Rotan.
Aku risau betul bila guru atau pihak sekolah yang menghukum pelajar dipersalahkan atas tindakan menghukum tersebut.
Anak2 sekarang terlalu dimanjakan sehingga hilang rasa hormat kepada orang yang lebih tua. Bila hukuman yang dikenakan terhadap anak2 ini pula dipersoalkan, mesej apa yang cuba disampaikan kepada mereka? Biadap itu sebenarnya tak salah? Mengingkari arahan guru adalah perkara yang boleh dilakukan? Buatlah salah, nanti kamu akan dibela dan orang yang menghukum kamu akan menerima hukumannya?
Ke arah mana hala tuju masyarakat kita hari ni? Aku sangat risau anak aku nanti akan membesar dalam situasi sebegini.
Ada orang berpendapat yang hukuman fizikal boleh diganti dengan teknik psikologi kanak2.
Teringat aku satu adegan dalam drama bersiri 'Salina' yang pernah ditayangkan di TV3 satu ketika dulu. Watak hero merotan anak saudara beliau, lalu ditegur watak heroin dengan mengusulkan penggunaan psikologi kanak2. Watak heroin terus diherdik oleh si hero dengan menyatakan 'sebab itu lah, si heroin jadi orang yang lupa adat bangsa dan hukum agama'. Hero kemudiannya ditegur ibu beliau kerana memarahi isteri di depan anak2 saudara yang lain.
Menarik betul adegan tersebut.
Memang diakui perlu berhikmah dalam menghukum. Aku rasa, memukul juga mungkin adalah satu cara berhikmah untuk mengajar anak2. Maksud aku, memukul dengan berpada2.
Entahlah. Sanggup ke aku nak pukul anak aku nanti?
Mungkin filem 'Anakku Sazali' karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee boleh dijadikan tauladan.
Bak kata pepatah Melayu: sayang anak tangan-tangankan. sayang isteri... erm... nak ubah pepatah ni boleh tak?
Huhu.
p/s: Homer Simpson bukanlah seorang contoh ayah yang baik. Harap maklum.