Friday, September 22, 2006

Ringkas.

Aku rasa aku hendak berehat seketika. Rehat minda dan perut. Kedua2nya kebelakangan ini mengalami keletihan terlampau.

Ya ya, aku semakin gendut kerana banyak makan akibat susah hati di pejabat. Sesungguhnya, melayan kerenah manusia adalah satu tugas yang mencabar.

Selamat menyambut Bulan Ramadhan.

p/s: Bila gaji yang lebih besar menjadi sebab utama kamu berpindah2 kerja, jangan kecil hati kalau kamu disamakan dengan komoditi.

10 comments:

maziah said...

ahlan wasahlan ya ramadhan

Anonymous said...

selamat... pengantin baru..... ops. silap. selamat menjalani ibadah puasa. jgn puasa tak makan je... bulan posa ni bole la mandi pagi2 sebelum subuh di hari minggu. ye dok???

fingertalking said...

en. hrm, kalau tinggalkan kerja ke kerja bergaji lebih rendah pasti tak sama dengan komoditi kan, maka apa ya itu, liabiliti ka bukan juga ye? ntah, tapi aku rasa aku bukan kes komoditi lah. teringat tatkala ko nasihatkan aku dulu dengan sifir yg menarik ~1x1.5 =1.5 tapi 1000x0=masih 0. mungkin ko sudah lupa. namun aku harap ko tidak terlalu susah hati lagi. smoga ramadhan ini kita diberkatiNya, amiin.

Obefiend Weiland said...

jgn makan banyak. nanti semakin "kacak" kamu nanti sayuti.....

edyan7 said...

hmmm...aku sedang berkira-kira bertukar kerja skang ni, ditambah, tolak, darab, bahagi, beda dan akhirnya dikamir semula.... aku nak gaji lebih tinggi le... tak kisah le org nak kata aku apa! huhuhu

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Ramadhan AlMubaraq..

Hmm..pernah makan gaji. Lumayan tapi sakit kepala..Sekarang bekerja sendiri... senang hati...puas.... Alhamdulillah....

Bunga Rampai said...

Salam Ramadhan untuk dik Sayuti dan bini tersayang.

Waa macam akak juga tu, makan banyak bila susah hati :)

Eloklah beristirihat seketika.

N82 said...

Saya masih mencari kerja....dan gaji bukannya masalah utama bagi saya, saya hanya mahu mempraktikkan ilmu dan kebolehan saya namun malangnya, biasanya majikan memberikan lebih perhatian terhadap orang yang suka bertukar-tukar kerja demi wang :(

Sayuti said...

anak che mat: ahlan wa sahlan.

puan alom: amboi... mentang2 pengantin baru. hehe.

ani: bukan liabiliti, tapi agenda peribadi. mungkin kepuasan kerja yang dicari. atau 'job security'. entahlah.

cuma, ada sesetengah orang yang suka melompat2 kerja dalam masa yang singkat bila ada saja tawaran gaji yang lebih tinggi. seolah2, segalanya hanya untuk duit tanpa mengira signifikan sumbangan diri kepada masyarakat.

contoh: melompat daripada sebuah majikan tempatan yang banyak menyumbang kepada masyarakat setempat, kepada syarikat lain di luar negara yang menyumbang kepada yahudi... misalnya.

tapi, apa boleh buat. semua orang sudah mula bersikap individualistik dan materialistik.

(wow, sungguh boombastik)

effi: takpa. janji bahagia.

puan edyan7: memang gaji yang lebih tinggi itu bagus. cuma, jangan jadikan asas utama sebab berpindah kerja. selain faktor beban kerja yang mungkin lebih banyak di tempat baru, bos baru yang mungkin lebih 'mencabar' daripada bos sekarang, dan faktor kepuasan diri, elok juga melihat faktor reputasi majikan baru dan signifikan pekerjaan baru kepada masyarakat.

sekadar pandangan... :)

abang jowo: alhamdulillah. saya pon bercita2 nak bekerja sendiri satu hari nanti. mungkin boleh belajar dari abang.

akak bunga rampai: salam ramadhan untuk akak juga.

bak kata orang2 lama:
"gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, perut jadi gendut"

n82: tak semua majikan begitu.

apa2 pon, kelayakan akademik, personaliti diri, komunikasi, etika diri serta kestabilan emosi menjadi antara faktor pemilihan calon pekerja. faktor2 ini menyumbang kepada 'marketibility' seorang calon.

walau bagaimanapon, jika 'marketibility' ini digunakan untuk mencari gaji yang lebih tinggi semata2, samalah calon tersebut dengan komoditi yang diperdagangkan.

dan seperti kamu, saya juga ingin mempraktikkan ilmu dan kebolehan saya dalam bidang kejuruteraan. tapi, sekarang bekerja dalam bidang sumber manusia.

ini soal peluang dan pilihan diri, yang tak sempat saya nak ulas di sini.

sori.

harni said...

apa ek? x paham