Wednesday, October 29, 2008

Melencong...

Mari menjawab tag, courtesy of Pak Wan.

What were the 5 things on your to do list today?

  1. Aku takde to-do list, so, for the sake of this taggie thingie (ee, geli), kita assume aku ada list tersebut.
  2. Dek kerana diadakan dari ketiadaan, maka list tersebut adalah kosong. Jadi, perkara pertama yang kita harus lakukan hari ni ialah buka mata dan bangun dari tido. Ya, seperti hari-hari lain juga.
  3. Setelah bangun tido, ke bilik air, gosok gigi, berak dan ambil air sembahyang.
  4. Sembahyang Subuh.
  5. Tido balik sementara menanti waktu yang sesuai untuk bangun, mandi, dan pergi meeting.

What are 5 snacks that you enjoy?
  1. Korang boleh refer tag dekat entri aku dua tahun lepas, tagged by Kak Sya. Ada sepuluh jenis makanan aku senaraikan, tapi korang boleh tolak tiga terakhir tu sebab tak spesifik (meskipon masih relevan)
  2. Yang kelapan ialah megi kari (bukan Intan-chan) yang dimasak bersama sebutir telur
  3. Seterusnya, sotong masak cili Awie Tiram Bakar dekat Kerteh. Kuah dia sedap betul.
  4. Tiram Bakar Awie, sebab bini tersayang order dekat dua dozen hari tu.
  5. Kacang cerdik atau nama ala Perancisnya, pistachio nut.

What are the 5 things you would do if you are a billionaire?
  1. Berhenti berangan-angan ingin menjadi billionaire (sebab dah jadi), lalu membeli sebijik banglo yang ada swimming pool.
  2. Simpang setengah bilion dalam Bank Islam.
  3. Duit lebih-lebih tu, buat bukak kompeni sendiri dan menggunakan dasar nepotisme dalam memilih lembaga pengarah, dan ahli jawatankuasa pengurusan. Pandai-pandai la diorang berniaga.
  4. Terus bekerja dengan kompeni sekarang.
  5. Teruskan hidup seperti biasa (OK la, tak seperti biasa sebab dah boleh bermewah-mewah sikit)

What are 5 jobs you’ve had?
  1. Juga boleh di refer dekat entri aku dua tahun lepas.
  2. Tapi, dulu empat je.
  3. Jadi kena ada yang kelima.
  4. Kalu yang keempat dulu adalah Eksekutif HR.
  5. Yang kelima, iaitu pekerjaan sekarang, ialah Eksekutif (Peningkatan Kecekapan - HSE). Direct translation kepada position title Executive (Competency Development - HSE)
Tag 5 other Blogger…?
  1. Kalu aku tag Che Det, sah-sah beliau tak buat.
  2. So, aku tag kau je lah.
  3. Iyer... engkau yang tengah baca tag ni. Macam la aku tak tau sape kau.
  4. Actually, aku memang tak tau pon.
  5. Camni lah. Untuk senang, aku suruh Nisa je lah buat.

p/s: Ok Pak Wan, setel! Sangap-sangap duduk hotel yang tak berapa berseri dekat Seremban ni, jadi gak satu entri.

Tuesday, October 21, 2008

911.

Last week was hectic. I had a meeting in Shah Alam, training in KL and then meeting at the Tower.

On my way to KL, Kak Ayu called. My youngest brother had just met with an accident. He broke his leg.

I called office to cancel the flight back to Kuantan, informed Haji Z (my new boss) that I'll be taking emergency leave on Sunday (Sundays are working day in the state of Terengganu, FYI), called home and by Friday noon, I was on the way back to Hutan Melintang with my beloved wife and Syifaak.

We spent the weekend in Perak. It was get-together time for the whole family, also for the two young cousins - Aiman and Syifaak to meet again. BTW, Syifaak and Aiman got more attention than their poor uncle in the Hospital Besar Teluk Intan. Huhu.

Pictures of Syifaak and Aiman:






A picture of their poor uncle:



We drove back to Kuantan on Sunday and spent the night in Balok. We were on the way to Kerteh after Subuh the next day ( which was yesterday btw) as I needed to get to office to attend a meeting. My wife took annual leave as my mother in-law who has been baby-sitting Syifaak all this while, goes back to Batu Pahat for the week.

So, I was the in office yesterday morning to attend an environment work group meeting attended by some operation people, warehouse people, general services people and of course, the HSE people. It is interesting to note that these people can go neck to neck about drum barrels for almost one and a half hour - straight, although the two-hours meeting was not only about the drum barrels.

By noon we were on our way back to Kuantan. Stopped by at the newly-opened Mesra Mall to eat at the Secret Recipe outlet that Lan Snub is managing. The supposed short stop took longer than planned, mostly due to the long wait for the food my beloved wife ordered. The SR crew have forgotten to prepare it. Of course, we told Lan about it.

We arrived at Kuantan Bus Terminal at around 8.30 pm, after stopping by at Balok to pick up a few things. I took the 9.00 pm bus to KL. Arrived at Pekeliling around 1.00 am. Quickly agreed to the taxi driver who was willing to go up Genting Highlands for RM120.00. Arrived at the First World Hotel lobby at around 2.00 am.

Yep, I'm now in Genting, attending the HRDF (not Hindraf) Conference. I wonder whose idea was it to do the conference here, but I strongly believe that there are other much better venue in Malaysia to do it.

I also found it amusing that the theme for the conference is 'Re-engineering of Human Capital to Achieve Competetive Advantage'.

Re-engineering...

Duh...

It sounded like my blog's title. Huhu.

p/s: Pak Wan... I'll do the taggie thing later lah kot.

Saturday, October 11, 2008

Setahun.

1. Adakah kamu masih berhari raya Aidilfitri?

2. Hari raya Aidilfitri bukan sebulan. Aidilfitri cuma satu hari saja, iaitu pada 1 Syawal.

3. Yang sebulan itu, puasa. Walaupon itu hakikatnya, lebih ramai yang beraya sebulan daripada berpuasa sebulan.

4. Golongan wanita kebanyakannya termasuk dalam golongan yang tidak dapat berpuasa sebulan kerana mereka mengalami kitaran haid. Kalau yang lelaki, tak tahulah pulak aku.

5. Boleh ke kita puasa dua dalam satu? Puasa ganti disatukan dengan puasa enam? Atau lebih advance lagi, puasa empat dalam satu - puasa ganti campur puasa enam campur puasa sunat Isnin dan Khamis campur puasa nazar. Hebat tu, kalah syampu.

6. Ada setengah golongan wanita kata boleh, sebab mereka nak dapat juga pahala puasa enam tu walaupon mereka tak puasa penuh sebulan Ramadhan disebabkan kitaran haid.

7. Bukankah golongan wanita mendapat pahala mengandung, pahala melahirkan anak, bahkan boleh juga meninggalkan solat ketika haid. Lelaki tak dapat semua tu.

8. ayg gendut =]

9. No 8 di taip oleh bini tersayang yang tiba-tiba datang menyibuk. Beliau masih belum mandi pagi. Masyam.

10. Kita sambung semula di lain hari kerana terdapat gangguan teknikal. Wallahualam.


p/s: Takeaway daripada tazkirah Ustaz Aidil Adha sebelum majlis ofis terbuka HRM hari Khamis lepas. Juga daripada sebuah artikel dalam akhbar tempatan baru-baru ni.

Thursday, October 02, 2008

AK6347



Aku sedang menulis dari LCCT, di sebuah kedai kopi yang sangat mahal harga kopinya. Nasib baik internet + karen untuk laptop ni free.

Hehe.

Aku, bini tersayang dan Syifaak baru sampai dari Alor Setar. Sekarang tengah mengisi masa lapang sementara menanti flight ke Kuantan petang nanti.

Plan asalnya nak pergi beraya secara surprise ke rumah Ayah Ngah di Dengkil. Sekali beliau balik Pendang pulak dah. Backup plan, layan movie atau siri House sementara tunggu petang. Syifaak pulak tak mengizinkan. Dia mengaruk pulak.

Maka, aku pon memutuskan untuk membuat post pendek ni, sekadar nak mengucapkan selamat hari raya kepada semua.

Esok aku di Balok. Datangla beraya ke rumah. Kuih raya takde. Duit raya pon takde. Harap maklum.

Huhu.

p/s: Kepada yang memandu, berhati-hatilah. Kalau tanak berhati-hati, bawak la laju-laju. Biar kena saman. Kalu boleh, biar sampai eksiden. Tambahkan statistik Ops Sikap.