Monday, July 23, 2007

Rezeki.

Hari Sabtu lepas, kami pergi tengok skrin hitam dengan garis2 putih itu lagi.

Ah, sudah besar dia.

Hoho (gelak santa klaus)

"Doktor, anu dia dah boleh nampak belom?"
"Kejap saya cuba," kata Puan Doktor sambil menggosok2 pengimbas. "Susah ni, baby dalam position mengiring..."
"Dia malu tu kot... Hehe..." aku.

Tiba2 dia seolah2 menggeliat sambil menendang2.

"Ish, nakal baby nih. Tak baik tendang ibu tau!" aku cakap dekat perut bini tersayang.
"Tak rasa pon laa..." bini tersayang.
"Jantina tak nampak lagi..." Puan Doktor.
"Takpelah, baru surprise nanti..." bini tersayang.

Huhu.

Aku senyum. Tak sabar untuk menimang dia.

Hik hik.

Ish, gedik pulak aku.


p/s: Minggu ni antara minggu paling perit dalam kerjaya aku setakat ni. Tapi, diubati dengan melihat payslip yang ada elaun merit performance. Hoho. Buat pertama kali, akaun bank aku mencecah lima angka. Alhamdulillah... tunggu 'vitamin B' bulan Oktober pulak. Huhu. Ini rezeki dari Allah untuk dia dan dia itu sendiri rezeki Allah jua. :)

8 comments:

Anonymous said...

banyak tu. xde rasa nak share2 ke. maklumla kita kan bakal besan. apa la salahnya.

marisa said...

dia malu dengan si kacak...mungkin sebab baby gurl?

Mak Su said...

assalamualaikum. nak menimang anak ker? yang ke berapa?

Sayuti said...

alom: tengah kongsi la ni. kongsi kesyukuran. hehehe.

auni: mungkin. atau mungkin juga dia mewarisi sifat si kacak yang pemalu.

haha.

mak su: waalaikumussalam WBT. anak yang pertama, isteri yang pertama.

(adeh, kena cubit)

Jannah said...

En Sayuti,

Chapter 13 is on the fly.

Its a girl. Its a girl. Its a girl. Huhu. Amin :)

Anonymous said...

Working hard everyday really makes us tired.

Refresh your day by visiting my blog :
Some collection of Books and Novel at fastbook.blogspot.com

Some collection best seller dvd at
bestsellerdvd.blogspot.com

Happy weekend

Ku Keng said...

Berkat, berkat. Nak dapat zuriat dan akaun dah meningkat. Beli rumah Yut, jangan bergaya dengan kereta mewah....

Insha Allah bertambah sehat dan selamat ibu dan bapa.

Sayuti said...

jannah: read it. nice work. hoho

boy or girl doesn't matter. as long as sehat... :)

girlpower: spam?

tuan keng: rumah? kena tunggu saya dapat transfer dulu...

kereta? tak pernah terfikir lagi nak beli. motosikal mungkin.

sekarang, saya mahu belanja ummi pergi buat haji dulu...