Saturday, June 09, 2007

Meow~


Tiga kali flight aku dari Kuching tertunda. Last2, balik lambat sehari.

Hari last seminar pipeline integrity, penganjur adakan hi-tea untuk peserta melantak networking. Dek kerana nak melantak networking dengan engineer mat saleh, aku menolak ajakan Fariz dengan Abg Amir untuk ke airport awal sikit.

Flight kami sepatutnya pukul 6.40. Waktu Fariz dengan Abg Amir ajak tu, baru pukul 5.00 lebih2 sikit. Airport takde la jauh sangat. Aku bajet2, sempat lagi nak check-in.

Lagipon, aku cadang2 nak ke airport dengan ex-classmate aku dekat UTP dulu, si Azmir a.k.a Abg Boy. Lama jugak la aku tak jumpak beliau. Kebetulan pulak beliau attend seminar nih, mewakili bahagian R&T. Kebetulan jugak, flight kami sama. Maka, boleh la naik satu teksi. Sambil2 tu, boleh catch-up tentang gosip2 baru.

Kami sampai dekat airport lebih kurang pukul 5.40 petang. Tengok dekat skrin jadual berlepas, flight kami ditukar masa ke pukul 9.20 malam.

Ah, sudah.

Kami pon cepat2 la ke kaunter, nak tukar ke flight yang lebih awal. Ada flight pukul 8.00 malam dengan 8.30 malam. Malangnya, dua2 flight dah penuh. Terpaksa la kami tunggu. Nasib baik MAS bagi kupon makan free. Bila ditanya kenapa flight ditunda, akak kaunter tu rilek je cakap kapal terbang rosak dan tengah repair dekat KL.

Cuak jugak aku nak naik kapal terbang rosak ni.

Aku jumpak Fariz dengan Abg Amir dekat KFC. Diorang berjaya tukar flight pukul 8.30 malam. Maka timbullah sedikit penyesalan di hati sanubari aku dek kerana tidak mahu menyambut ajakan mereka sebentar tadi. Penyesalan itu terhapus dengan sendawa berperisa daging teriyaki dan kepak ayam bersos bbq yang dihidangkan waktu hi-tea tadi.

*Burp*

Dipendekkan cerita (panjang dah ni rasanya), aku dan Abg Boy serta beberapa rakan kami yang tak sempat tukar flight pon naiklah airbus yang akan membawa kami ke KL pada pukul 9.20 malam tersebut. Kabin panas semacam je. Rupa2nya, air-cond tak jalan. Waktu kapal terbang bergerak ke runway untuk berlepas, ada bunyi2 dan getaran2 yang pelik.

Cuak.

Lampu kabin pon ditutup dan kapal terbang pon berlepas. Tapi, dah lebih 10 minit di udara, lampu tak pasang2 jugak lagi. Air-cond masih tak jalan. Tiba2, kapten kapal buat pengumuman yang kapal terbang ada masalah teknikal dan terpaksa patah balik ke Kuching.

Adeh.

Lega betul bila kapal terbang mendarat dengan selamat. Walau bagaimanapon, penumpang dimintak tunggu dalam kabin sementara masalah tersebut cuba di atasi.

Setengah jam kemudian, masalah tersebut tak setel jugak. Kami pon diminta turun dari pesawat dan tunggu 'kejap'. Waktu tu, dah pukul 11.00 lebih.

Dekat pukul 1.00 pagi, baru diorang give-up dan meminta penumpang2 yang dah tensen pergi ke kaunter untuk claim baucer penginapan dan tukar ke flight esok.

Tertunda buat kali kedua.

Kumpulan kami (Aku, Abg Boy dan rakan2) ditempatkan di Kuching Park, sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang berbau colok. Pukul 2.00 pagi baru kami sampai di hotel. Flight kami ditukar ke pukul 12.40 tengahari esoknya.

Nasib baik aku bawak spender spare extra selai...

Esoknya, dipendekkan cerita lagi, kami pon naik flight pukul 12.40 tengahari tersebut. Tiba2, ada seorang makcik mengalami masalah kesihatan dan terpaksa disorong keluar dari kabin dengan topeng oksigen.

Pukul 1.00, steward buat pengumuman yang flight akan terlewat sebab diorang terpaksa punggah luggage untuk mencari beg makcik tersebut.

Hadui laa.

Tiba2, gadis genit berpakaian seksi selang satu kerusi kosong dari aku tengok kat aku dan berkata, "Not again... it's like the third time already!"

Baru aku perasan yang gadis genit berpakaian seksi tersebut adalah salah seorang penumpang yang turut tertunda semalam. Hari ni dia ikat rambut. Pakaiannya masih seksi, macam semalam. Daripada cara dia bercakap, aku agak2 dia orang Filipina.


NOTA SELINGAN
: Sesungguhnya bini tersayang akan cemburu dan akan berkata, "APA? AYANG CAKAP DENGAN PEREMPUAN SEKSI?" seterusnya akan merajuk dan cuba mencubit aku. Oleh yang demikian, seharusnya aku cakap, "Ayang... takde apa nak dijeleskan. Pompuan tu pakai seksi je, tapi tak comel macam ayang. Muah~" lantas memberikan kucupan mesra untuk memujuk bini tersayang. Kamu2 yang membaca nota pendek ini pula akan terasa loya2 sedangkan yang hamil sekarang ialah bini tersayang, bukan kamu. Huhu


Memandangkan dia dah bercakap dan tengok kat aku, aku pon gatal tanya balik, "You have something important in KL today?"

"Like yeah... If this flight is cancelled again, I'm gonna sue!" dia jawab. Marah betul tu.

Hoho.

"The good thing though, is I don't have to go to office today," aku cakap balik. Pernyataan yang ternyata bercanggah dengan apa yang sebenarnya berlaku setibanya aku di KL dua jam selepas itu.

Sementara nak tunggu pesawat berlepas, kami pon berbual la kejap. Rupa2nya, gadis genit berpakaian seksi ni orang Malaysia, keturunan Iban dan sedang menuntut di KDU, jurusan undang2, dalam tahun pertama. Patutla dia nak sue...

Aku sampai di KLIA pukul 3.00 petang. Tengah tunggu beg, tiba2 ofis telefon. Datin suruh masuk ofis gak kejap petang tu. Ada kerja yang nak disetelkan.

Hadui.

Esoknya, aku demam.


p/s: Tahniah kepada Pak Lah di atas pernikahan beliau hari ni.

15 comments:

Anonymous said...

wohhh..what a day!..saye sebagai penganjur seminar berase simpati atas kejadian tersebut..hehe..alhamdulliah flight aku 6am kamis bersame engineer mat salleh ok..pastu straight gi ofis attend meeting..duh

dimanakah venue team building inter department pada kali ini?kaman2..haha

harni said...

woh.simpati. aku setakat bag stranded je. tuan dh smpai kt miri tengari. beg smpai tgh mlm. terpaksa la beli baju baru utk mlm tu.. mas sengal

Sayuti said...

abid: awalnye balik. kami memang tak nak amik flight 6am sebab waktu nak amik baucer hotel, dah pukul 2 pagi. tak hilang penat lagi time tu.

venue tu... erm... tunggu la aku dapat quotation, baru boleh announce. kalau nak tahu jugak, tanya dr nasir. dia punya pilihan.

harni: sengal la jugak mas time tu. dah la waktu setengah jam dalam kabin kepanasan, diorang tak announce apa2 pon. serve air pon lepas kitorang mintak.

dueng said...

wah..sengal nya services. teruk gile macam tu.

gadis law? aahh..fobia aku gadis law.

Pegawai Khalwat said...

Aku penah naik kapal terbang baru dua kali.

Perak buihnya aku ni.

SpidEy d'lEfty said...

First first, time aku bace part "Penyesalan itu terhapus dengan sendawa berperisa daging teriyaki dan kepak ayam bersos bbq yang dihidangkan waktu hi-tea tadi..." .. aku ingatlah nih part yg paling sadis dlm post ko kali nih ---- RUPER-RUPERNYER!!! part climax is YET to come!! Tahniah sbb dpt jadi the chosen one (bersama gadis Iban seksi) utk meNYAKSIkan kehebatan/kekronikan MAS sampai delay *hampir-hampir* 4 times..

huhuhuhu...

and i think another best part of ur story left unsaid kuut -- part dealing with Datin.. KAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAK!!!!!!

sorry kalu gelak sakan.

Mommy Lyna said...

walau sesengal manapun perkhidmatan syarikat terbang ni, saya sgt berterima kasih kerna itulah saja satu2nya jalan utk saya balik ke kampung.

(pengalaman berkampung d KLIA selama 17 jam dek kerna [garis]kelambatan[/garis] ketiadaan flight).

Sayuti said...

dueng: naper dengan gadis law? bad experience ke? tapi gadis law ni seksi tul. tergugat iman aku. haha.

tuan pegawai: sekarang ada air asia. apa lagi...?

wong: haha. itulah. better leave it unsaid. siut ko gelakkan aku.

alom: ya ya. itulah dia syarikat penerbangan negara. kebetulan salah seorang yang report ke datuk idris jala adalah secondment dari syarikat.

harni said...

tp better mas dr airasia.. naik balik kampung aritu rasa gegar2 mcm naik bas HBR (tau tak sayut??)

Bergen said...

Lama tak singgah. Nak bertanya khabar. Semua ok? Are you a daddy now?

zizie ali said...

orang Kuching (nama bandar) panggil kucing (nama binatang) 'pusa'. harap maklum.

zizie ali said...

cantiknya gambar patung pusa.

Sayuti said...

harni: tau. gegar2 tu bukan salah pilot/plane beb. tu tiupan angin.

sir bergen: i've been checking your blog once in a while, but never had the time to drop a comment or two like last time. just to let you know i agree with what you wrote about the lina joy case.

semua OK. not yet a daddy, but soon. due in december. thanks :)

encik zizie: oh. saya tak tahu. maka 'kuching' tu apa sebenarnya untuk orang2 Kuching kalau bukan 'pusa'?

patung itu tak cantik. gambarnya saja yang cantik.

Anonymous said...

naik airasia KL-KB mmg rasa mcm naik bas perak roadways.

-alom cantik

harni said...

awan ape bila landing tuh encik? gagar compartment atas kepala tu yg mcm nk tercabut.. tu la rasa mcm hbr tuh..