Ubahsuai.
Aku masih tak dapat housemate baru. Seorang kawan lama yang lebih dikenali sebagai Apis Kucing, sms dan menyatakan minat terhadap bilik berkenaan. Sehingga hari ini, Apis Kucing masih belum sampai ke sini untuk melihat bilik yang dimaksudkan.
NOTA: Aku pon tak tahu bagaimana gelaran 'Kucing' itu diperolehi. Kata Parid, sebab misai beliau. Selama ini, aku ingat sebab beliau orang Kuching, Sarawak.
Apis Kucing menepati ciri2 housemate yang aku nyatakan sebelum ini, cuma dia merokok. Seingat Parid, dia sangat kuat merokok. Tapi, kami boleh berkompromi jika tabiat itu dihadkan di luar rumah dan di dalam bilik beliau saja.
Semalam, aku melepak dengan Abang Napi bercerita tentang kerenah2 manusia di tempat kerja. Sessi yang penuh manfaat sementara menyelia kerja2 penyusunan semula cubicle. Abang Napi seorang kerani. Beliau mempunyai 22 tahun pengalaman bekerja di Syarikat, dan telah berkhidmat dengan pelbagai jenis manusia.
Pengalaman itu, ternyata tidak boleh didapati daripada mana2 buku. Yang boleh didapati daripada buku hanyalah pengalaman2 golongan eksekutif, kerana golongan2 ini lebih suka menulis buku. Konon2, menulis buku itu menjadikan mereka hebat.
Haha.
Bagi orang2 yang masih tak perasan, kawasan Lembah Kelang sudah tidak mempunyai ruang yang luas untuk menempatkan manusia2 yang berhijrah dari serata Malaysia. Oleh itu, rekabentuk bangunan seperti bangunan 'gerbang' Matrade janganlah diluluskan selalu bagi menjimatkan ruang yang masih ada.
Jika tidak, cubicle2 pejabat terpaksa dikecilkan lagi bagi menampung jumlah pekerja yang ramai. Takkan kita mahu biarkan kadar pengangguran terus meningkat pulak...
p/s: Harni, banyakkanlah bersabar. Encik Musafir, salam anda telah disampaikan.
7 comments:
kenapa saya xbole log in friendster dan email? ada apa2 masalahkah???
Eh... aku baru berniat nak tulis buku. Jadi aku tergolong dalam orang yang konon-kononnya hebat la?
Psss.... ha ha ha..
yey, cubicle baru luas sket
saya selesa di tempat saya ketika ini dan tidak mungkin kembali bermastautin di KL
alah, buatlah kubicle buai gantung kat tengah tengah tu. berangin seronok tu. hahahha
tambahan: tima kasih pawar rut, eh, encik sayut
p/s: saya tak menang moto...
alom: tak tahu.
pegawai khalwat: ya ya. hebat2. haha.
pss... kenapa sikit sangat gambar ulasan teater tu?
azhar: baguslah kau gembira.
cikgu nizam: itulah. kl sangat sempit. tapi, bini saya nak jugak tinggal di sini. huu..
ron97: haha. nak mampos? haha.
azhar lagi: apa kau merepek lagi nih? syoh2. gi wat keje.
Post a Comment