Azmin.
Simpati aku kepada penduduk Bukit Antarabangsa hilang bila menonton berita semalam dan membaca surat khabar hari ni.
Setahu aku, rata-rata penduduk di sekitar kawasan ni terdiri daripada golongan elit dan berada.
Mungkin dia sudah biasa menjadi bos dan mengarah orang buat itu dan ini. Bila kena angkut barang sendiri dan tidak dibantu, mulalah naik angin. Sudahlah baru kehilangan harta dan tempat tinggal yang berjuta harganya...
Mungkin dia pembayar cukai yang patuh, sebab tu dia marah. Duit cukai dia yang bayar gaji petugas-petugas ni.
Mungkin kita pon akan marah kalau berada dalam situasi beliau.
Entahlah...
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jika terjadi pada kita, baru kita tahu kot seksanya. Mungkin kita pon mengamuk jugak kot...
Tapi, sebelum mengamuk, cubalah fikir-fikir balik.
Muhasabah diri...
Bukan ke kalau kita lalu tepi pengemis, selalu je kita ingat pengemis tu anggota sindiket itu dan ini. Jadi, buat apa nak tolong pengemis tu? Entah-entah, hari-hari duit hasil dia mengemis tu lagi tinggi dari gaji kita tiap-tiap bulan...
Ye tak?
Bukan ke kalau ada majlis gotong-royong, kita jarang nak dapat meluangkan masa sebab kita ni sibuk? Maklumla kan, bos... Gotong-royong kenduri kahwin? Ape tu? I ni bukan orang kampung tau...
Ye tak?
Bukan ke kalau ada kematian dekat kawasan kita, jarang benar kita nak pergi tolong-tolong uruskan jenazah? Jangankan nak tolong kafankan, tolong jadi jemaah sembahyangkan pon jadilah. Kalau tak dapat nak sembahyang sebab seluar kotor pon, iringi jenazah ke kubur pon jadilah. Ni tak, tolong tengok tanya berita pon susah. Lainlah kalau Datuk tu, atau Tan Sri ni... Hatta kena ikut ketuk gong pon sanggup...
Ye?
Bukan ke kalau kita bawak kereta masuk kawasan perumahan atau balik kampung waktu raya, kita nampak orang berjalan kaki dari perhentian bas, kita tak berhenti bagi tumpang? Kotor pulak BMW aku nanti. Entah-entah, penjahat mana pulak tu berjalan tengah-tengah hujan ni. Kang bagi tumpang, tak pasal-pasal aku kena rompak. Tak pon kena rogol. Kalau awek takpelah jugak nak bagi tumpang. Tapi, awek pon, entah-entah hantu... eee, takut.
Tak?
Bukan ke kalau orang bawahan kita nak claim overtime, kita soal sebutir-sebutir kerja yang dia buat? Walhal kerja tu, kita jugak yang bagi... Masa kita bagi tu, ada ke kita tanya dia mampu siapkan dalam tempoh kerja dia ke tak? Pernah ke kita ajar dia macam mana nak buat kalau dia tak tahu? Kita tahu ke macam mana nak buat? Eh, tentulah I tahu. Takkan kerja-kerja simple ni pon nak suruh I buat? I kan bos...
Ye?
Bukan ke kalau adik kita, atau abang kita, atau kakak kita telefon, atau sms mintak duit, kita selalu je takde duit? Aku banyak tanggungan lah. Kereta nak bayar. Rumah nak bayar. Korang tak reti cari duit sendiri ke? Dah la tiap-tiap bulan aku je yang bagi duit kat mak bapak...
Tak?
Bukan ke kalau kita tengok kawan sepejabat terkial-kial buat kerja, kita tak pergi tolong? Tolong ajar pon tak. Buat apa nak tolong? Kalau dia tak kompeten, lagi cepatla kita naik pangkat. Baru bos nampak kita hebat. Siapa suruh dia tak reti buat kerja tu...
Ye?
Bukan ke kalau bini kita tengah masak kat dapur, kita tak tolong jaga anak? Eh yang, baby berak ni. Tukar la lampin dia. Apsal rumah bersepah ni? Tu baju I campak semalam tu, tak reti ke nak kutip?
Ye tak?
Bukan ke kalau suami kita baru balik kerja, kita tak offer nak bancuh air atau picit-picit badan dia? Hey, I penat urus rumah tau. Baby pon I yang bagi susu. Dah la I pon kerja jugak. You ingat I ni orang gaji ke?
Ye tak?
Tak perlu nak hitung berapa jumlah zakat yang kita patut bayar tapi tak bayar. Cukuplah dengan merenung perbuatan kita setiap hari. Bila Allah SWT turunkan ujian sebagai peringatan dan pengajaran, kita masih mahu sombong dan berasa diri besar.
Apa tak tahu malu ke kita?
Selama mana kita sibuk mengumpul harta, dalam sekelip mata je Allah SWT boleh tarik balik.
Berapa banyak wang yang kita simpan, dalam sekelip mata je Allah SWT boleh hilangkan nilainya.
Supaya kita sentiasa beringat, yang tiada daya melainkan izin Allah SWT.
Duit tu, kumpullah berjuta bilion trillion pon, takde nilai dan tak boleh buat apa-apa kalau Allah SWT tak bagi.
Makanan tu, biarlah Chef Ramsay yang masak pon, takkan rasa sedapnya kalau Allah SWT tarik nikmat deria rasa dan bau dalam hidung dan mulut kita.
Anak kita tu, hantarlah tuisyen dan belajar sampai ke menara gading pon, kalau Allah SWT tak bagi hidayah, tak jadi orang jugak. Kalau jadi orang pon, kalau Allah SWT nak panggil mengadapNya, bila-bila masa saja dia boleh pergi.
Ingatlah juga yang diulang-ulang dalam surah Ar-Rahman. Itulah muhasabah terbaik untuk kita.
Inilah hakikat ayat 28 surah Ar-Ra'd. InsyaAllah, barulah hati kita akan menjadi tenang.Tak perlu nak yoga-yoga.
p/s: Kadang-kadang, sayuti jugak dengar lagu Setulus Doa - Hijjaz ni...
3 comments:
betul ko ckp tu
kinda agree. hilang rasa simpati kat mangsa tanah runtuh kali ni. sampaikan nasik bungkus pun dibuang, babi hutan yg makan. hina sgt ke makan nasik bungkus tu, ataupun tekak tu dah tak lalu makan makanan org2 kebanyakan. mati nnt jadi tanah jgk akhirnya.
memetik kata2 parid, "makin kaya makin bongok".
Meluah nampak.
Tapi kau benar!
Post a Comment