Tuesday, June 26, 2007

Tergelak.

Ini adalah rutin aku di rumah selepas balik kerja sejak beberapa minggu yang lalu.

Mula2 lawan kutuk mengutuk berforum dengan ex-Jenan batch aku - Cendolpulut99...

Lepas tu ber-'Peggle'.

Kemudian telefon bini tersayang. Gayut sambil ber-'Peggle' lagi.

"Ayang main peggle ke? Tanak cakap dengan orang ke?" bini tersayang, nada merajuk.
"Ok la, ok la... tak main la..." aku, tutup speaker. Sebelah tangan pegang mouse, klik2.
"Ayang tutup speaker je kan?" bini tersayang, menduga.

Aiseh, kantoi.

Aku mengaku bersalah, dan tutup peggle betul2. Kemudian memujuk bini tersayang. Dan perbualan kami biasanya mengambil masa sekurang2nya dua puluh minit. 15 minit untuk memujuk je.

Hehe.

(adoi, kena cubit)

Setelah perbualan tamat, aku berjalan ke peti sejuk. Bukak. Cari dadih perisa jagung yang Parid buat untuk di-pau. Singgah bilik Parid, kacau hidup beliau.

Kemudian, balik ke depan PC, bukak blog2 orang lain. Baca2. Tinggalkan komen.

Jika entri mengenai pengalaman, aku komen dengan kisah2 hidup aku yang berkaitan. Aku suka provoke kalau apa yang ditulis tu merupakan pendapat. Suka tambah2 kalau ada aku terasa nak tambah. Kadang2, sekadar tulisan "(hadir)" untuk memberitahu tuan blog yang aku dah baca tulisan beliau.

NOTA: Gaya "(hadir)" ini ditiru daripada Encik Bergen. Aku sangat suka tulisan beliau. Menarik.

Selepas meninggalkan komen2 tersebut, aku suka tunggu respon tuan blog. Inilah perkara yang aku rasa lebih menarik daripada entri - respon tuan blog kepada komen aku.

Ada yang tak respon. Ada pulak yang visitor lain tolong responkan. Ada yang memberi respon melalui entri khas, semata2 nak jawab komen aku. Ada yang delete komen aku. Ada jugak yang terus delete entri sendiri yang aku dah komen. Ada juga yang larang aku daripada terus memberi komen. Ada yang membuat 'lawatan balas' dan meninggalkan komen di blog aku pulak.

Haha.

Maaf. Aku sekadar terhibur.

Tentu korang pernah kena interview, tapi pernah tak korang wonder tentang mekanisme interview tersebut?

Tak pernah? Oh, takpelah. Abaikan.

Berbalik kepada cerita asal mengenai rutin.

Lepas baca blog orang dan tinggalkan komen, aku bukak balik forum Cendolpulut99.

Kemudian ber-'Peggle' lagi. Waktu ni, Parid selalunya akan datang dan menjadi cheerleader tak bertauliah.

Rakan serumah kami bernama Zul itu pula, sekarang mungkin berada atas pulau besi di tengah2 laut. Mungkin tengah sangap. Kesian beliau. Tapi, itulah tugas seorang petrophysicist (betul la gamaknya position beliau sekarang ni)

Lepas bosan tak menang cabaran Peggle, aku bukak Friendster. Selalunya diikuti aktiviti meng-Google dan download apa2 yang 'menarik'.

Hua hua.

Kot2 terasa rajin macam sekarang ni, aku update-lah blog ni.

Sekian.

Mari kita tido bagi mengakhiri rutin seharian.


p/s: Jangan ter-saiko perihal komen tentang respon kepada komen di atas, ye. Dan kepada FEQA, saya masih berhutang topik 'soft skills' dan CGPA dengan anda.

Monday, June 18, 2007

123.

Aku tatap skrin hitam itu. Ada garis2 putih, membentuk imej yang kabur. Imej yang boleh difahami.

Itu kepalanya, dengan dua bintik hitam soket mata. Hujung tangannya sudah terbentuk jari-jari. Lima titik2 putih yang tersusun. Dua kakinya juga kelihatan. Cuma, antara dua kaki itu, belum nampak anu-nya lagi.

Hehe.

Eh, tiba2 dia menggedik. Alat pengimbas itu digosok2. Eh, dia menggedik lagi. Hehe.

Comel.

Aku merenung wajah bini tersayang. Senyum. Beliau membalas senyuman. Terasa nak aku kucup waktu itu jugak.

Tapi doktor ada situ la plak. *Malu*

Aku lihat skrin lagi. Sudah 12 minggu usianya. Tapi, sudah punya sifat2 manusia. Aku senyum. Terharu. Sedikit bangga.

Dan aku bisikkan dalam hati, "Selamat hari bapa..."

Hehe.

Rupa2nya, begini rasanya.


p/s: ... :D ...

Saturday, June 09, 2007

Meow~


Tiga kali flight aku dari Kuching tertunda. Last2, balik lambat sehari.

Hari last seminar pipeline integrity, penganjur adakan hi-tea untuk peserta melantak networking. Dek kerana nak melantak networking dengan engineer mat saleh, aku menolak ajakan Fariz dengan Abg Amir untuk ke airport awal sikit.

Flight kami sepatutnya pukul 6.40. Waktu Fariz dengan Abg Amir ajak tu, baru pukul 5.00 lebih2 sikit. Airport takde la jauh sangat. Aku bajet2, sempat lagi nak check-in.

Lagipon, aku cadang2 nak ke airport dengan ex-classmate aku dekat UTP dulu, si Azmir a.k.a Abg Boy. Lama jugak la aku tak jumpak beliau. Kebetulan pulak beliau attend seminar nih, mewakili bahagian R&T. Kebetulan jugak, flight kami sama. Maka, boleh la naik satu teksi. Sambil2 tu, boleh catch-up tentang gosip2 baru.

Kami sampai dekat airport lebih kurang pukul 5.40 petang. Tengok dekat skrin jadual berlepas, flight kami ditukar masa ke pukul 9.20 malam.

Ah, sudah.

Kami pon cepat2 la ke kaunter, nak tukar ke flight yang lebih awal. Ada flight pukul 8.00 malam dengan 8.30 malam. Malangnya, dua2 flight dah penuh. Terpaksa la kami tunggu. Nasib baik MAS bagi kupon makan free. Bila ditanya kenapa flight ditunda, akak kaunter tu rilek je cakap kapal terbang rosak dan tengah repair dekat KL.

Cuak jugak aku nak naik kapal terbang rosak ni.

Aku jumpak Fariz dengan Abg Amir dekat KFC. Diorang berjaya tukar flight pukul 8.30 malam. Maka timbullah sedikit penyesalan di hati sanubari aku dek kerana tidak mahu menyambut ajakan mereka sebentar tadi. Penyesalan itu terhapus dengan sendawa berperisa daging teriyaki dan kepak ayam bersos bbq yang dihidangkan waktu hi-tea tadi.

*Burp*

Dipendekkan cerita (panjang dah ni rasanya), aku dan Abg Boy serta beberapa rakan kami yang tak sempat tukar flight pon naiklah airbus yang akan membawa kami ke KL pada pukul 9.20 malam tersebut. Kabin panas semacam je. Rupa2nya, air-cond tak jalan. Waktu kapal terbang bergerak ke runway untuk berlepas, ada bunyi2 dan getaran2 yang pelik.

Cuak.

Lampu kabin pon ditutup dan kapal terbang pon berlepas. Tapi, dah lebih 10 minit di udara, lampu tak pasang2 jugak lagi. Air-cond masih tak jalan. Tiba2, kapten kapal buat pengumuman yang kapal terbang ada masalah teknikal dan terpaksa patah balik ke Kuching.

Adeh.

Lega betul bila kapal terbang mendarat dengan selamat. Walau bagaimanapon, penumpang dimintak tunggu dalam kabin sementara masalah tersebut cuba di atasi.

Setengah jam kemudian, masalah tersebut tak setel jugak. Kami pon diminta turun dari pesawat dan tunggu 'kejap'. Waktu tu, dah pukul 11.00 lebih.

Dekat pukul 1.00 pagi, baru diorang give-up dan meminta penumpang2 yang dah tensen pergi ke kaunter untuk claim baucer penginapan dan tukar ke flight esok.

Tertunda buat kali kedua.

Kumpulan kami (Aku, Abg Boy dan rakan2) ditempatkan di Kuching Park, sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang berbau colok. Pukul 2.00 pagi baru kami sampai di hotel. Flight kami ditukar ke pukul 12.40 tengahari esoknya.

Nasib baik aku bawak spender spare extra selai...

Esoknya, dipendekkan cerita lagi, kami pon naik flight pukul 12.40 tengahari tersebut. Tiba2, ada seorang makcik mengalami masalah kesihatan dan terpaksa disorong keluar dari kabin dengan topeng oksigen.

Pukul 1.00, steward buat pengumuman yang flight akan terlewat sebab diorang terpaksa punggah luggage untuk mencari beg makcik tersebut.

Hadui laa.

Tiba2, gadis genit berpakaian seksi selang satu kerusi kosong dari aku tengok kat aku dan berkata, "Not again... it's like the third time already!"

Baru aku perasan yang gadis genit berpakaian seksi tersebut adalah salah seorang penumpang yang turut tertunda semalam. Hari ni dia ikat rambut. Pakaiannya masih seksi, macam semalam. Daripada cara dia bercakap, aku agak2 dia orang Filipina.


NOTA SELINGAN
: Sesungguhnya bini tersayang akan cemburu dan akan berkata, "APA? AYANG CAKAP DENGAN PEREMPUAN SEKSI?" seterusnya akan merajuk dan cuba mencubit aku. Oleh yang demikian, seharusnya aku cakap, "Ayang... takde apa nak dijeleskan. Pompuan tu pakai seksi je, tapi tak comel macam ayang. Muah~" lantas memberikan kucupan mesra untuk memujuk bini tersayang. Kamu2 yang membaca nota pendek ini pula akan terasa loya2 sedangkan yang hamil sekarang ialah bini tersayang, bukan kamu. Huhu


Memandangkan dia dah bercakap dan tengok kat aku, aku pon gatal tanya balik, "You have something important in KL today?"

"Like yeah... If this flight is cancelled again, I'm gonna sue!" dia jawab. Marah betul tu.

Hoho.

"The good thing though, is I don't have to go to office today," aku cakap balik. Pernyataan yang ternyata bercanggah dengan apa yang sebenarnya berlaku setibanya aku di KL dua jam selepas itu.

Sementara nak tunggu pesawat berlepas, kami pon berbual la kejap. Rupa2nya, gadis genit berpakaian seksi ni orang Malaysia, keturunan Iban dan sedang menuntut di KDU, jurusan undang2, dalam tahun pertama. Patutla dia nak sue...

Aku sampai di KLIA pukul 3.00 petang. Tengah tunggu beg, tiba2 ofis telefon. Datin suruh masuk ofis gak kejap petang tu. Ada kerja yang nak disetelkan.

Hadui.

Esoknya, aku demam.


p/s: Tahniah kepada Pak Lah di atas pernikahan beliau hari ni.

Saturday, June 02, 2007

Hangus.

Letih, tapi puas. Program orientasi eksekutif baru yang aku kendalikan akhirnya berjaya dijalankan minggu lepas.

Tapi, baru selesai satu program, program yang lain dah beratur menunggu.

  • Seminar Pipeline Integrity di Kuching, mulai Isnin ni. Datin suruh pergi.
  • Sebelum tu, kena sambut dua orang expat Iran, sorang expat Indon dan sorang expat Vietnam. Turut serta, dua orang intern dari UTP.
  • Balik dari Kuching, jumpak Mrs Maureen untuk English Language Program.
  • Kemudian, kena aturkan mesyuarat agung tahunan persatuan eksekutif2 muda.
  • Lepas tu, kena buat aku punya Individual Performance Contract (IPC) dan kena review IPC staff2 aku.
  • Sambil2 tu, kena buat planning untuk lima sessi Inter-department Teambuilding yang akan start mulai Julai ni.
  • Tidak dilupa, bengkel Leadership Harnessing untuk jurutera2 petroleum selepas tu.
Semput.

Kamu2 yang baru grad, bersiap sedialah. Alam pekerjaan tidak seindah zaman universiti.


p/s: Bapa saudara bini tersayang, Che Man telah selamat kembali ke rahmatullah pukul 11 semalam akibat kanser yang beliau hadapi. Al-fatihah.