Saturday, March 24, 2007

Guruh.

Ketika ini aku berada dalam Pavillion Ballroom, Holiday Villa Cherating. Bini tersayang tengah bermeeting. Aku duduk di tepi, tunggu habis. Nasib baik ada laptop Compaq Presario V3000 beliau yang baru sampai minggu lepas ni. Takde la boring sangat.

Minggu lepas, empat hari aku di Putrajaya. Pagi Khamis baru balik ofis. Minggu depan kena pegi Labuan pulak, empat hari.

Penat.

Banyak perkara menarik telah berlaku. Banyak juga perkara baru yang aku pelajari. Terlalu banyak pulak perkara yang aku fikirkan. Tapi, aku tak tahu apa nak tulis kali ni. Tak tahu apa yang nak diceritakan.

Mungkinkah sebab bini tersayang ada di depan sekarang ini? Atau mungkinkah aku mengalami sindrom 'writer's block'? Mungkin aku penat. Atau mungkin juga sebab aku memang pemalas...

Entahlah...

Terlalu banyak persoalan. Terlalu banyak harapan. Terlalu banyak tanggungjawab yang harus dipikul.

Berbaloikah semua ni?

Masa yang akan menjawabnya.

p/s: Sori, aku merapu. Huhu.

5 comments:

Obefiend Weiland said...

malas... anda malas? itu sesuatu yang baru bagi aku. apa nak jadi dengan dunia jika kamu malas. LOL

biasa la sayut. pensel tak selalu tajam dan keyboard tak selalu laju ditaip.. hari2 cuba menulis sesuatu yang bermakna dan witty. tak mahu jadi blogger penghabis masa orang.. lagi baik tak update!

Anonymous said...

abg sayut.

artisticklytouch said...

ha ha rasain!!!

Sayuti said...

eff: kau tak tahu ke aku sebenarnya malas? tak caya, tanya bini aku. hehe.

itulah itu. kadang2 tulis panjang2 takde orang baca pon, tak bes jugak.

sape ni?: yes?

art: rasain apa kok?

p/s: reply ini ditaja oleh business center, tiara service apartment, labuan.

Anonymous said...

hai. salam kenal.