Friday, July 14, 2006

Kecemasan!

Pak Ngah telefon semalam.

"Hang tau dak Tok hang masuk hospital, CCU?"

Aku terkejut, tapi aku dah dapat agak sebabnya. Bagi seorang nenek yang dalam usia pertengahan 70-an, ada penyakit kencing manis, jarang makan dan kuat merokok, semua ini sudah dijangka.

Tapi, sedikit sebanyak aku risau jugak.

Maka, sebentar lagi aku akan bertolak ke Alor Setar, bas pukul 11.00 malam. Rindu jugak aku kat Tok Wan.

Moga2, aku selamat sampai.


p/s: Kmie, sori.

10 comments:

Bunga Rampai said...

Moga-moga semuanya selamat, dan nenek dalam keadaan stabil.

Salam.

Ku Keng said...

Didoakan yang terbaik bagi nenek anda, Yut.

Sayuti said...

terima kasih akak bunga rampai dan tuan keng. moga2 kan husnul khatimah.

jiGOMorrison said...

Eh! Bila balik ke mari semula? Bukan kau ke yang aku jumpa makankat Burger King KLCC hari Ahad lepas?

Anonymous said...

hmm..
jangan lupa bawak durian pergi hospital

Pandang Dengar Diam said...

moga selamat perjalanan ko pergi balik.Pasal Tok Wan tu sama2 kiat berdoa...

uDA said...

Semoga selamat sampai dan semoga tok kamu sembuh segera sayut. berdoalah!

BMahendran said...

have safe journey bro. moga nenek sihat. n say hi to alor star :) my hometownnn~~~

Anonymous said...

sihat dah tok wan ko?

-normah-

Sayuti said...

tujuh86: bukan. saya selalu makan dekat kedai selera rasa, wisma central. setakat ni, baru sekali makan di burger king, lebih setengah tahun lepas. kali terakhir, take away. dalam tiga, empat bulan lepas.

salah orang kot...

ron97: nak saya kena halau ke? huhu.

cuaca, uda n mahen: terima kasih.

norm dut: blom.