Misteri?
Tok masih terlantar di Hospital Besar Alor Setar, Wad H-2, katil nombor 7.
Manalah tahu kalau siapa2 nak melawat beliau...
Senja Sabtu lepas, Tok meracau2 dan meronta. Hanya Ummi dan aku, kaum keluarga Tok yang berada di situ ketika itu dan kami agak cemas. Pesakit2 dan pelawat2 lain juga kelihatan risau. Doktor muda berbangsa Cina itu pon kelihatan agak tak keruan.
Ummi seorang yang sangat superstitious, dan mula membuat andaian2 yang mendebarkan aku. Tapi, bila difikirkan secara logik, dari mana Tok dapat tenaga untuk meracau2 dan meronta sedangkan sepanjang hari, Tok hanya menjamah beberapa hiris buah epal yang Ummi suapkan.
Ketika zaman mudanya, Tok pernah terkena buatan orang sehingga jadi separuh gila. Ketika itu, Abah masih kanak2, tapi sudah cukup dewasa untuk menjaga Pak Ngah dan Pak Lang ketika Tok diubati. Abah pernah menceritakan pengalamannya mengenai peristiwa itu. Konon2nya, Tok dapat dipulihkan, tapi tak sepenuhnya. Masih ada lagi 'benda' yang tertinggal di badan Tok.
Beberapa tahun dulu, ketika aku di UTP, jiran2 pernah bercerita tentang keanehan perangai Tok. Tok pernah marah2 di depan jiran tentang ramai sangat budak2 botak (bukan abang botak ya!) berlari2 dalam rumah.
Tok pernah bertanya kepada Tok Teh, salah seorang kakaknya tentang perihal anak siapa yang mencangkung di ruang tamu rumah sambil menuding jari ke sudut yang dimaksudkan. Tok Teh tak nampak siapa2 atau apa2 pon di tempat tersebut.
Tok juga pernah beberapa kali merungut tentang perempuan berambut panjang yang selalu menghalang laluannya di dalam rumah.
Jika sebelum ini, aku sering meyakinkan diri yang semua itu hanyalah ilusi seorang nenek yang berpenyakit nyanyuk, ketika itu, cerita2 tersebutlah yang bermain dalam kepala aku.
Siut...
Tok tiba2 bangun untuk turun dari katil. Doktor dan nurse terpaksa mengekang pergerakan Tok dengan mengikat kedua2 belah lengan Tok ke katil setelah Tok mencabut tiub IV di tangan kirinya. Tok meracau2 dan meronta lagi, minta dilepaskan. Akhirnya, Tok keletihan, dan seolah2 terlelap setelah penat meronta2.
Tapi, dalam keadaan separa sedar, Tok masih meracau2. Sesekali, Tok menjegilkan mata dan meminta tolong dilepaskan dari belenggu tersebut.
Aku melihat dengan penuh sedih, sambil membaca ayat Kursi dan beberapa surah pendek Al-Quran lain.
Kemudian Abah sampai. Abah membacakan surah Yassin ke telinga Tok sampai Tok terlelap.
"Tempat ni tak berapa elok," ujar Ummi. Memang...
Kami baca Yassin sehingga Mak Njang sampai. Kami pulang setelah menceritakan keadaan Tok kepada Mak Njang. Kini, giliran Mak Njang pula menjaga Tok sepanjang malam.
Esoknya, aku datang melawat Tok dengan keluarga Pak Ngah pukul 12.30 (lebih2 sikit) tengahari. Ummi dan Abah dah datang sejak awal pagi.
Nurul (adik aku) baru tiba dengan Mak Cik Yah (kakak Ummi) dari Merbok. Nurul baru selesai pengajian Diploma Kejuruteraan Elektrik dan sedang menanti tawaran daripada mana2 universiti untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah. Ummi suruh Nurul jaga Tok sementara menanti tawaran tersebut.
Tok ketika itu sudah tenang, cuma masih tak bermaya. Ikatan di lengannya sudah ditanggalkan.
Aku pulang ke KL dengan keluarga Pak Ngah sesudah Zohor.
Semalam, Ayah (Mertua) telefon, tanya pasal Arau. Adik ipar aku, Ina, perlu mendaftar diri di Politeknik di sana hari ini.
Tengahari tadi, aku terima sms dari Mak (Mertua). Mak dan Ayah nak pergi melawat Tok. Aku bagi nombor wad dan nombor telefon Nurul.
Petang tadi, Mak telefon. Tok masih tak bermaya dan tertidur sepanjang masa mereka melawat.
Tadi, bini tersayang telefon. Beliau akan balik dari Kuala Terengganu hari Khamis ni.
Aku hanya mampu senyum.
p/s: Takziah buat orang2 bujang, duda2 dan MBA (Married But Available) di Malaysia. Misai kontot itu ternyata mengecewakan kamu.
7 comments:
Misteri....
Ada kaitan dengan entri Naga walau personal.
Tapi selain superstitous, sains juga ada penjelasan yang logik. Cuba CT Scan.
hm..hm..
Sudah cuba alternatif lain?
kontot memeng mengecewakan mereka.
Memang ada elemen2 misteri...
mudah2an ada ikhtiar buat tok yang kesurupan..
lantak pi la misai kontot tu. elok pun, takde la asek ngelak2 je org tanye. tp yg aku tensen, ape takde tarikh lain ke. tak tau ke hari tu hari keje, org nak balik keje. jalan jem tau tak, isk. tak penah dok KL agaknye dia tu. dah gi buat hari tu, maunye jem trang tang tang la jalan nnt..
pegawai khalwat: itulah yang saya agak.
cuaca: sudah. dulu...
abg jowo: jangan diselubungi misteri, sudah~
cikgu nizam: insyaAllah.
kmie tak ensem: aih, barulah meriah. kena la ada jem2 sket.
Moga Tok dalam tenang dan kembali segar.
Salam.
Post a Comment