Tuesday, September 05, 2006

Merdeka?

Maaf jika tiada tulisan baru untuk jangka waktu yang panjang. Aku sekarang sangat sibuk. Sibuk dibelenggu takdir.

'Takdir'....

Bini tersayang dan Parid mungkin faham 'takdir' apa yang aku maksudkan. Zul juga mungkin tahu.

Oh ya, Zul...

Beliau rakan serumah kami yang baru.

Sempena Hari Kebangsaan tempohari, aku telah menulis puisi berikut:

Merdekakah kita?
Dalam gegak gempita
Laungan dalam pesta
Terlepas dari derita
Sejarah jadi cerita
Ditulis pelbagai tinta
Diukir pada peta

Merdekakah kita?
Dalam timbunan harta
Emas, intan permata
Melimpah berjuta-juta
Dalam pelukan wanita
Cantik jelita
Juga punya takhta
Damai rakyat jelata

Mungkin kita buta
Untuk melihat dusta
Disebalik berita

Sebenarnya,
Kita tak pernah merdeka
Kerana selamanya
Kita adalah hamba...

Paling tidak, kepadaNya
Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
Al-Qayyum.


Terima kasih.

p/s: Takziah buat peminat 'Crocodile Hunter' di atas kematian beliau. Bak kata pepatah Melayu, sepandai2 tupai melompat...

Eh, macam tak kena pulak ucapan takziah ini.

6 comments:

Obefiend Weiland said...

first

kerana abang jones tak letak komen maka kamu jadi mangsa

merdeka dah. cuma ikut apa definasi anda. definisi merdeka bagi saya ialah ade umah sendirik dan hidup dengan titik peluh sendiri......wahhaa.merdeka lah kita kelak

lihat GIF steve irwin di blog saya sayuti. pasti anda tertawa tapi lepas tu rasa serba salah

labahlabah said...

dude!
puisi kau itu mungkin boleh dilagukan oleh gitartong.
mungin rentak irama m'sia atau hiphop spt toophat.

sitilina said...

saya sudah merdeka.

SpidEy d'lEfty said...

part takziah tu aku no comment sbb ko sdr pong kate 'entah aper2..'.., tp part puisi tu aku respect.. great job sayuut.

Bunga Rampai said...

Salam Dik Sayuti,

Kacak puisi tu dik!
Kalau Cikgu Nizam lagukan, minta dia laungkan kuat-kuat yang ini:

Sebenarnya
kita tak pernah merdeka
kerana selamanya
kita adalah hamba ...

... dalam maksudnya tu dik.

Oh, dah ada rakan serumah :)

Sayuti said...

eff: dah tengok. haha. betul2.

merdeka itu subjektif.

labah2: cikgu nizam tengah sibuk buat persiapan anak pertama tu. kalau dia sudi, dia buat lah.

alom: awak merdeka lain. haha. tahniah2. moga2 cepat mem'buah'kan hasil.

wong: mekasih wong. kau pulak, bila nak tunjukkan bakat? :D

akak bunga rampai: terima kasih.

:)