165.
Nombor 165 mengingatkan aku kepada ESQ Leadership Training yang aku attend hari tu. ESQ 165 adalah model pembangunan insan yang cuba diketengahkan dalam training ini di mana model tersebut dibentuk berdasarkan prinsip Ihsan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam seperti dalam video di bawah.
Ihsan, diterjemahkan dalam model ini sebagai 'God Spot' yang menghasilkan rasa bertuhan (God conciousness) melalui 'Zero Mind Process' atau proses minda yang tulus dan bersih. Sesuai dengan pengertian Ihsan iaitu kita menyembah Allah seolah-olah kita melihat Allah, meskipun kita tidak melihat Allah, sesungguhnya Allah melihat kita.
Rukun Iman pula diterjemahkan kepada enam prinsip yang harus dipegang bagi menghasilkan 'God Spot' iaitu 'Star Principle' untuk Spiritual Commitment (Percaya kepada Allah), 'Angel Principle' untuk Ultimate Integrity (Percaya kepada Malaikat), 'Learning Principle' untuk Continuous Improvement (Percaya kepada Kitab), 'Leadership Principle' untuk Spiritual Leadership (Percaya kepada Rasul), 'Vision Principle' untuk Ultimate Vision (Percaya kepada Hari Kiamat) dan 'Well-Organized Principle' untuk Ultimate Synergy (Percaya kepada Qada' dan Qadar).
Rukun Islam diterjemahkan kepada lima tindakan yang harus dilakukan bagi mengukuhkan enam prinsip tadi, iaitu 'Mission Statement' (Mengucap dua kalimah syahadah), 'Character Building' (Solat sehari semalam lima waktu), 'Self Control' (Puasa di bulan Ramadhan), 'Strategic Collaboration' (Zakat) dan 'Total Action' (Mengerjakan Haji).
Untuk belajar lebih lanjut, kamu mungkin boleh beli buku-buku berkaitan ESQ tulisan Dr Ary Ginanjar. Untuk menghayati model ESQ, kamu mungkin boleh register untuk training yang dianjurkan ESQ Leadership Center Sdn Bhd.
Cuma secara amnya, melalui program ini, aku mempelajari bahawa penghayatan Ihsan, berpegang kepada Rukun-rukun Iman, serta mengamalkan Rukun-rukun Islam dengan sebaik mungkin, mungkin sudah cukup bagi melahirkan insan berakhlak mulia dan bermoral tinggi, yang bakal berjaya di dunia dan di Akhirat.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati Ihsan, Iman dan Islam. Aplikasikan hikmah-hikmah dan nilai-nilai universal daripada Ihsan, Iman dan Islam dalam setiap aktiviti kita. InsyaAllah, hidup kita akan sentiasa berada dalam ibadah dan penghambaan kepada Allah.
Wallahualam.
p/s: Aku baru beli laptop Dell Inspiron 1420 kaler biru dekat PIKOM 2008 di Kuantan Mega Mall. Huhu. Kurang seringgit dari bajet, tapi berbaloi rasanya. Intel Core 2 Duo T8100 @ 2.1 GHz, 2 GB RAM, 250 GB HDD, NVDIA GeForce 8400M GS, DVD Burner... campur free gift (Kan ke gift tu free, apasal diorang sebut free gift jugak ek? Sebut gift aje dah le kan?) cooler pad, optical mouse, lock, Panda Antivirus dan beg nylon Dell. OK la tu kot...
4 comments:
best ke pakai brand tuh? aku teringin vostro or aspire sbb kecik, senang aku nak lambung-lambung bila tensen he he
dah sihat ke belum?
tak brape sehat lagi nih. doktor tambah mc lagi seminggu.
vostro model dell jugak.
better beli dell xps. tapi harga dia over bajet sket la.
Bestnya dapat kom baru. Dell punya service bagus, tak pening kepala macam Sony. Another one yang servis bagus is Acer.
My hubby nak beli kom baru gak, tapi tungguuuu...
Selamat berehat di rumah. Tak try Spore Creature Creator ke? :)
huu... ngam-ngam je dengan requirement laptop ni.
Post a Comment