Sunday, December 10, 2006

Pusingan.

Jumaat pagi. Aku lambat ke ofis. Aku sms Kak Pazila bagitahu.

Petang itu, ketika sessi borak2 kosong di ofis;

Aku: Kak Pazila dapat kan sms saya pagi tadi?
Kak Pazila: Dapat...
Aku: Saya amik wife saya pagi tadi.
Kak Pazila: Takpe... akak faham (mengekek)
Aku: ?
Kak Pazila: Sempat se-round? (mengekek lagi kuat)
Aku: (Senyum)
Arfah: Eh akak ni, Arfah yang malu... (blushing)

Arfah eksekutif baru di sini. Beliau bekas pelajar UTP juga, jurusan IT. Junior aku lah. Anak dara lagi. Kesian beliau.

(Haha)

Sabtu pagi, aku dan bini tersayang menghadiri upacara akad nikah Kak Ayu yang dibuat di masjid. Aku cameraman.

Ketika imam sampai, semua masuk ke dalam ruang solat. Kak Ayu tunggu di luar.

Bini tersayang: (Berbisik) Kak Ayu tak boleh masuk masjid. Salah pilih tarikh ni... (mengekek)
Aku: Laa... Kesian Abang Khairi... (mengekek juga)


p/s: Selamat Pengantin Baru Kak Ayu dan Abang Khairi. Semoga kekal ke anak cucu.

12 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum Sayuti,

Lama tak dengar cerita? Apa kabar? mcmana boleh sampai ke blog saya.

Terima kasih sebb melawat.

Semoga ukhwah kita akan terus berpanjangan.

dueng said...

aku rasa aku kenal si arfah itu. budak batch aku.

wah..sempat tu. (senyum). arfah tu malu2 kucing. budak2 sekarang ni bukan tatau, tapi buat2 malu. sopan la katakan.

(aku jugak termasuk dalam kategori sopan itu).

orang melayu, mestilah sopan. tambah2 anak dara. tul tak?

MK said...

eee...

abg khairi~

Sayuti said...

abg shah: waalaikumussalam. cerita ada, cuma tak diceritakan. kabar baik. jodoh panjang, tersampailah saya ke situ.

insyaAllah.

dueng: haha. itulah.

gomoks: eee.. gediks

Sir Mute Key Chicks said...

haha.kamu jadik kameraman?seronot tak?

Sayuti said...

encik semut, jangan fikir yang bukan2 ye. haha.

Anonymous said...

ko pasti ke tu dak batch ko, dueng?
aku rasa dak batch awek aku...
bukan ke geng avm parut ke tuh?
hehehe

tp kan sayut....
"anak dara lagi.kesian dia. (haha)"

fuh. mendalam maksud tuh
heheheeh :P

Sayuti said...

ah syukies. kau memang memahami diriku. besday kita pon lari satu hari je kan? haha.

Anonymous said...

Haha. Kesian kat pengantin tu.
Abis kak ayu mundar mandir kat luar mesjid dengan baju pengantin warna putih tu bersama sejambak bunga kat tangan laa...
haha.

blackpurple @ jowopinter said...

Laaa..kesiannya..

Teringat masa 'usya' student2 UTP masa buat projek kat situ dulu.....hehehe

Anonymous said...

Harus pengatin itu tak sabar2 menanti malam keramat itu!!muahahahaha

Sayuti said...

encik mazudi: dia tak bawak bunga. bawak bekas cincin je.

abg jowo: projek apa tu...? semacam aje bunyinyer. :>

rina: (senyum)

akak MR: amoih... sukenye dia. dah dpt tgk filem 'cinta'?