Sunday, August 20, 2006

Bukan!

Sekarang musim mengawan agaknya.

Alom dan Wak, Hassan dan Ju, Shariman dan Sarah, Tini dan bakal suami, Behesti dan isteri, Faishal dan bakal isteri serta tidak lupa, Datuk K dan Siti. Selamat berumah tangga.

Kecuali Datuk K dan Siti, terima kasih kepada semua bakal pengantin atas undangan yang diberi. Terlebih dulu, aku minta maaf kalau tak dapat hadir ke majlis kalian nanti.

Aku yakin, bakal2 pengantin semua mesti dah pergi kursus kahwin dan tahu tanggungjawab yang dipikul sebagai suami atau isteri nanti. Jalankanlah tanggungjawab masing dengan ikhlas dan bertoleransi.

Betulkanlah niat kalian mendirikan rumahtangga. Bukan kerana cinta kalian antara satu sama lain atau untuk menghalalkan perbuatan berguling2. Bukan juga kerana ingin mengembangkan keturunan atau memelihara diri daripada maksiat. Meskipon semua niat itu baik dan tidak salah, tapi itu hanya niat2 'sampingan'.

Ingatlah bahawa niat yang sebenar adalah Lillahi Ta'ala. Kita semua berkahwin kerana Allah SWT.

Demikian juga jika kita solat, niatnya Lillahi Ta'ala. Juga jika kita berpuasa, niatnya Lillahi Ta'ala. Juga ketika kita bekerja, niatnya Lillahi Ta'ala. Tapi, bukan ketika kita menyanyi terkinja2, berlakon berpeluk cumbu mendedah aurat, atau bersanding megah2 sehingga membazir kerana niat Lillahi Ta'ala itu tidak menghalalkan perlakuan dan cara.

Seperti juga kalimah Alhamdulillah yang dituturkan ketika memberi ucapan setelah menerima anugerah pelakon terbaik, atau penyanyi terbaik, tidak akan menjadikan rezeki daripada kerja itu, rezeki terbaik.

Walau bagaimanapun, bukan ucapan itu yang sepatutnya dijadikan isu. Ye tak?

Seperkara lagi, kalau kamu ingin mencari ketenangan, tak perlulah sampai ke Melbourne. Dalam Al-Quran ada menyebut, "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." Banyakkanlah ibadah, solat, sedekah dan zikir serta membaca Al-Quran. Ketenangan itu akan datang tanpa perlu dicari.

Kepada bakal suami, tanggungjawab kamu yang paling utama tetap kepada ibu kamu walaupon sudah bernikah. Keutamaan itu tidak berubah. Tapi kepada bakal isteri, tanggungjawab utama kamu kini adalah kepada suami. Bukan lagi kepada ibu bapa kamu.

Jika perkara asas ini difahami, insyaAllah isu 'nak balik kampung siapa hari raya nanti' tidak akan timbul...


p/s: Kepada bakal pengantin, jangan lupa senaman pinggang.

18 comments:

sitilina said...

i sound stupid if i write in Malay so I will write in English. Thank you Abang Uti for the wish, hopefully u could come to our kenduri. We promise not to 'mencemar budaya'.

blackpurple @ jowopinter said...

Memandang, melihat dan mendengar..

Bercakap melalui mulut
Bersuara melalui hati..

Cuma DIA yang maha tahu segalanya...

blackpurple @ jowopinter said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

kampung ampang dan kampung bangi sebbaik tak jauh, ada la 45 menet drive, tinggal isu raya pertama kampung sapa je la skang :P

p/s: ko jd ke kerja time raya ni?

Anonymous said...

azhar: skang ni mmg la kampung ampang ngan kampung bangi. kut la nnt 5 tahun lg jadi kampung kangar dgn kampung kota kinabalu ke, mane tau kan? time tu, haru la sket hehe.

(komen kali ni bertujuan utk meng'ignore' sayut)

Obefiend Weiland said...

saya gemar entry kali ini sayuti. sungguh mantap dan kompak. seperti tubuh kamu sekarang. kompak walau dalam boroi. tak sia sia ku memanggil kamu si kacak sejak setengah tahun ini

jika saya ingin ketenangan saya hanya perlu tidur. mudah. tidak perlu ke melbourne. kalau nak sangat say ahanya perlu google earth. nah! samapi juga saya ke melbourne

saya jika kahwin mungkin berkahwin dengan anak yatim. tak ade isu kampung sapa nak balik

HAW HAW HAW

yeah. bad joke. then again i am what i am.a selfish little retard

Sir Mute Key Chicks said...

raya?balik asing-asing.hakhakhak.tapi kau tak boleh sebab kereta bukan kau punya.hehe

Anonymous said...

rina: sbb tu la aku ckp, mane la tau. bukannye sure pun kampung melaka ngan jb jek. luas lg bumi Allah ni, kut dia kun fayakun ke perlis sorg sabah sorg, jadik je :D

(masih ignore sayut)

Sayuti said...

alom: its ok if you sound stupid, but if u stupid but you sound ok, then it is dangerous.

i'm sorry but i dont think i can make it, because it is too far away but i will try to attend at wak's place.

abang jowo: betul. lebih bagus kalau mulut itu selari dengan hati. jika tidak, dikhuatiri hipokrit.

azhar: takpe. kau pulak, bila lagi nak langsung?

p/s: aku ada pilihan ke?

eff: syukurlah kau sedar diri. aku tau aku kacak, dan sedikit gendut. terima kasih kerana mengingatkan.

har har har

p/s: kamu ada kampung ke?

rina: (aku tepuk bahu azhar dan mengulangi soalan yang sama)

sang semut: saya naik bas aje. tapi, kewajipan isteri ialah mengikut suami. maka... demikianlah.

NOTA: aku mengignore komen2 kmie sebab dia tak ensem. dah la menikah tak ajak aku. dah la wat grand2, di sponsor... sepp.

SpidEy d'lEfty said...

ha sblom sampai part belakang blog ko nih, setakat membace bahagian 1st and 2nd perenggan, aku ingat ko nih nak cube berlagak senior nok ajor budak2 baru kawen.. hhehehe.. anyway, terharu lak bace part seterusnyer.. wlpun aku nih kureng paham sket..

Wei Sayuut td aku nampok orang cam ko drive kancil puteh berplat nombor 3 huruf 4 digit berpusing2 dlm UTP.. itu hang ker?

Nikah Tini tak p tak po.. ado gambor dlm blog aku.. heheh nak ngempen gok sbb sblm nih tak confidence nak tunjuk, mmandangkan sambutan dan reaksi agak baik.., so silakan pergi and have a look..and comment2 lah sket deh..hhehe

spider

Pegawai Khalwat said...

Hang punya opis bukan ka dekat dengan tempat kenduri?

Makan tengah hari pi la singgah.

Pss... bab balik raya, aku malas nak cerita.

Anonymous said...

setuju sangat denga artikel nih.
sblm ni mmg aku tau nikah kawin tu sepatutnya lillahita'ala.

tapi aku tak terima.
means deep down aku still nak nikah kawin kerana cinta,kerana seks dan lain lain.

tapi certain things happened and thus make me realized that in everything we do, it should be lillahi ta'ala.

i had a roller coaster ride in arriving to that statement though.

Ku Keng said...

Yut,

Sungguh tepat.

Bunga Rampai said...

Menarik sekali. Bergaya :)

Salam.

Anonymous said...

aku langsung bile? insyaAllah fasa pertama dalam perancangan dan menghampiri perlaksanaan, fasa kedua insyaAllah tahun depan

p/s: kat utp ada orang panggil aku sayut, tanya amek robe dekat mana? adakah sbb kebulatan kita dan stail spek yg hampir serupa?

Anonymous said...

oh ye, kancil aku merah

Sayuti said...

wong: hehe. macam tu la lebih kurang. 'knowledge sharing' bak kata kak zan.

nope, orang lain tu. aku tak gi utp pon dalam masa yang terdekat ni.

dah pergi, tengok dan tinggalkan komen.

pegawai khalwat: dekat sangat. lepas tu, saya pon ada organise function kat tempat kenduri tu, keesokan harinya. kebetulan, bilik yang sama dengan bilik untuk wartawan pada hari kenduri.

zakzak: belajar melalui pengalaman meninggalkan kesan yang lebih mendalam dalam diri.

kadang2, kita perlu luka untuk faham erti sakit.

tuan keng: alhamdulillah.

akak bunga rampai: terima kasih. :)

azhar: alhamdulillah. cepat2 la sikit.

p/s: sebab kita kacak. haha.

sitilina said...

time kasih kerana datang dan membawa buah2an yg mengujakan.