Sunday, April 15, 2007

Horas!

Hari Selasa lalu, aku, bini tersayang, Abah, Ummi, Ayah dan Mak pergi berjalan2 ke Medan, Indonesia. Bini tersayang sponsor sebab idea beliau nak bawak parents masing2 pergi melancong. Aku top-up sikit2.

Kami berlepas dari LCCT pukul 8.20 pagi waktu Malaysia dan tiba di Polonia International Airport pukul 8.15 pagi waktu Medan. 55 minit je flight. Aku rasa JB lagi jauh...

Haha.

Turun dari kapal terbang, aku nampak ada sorang security guard tunggu dekat pintu masuk bersama seekor bulldog hitam.

Horror...

Kami dijemput Bpk Tommy, tour guide kami sepanjang waktu di Medan. Kami naik van pelancong yang dipandu Bpk Pardi. Bpk Pardi adalah seorang supir yang berbakat.

Haha.

"Kalu di Malaysia, sejengkal aja udah menjerit kita. Di sini, dua sentimeter itu, masih biasa aja bu..." kata Bpk Tommy berseloroh setelah Ummi berkali2 melatah bila ada kereta yang menghimpit van kami.

Kami perhatikan di Medan banyak "Kijang" - Toyota Unser versi Indonesia.

Dari airport, kami dibawak ke dua buah kedai batik sekitar Medan untuk membeli belah. Pelik sungguh aku. Baru sampai terus dibawak shopping.

Aku beli belangkon, souvenir untuk Parid dan Zul. Doploh ribu setengah satu! Rupiah.

Seterusnya, kitorang dibawak memandu sejauh 180 km ke Parapat melalui Permatang Siantar. Empat jam dalam van.

Sengal bontot.

Kami hanya berhenti di Restoran Simpang Tiga untuk makan tengahari, dan di kedai Paten untuk membeli makanan ringan yang hanya terdapat di Sumatera Utara.

Kami melintasi ladang2 kelapa sawit, getah, dan koko. Abah, seorang Pegawai Penyelidik dalam bidang pertanian dan Ayah, guru besar pencen yang mengerjakan ladang kelapa sawit di belakang rumah sebagai hobi, tak habis2 bercerita tentang tanaman2 berkenaan bersama Bpk Tommy. Setiap cerita, pasti berakhir dengan diskusi tentang politik Indonesia.

Bpk Tommy memang seorang tour guide yang bertenaga dan banyak celoteh. Sengal bontot kurang terasa mendengar celoteh2 dan kelentong2 beliau.

Jalan masuk ke Parapat memang menakutkan. Kami melalui selekoh2 tajam di lereng bukit, bersebelahan Danau Toba. Akhirnya, kami sampai di Danau Toba International Cottage, check-in dan bermalam di situ.

Mungkin pemilik hotel ni tak perasan yang 'Selamat Datang' dalam bahasa Inggeris adalah 'Welcome' dan bukannya 'Well Come'. Tapi, mungkin juga disengajakan oleh pemilik hotel tersebut agar kelihatan lebih menarik.

Entahlah...

Yang aku tahu, selain keindahan Danau Toba, yang lebih menarik di sini adalah nama bilik aku dan bini tersayang...


Hehehe...

Walaupon bilik kami takde air-cond, suhu tetap dingin sebab Parapat adalah kawasan tanah tinggi. Pemandangan dari dalam bilik juga sangat menarik.

Sebelum Maghrib, aku dan bini tersayang sempat pergi berenang (tiada maksud tersirat) di kolam yang disediakan untuk penghuni hotel tersebut.

Tak ramai orang sebab bukan musim cuti. Lengang. Memang terasa kedamaian Danau Toba. Memang seronok untuk bercengkerama dengan bini tersayang.

Bertepatan dengan nama bilik kami, memang sedap malam itu.

Hua hua.

Esoknya, kami dibawa belayar di atas feri traditional Parapat ke Pulau Samosir yang berada di tengah2 Danau Toba.

Air Danau Toba memang tenang. Takde ombak. Takde angin. Cuaca yang dingin. Memang mengujakan.

Kelihatan sampan2 orang kampung yang turun menjala ikan di situ. Terasa damainya hidup macam ni.


Kami berlabuh di Tomok. Bukan penyanyi kumpulan 'Budak2 Lelaki Baru Akil Baligh' yang sengau2 tu, tapi sebuah perkampungan lama orang2 Batak.

"Tomok itu... maksudnya gemok! Macam Bpk Sayuti," kata Bpk Tommy berseloroh. Hampeh.

Di sini, kami dibawa melawat kubur2 batu Raja2 Batak keturunan Sidabutar berusia lebih 500 tahun.

Bpk Tommy berkelentong bercerita tentang Raja Batak yang pertama bernama Oppu Sori Buttu Sidabutar dan cucunya, Raja Batak yang kedua, Oppu Ujung Ni Barita Sidabutar berdasarkan ukiran gambaran wajah raja2 tersebut di kubur mereka.

Raja Ketiga merupakan raja yang pertama menganut agama Kristian. Maka kubur beliau dan generasi seterusnya tidak diukir2 seperti Raja Pertama dan Kedua.

Setelah mendengar kelentong cerita Bpk Tommy, kami dibiar pergi bershopping souvenir di gerai2 milik masyarakat Batak yang didirikan di sekeliling kawasan tersebut. Sesungguhnya kami di-pau dengan hebat sekali oleh penjual2 di situ.

"Mau pecah telur aja ni..." kata mereka yang rata2nya perempuan. Telur apa yang mau dipecahkan? (Haha) Atau telur siapa yang hendak dipecahkan? (Haha)

"Pecah telur?" aku tanya. (Haha)

"Buka rezeki. Pelanggan pertama. Pelaris..." kata mereka.

"HORAS!" kata kami. Horas itu maknanya nak mintak diskaun. Bpk Tommy yang ajar.

Setelah di-pau sehingga kering telur (Haha) di Tomok, kami dibawa belayar ke Pulau Ambarita pulak. Di sini, kami dibawa melawat kerusi batu yang digunakan Raja Batak Siallagan untuk mentadbir kerajaan dan juga untuk menjalankan proses penghakiman.

Bpk Tommy dengan bantuan seorang remaja tempatan membuat demo bagaimana hukuman dijalankan. Dari siat2 badan sampai ke pancung. Ummi horror mendengar kelentong2 cerita2 Bpk Tommy yang disertakan dengan lakonan mantap dari remaja tersebut. (Haha)

Kami kembali ke Parapat untuk meneruskan perjalanan ke Brastagi.

Sekali lagi, kami melalui jalan2 selekoh lereng bukit yang menggerunkan. Kami berhenti di puncak Simarjarunjung untuk menikmati keindahan Danau Toba dari tempat tinggi sambil menghirup bandrek, sejenis teh herba (campuran halia, gula merah, serai, cengkih dan lain2).

Kami kemudian berhenti untuk melihat air terjun Sipisopiso yang berpunca dari sungai bawah tanah yang tembus di lereng tanah tinggi dekat hujung2 Danau Toba.

Kami meneruskan perjalanan melalui kebun2 dan ladang2 pertanian yang subur. Dua tiga jam lepas tu, baru sampai ke hotel.

Sengal bontot betul...

Hari terakhir, dalam perjalanan balik ke Medan, kami singgah di kolam air panas Alam Sibayak.

Air panas kolam tersebut berpunca daripada gunung berapi yang separa aktif di sekitar kawasan tersebut. Airnya mengalir dan kaya dengan sulfur. Bagus untuk mengubati panau dan kurap.

Kami berhenti lebih kurang sejam. Sempat berendam lebih kurang setengah jam sampai lekat bau belerang satu badan.

"Terasa la urat2 mengembang..." ujar Ayah ketika berendam.

Setelah itu, Bpk Pardi, supir kami yang berbakat memandu van pelancong menuruni selekoh2 tajam yang memang tak boleh jumpak la dekat Malaysia nih.

Dua jam kemudian, kami sampai di Medan. Lepas makan tengahari di Pondok Lesehan Ikan Bakar Lubuk Idai, kami dibawa melawat Istana Maimoen.

Seterusnya, kami bersembahyang di Masjid Raya al-Mashun.

Masjid tersebut sangat besar dan indah. Malangnya, masjid berkenaan tidak diselenggara dengan baik.

Kelihatan seorang perempuan tua yang bertongkat tidur di tengah2 panas halaman berturap marmar masjid tersebut.

Tiba2 aku rasa gambaran ini sangat sesuai untuk menerangkan perasaan aku setelah melawat Medan. Bumi yang indah, tapi, dibelenggu kemiskinan. Seperti Makcik ini, terbaring lesu di tengah masjid yang tersergam indah.



Selepas solat, kami pergi shopping last kopek di Medan Mall. Bini tersayang sempat beli tiga helai baju yang berharga ribu2. Rupiah.

Pukul 5.45 petang waktu Medan, kami bertolak ke Polonia International Airport. Waktu nak check-in, baru kami tau yang kami perlu bayar 75 ribu rupiah seorang untuk airport tax. Bini tersayang ingat dah cover dalam tiket yang dibeli. Rupa2nya, tak.

Kumpul2 baki duit rupiah, ada dalam 250 ribu. Jumlah yang perlu dibayar untuk enam orang, 450 ribu.

Cuak...

Nasib baik Mak dan Ayah ada duit lagi. Aku pinjam RM100 daripada Mak dan tukar ke dalam Rupiah, dapat la 255 ribu. Cukup untuk bayar airport tax tersebut dan tip orang yang tolong isikan borang kami. Kalau tak, tersangkut la kami di Medan.



p/s: Akhirnya...
  1. dapat jugak aku habiskan memilih dan mengecilkan gambar2 yang dirakam serta mengarang entri kali ni.
  2. aku menerima berita menggembirakan dari bini tersayang hari ni. Seronoknya, seronoknya... :D

14 comments:

Obefiend Weiland said...

wes gedi nyusai wong?

lawa ketayap jowo kamu...

Sayuti said...

nyusai wong tu ape mende?

itu namanya belangkon. belangkon yang mengujakan.

hehe.

cleo weiland said...

Waa banyaknye gamba.

Is it weird having another set of parents? Heheh. Tak ke rasa macam...cheating on yoru own parents haha!

Yang last tu..small font tu..nak tau gak :P

Anonymous said...

tahniah :P

Sayuti said...

cleo: gatal tangan kalau ada kamera dan pemandangan yang cantik.

well, you need to get use to it. mula2 pelik la jugak. lepas akad je terus tukar dari makcik ngan pakcik kepada ayah dan mak. but, i'm lucky to have such great in-laws.

small font tu... nanti2 la.

azhar: mekasih. good luck! :p

marisa said...

rasa mcm tau je apa berita gembira tu. apa-apa pun , TAHNIAH!

SpidEy d'lEfty said...

aku spend 2 hari utk habis bace blog entri ko ari nih tau.. terharu x? Dulu ko geram journey aku sampai nk gigit keyboard gigit CPU.. skrng macamner lak? Journey ko siap dgn "tema malam yg bertemakan tema bilik" PLUS "Good news" pada akhir entri.. nak aku gigit aper nih? hmm .. kt sini smue aset UTP...

Anyway.. TAHNIAH beb!!

Sayuti said...

auni: jangan membuat spekulasi.. hihi... mekasih.

wong: woo... terharu siut. aku spend 2 hari gak mengarang + kecikkan gambar + edit2. huhu.

alaa... ko dah pegi bali, gi underwater etc. takat macam aku ni, ko gigit biskut je. hehe. kalau nak rosakkan asset utp, ok je. jgn kasik kantoi dgn safai udah..

thanks bro! btw, bulan depan budak2 tu nak panjat ledang. join tak?

Anonymous said...

ape byk spam dlm blog ko ni sayut.. adoi~

small fonts tuh.. hmm.. meh aku jadik direct sket. bini dah mengandung ek? waaa!!!

bape bulan?

Anonymous said...

wow! betulkah seperti yg dikata re-arangge tersebut! seronoknya! sempat lagi tu tahun ni!

Pegawai Khalwat said...

hadoi.... awal2 dah jumpa spam. Buang je la yut oi.

Psss... aku geram ni, hang pi bercuti, tuan tanah pun pi bercuti. Aku ja tak pi-pi lagi.

takpa.... tungguuu....

Sayuti said...

adek: eh engkau nih. gelojoh sungguh.

baru satu bulan setengah kot...

alom: insyaAllah. alom plak, due bila?

tuan pegawai: dah buang dah.

pergi la bercuti. jalan2 tengok tempat orang. jangan asyik bekerja je. huhu.

NONIE AZIZ said...

muahahahha...memang mengujakan..bukan gambo2 tu.. tentang berita org rumah dan ko sudah berjaya menghasilkan zuriat korang berdua...TAHNIAH Sayut...Jangan bagi bini buat kerja berat sangat..

Sayuti said...

akak MR, memang saya tak bagi dia buat kerja berat. tapi tu lah, dia ni degil sket. huhu.