Thursday, December 07, 2006

Hadhari?

Aku dipaksa menghadiri Majlis Pelancaran Konvensyen Nasional Komuniti Hadhari 2006 pagi tadi, di Masjid Wilayah. Perasmian sepatutnya dilakukan Pak Lah, tapi beliau tak hadir. Mengecewakan. Selaku orang yang memperkenalkan konsep Hadhari ini, beliau patut memberikan prioriti yang lebih bagi meyakinkan rakyat tentang komitmen beliau.

Tapi, takpelah. Mungkin beliau ada perkara yang lebih penting untuk diuruskan demi kesejahteraan negara pagi tadi.

Kekecewaan aku tak berakhir di situ.

Aku lebih kecewa apabila majlis yang dihadiri beberapa orang menteri dan juga mufti2 dari seluruh negara seolah2 dibuat sambil lewa, dengan beberapa kesilapan teknikal yang memalukan, susun atur tempat duduk VIP yang aku rasa kurang sesuai serta 'timing' yang lari jauh daripada tentatif program.

Skrin turun ketika Menteri Wilayah sedang membaca teks ucapan Pak Lah, dengan bunyi motor yang jelas. Skrin itu berada di belakang tempat duduk VIP2 di atas pentas. Kemudian projektor memancar ke arah skrin, betul2 ke muka VIP2. Berkelip2lah mereka, sambil cuba 'cover' ketidakselesaan.

Sebelum sempat bebola kristal disingkap dan disentuh oleh Tan Sri Dato Hamid Othman, montaj bermula dengan tiba2. Kemudian, dihentikan. 'Frame' Window Media Player jelas kelihatan di skrin. Sesudah montaj habis, tiba2 keluar bunyi selawat. Juga separuh jalan sebab window media player ditutup dengan segera. Nampak 'wallpaper' dan ikon2 'desktop' di skrin, ketika jurugambar merakam upacara penyerahan cek dari penaja.

Program yang sepatutnya tamat pukul 11.30 pagi, habis sebelum pukul 10.30. Semua hadirin jadi 'blur' kejap.

Kemudian semua dijemput ke pameran yang dibuat di koridor masjid.

Lagi sekali aku geleng kepala.

Susun atur 'booth' dengan laluan yang sempit, mengakibatkan pelawat2 yang bercampur lelaki dan perempuan berhimpit dan bersesak2. Sesuatu yang tak sepatutnya berlaku dalam majlis sebegini, apatah lagi di dalam masjid.

Meskipon ingin mempelbagaikan kegunaan masjid, tidak sepatutnya menjadikan masjid seperti pasar. Kalau tak silap aku, Nabi SAW pon tak buat. Bahkan, baginda dengan jelas memisahkan dua institusi ini ketika di Madinah. Buat masjid dulu, kemudian buat pasar. Masjid untuk ummat Islam, tapi pasar untuk semua. Tiada favouritism, tiada diskriminasi. 'First come, first serve'. Maka, aku rasa, masjid tidak sepatutnya jadi pasar, atau tak sepatutnya buat pasar dalam masjid.

Tapi, itu pemahaman aku la. Bukan pemahaman Hadhari.

Hoho.



p/s: Aku sms tanya Kak Ayu nak apa untuk hadiah kawen. Dia jawab nak TV. Haha. Adeh! Tengoklah kalau mampu.

8 comments:

Anonymous said...

bak kata pak sedara aku..

"Islam Hadhari, berani buat tanggung sendiri.."

not sure what his meaning though. apa pun bagi aku, Islam tu dah lengkap. tak perlu Islam Hadhari or anything. Islam Hadhari itself is not a concept, it's just a name. not even a rebranding. nape nak menjenamakan semula sesuatu yg dah perfect. seolah-olah mcm menganggap ia masih tak perfect. sayut, opinion? or lg best, weekend ni kita sembang2. ajak adi skali.

p/s: ura2 kata penulis blog yg menimbulkan suasana tidak selesa akan di'fill-in-the-blank'. pengomen blog tak kena la kan, yg kena penulis jek :P

Sir Mute Key Chicks said...

hehe,
hadharinyer kamu sayut.

selamat menghadiri program islam hadhari.

Sayuti said...

kmie: baru je dua tiga malam lepas berdebat dengan ofismate aku pasal ni.

pandangan aku lebih kurang macam kau, islam adalah islam. dah sempurna.

cuma aku rasa, hadhari in this sense, is a small portion of a bigger picture, but somehow contributed to the overall perception of the whole picture - macam pareto's law.

i think it should be hadhari islam instead of islam hadhari. like ekonomi islam, instead of islam ekonomi. won't create much confusion.

weekend ni tak dapat la bai. kakak aku kawen. aku balik perak.

p/s: mana ada tak selesa. selesa je nih. huhu

encik semut: tak pergi dah kot. dah cukup had hari ni.

edyan7 said...

sedihnya..majlis jadi huru hara bila tak berapa detail dirancang.. apatah lagi majlis melibatkan vip... peliknya habis awal dari sepatutnya....hmmm... kena teruk masa post-mortem nanti! ...errr... kalau ada lah...huhu

Anonymous said...

hehehe
had hari
tiap2 hari ada had...

reef said...

encik sayuti~
tiada komen untuk rufaqa ke?
huhuhuhu~
nampak macam dah kembali aktif dan
kembali ke arus perdana~
entahlah nak kiamat kut~
dah dekat sgt kut~

blackpurple @ jowopinter said...

Masjid di Malaya ni dah jadi sebahagian pusat komersial dan pelancongan. Tak percaya cuba ke Masjid Putra, Putrajaya..?!

Huh....

Sayuti said...

pn edyan7: demikianlah...

syukies: hehehe

encik reef: rufaqa? nanti2lah. biar dia reda dulu.

dulu, waktu amik malaysian studies dekat utp, kitorang wat kajian pasal rufaqa ni la. actually, pasal al-arqam.

doc mat suka betul dengan kajian berkenaan.

abg jowo: demikianlah. mungkin dia nak meramaikan pengunjung masjid, dengan cara lain.

thinking outside the box la kot tu.