Sunday, July 27, 2008

Setelah...


Dah lima hari dah sejak aku operate. Alhamdulillah, takde complication.

Aku dah boleh berjalan-jalan tanpa walker. Nak bangun pon tak berapa sakit dah. Mungkin lagi dua atau tiga hari aku dah boleh keluar dari wad 217 ni. Balik berehat di rumah.

Cuma sekarang ni tekak aku pulak yang pedih. Aku ngadu dekat tuan doktor tadi. Bila dia check, didapati anak tekak aku telah memanjang.

Pelik jugak dia anak tekak aku memanjang, tapi ni bukan bidang dia ni. So, dia akan mintak pakar ENT (Ear, Nose and Throat) tengok esok.

Maka itu sajalah perkembangan aku setakat ni.

p/s: Effi, apsal ko tutup blog ko?

10 comments:

Anonymous said...

anak tekak memanjang = tanda2 mahu mendapat anak lagi tahun ini?

danial17 said...

nampak kurus sket, ke sebab corset?

IZWAN SHAHMIN said...

Alhamdul4JJI..

Pegawai Khalwat said...

nasib baik anak tekak yang memanjang.

kalau 'benda' lain yang memanjang?

Sayuti said...

along: oh... kalu ader rezki...

azhar: kurus... kurus...

pak wan: alhamdulillah...

tuan pegawai: kalau 'benda' lain yang memanjang, itu petanda yang along cakap tu.

hehehe

Anonymous said...

Apa khabar? Dah keluar hospital dah? Pasal sakit tekak tu, hari tu hubby pun sakit tekak sebab intubate masa op tu. Baguslah dah boleh berjalan. Dapat bilik single tak?

Sayuti said...

akak KKL: alhamdulillah, sihat. baru keluar hari ni. dapat bilik single.

pakar ENT dah tengok. memang anak tekak memanjang, mungkin sebab intubation jugak. yang perit sebab ulser betul-betul atas anak tekak.

suami akak dah ok ke?

Anonymous said...

Alhamdulillah dah keluar hospital, inshaAllah lagi cepat sembuh bila duduk dengan family.

The 1st 6 months were the most difficult. In fact, his pain moved from his right leg to his left leg. He had to undergo 2 more corrective surgeries. Unfortunately he had to start work just after he began to walk on his own. Tapi biasalah (orang lelaki ni), he was able to keep his pain from his colleagues by the 'creative' use of painkillers (naikkan dose bila sakit tak tertahan). Alhamdulillah after proper rest and physiotherapies he is getting better. Improvement is seemingly slow but noticeable. He still hasn't regained full use of his left leg, I'd say about 70% of his former usage.

Hopefully you will get better soon. Please stay off any lifting at the moment, even if you feel that you can, because that's the drugs masking the pain. Do the exercises the physiotherapist taught you to strengthen your back and rest your back on a firm surface. InshaAllah you'll get well soon.

Obefiend Weiland said...

dude

nampak slim... tapi itu hanya penipuan.

anak tekak panjang? orang tua-tua kata anak tekak memanjang pasal kurang bezikir

LOL

sangat la! hahahah.. hahaha

p/s: gimik je blog tutup sayuti..

Sayuti said...

akak kkl: 6 months? lamanya...

right after surgery, sakit kaki kanan saya hilang. tapi, kaki kiri saya pulak jadi kebas. doktor kata rasa kebas tu disebabkan gel yang digunakan untuk hentikan bleeding, dan rasa kebas akan hilang dalam seminggu dua bila gel tu larut dalam badan. sampai hari ni kaki kiri masih kebas lagi.

baru sehari keluar wad, saya dah terpaksa angkat syifaak sebab dia menangis dan tak ada siapa nak pujuk. wife at work, mak mertua pula pergi hantar abang saya (abang saya yang jaga saya di hospital) ke stesen bas. sakit, tapi setakat ni, tak berlanjutan dan tak merebak ke kaki.

alhamdulillah.

btw, lama akak tak update blog?

effi: siul. aku terkena.