Saturday, October 11, 2008

Setahun.

1. Adakah kamu masih berhari raya Aidilfitri?

2. Hari raya Aidilfitri bukan sebulan. Aidilfitri cuma satu hari saja, iaitu pada 1 Syawal.

3. Yang sebulan itu, puasa. Walaupon itu hakikatnya, lebih ramai yang beraya sebulan daripada berpuasa sebulan.

4. Golongan wanita kebanyakannya termasuk dalam golongan yang tidak dapat berpuasa sebulan kerana mereka mengalami kitaran haid. Kalau yang lelaki, tak tahulah pulak aku.

5. Boleh ke kita puasa dua dalam satu? Puasa ganti disatukan dengan puasa enam? Atau lebih advance lagi, puasa empat dalam satu - puasa ganti campur puasa enam campur puasa sunat Isnin dan Khamis campur puasa nazar. Hebat tu, kalah syampu.

6. Ada setengah golongan wanita kata boleh, sebab mereka nak dapat juga pahala puasa enam tu walaupon mereka tak puasa penuh sebulan Ramadhan disebabkan kitaran haid.

7. Bukankah golongan wanita mendapat pahala mengandung, pahala melahirkan anak, bahkan boleh juga meninggalkan solat ketika haid. Lelaki tak dapat semua tu.

8. ayg gendut =]

9. No 8 di taip oleh bini tersayang yang tiba-tiba datang menyibuk. Beliau masih belum mandi pagi. Masyam.

10. Kita sambung semula di lain hari kerana terdapat gangguan teknikal. Wallahualam.


p/s: Takeaway daripada tazkirah Ustaz Aidil Adha sebelum majlis ofis terbuka HRM hari Khamis lepas. Juga daripada sebuah artikel dalam akhbar tempatan baru-baru ni.

4 comments:

IkraamSuarez said...

selamat rayaaaaa

Anonymous said...

err...puasa ganti & nazar xleh buat skali. kena asing2.
tp setau sy, puasa wajib & sunat bole skali. wallahualam

Sayuti said...

sendoh?: selamat raya hindu?

fafarafa: boleh ke kalau kita nak bayar hutang, dalam masa yang sama kita niat bagi sedekah kepada orang yang bagi kita hutang tu?

harni said...

wajib kena diselesaikan dulu. mana boleh tgh hutang org tiba2 nak bersedekah? wajiblah bayar hutang dahulu..

org kate, jgn taksub dgn puasa enam sangat (utk yg tak cukup sebulan puasa lah). niat aje puasa ganti. Kalau ada rezeki drpd-Nya, dpt la sekali puasa enam tu. wallahualam.