Saturday, March 17, 2007

Prioriti.

Kelmarin, bini tersayang amik cuti dan balik KL. Ada urusan dengan bank, pasal road tax kereta Kelisa beliau.

Tengahari tu, tengah aku terkial2 di ofis, bini tersayang sms cakap tayar kereta Proton pancit. Kereta tu dah tersadai dua minggu dekat parking apartmen. Aku tak pernah check sebab aku tak drive ke mana2 pon sejak hantar bini tersayang ke stesen bas Pekeliling dua minggu lepas.

Huuu...

Bini tersayang merajuk. Beliau dah lambat nak ke bank. Aku suruh naik teksi. Beliau balas cakap situ takde teksi. Aku cakap tunggu dekat stesen LRT Sentul Timur. Ada teksi dekat situ.

Seketika kemudian, aku masih terkial2 lagi di ofis. Dapat sms lagi. Bini tersayang mengadu nak nangis sebab tak dapat teksi dari tadi. Ketika tu, dah pukul 3.00 (kurang sikit) petang. Beliau takut tak sempat sampai ke bank.

Aku suruh naik LRT ke Stesen Titiwangsa. Situ banyak teksi. Meskipon begitu, beliau masih merajuk sebab aku tak check tayar kereta Proton tersebut. Disebabkan tayar pancit, beliau jadi kelam kabut.

Huuu...

Lebih kurang setengah jam kemudian, aku call bini tersayang nak tahu beliau dah sampai ke mana. Bini tersayang dengan penuh emosi cakap beliau tengah berjalan kaki sebab teksi yang beliau naik menurunkan beliau dekat tempat lain, sebab dah tersalah jalan. Bini tersayang masih merajuk lagi sebab aku tak check tayar kereta Proton. Disebabkan itu, beliau terpaksa jalan kaki di tengahari.

Huuu...

Dalam pukul 4.00 (lebih2 sikit) aku call lagi. Beliau dah sampai ke bank dan sedang menguruskan road tax tersebut. Tapi, beliau masih merajuk.

Huuu...

Pukul 5.45 (lebih2 sikit), bini tersayang sms. Beliau menanti di surau KLCC. Ketika itu, aku sedang berlegar2 di depan bilik seorang pengurus besar. Pengurus besar tersebut tengah bercakap dengan seseorang dengan nada yang tinggi. Aku pulak, kena mengadap pengurus besar berkenaan untuk memintak maaf atas kelewatan pemasangan perabot2 dalam bilik beliau. Meskipon bukan salah aku, aku dipersalahkan juga.

Aku berhenti berlegar. Jeling2 sikit. Pengurus besar tersebut tak habis cakap lagi dengan seseorang berkenaan. Tengok sms bini tersayang. Rasanya, pengurus besar tersebut tak perasan kemunculan aku di luar bilik beliau. Aku berkira2 sebentar.

Besok2lah mintak maaf.

Aku sms bini tersayang mintak tunggu dua puluh minit sebab nak balik ke tempat aku dulu dan kemas2 barang. Bini tersayang bertambah merajuk sebab aku lambat.

Huuu...

Lalu, aku pon memujuk beliau dengan membelanja makan di Manhattan Fish Market dan menonton wayang berjudul 300 malam tersebut.

Kopak aku.

Huuu...

p/s: Best woo cerita 300! Ganas dan *ehem2*. Memang TAK sesuai untuk orang2 yang kecut perut dan belum kawen.

13 comments:

Kemat said...

kata orang rajuk si isteri tak lamer berbanding rajuk si aweks... kerna isteri mudah lembut bila wajah anak di depan mata..iyer ker..

Pegawai Khalwat said...

Rajuk ada tiga sebab tu.

1. dia nak *ehem*, tapi nak la manja2 dulu
2. dia period kot
3. dia memang saja suka menyusahkan hang

Psss... 300 memang best walau cerita dia biasa saja. Tapi tak syok sebab ada potong. Huhu!

Obefiend Weiland said...

300 sedap kerana ada kepala putus. tu jek.kalau dulu potong jari pun cut

bini kamu nak your attention tu wahai sayut. bini aku pun kekadang buat hal saje nak kena pujuk. maybe depa suka dipujuk.

Mommy Lyna said...

semua2 pun salah.

Sayuti said...

kemat: entahlah. saya tak ada anak lagi. huhu.

tuan pegawai: ye ke?
1. kalau yang tu, saya tau camne perangai dia. tak la tu kot.
2. tak.
3. mungkin. hehe

potong plak, tang2 yang takde adegan 'potong-memotong'. tu yang frust tu.

eff: biasalah tu. orang perempuan.

alom: apa yang betulnya?

BMahendran said...

hahahaha cis..nih tulisan blog ni nak pujuk ur wifey la ek encik sayutii :p

manhattan fish market, ooo..aaa..uuu.huuuU -_-

300 nice sbb Lembaga penapisan Malaysia rasa kalo tunjuk nipple pompuan on large beautifull screens, rakyat happy, gembira, puas..dan akan mengundi kerajaan skarang..saikologi tu

Anonymous said...

assalamualaikum sayut..

lame aku xmasuk blog hang nih...:(...

beselah perempuan memang suke merajuk....kununnya hendak bermanja2

-normah-

artisticklytouch said...

mahal pujukan kau ye...aku tak mahu melawat blog kau lagi...






pujuklah aku...pujuklah aku...aku dah lama teringin untuk makan di Manhattan Fish Market...

Jannah said...

Comel.

Mrs Sayuti, jangan marah lagi tau.

sitilina said...

abg uti,

yg betulnya ialah saya merajuk kerana saya rasa geram. saya rasa geram sebab awak xdgr cakap saya. awak xdgr cakap saya seolah2 awak xapreciate kewujudan saya. awak ingat saya ni apa? saya bukan bos awak mahupun seketari awak mahupun tukang cuci pinggan kedai mamak yg awak selalu makan. saya ialah isteri awak yg cantik. oleh itu awak mesti tahu kehendak saya & cuba sedaya upaya menyukakan hati saya yg geram ini.

muahahhahaha.

blackpurple @ jowopinter said...

Alahai...sweetnya.. :)

Sayuti said...

mahen: itulah agenda sebenar post kali ni.

ko ni belum kawen! mana buleh tengok. haha. mana ada nipple yang terdedah. hasil pengamatan seorang manusia bernama fariz, itu adalah sehelai pakaian yang sama dengan warna kulit penari berkenaan.

normah gendut~: waalaikumussalam. a ah. dah faham sangat dah. laki pon suka merajuk jugak. tapi, laki merajuk bukan nak bermanja2 tau...

artisticklytouch: aah. takpelah. pergilah merajuk.


aku rasa, makan dekat mana2 kedai ikan bakar tepi jalan tu lagi sedap. boleh?

jannah: kami memang comel. hik hik

alom: oh. begitu rupanya. wak dah tahu belum ni?

abg jowo: *blushing*

sitilina said...

ops. itu xde kene mengena dgn abg wak i la~