Monday, April 23, 2007

Suku.

Sedar tak sedar, hari ni dah genap suku abad aku hidup.

InsyaAllah, hujung tahun ni, keinginan aku untuk bergelar "Si Kacak" mungkin akan tercapai. Tuan Doktor kata, mungkin 12 hb 12.

Sempena besday aku hari ni, hadiah yang aku harapkan ialah secebis doa semoga segalanya akan baik dan selamat seperti yang aku dan bini tersayang harapkan. Serta, semoga bila tiba 12 hb 12 nanti, aku dah bersedia untuk menjadi "Si Kacak" yang matang dan berkaliber. Juga, semoga aku dan bini tersayang tak lagi berjauhan di hari2 minggu seperti mana sekarang.

Amin...

Ish, tak malunya aku! Mintak hadiah besday pulak...

Hihi.



p/s: Hepi belated besday, Abe Syuk. Hepi besday Mohsein. Hepi besday Usop Gila (CP99). Hepi besday Astar (CP99). Hepi be'early' besday Sarah. Juga, selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada sapa2 yang lahir dekat2 tarikh ni. :)

p/s#2: Mekasih ayang sebab belanja makan pizza tadi. Mekasih di atas layanan istimewa yang diberikan selepas tu. Mekasih juga sebab menjadi bini tersayang selama ni. Jaga diri leklok. Makan supplement. Jangan makan nenas. Jangan buat kerja berat. Jangan tengok crite hantu. Jangan pandang belakang. Alabeyumuah2.

p/s#3: Penulis memohon maaf kepada mana2 pembaca yang terasa loya2 atau termuntah setelah membaca p/s#2 di atas. Segeralah berjumpa doktor jika simptom tersebut berterusan. Mekasih.

p/s#4: Lepas abis muntah tu, kalau rajin, mintak tolong describe aku secara positif dekat sini dan secara negatif dekat sini. Moga, aku boleh lebih mengenali diri melalui survey ini.

19 comments:

chivv said...

nak jadi si kacak aka ayah ye... tahniah krkrkr~

tak loya pun sbb makan asam. dah ready awal2 krkrkrkr....~

Ku Keng said...

Alhamdulillah.

Anonymous said...

ada boss kawan aku kat ofis aku nih,

baru dpt cucu pertama... dia nak suh cucu dia panggil dia "siti"

hehe...

Anonymous said...

lupa nak wish...

semoga segalanya selamat. amin

rina said...

Alhamdulillah :)
Tahniah kpd ko n kak erynn.
Semoga selamat semuanya sampai bulan 12 nnt

Taichee~@! said...

Salaam.

Tahniah.
semoga panjang umo dan dimurahkan rezki (anak tu salah satu le tuh)

saja nak blog hopping. tension plak takde keje kat opis ni. (ada snonye tapi mcm takde mood plaks)

Sayuti said...

chivil: thanks! hehe

tuan keng: alhamdulillah. doakan saya ye..

iwan: hehe. siti... siti tu kalau tak silap, maknanya 'cik puan'.

so, orait la tu.

thanks.

rina: thanks. good luck untuk ko ngan azhar. :)

taichee: mekasih... ada keje buat. jgn tangguh2. tak baik...

Anonymous said...

kalo junior tersebut adalah satu makhluk yg kacak/cantik, kaya, bijak, kaya, berbudi bahasa, kaya, beriman dan kaya bolehla masuk dalam list. kalo tak, bole cuba di round seterusnya.

cleo weiland said...

Congratulations :) I'm really happy for you hehe~ Mesti anak korg comel mcm parents dia gak eheh. And an entertaining sense of humour to boot!

Checkout Effs' blog about father instincts. He's 2 years past your "suku abad" age. So naturally he wants me to grow up really fast so I can be his wife.

Hehe.

Take care of yourself and Kak Erynn ok!

uDA said...

tak sia2 sayut dan bini tersayang dapat bilik sedap malam ya. huahua

tahniahhh...apa pun gelaran untuk si kacak dan sebagainya, ia adalah satu fasa baru dalam kehidupan. maka, bersedialah!

Sayuti said...

alom: amboih...

cleo: thanks! :)

read it just now... huhu.

good luck to both of you. :)

pn uda: oh. sebenarnya, dah lekat sebelum kami bermalam di bilik tersebut pon... huhu.

itulah. fasa baru yang sedikit mencuakkan. doakan kami :)

Jannah said...

Happy belated birthday. Maaf agak lewat. Was at home for study leave and non internet lo.

Nanti harus buat blog entry voting nama baby. Mesti seronok debat pasal nama. Afundi Aisyah!

Anonymous said...

saya vote for Heliza. afundi Heliza!!

Sayuti said...

jannah: thanks! tanaklah undi2. tak best... huhu

alom: afundi sitilina

Pegawai Khalwat said...

Perasan!

Anyway tahniah kerana masih lagi panjang umur.

Obefiend Weiland said...

kacak jr on the way,tahniah

Obefiend Weiland said...

kacak jr on the way,tahniah

Bunga Rampai said...

Salam Dik,

Tahniah umur sudah maju ke depan. Nanti boleh saja Akak panggil 'Dik Kacak' :)

Selamat Hari Lahir, moga damai dan tenang selalu.

marisa said...

Betul pun spekulasi yang saya buat hari tu.. Tahniah sekali lagi bakal 'Si Kacak' dan isteri ('Si Ayu') .. Kenapa tak 'Si Handsome' atau 'Si Macho' atau 'Si Tampan'? Kenapa mesti 'Si Kacak'?