Embekkk!
Akhirnya, aku menulis jawapan di dalam entri 'Sebab...' tiga minggu yang lalu.
Bini tersayang ketika bergelar tunang dulu, pernah menulis testimonial berikut untuk aku di Friendster;"sayuti a.k.a mamat kambing.. byk memiliki ciri2 kekambingan seperti comel.. byk lemak.. ada janggut sejemput.. bertanduk.. boroi.. kulit tapak kaki yg keras.. pemalas.. hensem.. kuat makan.. kuat tido.. kuat merajuk dan segala apa lg yg kuat.. hehe.. apaper pun.. saya sayang kat kambing sekor ni.."
Maka, sebab itulah beliau dapat agak apa yang telah aku lukis tersebut. Walau bagaimanapon, ada sebab2 lain lagi kenapa aku memilih kambing.
Bukan. Bukan! Aku bukan bintang Capricorn.
Malas mandi? Telah diteka oleh Sang Semut dulu, tapi telah dinafikan.
Tahi bulat2? Err... itu kadang2.
HAHAHA.
Sebenarnya, kamu boleh baca tentang kambing di Wikipedia: Kambing atau Wikipedia: Goat. Jika kamu lebih 'adventurous', boleh melawat website Dunia Kambing.
Kamu akan mendapati kambing adalah haiwan yang sangat berguna kepada manusia. Selain membekalkan susu dan daging, kambing jenis biri2 juga membekalkan bulu untuk dijadikan pakaian. Tapi, sering benar kambing dijadikan bahan ketawa dan penghinaan, terutama di kalangan masyarakat Melayu. Sejak dari tingkatan tiga, aku cuba mengubah persepsi ini dengan menerima gelaran 'Kambing' daripada kawan2 tanpa rasa terhina. Jika kamu tak percaya, kamu boleh tanya Haizam, anak Che Mat.
Juga, jika kamu beragama Islam, kamu harus tahu bahawa Nabi Muhammad SAW pernah menjadi seorang pengembala kambing ketika usia mudanya. Seperti kambing2 itu, aku juga berharap sentiasa di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW.
Itu adalah jawapan aku.
Walau bagaimanapon, kambing dijadikan simbol pemujaan Syaitan oleh sesetengah pihak terutama golongan Black Metal yang terlalu fanatik. Mereka menyembelih dan meminum darah kambing dengan rakus. Sungguh keji mereka itu. Maka, untuk menyelamatkan spesis kambing daripada dianiaya, sama2lah kita menjaga diri kita serta orang2 yang terdekat dengan kita daripada anasir golongan Black Metal ini.
Jika kamu peminat tegar muzik Black Metal, janganlah menganiaya kambing.
Sembelihlah kambing sebagai korban atau akikah kerana Allah SWT. Kambing2 ini akan menjadi haiwan tunggangan di Syurga kelak, berkat daripada ibadah itu.
InsyaAllah.
p/s: Adalah diingatkan bahawa tahi kambing walaupon bulat2, tidak boleh digunakan sebagai makjun.
16 comments:
ooo begitu kisahnyaaa :P
kambing pon kambing la yerrr
Perihal kisah kambing yg begitu dianaktirikan oleh masyarakat M'sia ek... hehehehe
Penah tgk betapa comelnya anak kambing? Tambah2 lg kalo warna putih... alahai comelnye... err aku bukan fetish kambing hahahaha
(Post atas td tu ade salah ejaan sket hehe)
masa kecik-kecik mak aku selalu bebel kat aku:
"Pemalas mandi, nak jadi kambing?"
Lantas aku membuat konklusi yang kambing tak mandi tapi haiwan lain mandi, boleh?
adakah kamu pon leh mengeluarkan susu?
yoda suka kamben? w00t~~~ taknah tau lak aku~~~
artisticklytouch: boleh2, sebab haiwan lain mana mandi, kalo 'bergelumang' ngan air tu bukan dikira mandi. sebab tu la kalo kita 'mandi' tanpa sabun tu tak dikira mandi. mandi biarlah bersabun. barulahah bersih. pastu lap badan ngan towel yang bersih. towel yang lap badan kita yang bersih tu. tp, pelik gak, apsal towel yang digunakan utk lap badan yang bersih pon perlu dicuci? adakah patut membersihkan sesuatu yang digunakan untuk membersihkan sesuatu yang lain?
lol.jgn marah sayut...:P
sayut lebih kepada ARNAB bukan kambing
suka buat seks banyak banyak lepas tu buat cute.. sah la sayuti tu. HHAHAHAHAAHHAHA. GHAAHAHAHAHA.. HAHAHA.....
Kambing
Lu adalah seolang yang busuk kelana jalang mandi punya olang. Pasangan lu pun talak mood mau main sama lu disebabkan lu busuk. Elakkan berdiri terlalu lama in one spot kelana olang mungkin akan baling selipar sama lu (busuk maah!)
- quoted from WAB
Tak makan daging kambing. Kalau kambing bebiri makan la....
Maskot kambing pun tak apa Sayut asalkan badan tidak berbau seperti kambing..... :D
kak ayu: demikianlah. kambing la bess. hehe
yoda: ko fetish unta. hahaha.
artisticklytouch: tak boleh, sebab konklusi tak betul. kambing malas mandi, bukan tak mandi langsung.
mereka hanya tak mandi junub, sebab tak wajib atas kambing.
syukies: aku boleh mengeluarkan susu. yang pekat. kaya dengan protein. haha.
syukies lagi: mandi junub tak perlu sabun pon takpa. tapi, kalau salah guna sabun ketika mandi, kena mandi junub. haha.
kalau tak payah basuh tuala, orang tanak mandi. diorang nak peluk orang yang mandi dan bersabun ketika masih basah je.
huha. teruja.
btw, minggu ni gi KT lagi, tak dapat bersama. bini aku nak jemput terus dari stesen bas. dia jeles.
haha
effi: hahaha.
kambing pon begitu jugak. malah melakukannya di tempat terbuka.
ah, menarik!
azhar: itu adalah komen seekor kucing yang keji.
abang jowo: bau badan kambing kadang2 boleh bertindak sebagai stimulus. tapi saya pakai cologne, maka tak berbau.
"kita black metal tak minum darah kambinggg! tapi kita makan daging kammbbiinngg! yeah!" sorang mat metal di dalam sebuah konsert metal of the band.
akak baru jer tengok kambing kena sembelih hari sabtu lepas!!
byk sgt perkataan kambeng...
cikgu nizam: baguslah kalau begitu. pastikan kambing berkenaan disembelih mengikut syarak.
akak MR: sembelih buat akikah ke?
harni: takleh ke?
perghh.. gitu kisahnya.. form3 dulu depa gelaq hang kambing ka? ish, hilang ingatan laa plak..
That's a great story. Waiting for more. »
Post a Comment