Cinta?1
Sebenarnya aku nak tulis secara terperinci mengenai pengembaraan 'Mistery Drive' aku dan bini tersayang. Tapi akibat tertangguh beberapa hari, aku tulis secara ringkas ajelah.
'Mistery Drive' berkenaan dianjurkan tempat kerja bini tersayang sempena Hari Keluarga yang diadakan di Rivierra Resort, Melaka. Bini tersayang adalah seorang 'marshal' untuk acara tersebut.
Perjalanan yang sepatutnya dari Gebeng turun ke Muadzam Shah, ke Jempol, kemudian naik ke Melaka tersebut terganggu disebabkan banjir. Mula2, kami terpaksa berpatah balik di Muadzam Shah. Masuk ikut jalan Chini untuk tembus di Maran. Tapi, terpaksa berpatah balik lagi sekali ke Gambang, sebelum memandu melalui Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Genting Karak naik ke KL dan baru ke Melaka melalui Lebuh Raya Utara Selatan. Semua gara2 air yang melimpah ke atas jalan raya.
Ikut plan asal, kami sepatutnya tiba di Rivierra Resort pada pukul 3.00 petang. Akhirnya, pukul 8.00 malam baru sampai. Belum hilang penat, malam tu ada 'Extravaganza Nite' pulak dah, yang mana Shamsul Ghau2 jadi pengacara majlis.
OK jugak la mamat ni jadi 'emcee'.
Beberapa persembahan yang diadakan, aku rasa macam tak sesuai pulak dengan kehadiran ahli keluarga dan anak2 staf tempat bini tersayang bekerja. Antaranya, penyanyi jemputan yang tak glemer dan tak best. Seksi je lebih, tapi tak mengujakan seperti bini tersayang.
:8D~ <-- Ini adalah sebuah emotikon. BUKAN! Bukan abang botak.
Setelah melahap menjamah tiga keping lambchop, empat ketul ayam, nasik, brokoli, jagung steam, filet ikan makanan2 yang disediakan tanpa menghiraukan sangat penyanyi yang tak best berkenaan, tiba2, ada la pulak seorang 'jentayu'2 tiba2 muncul dari belakang dewan.
*Erk*
Nasib baik aku terselamat dari dicekup 'jentayu' berkenaan untuk dibawak bergelek dangdut atas pentas. Seorang pakcik yang duduk betul2 dibelakang aku yang jadi mangsa.
Sian pakcik tersebut... nasib baik dia supporting. Kalu tak, sah kena terajang je mamat minah mahluk berkenaan.
Esoknya, ada sukaneka. Tapi, sejurus selepas 'Extravaganza Nite', aku dan bini tersayang dah 'warm-up' dulu dengan acara 'suka aneka' kami sebagai persediaan.
Hua hua.
Hasilnya, kumpulan kami menang tempat ketiga acara Belon Air.
Horei!
Hadiahnya ialah sehelai sejadah untuk setiap ahli pasukan. Huu... insaf.
Kemudian, bini tersayang dapat tempat pertama acara Jalan Atas Bata.
Hip hip horei!
Hadiahnya ialah sebuah penimbang berat badan. HAHAHAHAHAHAHA. Gendut...
Adeh! Tetiba rasa macam kena cubit dengan bini tersayang.
Akhirnya, acara berpasangan iaitu Lari Kaki Tiga. Kami mendapat tempat pertama hasil daripada 'warming-up' kami semalam. setelah berjaya berlari dengan begitu pantas dan synchronized sekali.
HIP HIP HOREI!
Hadiahnya adalah sebuah hamper yang besar!
Setelah menerima hamper berkenaan, kami pon pulanglah untuk meraikan kejayaan kami di dalam bilik tanpa menghiraukan acara2 lain selepas itu sebab kami dah dapat hadiah yang best.
Sekian...
Oh ye, selamat menyambut Hari Raya Korban dan tahun baru 2007. Harap2, tiada antara kita yang jadi korban.
p/s: Kamu dah tengok filem 'Cinta'? Filem tu best tapi aku tak suka la cerita tersebut. Tak suka. Tak suka. Tak suka. Tak suka. Tak suka...
"Eee... ayang nangis~" aku, kepada bini tersayang setelah tamat menonton.
footnotes:
- Ye ye, entri ini ditulis dengan gaya bahasa waktu aku mula2 tulis blog ni dulu. Nostalgia hujung tahun...
- 'Jentayu' bermaksud jantan ayu. Istilah ketika di UTP.
6 comments:
hahahaha...aku dok punya pikir apa Jentayu ni...rupa2 jantan ayu!!!Baba pernah kena usik ngan Jentayu ni kalau kulit halus mulus ok gak...ini bergundal!!!masa tu aku tengok baba bukan main merah muka!!!hahahha..seb baik Jentayu tak lawa kalau lawa harus aku jegilkan mata aku!!! Balik Loq staq dak raya haji ni??Selamat Aidiladha untuk hang sekeluarga!!
bergundal? haha.
slamat hari raya kak mr.
Salam,
Korban dah lepas, ni nak kena berkorban lagi, Hijrah!
Dapat istilah baru hari ni 'jentayu' :))
Moga hari-hari mendatang dalam damai dan tenang ...
Jentayu... ha ha
Darai.. ha ha
Mak nya.. ha ha
Bapok.. ha ha
Pondan.. ha ha
Ponen.. ha ha
Arboq.. ha ha
Apa lagi??? Banyaknya nama korang..
Tahniah sebab menang sukan aneka ha aaaaaahhh
SELAMAT TAHUN BARU BUAT SAYUTI dan isteri tersayang...moga tahun ini dilimpahi rezeki buat Sayuti berdua...dan membawa seribu keberkatan...
Heran jugak ye...kata cerita cinta tu best...tapi kenapa tak suka?? Sebab sedih ke?
akak bunga rampai: salam. insyaAllah.
artisticklytouch: oh, terima kasih. tahniah, sebab dapat kerja yang diidamkan.
kak lady: terima kasih. selamat tahun baru juga.
tak suka sebab... err... entah.
Post a Comment