Saturday, October 21, 2006

Kampung.

Sejak awal Ramadan, aku bercadang balik Alor Setar beraya dengan Tok Wan dan Tok. Tahun lepas, aku tak balik. Tok Wan merajuk. Tahun ni, kenalah balik.

Tapi, semalam, aku terima sms dari adik aku Nurul:

"Tokwn ckp,xyah p rmh tokwan sbb tokwan xde dr ry ptama smpai ry ke lima,tokwan p langkawi.."
Aku telefon Tok Wan. Confirm.

Nampaknya, perjalanan hari ni akan ditukar ke Hutan Melintang, Perak. Semoga jalan raya tak sesak sangat hari ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

p/s: Sambut Raya biarlah berpadanan dengan amalan di bulan Ramadan ye.

Wednesday, October 18, 2006

Rumah.

Seperti biasa, lampu ofis sudah tertutup secara automatik pada waktu aku menaip ni, kecuali yang depan pintu. Nasib baik cubicle aku depan pintu. Ada jugak sumber cahaya.

Hujan di luar. Akibatnya, aku masih di ofis.

*Tuing~*

Suddenly, I have this urge to write my blog in English. Not that I would sound stupid if I write in Malay or anything like that. Well, I sound stupid in any language. It comes naturally - with the person, not the language. Whatever.

I guess I've been watching too much House. Not House as in the building you call home, but the TV Series about the sarcastic but brilliant Doctor Gregory House. It makes me want to become just as sarcastic, minus the medical jargons.

Anyway, this sudden urge to use English is probably caused by my newest assignment - to organize an in-house English course for all the young executives, and the 'less-young' non-execs. This assignment comes together with another assignment to organize a Stress Management class. What better timing, when the annual business plan and budget cycle kicks off just a couple of weeks before Hari Raya. I have to handle that too.

Thats when the term ' job delegation' comes into play. Yada yada yada, and my actual work has been cut down to half. Thats the beauty of it.

The ugly side is, you will start worrying whether your subordinates are actually doing what you want them to do, or might have misinterpreted your instructions. Unless you have competent, experienced subordinate, like mine.

Well, my senior clerk has been working with the Company even before I was born. I should stop worrying, except for the fact that she is currently four months pregnant. And at her age, her focus and efficiency is not as high as ... err, I beg to keep my metaphor (or simile or whatever they call it).

Anyway, its almost 6.50pm and I need to go down and look for a place to sit for buka puasa.

*Tuing Tuing*

Kembali berbahasa Melayu.

Sebenarnya, sindrom ingin berbahasa Inggeris ini juga mungkin disebabkan oleh faktor "tak-bangun-walaupon-sudah-menggaul-ayam-dalam-rempah-dan-tepung-untuk-digoreng-pada-waktu-sahur" yang mengakibatkan perasaan lebih lapar dan dahaga di siang hari, hari ni.

Itulah puasa aku. Sekadar lapar dan dahaga.

Sedih2.


p/s: Jangan lupa bayar zakat fitrah ye, kawan2!

Sunday, October 08, 2006

Teksi?

"Ayang nyanyi2," bini tersayang. Tadi, sesudah sahur.

"Huh? Tak buleh ke orang nak nyanyi2?" aku.

"Ayang selalu nyanyi2, lepas... *ehem2* ..." bini tersayang.

"Ye ek? Ehehehe..." aku, blushing.

Aku memang tak sedar aku mempunyai tabiat tersebut. Bila aku fikir2, memang aku tak dapat nafikan. Aku akan menyanyi, humming atau berkaraoke tanpa musik pada pagi hari setelah berguling2 membayar bil air pada malam sebelumnya.

Benarlah kata seorang pengurus besar kanan dalam kompeni tempat aku bekerja, "Sesudah kamu berumah tangga, kamu akan belajar sesuatu yang baru tentang pasangan kamu dan tentang diri kamu sendiri daripada pasangan kamu setiap hari. Yang penting, kamu berfikiran terbuka untuk belajar. Kerana, hidup ini adalah satu proses pembelajaran yang berterusan. Ia sangat menarik..."

Berfikiran terbuka atau open-minded.

Bila menyebut frasa tersebut, ramai yang sering tersalah tafsir sebagai penerimaan ideologi secara semborono.

Pergh, "semborono" tu. Gile sastera aku. Haha.

Contoh:

A: Eh, kau pergi menari kat kelab malam?
B: Open-minded la bang!

A: Mak bapak kau tak marah ke kau pakai seksi2 ni?
B: Alah, diorang open-minded macam aku.

Sebenarnya, berfikiran terbuka ialah mampu mendengar dan memahami sesuatu perkara yang baru. Kemudian, penerimaan ideologi dibuat secara selektif.

Bukan hedonisme.


p/s: Jangan jadikan puasa anda sekadar berlapar dahaga. Itu diet.

** Entri ini telah di edit sebab waktu tulis tadi, tengah berchatting dengan Kmie. Tajuk teksi berkenaan ada kaitan dengan sessi per"chatting"an tersebut.

Sunday, October 01, 2006

Catit.

Masih adakah orang bertukar juadah berbuka dengan jiran mereka hari ini?

Ketika aku masih kanak2 dulu, sejam sebelum berbuka merupakan tempoh yang paling sibuk sebagai 'delivery boy' kuih2 yang Tok masak. Tok hanya masak dua jenis kuih, tapi, bila sampai masa berbuka, sekurang2nya lapan jenis kuih akan terhidang di meja.

Sekarang, segala jenis kuih dan lauk boleh dibeli di bazar Ramadhan. Jumlah dan jenis hidangan ketika berbuka tidak banyak berubah. Cuma, 'semangat' dari hidangan itu yang sudah tiada.

Entah kenapa, tiba2 aku rindu benar dengan zaman ketika kanak2 dulu.


p/s: Berpuasa sebagai seorang suami yang hanya bertemu bini tersayang seminggu sekali... sangat2 mencabar! Tak kena gaya, kena bayar kifarat pulak nanti! Haha.

Astagfirullah...