Friday, July 21, 2006

Hajat.

Sekiranya kamu ingin melepaskan hajat di dalam tandas awam, atau tandas pejabat, minimumkanlah bunyi yang dikeluarkan bagi menjamin keselesaan bersama. Jangan pula kamu mendesah dengan setiap ketul emas yang sedang dilaburkan, walaupon nikmat perbuatan ini diakui. Cuba bayangkan...

*Ceplup*

"Ahhh..."

*Ceplup*

"Ahhh..."

Bunyi-bunyian kamu ini sudah pasti mengganggu emosi pelabur di 'cubicle' sebelah.

Juga, janganlah kamu menjawab panggilan telefon ketika berada di dalam tandas. Kamu mungkin pernah dengar tentang kisah seorang lelaki yang perasan orang di sebelah sedang bercakap dengan beliau, padahal orang itu sedang bercakap di telefon. Jika kamu belum tahu kisah itu, boleh baca di sini. Bersms juga adalah tidak digalakkan, lebih2 lagi jika 'keypad sound' kamu diaktifkan.

Tapi, aku rasa sia2 aku coret di sini sebab kamu bukanlah di kalangan orang2 yang melakukan perbuatan2 di atas di dalam tandas awam.

Aku juga rasa sia2 kalau aku coret bantahan aku terhadap serangan Israel ke atas Lubnan di sini. Sedangkan bantahan PBB pon tak diendahkan Israel Laknatullah itu, apatah lagi blog aku yang langsung tak ada sebarang signifikan terhadap mereka.

Tadi, ada perhimpunan di belakang Masjid Asy-Syakirin, KLCC bagi membantah serangan Israel tersebut. Ramai wartawan datang, tangkap2 gambar. Ketika itu, aku dan Syuk baru lepas solat Jumaat. Syuk datang KL untuk mencari kerja baru.

Ketika kami berjalan ke arah Suria KLCC, kami dapati sekumpulan lelaki Melayu berjaket Pemuda UMNO sedang bergerak pada arah bertentangan dengan kami, berkemungkinan besar mahu menyertai perhimpunan tersebut.

"Eh, diorang ni sembahyang kat mana?" aku tanya Syuk, soalan retorik.

"Oh... tadi hujan," jawab Syuk, sinis.



p/s: Sama2lah kita berdoa ke atas kesejahteraan akidah umat Islam di Malaysia dan doakan keselamatan dan kemenangan Tentera Lubnan dan Hizbullah ke atas Israel Laknatullah.

13 comments:

Bunga Rampai said...

Salam.
Bagaimana pula bunyi kalau "hajat" tak kesampaian? :)

Doa saya sentiasa untuk mereka di jalan yang benar.

Pegawai Khalwat said...

Pencemaran bunyi boleh kontrol jugak, kalau pencemaran bau?

Pss... marilah kita bersedekah kepada pejuang Islam kita di sana, kalau bukan dengan duit pun, dengan doa.

blackpurple @ jowopinter said...

Bunyi itu satu hal, satu lagi percikan airnya itu tentunya akan terkena seluar kan... pun satu hal juga...lainlah kalau berb*g*l..

Kita cuma mampu melihat, mendengar dan bersimpati... Mohon Allah pelihara mereka....

NONIE AZIZ said...

siutlah ko ni...terbayang2 aku benda alah tu jatuh kat lubang jambang...siap ada bunyi plak tu!!!

Moga Allah pelihara mereka yang berjuang

Anonymous said...

*ceplup-ceplup* tu tandas duduk ke tandas cangkung?

artisticklytouch said...

cuba letakkan silencer di hujung bibirnya, mungkin boleh mengurangkan tekanan perasaan rakan cubicle sebelah.

Sayuti said...

akak bunga rampai: salam. kalau hajat tak kesampaian tu, kita tolong2lah cuba agar sampai. huhu.

pegawai khalwat: pencemaran bau, tutup hidung. huhu.

mari2.

abang jowo: itulah itu. maka, bukalah seluar dan sangkutlah dipintu. huhu.

akak MR: ish, tinggi betul imaginasi akak nih. huhu. sori.

cikgu nizam: tak kisah tandas jenis apa. janji pelaburan itu 'solid'. hehe

artisticklytouch: mulut yang mana satu? dan bagaimana?

haha

ibuVouge said...

atuk masih kat hospital ke
kalau iv melawat, cemana iv nak kenalkan diri..
boleh ke???

Anonymous said...

huhuh, aku rasela kan, putra umno tu ari berhimpun utk bantah IFC kat jb sabtu lepas tu kot

part diroang kuar dari suria tu pon aku sindir ngan parid

"diorang semayang kat suria eh?"

hahaha

Ayu Mohamad said...

Semoga Allah laknat semua kafir2 durjana itu.. dan semoga Allah letakkan roh2 org islam itu ditempat org2 yang beriman..aminnnn

lama akak tak sempat ke sini.. Tok masih di hoepital yer? cuba la berubat di Darul Syifa' mungkin betul ade bende2 halus yang menganggu Tok..

Anonymous said...

harapan aku
tiada lagi konsert di stadium besar
menyanyi melompat dari maghrib
menyatakan tidak pada perang

Sayuti said...

akak IV: tok dah di discaj dua, tiga hari lepas. so, tak dapat la nak lawat.

azhar: tak baik gelakkan orang. haha.

kak ayu: aminn. rasanya bukan sebab tu... tok memang dah lanjut usia. mungkin gangguan psikologi, kot.

ron97: insyaAllah. moga2 tak ada. kalau ada pon, biarlah bukan dari golongan umat Islam.

Dils said...

actually.. ade banyak la people in my building , love to talk on the phone in the toilet cubicle. Then die org flush.

Serba salah nak buang time org tu bercakap. I am just weird that way.