Thursday, April 05, 2007

Nasihat.

Awal minggu ni, aku bawak staff2 yang baru lapor diri pusing ofis untuk berkenal-kenalan dan diperkenalkan kepada staff2 lama.

Kami terhenti di bilik Encik Ali, seorang pengurus kanan. Sebabnya, setelah memperkenalkan staff2 tersebut kepada beliau, beliau mula berceramah panjang memberi kata2 aluan.

Beliau bercakap dan bercakap dan bercakap dengan wajah yang serius. Aku dan staff2 baru berdiri mendengar. Lenguh. Tapi, aku tak berani nak interrupt sebab dia bos besar.

Huhu.

Tetiba aku rasa sungguh munafik. Ish...

Kata Encik Ali;

"Most of you tak kawen lagi. You should stay back in office, take time to read the manuals, booklets and get to know the Company. Belajar. Its good for you. You balik awal nak buat apa? You takde wife or husband lagi. Not like me. But, for your info, even at my level, I balik pukul 8.00, 8.30 malam for the past few months. Everyday. Well everyday, except malam Jumaat... I balik awal sket..."

Aku ter-chuckle (aku tak tau perkataan Melayu untuk 'chuckled'. Cukel?) sebab terfikir menda lain. Tapi, Encik Ali masih bermuka serius. Takde tanda2 yang beliau bergurau. Beliau sambung:

"Malam Jumaat I pegi masjid, baca Yassin, ada ceramah... Well, that for my own personal spiritual needs..."

Dan beliau berkata dengan serius sekali. Kalau aku yang berkata demikian, memang sah Parid gelak.

Aku termalu sendiri sebab ter-chuckle tadi.

Malam Jumaat... Oh, paradoksnya.


p/s: Parid dah bertolak balik kampung tadi. Esok beliau cuti. Zul outstation. Aku sorang je kat rumah.

Sangap.

Huuu...

11 comments:

k-mie said...

sangap? dah sorg2 kat rumah tu, apa lagi. cam tak pempaham plak haha..

cleo weiland said...

Chuckle = gelak la kan? Hahah. Sometimes when you look for a word all you can think of is the Malay/English equivalent. Annoying, yes.

Say hye to Kak Erynn!

SpidEy d'lEfty said...

Sangap.. nih "En Ali" nih namo sebenor ker??? ENCIK ALI tu ker?? Eh?.. ish?.. ar?? aduh aku pun tak tahu nk bagi response cam ner..

Sayuti said...

k-mie: ape? tak paham ah. serius!

cleo: chuckle = sejenis gelak. gelak yang tak kuat sangat, dan macam tetiba je. gelak mengekek? entahlah...

ok. will do.

wong: encik ali (bukan nama sebenar) yang bukan photographer.

yang tu la tu.

k-mie said...

chukle = hihihi/hehe/ehehe (biasanya dituruti dgn senyum simpul atau utk kes pompuan, senyum ayu)
laugh = hahaha/HAHAHAHA/ROFL/any extreme funny expression (boleh disertai dgn juraian air mata, sakit perut & cramp pipi yg teramat sangat kalau mende tu dah klakar tahap naga)

Jannah said...

Chuckle ni macam tertelan gelak tawa sendiri.

Rasanya la. Takda bunyi.

Sangap cuba baca buku cerita, novela romantika dan sebagainya, nestaya bertambah kesangapan.

Kemudian tidur sahaja keseorangan.

Selepas itu, taktala tiba saat manis bertemu si isteri tercinta, aduh pasti masyuk.

Apa sudah jadi pada diriku ini. Too much green trees and fresh air I tell you.

Pegawai Khalwat said...

Aku nak berkenalan dengan Parid.
Nak sama-sama gelakkan hang.

Ha ha ha.....

Ketawakan dia!

Anonymous said...

bosan.

artisticklytouch said...

Aku juga membawa staff2 baru dan praktikal berjalan2 di sekitar Hotel. Sessi ceramah aku khaskan untuk yang tertentu sahaja.

Sayuti said...

k-mie: cemgitulah kot chuckle. good example.

jannah: betul jugak definisi chuckle tu...

hehe. too much green trees and fresh air is not good for you. too much of something is never good.

tuan pegawai: boleh berkenalan dengan Parid di sini.

tak baik gelakkan orang... huhu

alom: sori.

art: kenapa dihadkan ceramah kepada yang tertentu saja? bagi je kepada semua. huhu

Anonymous said...

Jom BOWLING 5 Mei 2007 (sabtu) ni.
kat Kelab Golf Bukit Jalil pukul 11 pagi.
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=5103