Teksi?
"Ayang nyanyi2," bini tersayang. Tadi, sesudah sahur.
"Huh? Tak buleh ke orang nak nyanyi2?" aku.
"Ayang selalu nyanyi2, lepas... *ehem2* ..." bini tersayang.
"Ye ek? Ehehehe..." aku, blushing.
Aku memang tak sedar aku mempunyai tabiat tersebut. Bila aku fikir2, memang aku tak dapat nafikan. Aku akan menyanyi, humming atau berkaraoke tanpa musik pada pagi hari setelah berguling2 membayar bil air pada malam sebelumnya.
Benarlah kata seorang pengurus besar kanan dalam kompeni tempat aku bekerja, "Sesudah kamu berumah tangga, kamu akan belajar sesuatu yang baru tentang pasangan kamu dan tentang diri kamu sendiri daripada pasangan kamu setiap hari. Yang penting, kamu berfikiran terbuka untuk belajar. Kerana, hidup ini adalah satu proses pembelajaran yang berterusan. Ia sangat menarik..."
Berfikiran terbuka atau open-minded.
Bila menyebut frasa tersebut, ramai yang sering tersalah tafsir sebagai penerimaan ideologi secara semborono.
Pergh, "semborono" tu. Gile sastera aku. Haha.
Contoh:
A: Eh, kau pergi menari kat kelab malam?
B: Open-minded la bang!
A: Mak bapak kau tak marah ke kau pakai seksi2 ni?
B: Alah, diorang open-minded macam aku.
Sebenarnya, berfikiran terbuka ialah mampu mendengar dan memahami sesuatu perkara yang baru. Kemudian, penerimaan ideologi dibuat secara selektif.
Bukan hedonisme.
p/s: Jangan jadikan puasa anda sekadar berlapar dahaga. Itu diet.
** Entri ini telah di edit sebab waktu tulis tadi, tengah berchatting dengan Kmie. Tajuk teksi berkenaan ada kaitan dengan sessi per"chatting"an tersebut.
15 comments:
assalamualaikummmmm..hehe..lame xmelawat blog ko dehhh..bzz..lallalal
-normah-
nayanyi selepas membayar bil air. itu pertama kali ku dengar pengakuan sebegini. biasanya orang akan tertidor atau menghisap rokok. tidak-tidak pun cuddle2 macam cerita mat salleh pukul 10 kat starmovies. unik betul kamu ini.
open minded bagi saya ialah open to new ideas brought forward by another person. it only encompass intellectual material or ideas. accepting new and often "yellow" culture does not fall inside open mindedness. kalau openminded sangat jadi macam ayah pin lak kang. semua agama dia accept...macam scientologist jugak.
hail xenu
Selalu begitu, orang gunakan istilah 'open-minded' untuk perkara yang tidak senonoh. Sakit hati dengan orang-orang sebegini. Jika kita tidak bersetuju, kita dikatakan berfikiran tertutup padahal merekalah yang berfikiran tertutup kerana perkara itu sahaja yang mereka tahu.
normah: gendut.
eff: not immediately after-lah. the next morning, or after mandi.
n82: demikianlah...
jangan banyak berkhayal ketika temuduga. bahaya.
ko taip mende ni lepas chatting ke masa tgh chatting..?
masa tengah chatting. tajuk dia lepas aku cakap aku kena gi ofis.
Hey there. First post eheh.
Bout the singing thing, dont ask me. I'm only 20. Bak kata Effs budak lagi kan. Wayy beyond my time to offer an opinion.But all I can say is,whatever suits you, man!
What is being open minded anyway? You see, I have lotsa non Muslim friends and they think I'm open minded. Unfortunately they also think that its okay to pull me by the hand or pat me on the shoulder simply because I'm 'open minded'.That leaves me in a bit of a tight spot, really. I'm a Monica Gellar. Must please everyone.
Oh. By the way.
I'm not a secretary. I just have a lot of thoughts in my head.
sudah kufaham mengapa tajuk entry ini teksi, hua hua hua..
Aku stuju dgn definisi OPEN-MINDED ko tu.. and aku dh byk encounter orng yg ingatkan dier open-minded tp sbenarnyer cume mulut yg open open je kate otak open-minded..
open minded not open your shoe and shirt
la la la la la la la
lal la lalalalalallalalalalalla
aku gembira membaca blogmu lalalal la l lal al la lalal al lal
lal la la lalal lalalal lal
la la l al al a lal a allalalla l
maaf tak dapat nak respon satu2.
point noted, and thanks for the comment.
nyanyi2 lepas aktiviti sunat itu, menggambarkan perasaan gembira kerana kejayaan melaksanakan misi. tahniah.
Berlagu itu kadang-kadang manifestasi jiwa yang ceria...kadang-kadang jiwa yang terluka... dalam kes ini anda berjiwa ceria.... Itu pun nikmat...!
cikgu nizam dan abg jowo: HEHEHE
Post a Comment