dgn kita sampai bila2....
1. Ibu
2. Ayah..
3. Guru...sebenar guru....

Sebenar guru tu apa?? kene carik ...
saya pun masih mencari.......

Panjang pula sampukan kali ni....
Lama tak menyampuk kot...sekadar menjenguk...itu pun kadang2...

sekadar pandangan peribadi bukan utk pegangan total...

tq.

FEQA

Obefiend Weiland said...

lama tak updte. busy kah?

TCM said...

ahli fikir jauh lebih baik dari orang yang bijaksana....