Saturday, June 02, 2007

Hangus.

Letih, tapi puas. Program orientasi eksekutif baru yang aku kendalikan akhirnya berjaya dijalankan minggu lepas.

Tapi, baru selesai satu program, program yang lain dah beratur menunggu.

  • Seminar Pipeline Integrity di Kuching, mulai Isnin ni. Datin suruh pergi.
  • Sebelum tu, kena sambut dua orang expat Iran, sorang expat Indon dan sorang expat Vietnam. Turut serta, dua orang intern dari UTP.
  • Balik dari Kuching, jumpak Mrs Maureen untuk English Language Program.
  • Kemudian, kena aturkan mesyuarat agung tahunan persatuan eksekutif2 muda.
  • Lepas tu, kena buat aku punya Individual Performance Contract (IPC) dan kena review IPC staff2 aku.
  • Sambil2 tu, kena buat planning untuk lima sessi Inter-department Teambuilding yang akan start mulai Julai ni.
  • Tidak dilupa, bengkel Leadership Harnessing untuk jurutera2 petroleum selepas tu.
Semput.

Kamu2 yang baru grad, bersiap sedialah. Alam pekerjaan tidak seindah zaman universiti.


p/s: Bapa saudara bini tersayang, Che Man telah selamat kembali ke rahmatullah pukul 11 semalam akibat kanser yang beliau hadapi. Al-fatihah.

14 comments:

Anonymous said...

saya pun... letih. tp puas. hehehehe.

saya juga tidak suka dunia pekerjaan. tp yg best dapat gaji. masa belaja dapat sikit je duit poket. tp dapat2 gajipun kene baya bil itu bil ini itu ini begitu begini. tp apa nak buat. life must go on.

saya suka bercuti 2minggu ini. tidak perlu pening2 kepala. tengok2 gaji dah masuk. hahaha. bestnya. tak sabar nak cuti 3 bulan pulak.

takziah utk beliau dan ahli keluarganya.

Pegawai Khalwat said...

Padanlah dengan gaji yang hang dapat.

Gaji sikit, sikit la effortnya.

Tapi tak pernahlah aku jumpa orang yang dapat gaji banyak effort sikit dan sebaliknya.

SpidEy d'lEfty said...

aku stuju bhw alam belajar mmng manis drp alam kijo.. aku buleh jadi saksi, witness and evidence.. (mane2 lah..)..

Kejap lagi aku kene balik opih.. xbest nyeeeeeeeeeeeer!

Aku student.

artisticklytouch said...

Eh, macam sama je jadual kerja kita untuk 6 bulan yang akan datang ni he he nanti pnjm module orientation boleh?

harni said...

aku masih bercuti.. boss baru sudah bising sebab cuti terlampau panjang.. raya nanti unpaid.. eh encik hr, boleh ke amik cuti tahun depan ek? hehe

bila ek leadership harnessing? aku boleh join?

Anonymous said...

”Kamu2 yang baru grad, bersiap sedialah. Alam pekerjaan tidak seindah zaman universiti.”

Betul tu tuan.

Pesanan mentor saya semasa sebelum grad, ”hanya sekelumit pelajaran di U yang akan digunakan masa dah keje nanti. Apa yang penting ialah pendedahan mengenai dunia pekerjaan lebih penting dari mengejar CGPA di final semester”.

Pendedahan yg dimaksudkan ialah softskill...
Sofskill amat penting bg graduan final sem sbb banyak graduan sekarang grad dgn keputusan yg amat cemerlang tp bila masuk alam pekerjaan berlaku sebaliknya malah lg teruk dari graduan yg sekadar cukup makan atau pun masa konvo orang yg paling last amik skroll....hahahahhahahahhaa (sesiapa yg berkenaan, jgn terasa ye...)

tp mende ni tak bboleh bgtau kat bebudak 1st year @ 2nd year...nanti deme tanak belajar la plak....

Cara nak dptkan softskill tersebut?...terpulang.....
kene cari sendiri...
takut tak sesuai dek badan......
salah satu cara ialah dgn berpesatuan....
tp kene la aktif..
jgn sekadar jadi member utk aktiviti ko-ku shj…

p/s: lama tak memberi respon kerna sibuk dgn pelbagai urusan....

FEQA

dueng said...

aku juga tgh membuat IPC dan seriously membuat IPC ni adalah pain in the ass bagi sorang noob macam aku.

alhamdullillah, dah dapat grab sikit2 konsep KPI, IPC and S&I. takder la susah mana sgt, cuma quite tricky utk differentiate utk noob. utk aku juga. masih juga samar2 tapi kayuh tetap kayuh. tak redah, tak tahu.

haih..this year baru 3 hari aku bercuti secara rasmi. satu cuti sakit, satu cuti kecemasan, satu cuti tahunan. bila la aku nak cuti lagi? ada 13 hari lagi ni.

pack nya jadual. aku sekarang tgh cruising mode sebab keje tak byk sgt. projek besar baru habis aritu, sekarang back to normal day to day job.

dueng said...

regarding last entry, so, kalau someone tu dapat "approval" from his/her superior, maka dia dibenarkan menggunakan premis syarikat utk berniaga? owh..seriously, never knew that. sebab dalam code of conduct, jelas mengatakan penglibatan dalam aktiviti perniagaan luar tidak dibenarkan dan juga mengambil keuntungan atas premis syarikat tak dibenarkan. kalau betul ada kelonggaran diberikan (bersyarat mendapat kebenaran superior), isn't it a bit unfair for whom superior tak kasi berniaga?

about performance tu, keje jalan macam biasa jgk. entah la..because benda2 camni grey area sikit. macam kes upgrade tiket kapal terbang (company's ticket) from lower class to higher class guna ENRICH point, for some people, nampak macam tak salah tapi sebenarnya policy company tak benarkan upgrade even tak dikenakan bayaran apa2. even when you have enrich card and collecting point from company's ticket pun dikirakan salah (tapi takleh nak enforce anything since who have authority to control personal things like enrich card?) tapi petronas wat tatau je.

sorry, panjang plak komen, just sharing something from my point of job scope.

Anonymous said...

alam kerja tak seindah alam pekerjaan?

mungkin ya, mungkin tidak. tp aku lg suke alam pekerjaan rsnye. kerana duit!!

maybe im being naive, but thats the truth. without money nothing can be achieved. *Sigh*

sayut, kalo ade opening, sile2 la bgtau yer. hehe.

Bunga Rampai said...

Al-Fatihah untuk bapa saudara bini tersayang.

Salam Dik.

Sayuti said...

alom: lain macam je ayat tu... hmm... :p

mentang2 la dia ada maternity leave. jelesnye.

tuan pegawai: tak padan! kena naik gaji macam gomen. hehe

wong: ko belajar kerana kerja. kerja ko adalah belajar. haha.

art: tak boleh. hehe. rahsia syarikat nih.

harni: boleh ke join? ko memang kena join pon! semua kena... termasuklah aku.

FEQA: pandangan saya berbeza sikit dengan pandangan anda dalam isu soft skill ni. nanti la bila2 rajin saya hurai. tengah penat ni... baru balik kuching.

dueng: aku dah reply email ko tadi pasal ni, tapi waktu nak send, sangkut plak dekat outbox. server down.

dueng lagi: ko refer part IId, item 9.0.

pasal fair tak fair... that's life la kan. :p

enrich card - allowed. boleh je upgrade kalau free. tak salah. nak downgrade je salah.

kena differentiate between leveraging and abusing. personal interest versus company interest. if there is a conflict between this two, whereby staff put his personal interest above company interest in business... then baru salah.

contoh: ko disuruh pergi training kat satu tempat yang ko tak pernah pergi... katakanlah kuching, sarawak. sampai je ko terus pegi jalan2, shopping terubuk masin, usha awek kat waterfront etc., sampai ke malam. tak salah. tapi, kalau sebab ko jalan2, ko penat pastu ponteng training. tu salah.

cocd is just a guideline. it is not rigid. when unsure, ask your boss. if he/she is unsure, he/she has to ask his/her boss plak. it will eventually stop somewhere.

adek: ayat first ko tu telah salah ditaip.

just to share something from satu ceramah yusof islam: money is not God. it has no power whatsoever. don't treat it like God. everything can be achieved without money, but nothing can happen without God.

opening apa yang ko nak? banyak nih. hr? admin? finance?

akak bunga rampai: salam kak.

Anonymous said...

Tuan,

Kalau ada opening kat tempat anda "PETRONAS", sila la maklum2kan kpd kengkawan....

FEQA

Obefiend Weiland said...

tuan

kerja anda bunyinya bosan.. ke aku saja nak rile u up?

AHAHAHA

blackpurple @ jowopinter said...

Nasib baiklah saya tak 'tersesat' ke posisi di bilik HR. Tapi menarik. Dapat belajar gelagat manusia. :)