Lihat?
Hari ni hari Ahad. Aku di ofis.
Cilakek...
Kerja2 pengubahsuaian ofis fasa kedua sedang berjalan. Aku terpaksa menyelia kerja2 tersebut. Maka, hari minggu yang sepatutnya dihabiskan untuk berguling2 berehat terpaksa dikorbankan demi tugas dan tanggungjawab kerja.
Semalam:
"Yang, beli stokin baru la. Dah berlubang2 ni. Malu je, gaji besar stokin berlubang2," bini tersayang, ketika menyidai pakaian.
"Bukan setakat stokin, kasut2 pon nak tukar!" aku.
"Patut la kaki berbau..." bini tersayang.
Adeh!
Pernyataan yang tidak dapat dinafikan.
Khamis, malam Jumaat:
"Sedap kari ni..." bini tersayang.
"Eh, orang kan 'terer' masak!" aku.
Kari ayam ala kadar yang aku masak ternyata menjadi walaupon tanpa daun kari, dan kekurangan rempah ratus. Masam sikit, sebab terlebih asam jawa, tapi 'kick'nya tetap ada.
Ke, bini tersayang nak ambil hati je tu?
Erm...
Jumaat:
Aku lambat masuk kerja.
Hehe.
Terus pergi kursus 'refresher' untuk penyediaan bajet perkara2 am dan pentadbiran. Tak lama lagi, aku kena jadi akauntan dan auditor pulak. Sekarang tengah jadi arkitek. Minggu lepas dah jadi 'event planner'.
Kursus tersebut habis awal. Aku singgah ke aras ofis yang akan disusun semula untuk memastikan mereka dah 'pack' barang2 ke dalam kotak2 yang disediakan.
"Mover datang pukul tiga. Make sure semua orang dah pack barang2 by then," aku memberi arahan menggunakan bahasa yang mungkin boleh menimbulkan amarah Datuk Seri Utama, Dr Rais Yatim.
"Habis tu, kitorang boleh balik awal lah?" mereka, dengan wajah penuh pengharapan.
"Eh, office hour kan sampai pukul lima. Buatlah kerja sampai pukul lima, " aku, wajah tak serius.
"Barang2 dah pack, cubicle kena cabut... nak buat kerja macam mana?" mereka lagi.
"Pandai2lah buat kerja yang patut. Takde cubicle, buat la kerja kat tempat lain. Kat level lain ke... kat Suria ke... kat rumah ke..." aku.
"Boleh balik awal la tu!" mereka, gembira.
"Eh, aku tak cakap apa2 pon pasal balik awal, kan?" aku, wajah serius yang dibuat2.
"Baiklah. Baiklah," mereka, dah faham.
Demikianlah.
p/s: 'Takdir' masih membelenggu... kesannya makin merebak. Kini, Zul pon sudah terbelenggu. Kesian dia...
11 comments:
salam sayut! lama dh tak drop by blog-mu ini, tup2 ko muncul kat blog-ke, mnarik2.. apa ni nk pindah level brape plak?? uish2 nmpaknya pmu xabes2 expanding ya, hehe.. hr majujaya n multitasker! :P
Wah.... Tahniah...! Baguslah...! Semua boleh.....Ada harapan jadi GM ni nanti......
wah lama nya tak jengah blog ni.. apa-apapun masih jumpa jugak jalan, tak sesat... Sayuti bini tu nak amik hati aje tu sebab kalau komplen kang suami tak nak masak lagik .. keh keh
fuh.payah btol nak kasik komen.selalu connection timeout jer. isk3
oke lah, sayut. off topic jap.
kalo tamo kad raya, tak ape. :P
ani: salam. ye la kan. kau tu dah sampai paris mana hala dah. mana nak ingat aku dah...
abang jowo: cam perli aje.. bukan jadi GM.. jadi kuli je. nak jadi GM kena tunggu paling cepat 15 tahun lagi la. huhu.
kak sya: hehe. ye ke? huu... patut la tak abis. ke sebab saya masak banyak sangat?
syukies: seperti dalam perbualan telefon kita sebentar tadi...
opis ko takdak perakam waktu ker? atau tu pun kena bungkus ngak?
Huh.... gaji besar?
Aku nak minta sponsor kat hang la, kalau pun tak dapat dari kompeni hang untuk buat teater.
Psss.....malam Jumaat memang bini suka ambik hati.
weei pindah boleh .. jgn sampai aku balik nnt takder tempat utk aku lak...
ron97: ada. tapi, kat pintu masuk. guna pas keselamatan.
pegawai khalwat: kecik je. itu sekadar figura kata.
eh, mintak sponsor dari kompeni tak dapat? mungkin justification tak kukuh agaknya.
hehe...
wong: ada tempat kau. jangan risau. kalau takda, aku yang patut risau.
hatiku bimbang namun tetap fikirkanmu
selalu ada dalam atiku
Sibuk benar dik Sayuti ni ya, sampai tak sempat-sempat buat entri baru.
Salam Ramadhan :)
Post a Comment