Monday, December 04, 2006

Campur?

Wong, aku tak berniat menukar blog ini menjadi blog bahasa Inggeris sepenuhnya. As I said earlier, only for a few entries... at least until we're through with the English class (Which still haven't kicked-off). Aku sekadar ingin mempraktikkan penggunaan bahasa Inggeris dalam penulisan yang tidak formal. Not limiting myself to official memos or email correspondence. Bukan juga kerana aku hendak menunjuk2 kebolehan berbahasa Inggeris. Or, that I will sound stupid in Malay (I'm still not over this issue).

Aku akan menulis dalam Bahasa Melayu, bila aku rasa perlu, seperti dalam entri kali ini.

Aku baru tiba dari Kuantan, melawat bini tersayang. Di sana, hampir satu setengah hari dihabiskan dalam bilik tidur. Buat apa? Gunakanlah kreativiti masing2 untuk mentafsir.

Tadi, kami berdua pergi menonton wayang. Bini tersayang mahu tonton filem Cinta, tapi, tak ada tempat duduk yang strategik yang tinggal ketika kami tiba di kaunter. Jadi, kami tonton filem Dejavu yang mengarut.

Konsep pengembaraan masa. Mengubah sesuatu pada masa lampau. Garisan masa selari. Meskipun dari segi teori, perkara tersebut tidak mustahil, tapi, dari segi praktikaliti, pengembaraan masa adalah mengarut.

"Unless, there's a Divine intervention"

Menurut teori relativiti, apabila seseorang bergerak sama pantas dengan cahaya, dia akan menghentikan masa di sekelilingnya. Jika dia mengatasi kepantasan cahaya, secara teori, dia menguasai peredaran masa.

Ketika Nabi Muhammad SAW mengalami Israk Mikraj, secara teori, Bura' bergerak lebih pantas daripada cahaya. Sepanjang Israk Mikraj, diceritakan, baginda dapat melihat balasan2 terhadap amalan2 di dunia dan juga bertemu dengan Rasul2 yang sebelum dari baginda. Dari satu sudut, baginda Rasulullah sebenarnya berada di masa hadapan, dan juga telah kembali ke masa lampau. Dengan kata lain, baginda mengalami 'perjalanan merentasi masa'!

Persoalannya, adakah perjalanan merentasi masa boleh dilakukan oleh manusia biasa?

Boleh, tapi bukan secara fizikal. Roh kita sebenarnya bergerak lebih pantas daripada cahaya. Ini bermakna, roh boleh bergerak merentasi masa untuk melihat sesuatu yang telah berlaku, dan sesuatu yang akan berlaku - meskipun jasad kita tiada di situ. Perjalanan merentasi masa ini selalunya berlaku ketika kita tidur, membuatkan kita rasa kita sedang bermimpi. Tapi, kadang2 kita rasa dejavu. Sebenarnya, fenomena inilah yang berlaku.

Betulkah?

Tak tau la. Aku mengarut2 je.

Hehe.

p/s: Kakak aku, Husnul Khatimah a.k.a Kak Ayu mau kawen hujung minggu ni (9/12/2006). Mari ucapkan selamat pengantin baru kepada beliau.

12 comments:

Anonymous said...

e-mail, bukan email.

Sir Mute Key Chicks said...

kau dah tengok cerita Dejavu tu?tak best ker?hehe.

mesti seronok stay dalam bilik setengah hari kan?

pssst: imaginasi aku kureng sket

Anonymous said...

adik merasa nikmat berumahtangga dlu seblum kakak, menarik...

Anonymous said...

oh ya, guru bahasa melayu saya kata yang betulnya ialah satu hari setengah (sama seperti dua ringgit setengah). unit dahulu baru pecahan.

Sya said...

Selamat Pengantin Baru Husnul Khatimah.. Lama sudah kak sya tidak menjengah sini.

Sayuti said...

k-mie: x ensem, bukan ensem. haha

encik semut: best la jugak. owh, seronok dan menyegarkan.

azhar: biasak. abang pon blom lagi.

terima kasih di atas tips tersebut.

kak sya: itulah. sekarang gambar katun kak sya, menakutkan. mata merah.

Anonymous said...

oh...
langkah bendul la ko ye
bagus2

Ku Keng said...

Kalau kakak kamu nak berkenduri, baik kamu pulang. Kalu tak nanti datuk merajuk lagi.

edyan7 said...

selamat pengantin baru untuk kakak tu... yek! :D

Anonymous said...

Terkezut sungguh aku baco nama glamour aku terpapar as the 1st opening word dlm entri anda kali nih.. biaq betui hang!!

no problem with using inggeris dlm blog ko lah.. not insulting.. like u're not insulting Sharifah by repeating her famous quote..

Pasal time travel nih aku byk komen and byk jugak mals nk komen.. i suggest beside watching Dr House, blh gak ko start layan HEROES.. baru masuk episode ke-11 lonni.. layan sblm terlambat and u may not come back to this time when u regret..

spider

Anonymous said...

tul2, layan heroes, ko akan berangan jd hiro nakamura

Anonymous said...

nyawa lebih pantas berlalu drai kita sangkakan