Betul?
Kita memang suka kalau kita yang betul. Sebab itu, selalunya, kita rasa kita betul. Tapi, selalu juga, kita hanya rasa yang kita betul. Bukan betul pon kadang2.
Selalunya kita sibuk mencari kesilapan orang lain untuk kita perbetulkan. Selalu kita lupa untuk memperbetulkan kesilapan kita sendiri. Selalunya, orang lain tak silap pon. Kita yang rasa orang lain tu silap.
Kita konon2nya suka berfikir secara mendalam. Konon2nya, berfikir secara berlainan. 'Berfikir di luar kotak,' kata kita. Semua pendapat orang2 sebelum kita yang mana tak kena dengan fikiran kita, kita kata mereka silap. Kita rasa fikiran kita yang betul.
Kadang2, kita seronok bila ada orang yang bersetuju dengan fikiran kita. Kita rasa hebat bila kita dapat mematahkan hujah orang lain yang tak sama dengan fikiran kita. Kita bangga bila ada orang bertanya sesuatu kepada kita, dan meminta pendapat kita, dan kita dapat menghuraikan dengan panjang lebar. Kita suka mengajar orang2 yang kita rasa kurang tahu daripada kita, apa yang kita tahu lebih daripada mereka.
Akibatnya, kita lupa banyak perkara yang sebenarnya kita tak tahu. Bila kita terkena soalan yang kita tak tahu, kita rasa yang orang yang bertanya mahu memerangkap kita. Bila kita terkena hujah yang mematikan fikiran kita, kita rasa orang yang berhujah mahu menunjuk hebat, seperti kita. Lalu, kita fikir2 macam mana nak kenakan orang itu, atau macam mana nak melindungi pendapat kita. Kita berfikir bagaimana mahu mengekalkan kehebatan kita. Apa yang perlu kita katakan agar kita tak kelihatan seperti orang yang tak tahu. Kita lupa kepada perkara yang dibincangkan. Kita khayal dalam diri kita, fikiran kita.
Kita suka menyusahkan perkara yang senang, menyulitkan perkara yang mudah dan menyerabutkan perkara yang straight-forward. Kita sibuk mentafsir perkara2 yang sudah nyata sehinggakan perkara2 yang dah jelas pon boleh menjadi kabur. Kita sibuk mengungkai sesuatu perkara daripada pelbagai segi, sehingga kita lupa perkara yang asas. Semuanya gara2 kita rasa kita betul. Atau kita mahu kita betul. Paling tidak, kita mahu orang lain tak betul.
Betulkah apa yang aku tulis ni? Mungkin juga kebetulan yang aku rasa aku betul. Aku mungkin juga salah. Perbetulkanlah aku. Itupon, kalau kamu rasa kamu betul.
Haha.
p/s: Aku merapu di pagi buta. Betul!
23 comments:
wah, Yut. Hari ni berat betul entri ni. Macam memikir masalah negara pulak doh. Bgmana perkembangan anak?
betullah tu..tapi aku rasa...
ha ha aku lagi betul
tuan keng: bukan masalah negara tuan. sekadar masalah diri.
perkembangan anak masih kurang pasti sebab tak nampak. tapi, alhamdulillah, perkembangan ibunya nampak jelas... 'berkembang' tuan...
art: betul? mungkin betullah tu gamaknya.
Kebetulan saya lalu dan sebetulnya perkara yang diketengahkan ini merupakan persoalan ramai pihak.
Ada yang bergaduh sesama kaum hanya kerna mahu menjadi pihak yang betul.
Harus betulkan kelemahan diri terdahulu sebelum mahu pikir diri sahaja yang betul.
Betul tak?
tuan,
hebat sungguh entry tuan...
mungkin apa yg kita ckp betul, tp siapa yg bgtau kita betul?orang yg ckp kita salah, siapa yg ckp dia betul?orang yg ckp betul pada yg salah, siapa ckp dia betul?
maka begitulah seterusnya....
Ya hang betoi.
Entri hang ni betoi dan betoi hang ni merapu.
jannah: macam betul je...
encik annonymous: ni betul2 cakap entry ni hebat, atau saya yang betul bendul menerima sindiran sebagai pujian? sebetulnya entry ini tak hebat pon, tapi kebetulan saya ni kuat betul perasan-nya.
tapi, saya rasa betullah tu apa tuan cakap tu. betul.
tuan pegawai: betoi ka? ka tak berapa betoi? tapi, betoi la tu saya merapu...
saya tidak peduli semua itu kerana saya sedang dlm keadaan kelaparan yg amat sangat!
One word: Ego.
But at the end of the day, someone has to give in right? Usually it's me, but that also depends on the issue and the person I'm dealing with.
Paling annoying orang yang tau dia salah but berlagak macam betul.
Tough.
(Hugs for Kak Erynn)
alom: alom ke baby tu yang lapar?
:p
cleo: mungkin ego. mungkin juga sifat semulajadi manusia begitu. kemungkinan...
huhu
oh, pelukan tersebut telah disampaikan.
'kita' dalam entri ini tak termasuk saya. ha ha
apapun, entri ni menarik. mengajak 'kau orang ' berfikir.
Ha'ah. Rasanya ya...
Dan kadang-kadang kita bukan pandai pun, tapi lebih kepada memandai-mandai
Kadang-kadang pulak bukan betul pun, tapi kebetulan..
Tak gitu ?
tetiba aku terasa berkait dgn entry ini. mungkin isu kat briefing tu buat aku rasa benda2 dalam entry ni byk berkait.
entah..hanya penulis nya saja tahu.
dalam pada kita merasakan diri kita betul, aku rasa perlu kita bersikap terbuka. utk bersikap terbuka dan menerima pendapat manusia lain, perlu ada catalyst yang melembutkan hati yang keras tu.
aku keras hati. sgt keras hati. catalyst aku: my sister. greatest offender: my mom. complicated? maybe aku perlu cari bini yang boleh jadi catalyst hati aku juga. sebaik dan selembut akak aku.
aku kira, kita berbincang utk berfikir maka tiada guna bersikap keras kepala. terkadang, yang disangka budak berkata lebih waras dari yang disangka bapak.
entah la...mungkin kita perlu cari catalyst dan lembutkan hati menerima pendapat orang lain.
mungkin betul, mungkin tak, mungkin juga aku syok sendiri...
encik zizie ali: ha ha. tak nak mengaku ya... takpa2.
abg jowo: gitu2. setuju2. saya rasa macam betul.
dueng: kemungkinan ada kaitan. tapi, secara kebetulan saja.
mungkin kau kena kawen cepat ni dueng. dah sebut 'keras2' ni, memang ubatnya kawen je. baru boleh 'lembut'.
hahaha.
tuan,
sekadar pandangan saya yg tak seberapa...
apa kata kita buat je ikut cara kita ...ikut jalan yg betul...
tak payah nak ambil pusing apa orang kata....
kalau orang tegur, kita ambil....
mana mungkin semua salah kan?
dlm 10, mungkin satu betul....
kalau rasa macam tak boleh pakai semua pun...simpan dulu dlm recycle bin...jgn diemptykan...
mana tahu satu hari nanti boleh dipakai semula...korek balik dari recycle bin....
mungkin suatu hari nanti secara automatiknya orang akan nampak kita betul....walaupun kita pun tak tau sejauh mana betulkah kita ni...
yg jadi kayu pengukur atau reflect diri kita ialah orang yg berada di sekeliling kita....
mungkin juga dgn cara kita sendiri yg betul je...(ikut jalan yg betul) akan jadi satu standard kepada orang lain utk diikuti...
p/s: saya anonymous yg sebelum ni....
FEQA
dompet yg keras boleh dilembutkan dengan berkahwin.
ego.. egotastik.....bagus
FEQA: puan (atau tuan?),
"ikut jalan yang betul", kata anda. tapi, jalan mana yang betul untuk diikut? bagaimana kita tahu jalan itu yang betul?
seperti kata anda, ikut cara kita. tak payah ambil pusing apa orang kata. bukankah itu maknanya kira rasa kita betul?
kata anda lagi, kalau orang tegur, kita ambil, mana mungkin semua salah. dengan kata lain, kita mahu kita betul. atau paling tidak kita mahu orang lain salah. betul tak?
seperti juga kata anda lagi, mungkin suatu hari nanti secara automatiknya orang akan nampak kita betul. sebenarnya kita mahu begitu.
maka apa yang anda tulis lebih kurang seperti apa yang saya cuba sampaikan. maka, ini membuatkan saya rasa saya betul. dengan itu, saya rasa kita betul.
haha.
persoalan betul atau salah ini, saya rasa bergantung kepada kemahuan dan perasaan kita. hakikatnya, Tuhan telah memberitahu kita yang mana satu betul, yang mana satu salah melalui Utusan-Nya dan Kalam-Nya. serta Dia telah berikan kita standard untuk diikut. tapi, akibat kemahuan dan perasaan kita itu, kita mula bercanggah antara satu sama lain.
ah, semuanya tentang kita. kita di sini tak termasuk encik zizie ali.
haha.
p/s: tulisan anda seakan2 sama dengan seorang kenalan saya. hampir saya rasa anda adalah dia, cuma gaya anda macam seorang perempuan, dan dia laki. mungkin dia cuba menyamar, atau mungkin juga saya yang terlebih paranoid.
haha.
abaikan.
anonymous: hahaha. betul2. hahaha.
eff: adakah ego itu bagus?
tuan,
hahahahahhaa,
kenapa tuan rasa saya seorang perempuan...??
hai takkan dah tak aktif lg??
jgn risau...masih di peringkat awal lg..
tp kene control la sikit....
hehehehehehheehe...:)
ataupun "bil air" dah tertunggak?
muahahahahahahaha....
abaikan yg diatas....
Saya adalah saya....
Saya tak kenal tuan...
secara automatiknya, saya bukan kenalan tuan yg tuan sangkakan menyamar...
mungkin kebetulan shj....
mungkin sama guru...
mungkin sa udara...
Seperti kata tuan, Tuhan dah bg nikmat akal yg mana dgn akal yg ada setiap manusia mampu berfikir...
secara lumrahnya, seperti kata tuan, akal akan berfikir utk mendapatkan penyelesaian yg betul dan terbaik....
cuma...
cuma nafsu yg kemudian mempengaruhi....
dan selepas tu...terpulang kepada kewarasan fikiran utk mengikut...
sekadar pandangan peribadi...bukan utk pegangan total....
FEQA
p/s: ini adalah reply terakhir saya...maaf sekiranya menganggu blog tuan sehingga jd panjang lebar...
saya sebenar tak sengaja terbaca blog tuan ... seperti yg pernah saya sebutkan sebelum ini....dlm 10 takkan lah 1 pun takde yg betul...kalau betul2 takde yg betul langsung....simpan dulu...jgn dibuang..at least letak dlm recycle bin shj dulu....mungkin lepas 20...30 tahun...boleh restore semula...itupun kalau hardisk tak corrupt la....hehehehehhehe..
sbb perubahan itu adalah improvement....berubah @ ber evolusi kpd yg lebih baik dan bersesuaian pada zaman tersebut..
Kita kan cuma manusia biasa yang tetap saja ada 'rasa'. Betul tak?
Salam.
Happy belated birthday Tuan Sayut..
blog yg bagus..
blog saya:
www.kios-online.tk
FEQA: betul ke anda seorang perempuan?
huhu.
cuma, pada pendapat saya, sampah adalah sampah. sampah tetap sampah. sekiranya sesuatu itu masih mahu diguna, orang tak buang sebagai sampah. cuma mungkin dimasukkan ke dalam stor atau dalam kotak.
sampah yang boleh dikitar semula tetap sampah juga. tapi, produk hasil kitaran semula bukan sampah, kerana telah melalui proses lain.
p/s: saya tak kisah orang nak tulis apa saja di ruang komen. jika saya tak suka orang komen, saya disable kan aje.
akak bunga rampai: saya 'rasa' akak betul.
:)
salam.
wong: hoh. lambat! thanks anyway. :D
lucky-star: terima kasih.
blog saya pula: http://msayuti.blogspot.com
haha.
Post a Comment