Guntingan.
1) Berita mayat bayi dijumpai di sebuah asrama UTP hari ni dan penahanan seorang pelajar perempuan untuk membantu siasatan kes tersebut sangat mengejutkan aku hari ni. Selaku salah seorang alumni UTP, aku sangat-sangat kecewa dengan berita ni.
Apa yang sedang berlaku (atau dilakukan oleh pihak berwajib UTP) di Tronoh?
Kamu mungkin boleh baca lebih lanjut tentang kes ini di blog Effi yang konon-kononnya telah ditutup tempoh hari. (Ye, aku tertipu)
2) Disk L4/L5 aku baru dipotong untuk membuang bengkak yang menekan saraf tunjang. Salah satu tulang vertebrae aku kini berlubang setelah ditebuk untuk melakukan pemotongan disk tersebut. Seluruh kaki kiri aku masih lagi kebas sejak operation. Surgical cut sepanjang tiga inci yang sedang dalam proses penyembuhan masih lagi berjahit. Anak tekak aku masih panjang dan ada ulser yang teruk di sekitar bahagian atas kerongkong.
Tapi, semua aku boleh tahan.
Yang aku tak boleh tahan ialah seketul ulser kecil di hujung lidah. Seksa betul!
3) Aku nak beli laptop. Bajet RM 3000 sahaja untuk dapatkan pengecualian income tax. Ada recommendation?
4) Aku sangat-sangat teruja dengan game Starcraft 2 dan Diablo 3 yang sedang dalam development sekarang. Dari dulu lagi aku minat dengan games yang dihasilkan Blizzard Entertainment. Gameplay, storyline dengan grafik diorang memang best.
Sekarang aku tengah main balik semua campaign dalam Starcraft dan Brood War dekat laptop bini aku ni untuk refresh jalan cerita dia dan mengisi masa lapang sempena MC yang panjang. Cuma aku rasa laptop ni atau laptop dengan bajet RM 3000 yang aku nak beli tu tak mampu nak support Starcraft 2 nanti.
Huhu.
Oi, dah jadi bapak budak pon nak main game lagi ke?
5) Syifaak semakin comel dan manja setiap hari. Asyik menguji vokal dengan 'dadada', 'tatata' dan 'bababa' sambil berlari ke sana ke mari di atas walker. Tak menang tangan Mama dan Mak Tok dia nak kejar ke sana ke mari.
Sedihnya aku takleh nak angkat dan timang-timang.
Huu...
p/s: Terima kasih Abang Wan sebab tolong jaga aku di hospital. Terima kasih juga akak Kenakelayan atas nasihat yang diberi. Kenapa lama tak update blog?
20 comments:
:) No updatey because nothing much to sayee. Hug Syifaak for me..Check yer email, dude.
woh
ada lobag. sungguh ganas. 3 mingu out of comission. maka aku paham kenapa leh main balik game lama
aku tak pasti pulak pasal laptop yang power. tapi DELL ada jual yang untuk gaming. last time i checked mmg lagi mahai dari 3000 lah. itu masaelahnya
dah tua pun main game! haw haw. main golek2 saja tak cukup?
budak itu sudah mengandung sebelum masuk UTP lagi. bukan salah UTP mengandung, salah lelaki tu tak pakai kondom.
weh budak2 hingusan kalau lapar sangat nak berserakah, pakaila kondom. murah je beli kat supermarket belambak2. kat kedai runcit 7 eleven pun ada.
daripada kau buat banyak dosa membunuh nyawa tak berdosa, pakai je protection takdela aku rasa kesian sgt tgk baby2 dibunuh mak sendiri. ramai lagi orang nak anak tak dapat2. kau dah tahu mengandung haram senang nk lekat, pakaila apa2. makan pil perancang pun telan je laaaaahhh dah serakah sgt tu.
hehe. tiba2 rasa macam celupar pulak.
err.. syifaak nak adik tu. nk adik! nak adik!
eh lupa nak tanya,
bila disket itu dicabut, tulang belakang anda menjadi semakin pendek kah?
akak KKL: yep. check, read, and replied. :)
eff: main golek-golek tak cukup. kena cari hobi lain jugak. tambah-tambah dah sakit pinggang nih.
huhu.
alom ulasan saya secara detail ada di blog effi. huhu.
syifaak nak adik ke? takdelah. dia belum puas minum susu mama dia lagi tu.
huhu.
mana ada cabut tulang belakang. potong sikit je pon. boleh baca detail dekat sini:
http://www.surgerydoor.co.uk/so/detail2.asp?level2=Discectomy%20-%20Slipped%20Disc
AMD Turion Compaq laptop would do kot. ada ATI Radeon GC, boleh kot support game2 lama.
beli kat lowyat cuma harga RM 1980 untuk adik aku. spec seperti dibawah:
AMD Turion 2.0 GHz
2GB RAM
160GB SATA Harddisk
ATI Radeon GC (tatau model name)
15" Monitor
Build-in Altec Lansing speaker
Wifi, LAN, Bluetooth, Webcam semua complete la
colour: black
berat: 1.9 KG
Package software:
1) WINDOWS XP (come with package, tatau ori ke pirate)
2) Adobe software
3) AVG Antivirus
4) complete driver
siap ada cooling pad free dengan small2 accesories yang diperlukan.
dapat murah sebab student rebate RM 200, plus aku negotiate untuk dapat murah, kengkunun belikan laptop untuk adik aku (as a matter of fact, memang pun belikan untuk adik aku yang masih lagi study). boleh lah kot spec ni utk main game2 lama.
owh...may you have the best recovery!
I heard and read about the embarrassing news too...
As Along suggested condom probably will help, but the efficiency is more than 95% when correctly use.. so there is a chance of about 5%.. huhu.. may be married is the best solution.. kut?
Source: http://www.aids-sida.org/_mechanicalbarriers.html
lebih prefer dell, kalu ada kredit kad mebenk or citibank, ada 12mths 0% installment
usha sini
semoga cepat sembuh
dueng: starcraft 2 ngan diablo 3 tak release lagi but based on preview, kena latest generation of gc baru boleh main rasanya.
thanks for the wish.
pak wan: efficiency 95%? woh. apa yang efficient tu?
huhu.
azhar: thanks. yang model rm3099 tu nampak menarik. nampak macam menarik untuk activate maybank credit card aku ni.
Itu gambar membangkitkan kenangan lama.. sama sahaja rupanya.
You havea a lovely family, mashaAllah. Hugs to Syifaak.
Hai...boss.Jumpa juga boss blog saya
Thanks
Hi boss....Ada juga org. Petronas jumpa blog saya.
Thanks
Alhamdulillah semuanya baik, dan akan terus sembuh, pastu boleh timang-timang Syifaak :)
Salam :)
akak KKL: thanks sebab sudi datang melawat kami bersama hubby dan berkongsi pengalaman. dapat kita ber-'networking'. hehe.
insyaAllah, umur panjang, kami ke rumah akak plak.
encik taki kasung: sejak isu kenaikan harga minyak tu, hari-hari saya google-blog 'petronas'. kebetulan terjumpa blog encik. :)
akak bunga rampai: salam. terima kasih. btw, kenapa kalau saya nak masuk blog akak, keluar script error 'operation aborted'?
Syafakallah Yut, semoga kafarah habuannya.
Hari ni hari terakhir komputer fair di KL. Yang paling teruja tablet Gigabute M704. Tepat dengan budget!
tuan kengsyukran tuan.
apa yang mengujakan tentang gygabyte m704 itu tuan? saiznya kah?
semoga cepat sembuh bro
Ari tu memang itulah masalahnya, tak tahu sebab apa. Sekarang dah okey.
Dah sihat sepenuhnya?
Salam :)
encik art: mekasih.
akak bunga rampai: oh, begitu.
belum lagi. :)
salam.
Bro,
Sorry i didn't know earlier. Hope you are recovering well.
Post a Comment