Tuesday, June 26, 2007

Tergelak.

Ini adalah rutin aku di rumah selepas balik kerja sejak beberapa minggu yang lalu.

Mula2 lawan kutuk mengutuk berforum dengan ex-Jenan batch aku - Cendolpulut99...

Lepas tu ber-'Peggle'.

Kemudian telefon bini tersayang. Gayut sambil ber-'Peggle' lagi.

"Ayang main peggle ke? Tanak cakap dengan orang ke?" bini tersayang, nada merajuk.
"Ok la, ok la... tak main la..." aku, tutup speaker. Sebelah tangan pegang mouse, klik2.
"Ayang tutup speaker je kan?" bini tersayang, menduga.

Aiseh, kantoi.

Aku mengaku bersalah, dan tutup peggle betul2. Kemudian memujuk bini tersayang. Dan perbualan kami biasanya mengambil masa sekurang2nya dua puluh minit. 15 minit untuk memujuk je.

Hehe.

(adoi, kena cubit)

Setelah perbualan tamat, aku berjalan ke peti sejuk. Bukak. Cari dadih perisa jagung yang Parid buat untuk di-pau. Singgah bilik Parid, kacau hidup beliau.

Kemudian, balik ke depan PC, bukak blog2 orang lain. Baca2. Tinggalkan komen.

Jika entri mengenai pengalaman, aku komen dengan kisah2 hidup aku yang berkaitan. Aku suka provoke kalau apa yang ditulis tu merupakan pendapat. Suka tambah2 kalau ada aku terasa nak tambah. Kadang2, sekadar tulisan "(hadir)" untuk memberitahu tuan blog yang aku dah baca tulisan beliau.

NOTA: Gaya "(hadir)" ini ditiru daripada Encik Bergen. Aku sangat suka tulisan beliau. Menarik.

Selepas meninggalkan komen2 tersebut, aku suka tunggu respon tuan blog. Inilah perkara yang aku rasa lebih menarik daripada entri - respon tuan blog kepada komen aku.

Ada yang tak respon. Ada pulak yang visitor lain tolong responkan. Ada yang memberi respon melalui entri khas, semata2 nak jawab komen aku. Ada yang delete komen aku. Ada jugak yang terus delete entri sendiri yang aku dah komen. Ada juga yang larang aku daripada terus memberi komen. Ada yang membuat 'lawatan balas' dan meninggalkan komen di blog aku pulak.

Haha.

Maaf. Aku sekadar terhibur.

Tentu korang pernah kena interview, tapi pernah tak korang wonder tentang mekanisme interview tersebut?

Tak pernah? Oh, takpelah. Abaikan.

Berbalik kepada cerita asal mengenai rutin.

Lepas baca blog orang dan tinggalkan komen, aku bukak balik forum Cendolpulut99.

Kemudian ber-'Peggle' lagi. Waktu ni, Parid selalunya akan datang dan menjadi cheerleader tak bertauliah.

Rakan serumah kami bernama Zul itu pula, sekarang mungkin berada atas pulau besi di tengah2 laut. Mungkin tengah sangap. Kesian beliau. Tapi, itulah tugas seorang petrophysicist (betul la gamaknya position beliau sekarang ni)

Lepas bosan tak menang cabaran Peggle, aku bukak Friendster. Selalunya diikuti aktiviti meng-Google dan download apa2 yang 'menarik'.

Hua hua.

Kot2 terasa rajin macam sekarang ni, aku update-lah blog ni.

Sekian.

Mari kita tido bagi mengakhiri rutin seharian.


p/s: Jangan ter-saiko perihal komen tentang respon kepada komen di atas, ye. Dan kepada FEQA, saya masih berhutang topik 'soft skills' dan CGPA dengan anda.

13 comments:

Anonymous said...

meninggalkan komen di blog encik sayut adalah hobi saya.

walaupun saya tidak ada apa2 yg penting utk dikatakan tp.. ye la bila benda tu hobi kan, bukannya kene jadi penting pun. contohnya hobi adik saya ialah menconteng dinding rumah. bukan saja tidak penting malah menyusahkan & menyakitkan mata memandang. tp dek kerana itu adalah hobi beliau maka beliau seronok melakukannya.

walaupun sekadar 'HAI' tp dek kerana itu satu hobi maka adalah kepuasan sebenar terbit dari situ.

**saya sedang mencari hobi lain yg lebih berfaedah. apa agaknya? mengumpul setem? melukis? membaca? memancing? ah!

danial17 said...

ah, aku tertipu utk mengelik 'menarik' ingatkan biru sbb link

p/s: mengumpul anak juga satu hobi yg baik

Pegawai Khalwat said...

Aku kira lebih tiga kali hang dok kata peggle tu, siap link lagi.

Awat hang nak suruh kami main peggle jugak ka?

Habaq saja la.

Sayuti said...

alom: oh, hobi rupanya. patut laa... haha.

hobi apa ya yang menarik? aa... main peggle. menarik tu. tak caya tanya kak erynn.

azhar: haha. nasib baik aku tak keji, macam link dekat blog lama kmie yang kononnya ke blog baru beliau tu...

p/s: mengumpul anak? kalau mengumpul bini, baik tak?

(adoi! kena cubit lagi)

tuan pegawai: saja tamau habaq. segan... hehe.

Jannah said...

Komen En Sayuti menarik dibaca. Tambahan pula pabila timbul pengalaman hidup. Terhibur.
p/s Sila menonton Transformers the Movie pada minggu ini sebelum the rest of Amerika. Disana 4th of July baru start. Kemudian write a spoiler blog entry ;)

Anonymous said...

Tuan,

Maaf lama tak menjenguk...
Busy dgn pelbagai urusan kerja....bawah sikit dr tahap kerahan tenaga....
Hahahahahahaha.....

Bab hutang tu...bila2 pun takpe......
saya tak ckp apa2 tp tuan yg menyebutnya....hahahahahahha

Pada saya setiap penulisan adalah pandangan dari skop penulis...
pesan guru saya, setiap penulisan adalah betul atas sikap dan sifat penulis....
salah betul belakang cerita...
jgn main belakang sudah....
muahahahahha....
itu dia punya cerita maa....
suka hati dia lo mau buat apa cerita....
org lain bising2 apa susah...
kalau bising juga aa...kasi potong suda la....
berbalik kpd entri tuan bertajuk: betul(kalau tak silap))...

pesan beliau lg, segala bentuk hujah tersebut menguji kefahaman dan pegangan diri umpama dacing atau batu kati...

bg seorang pembaca...
mungkin semuanya betul dan mungkin juga tidak mengikut kesesuaian diri, emosi, nilai maruah, perjuangan serta pegangan yg bertahun lamanya digenggam....

ada juga separuh orang, kebenaran terletak di depan mata tp dek kerana maruah diri dan pegangan lebih diagungkan...maka semua itu salah malah berani mengatakan sesiapa yg mengikutnya pasti sesat...
maka jadilah seperti seorang buta yg memegang gajah...

tak guna ada mata kalau tak tahu melihat,
tak guna ada hati kalau tak tahu menilai....

sekian...
sekadar pandangan peribadi..
bukan utk pegangan total...
takde idea utk menulis sebenarnya...
ini je yg termampu....

FEQA

Sayuti said...

jannah: terima kasih. tiket wayang dah abis dah kot skang. huhu. takpelah, tengok lambat sikit.

FEQA: betul - kalau kita menulis diari dan disimpan tak bagi peluang orang lain baca, atau menulis mengikut pandangan tentang diri kita sendiri, yang langsung tak melibatkan orang lain. dengan bahasa orang yang lebih rajin ke surau, muhasabah diri.

tapi, kalau cerita itu melibatkan orang lain, orang lain berhak bising terhadap si penulis. contohnya, kalau menulis sesuatu yang melibatkan pegangan agama, atau norma masyarakat, atau gossip atau apa2 aje lah yang sewaktu dengannya.

saya setuju tentang sikap sesetengah orang seperti yang dikatakan.

seperti kisah seorang sufi yang buat public statement Allah berada dalam jubahnya. khalifah waktu tu, tangkap dan pancung sufi berkenaan atas statement yang dibuat.

seorang ulama' lain cakap, tak salah statement yang dibuat tu. khalifah tu pon tak salah pancung sufi berkenaan.

yang salahnya, bila statement itu sampai kepada umum. walaupon dia sebenarnya nak bagi tau dekat saudara2 dia je ke, atau pon kepada kawan2 terdekat je tapi, once dah dikongsi, statement itu boleh membahayakan akidah masyarakat umum. oleh sebab itu, khalifah harus menjalankan tanggungjawabnya, dan sufi itu perlu bertanggungjawab atas statement beliau.

bagi orang yang nampak sufi tu betul, akan kata khalifah tu kejam. yang tak faham statement sufi tu, akan kata sufi tu sesat. tapi, orang yang faham, akan nampak kedua2nya tak salah.

rata2 orang yang faham, akan bersifat atas pagar. dan selalunya, yang betul2 faham ni lah dituduh tak faham. lalu, dioranglah yang selalu kena tembak kedua2 belah pihak. huhu.

semuanya berbalik kepada pandangan individu. tapi, kita tak perlu bersifat individualistik untuk memahami.

apa2 pon, saya setujulah lebih kurang dengan komen cik (ke puan, ke tuan?) buat masa sekarang ni.

mekasih. :)

Anonymous said...

Saya pun pernah terdengar kisah sufi tersebut...

ulama yg kata sufi tersebut tak salah hidup selepas zaman itu...
bukan pada waktu yg sama....

p/s:
1)kenapa tanya puan atau tuan?
2)kata ada kekosongan di tpt keje tuan....post apa?
3)betul ke company tuan akan adakan walk in interview nanti....??

FEQA

SpidEy d'lEfty said...

singgah dan (kadang2) meninggalkan komen kt blog tuan Sayut merupakan cara sy meningkatkan populariti sy di dunia blog.. maklumlah blog tuan Sayut dipenuhi dgn celebriti2 dunia blog yg buleh sy berkenalan dan meng'expand'kan networking sebagaimana yg dialu-alukan oleh kompani sy yg mementingkan publisiti dan networking.

Sekian.

Ok now be serius -- Dear Tuan Sayut, anda dipilih sebagai panel larian ke2 a.k.a. '2nd run' sesi RELAY-BLOG ULAM, ini merupakan satu jemputan dan 2nd run of ULAM bakal beraksi di pawagam on 07/07/07.. sile respon kpd invitasi ini.. utk menjawab soalan seumpama "Ape ke mende ULAM nih?", sile singgah ker blog hamba and cari kan LINK.. hehehe..

Aku serius dalam kedua2 perkara di atas. (Tak nampok ker muke aku yg serius nih?)

Tima Kaseh

Anonymous said...

Encik Sayuti,

Saya berasa iri hati.

Sayuti said...

FEQA: a ah. itulah itu. cuma, saya dengar khutbah baru2 ni, wahdatul wujud itu sesat. nanti2lah, tak abis studi lagi ni. huhu.

p/s:
1) atau cik? untuk pengetahuan aje.
2) banyak post. tempat saya saja dekat 120 post. requirement: PE, Geosains dan XP minimum 3 tahun.
3) ada kot...

wong: ko memang. suka carpub. haha. eh, kompeni tak suka staff cari publisiti. kompeni suka staff menonjolkan keupayaan diri. lain dua2 tu. yang networking tu, betullah.

haiyo. susah mau commit lah. xcite pon susah nak commit. inikan pula ulam. walaupon dah dapat sorang lagi assistant baru hari nih.

alom: mengapa ya begitu?

SpidEy d'lEfty said...

Maksud reponse tuan itu aper? Sy tak rase pengeJOINan badan tuan ke dalam ULAM akan membebankan tuan as tuan mmng seorng insan yg rajin mengeBLOG.. lg pun sy yakin dgn 'pen-cemar-duli-an' tuan akan menggempak lagi project relay blogging tersebut.

Utk mengetahui harapan BOSS ULAM terhadap tuan Sayut, sile bace entri INTERVIEW ANTARA BART SIMPSON DGN BOSS ULAM dlm blog ULAM, jelas nyata bahawa ahli panel' yg dimaksudkan oleh BOSS dlm interview tersebut mmng me-refer pada tuan., serta seorng lagi ahli BLOG yg juga regular visitor kpd blog tuan (maap, nama beliau masih terpakse dirahsiakan..).

ON behalf of BOSS Ulam, sy berharap tuan Sayut dpt mempertimbangkan invitasi berkenaan..

(Susah betul nk menulis surat rasmi..)

skian.

Mommy Lyna said...

biasalah dlm diri manusia ada sifat2 yg sudah dibekalkan sejak azali yakni tergopoh gapah, keluh kesah, etc. oleh itu maka kita haruslah melawan sifat2 tersebut.

haha. saya iri hati terhadap kawan2 yg susah mencapai kejayaan dalam karier. apa nak buat, saya cuma sorang graduate engineering yg bekerja sebagai kerani saja.