Monday, July 10, 2006

Terumbu!

Mari kita sama2 mengucapkan tahniah kepada Parid, rakan serumah aku. Beliau telah berjaya merealisasikan impian kami untuk mempunyai internet broadband di rumah.

Maka, makin tinggilah kos sara hidup kami di KL.

Aku baru balik dari Bangi. Baru sebentar tadi, aku, Lan, Bebeh dan Yayi telah melepak bersama2 bercerita2 tentang isu2 duniawi. Dari kisah kawan2, bola, kereta, gadis2, gosip2 hangat artis sehinggalah ke politik nasional.

Oh, ya! Tahniah kepada Itali kerana telah berjaya menggondol Piala Dunia. Aku tak dapat menyaksikan perlawanan tersebut kerana aku berada dalam bas dari Kuala Terengganu semalam. Hujung minggu lalu, aku menghabiskan masa bersama bini tersayang.

Pagi Sabtu, kami ke sebuah pulau kecil berdekatan dengan Pulau Kapas. Di sana, kami telah bersnorkling dan melihat anak2 penyu yang comel.

Anak penyu... HAHAHA.

Maaf, aku teringat sebuah lawak berkenaan anak penyu. Tidak boleh dikongsi bersama. Hanya untuk orang2 yang pervert berimaginasi tinggi saja.

Pada petangnya, aku dan bini tersayang menghabiskan masa di sebuah chalet murah di sana. Ketika di chalet murah berkenaan, bini tersayang telah diserang oleh seekor lipan yang besar.

NOTA: Tiada apa2 maksud tersirat di sini.

Lipan tersebut menjelma dari belakang baldi yang terdapat dalam bilik air. Belum sempat lipan berkenaan bertindak, bini tersayang terlebih dahulu berlari keluar dari bilik air, dan menjerit2 panik.

Aku cuba menentang lipan berkenaan, tapi gagal kerana aku tidak berbaju mempunyai senjata sedangkan lipan berkenaan mempunyai kaki yang banyak. Lalu, dengan pantas aku memanggil tuan chalet. Beliau segera bertindak menghapuskan lipan tersebut dengan setongkol kayu.

Akhirnya, keadaan menjadi aman damai semula. Apabila keadaan menjadi aman damai, maka faham2lah sendiri apa yang berlaku.

Sekian.


p/s: Takde cerita menarik minggu ini, sekadar rutin.

6 comments:

NONIE AZIZ said...

heheheh...apa yang pasti...MR berimaginasi disini...sambil ko cuba nak membunuh lipan itu sambil ko menjerit tolong kegelian....keskeskes...itu sebab sampai terpaksa meminta tolong dari pengusaha chalet tersebut!!muahahahha

Ayu Mohamad said...

hahahaha Sayut.. sabo jek laaa

Anonymous said...

ko takut lipan??
apa kelas

Sayuti said...

akak MR: mana ada. saya bertindak ngan macho cuba menghalau lipan berkenaan. tapi, tak dapat nak bunuh sebab takde kayu atau penyapu berdekatan.

kak ayu: sabo sebab aper?

ron97: tak takut. geli2 je.

Anonymous said...

pulau ape ..kecil dekat ngan pulau kapas??

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... De de humidifier longhi my trips and more Suzuki ltz 450 maps of ferdinand magellan's trip Moving company southern mortgage quotes Farmers insurance in bolingbrook ill Disney vacation clubs keno strategy Aarp las vegas vacation packages roof rack van mercedes ml grabber vacation villas clermont florida december vacation packages lingerie men.com sexy Aging anti care information skin