Thursday, August 10, 2006

PANAS!

Seperti biasa, aku membaca akhbar percuma cap Matahari yang diambil di Stesen LRT Masjid Jamek ketika beratur menunggu tren.

Muka surat 24, bawah ruang hiburan, artikel bertajuk, 'Mawi still hot'.

NOTA: Aku gagal mengesan artikel ini di website akhbar tersebut.
(Kantoi aku baca pasal Mawi)

Aku terhenti sebentar di perenggan kesebelas:

" Jamal (pictured at right with Mawi) took the audience on a trip
down memory lane journey with his old hit, Serajo. With..."

Serajo? Lagu Serajo tu yang mana satu?

Berfikir sejenak.

Eh?

HAHAHA.

Oh, mungkin typo error.

Ya, Mawi masih panas. Tun Mahathir juga masih panas. Isu Israel dan Yahudi pula sentiasa memanaskan hati aku. California terus dilanda cuaca panas melampau. Sesuai dengan salah seorang calon govenor mereka.

Tapi, jangan sesekali kamu lupa yang lebih panas dari itu semua.


Api neraka.



p/s: Doakan semoga ayah kepada Datin (bos aku) selamat menjalani pembedahan dan semoga Datin tenang menghadapi semua ini.

12 comments:

Obefiend Weiland said...

does this mean i can work in the matahari paper too sayuti? well im the typoking. the moral of the story is even pros cock up sometimes. inikan pula aku yang kacak ni! saya semakin kacak kerana berenang sejauh 600 meter sehari. ye ...saya fit. tak macam kamu seperti ikan paus biru

kekekeke. eh aku first post. first time

Bunga Rampai said...

Salam dik,
... dan kesan panas akak masih terasa akibat peristiwa 26 Julai lepas.

Masih belum dapat housemate? Kawan akak yang bertanya hari tu pun belum buat keputusan, masih tinggal bersama kakaknya.

sitilina said...

rumah saya panas kerana saya belum lg membeli air cond. td lupa plak nak beli. berapa ringgit ek ekon satu? kalo ada dua ringgit setengah bole dpt berapa bijik?

blackpurple @ jowopinter said...

'Selamat' untuk Datin anda...

Betul. Apalah sangat panas 'di sini 'dibandingkan panas 'di sana...'..

Arena said...

serajo? muahahhahhaha..

NONIE AZIZ said...

deiiiiyyy serajo..macam iklan petronas plak..deyyyy rajuuu......jgn ko panas je panas aku panas gak sayut!!

Sir Mute Key Chicks said...

penang pon panas gak sekarang nih.
baru semalam jer hujan turun dengan lebat.amin

sinaganaga said...

Serajo? Eh, adalah lagu tu...
Ha ha.

Sayuti said...

eff: yes yes, you can. ye ye. kau memang kacak, sejak dulu lagi. cuma nasib sedikit malang.

akak bunga rampai: Orangnya sudah confirmed nak masuk. cuma tak sampai2 lagi.

alom: panas pengantin tu. nanti sejuk la... tak yah beli ekon. hehe

abg jowo: itulah itu.

arena: hehe.

akak MR: panas2 pasang kipas. kalau panas lagi, jom berkelah dekat air terjun mana2. bukit hijau ke...

semut: rahmat. rahmat.

encik sinaganaga: ye ke? tapi bukan jamal abdillah nyanyi kan?

Pegawai Khalwat said...

Eh... lepas ni 'I sound stupid if i speak Malay' pun boleh la apply jadi Governor ka, adun ka.

nett.nadia said...

senior, ko dah sentuh blum da vinci code tu?

Sayuti said...

pegawai khalwat: mungkin boleh. tapi, bukan kat negeri sendiri la. kat california mungkin.

che nad: dah. banyak kali sentuh dah. nak baca je tak berkesempatan. nanti dah abis baca aku sound. mekasih