Thursday, July 27, 2006

Petunjuk?

Mengapa perlu perlembagaan untuk melindungi akidah, sedangkan akidah itu adalah pelindung yang lebih hebat daripada perlembagaan atau apa2 undang2 gubahan manusia?

Perbincangan mendalam yang boleh mencetus kontroversi. Maka, malas tulis.

HAHA.

Sebenarnya, nak tulis dari komputer di rumah sebab boleh concentrate. Tapi, modem Streamyx pulak rosak, mungkin sebab petir. Parid dah hantar baiki.

Din baru pindah. Beliau nak tinggal serumah dengan kawan2 satu batch di UTP dulu.

Lalu, aku dan Parid sedang mencari housemate yang mempunyai ciri2 berikut:

  • Lelaki bujang yang beriman
  • Mempunyai kerjaya tetap
  • Berumur dalam lingkungan 22 ke 27 tahun
  • Pandai masak lauk yang best
  • Tidak merokok
  • Menjaga kebersihan
  • Mempunyai naluri seksual yang normal
  • Bukan jenis lelaki lembut
Rumah kami di Pangsapuri Mawar, Bandar Baru Sentul. Jika kamu tidak tahu di mana pangsapuri berkenaan, kamu boleh naik LRT Star dan turun di Terminal Sentul Timur. Kamu harus menapak kira2 empat minit dari situ. Kalau sesat, tanya orang.

Sewa yang ditawarkan ialah RM200 sebulan. Kamu akan mendapat satu bilik tidur dan menggunakan perkakas2 rumah yang lain seperti mesin basuh, dapur, peti sejuk, dan televisyen tanpa had. Walau bagaimanapon, penggunaan telefon adalah dikawal.

Jika berminat, boleh hantar permohonan ke email atau tinggalkan komen di sini.

Oh ya, Tok dah kembali ke rumah setelah tekanan darah rendah yang dialami kembali normal.


p/s: Selamat berkahwin untuk Nany. Sorry tak dapat nak pergi.

Friday, July 21, 2006

Hajat.

Sekiranya kamu ingin melepaskan hajat di dalam tandas awam, atau tandas pejabat, minimumkanlah bunyi yang dikeluarkan bagi menjamin keselesaan bersama. Jangan pula kamu mendesah dengan setiap ketul emas yang sedang dilaburkan, walaupon nikmat perbuatan ini diakui. Cuba bayangkan...

*Ceplup*

"Ahhh..."

*Ceplup*

"Ahhh..."

Bunyi-bunyian kamu ini sudah pasti mengganggu emosi pelabur di 'cubicle' sebelah.

Juga, janganlah kamu menjawab panggilan telefon ketika berada di dalam tandas. Kamu mungkin pernah dengar tentang kisah seorang lelaki yang perasan orang di sebelah sedang bercakap dengan beliau, padahal orang itu sedang bercakap di telefon. Jika kamu belum tahu kisah itu, boleh baca di sini. Bersms juga adalah tidak digalakkan, lebih2 lagi jika 'keypad sound' kamu diaktifkan.

Tapi, aku rasa sia2 aku coret di sini sebab kamu bukanlah di kalangan orang2 yang melakukan perbuatan2 di atas di dalam tandas awam.

Aku juga rasa sia2 kalau aku coret bantahan aku terhadap serangan Israel ke atas Lubnan di sini. Sedangkan bantahan PBB pon tak diendahkan Israel Laknatullah itu, apatah lagi blog aku yang langsung tak ada sebarang signifikan terhadap mereka.

Tadi, ada perhimpunan di belakang Masjid Asy-Syakirin, KLCC bagi membantah serangan Israel tersebut. Ramai wartawan datang, tangkap2 gambar. Ketika itu, aku dan Syuk baru lepas solat Jumaat. Syuk datang KL untuk mencari kerja baru.

Ketika kami berjalan ke arah Suria KLCC, kami dapati sekumpulan lelaki Melayu berjaket Pemuda UMNO sedang bergerak pada arah bertentangan dengan kami, berkemungkinan besar mahu menyertai perhimpunan tersebut.

"Eh, diorang ni sembahyang kat mana?" aku tanya Syuk, soalan retorik.

"Oh... tadi hujan," jawab Syuk, sinis.



p/s: Sama2lah kita berdoa ke atas kesejahteraan akidah umat Islam di Malaysia dan doakan keselamatan dan kemenangan Tentera Lubnan dan Hizbullah ke atas Israel Laknatullah.

Wednesday, July 19, 2006

Misteri?

Tok masih terlantar di Hospital Besar Alor Setar, Wad H-2, katil nombor 7.

Manalah tahu kalau siapa2 nak melawat beliau...

Senja Sabtu lepas, Tok meracau2 dan meronta. Hanya Ummi dan aku, kaum keluarga Tok yang berada di situ ketika itu dan kami agak cemas. Pesakit2 dan pelawat2 lain juga kelihatan risau. Doktor muda berbangsa Cina itu pon kelihatan agak tak keruan.

Ummi seorang yang sangat superstitious, dan mula membuat andaian2 yang mendebarkan aku. Tapi, bila difikirkan secara logik, dari mana Tok dapat tenaga untuk meracau2 dan meronta sedangkan sepanjang hari, Tok hanya menjamah beberapa hiris buah epal yang Ummi suapkan.

Ketika zaman mudanya, Tok pernah terkena buatan orang sehingga jadi separuh gila. Ketika itu, Abah masih kanak2, tapi sudah cukup dewasa untuk menjaga Pak Ngah dan Pak Lang ketika Tok diubati. Abah pernah menceritakan pengalamannya mengenai peristiwa itu. Konon2nya, Tok dapat dipulihkan, tapi tak sepenuhnya. Masih ada lagi 'benda' yang tertinggal di badan Tok.

Beberapa tahun dulu, ketika aku di UTP, jiran2 pernah bercerita tentang keanehan perangai Tok. Tok pernah marah2 di depan jiran tentang ramai sangat budak2 botak (bukan abang botak ya!) berlari2 dalam rumah.

Tok pernah bertanya kepada Tok Teh, salah seorang kakaknya tentang perihal anak siapa yang mencangkung di ruang tamu rumah sambil menuding jari ke sudut yang dimaksudkan. Tok Teh tak nampak siapa2 atau apa2 pon di tempat tersebut.

Tok juga pernah beberapa kali merungut tentang perempuan berambut panjang yang selalu menghalang laluannya di dalam rumah.

Jika sebelum ini, aku sering meyakinkan diri yang semua itu hanyalah ilusi seorang nenek yang berpenyakit nyanyuk, ketika itu, cerita2 tersebutlah yang bermain dalam kepala aku.

Siut...

Tok tiba2 bangun untuk turun dari katil. Doktor dan nurse terpaksa mengekang pergerakan Tok dengan mengikat kedua2 belah lengan Tok ke katil setelah Tok mencabut tiub IV di tangan kirinya. Tok meracau2 dan meronta lagi, minta dilepaskan. Akhirnya, Tok keletihan, dan seolah2 terlelap setelah penat meronta2.

Tapi, dalam keadaan separa sedar, Tok masih meracau2. Sesekali, Tok menjegilkan mata dan meminta tolong dilepaskan dari belenggu tersebut.

Aku melihat dengan penuh sedih, sambil membaca ayat Kursi dan beberapa surah pendek Al-Quran lain.

Kemudian Abah sampai. Abah membacakan surah Yassin ke telinga Tok sampai Tok terlelap.

"Tempat ni tak berapa elok," ujar Ummi. Memang...

Kami baca Yassin sehingga Mak Njang sampai. Kami pulang setelah menceritakan keadaan Tok kepada Mak Njang. Kini, giliran Mak Njang pula menjaga Tok sepanjang malam.

Esoknya, aku datang melawat Tok dengan keluarga Pak Ngah pukul 12.30 (lebih2 sikit) tengahari. Ummi dan Abah dah datang sejak awal pagi.

Nurul (adik aku) baru tiba dengan Mak Cik Yah (kakak Ummi) dari Merbok. Nurul baru selesai pengajian Diploma Kejuruteraan Elektrik dan sedang menanti tawaran daripada mana2 universiti untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah. Ummi suruh Nurul jaga Tok sementara menanti tawaran tersebut.

Tok ketika itu sudah tenang, cuma masih tak bermaya. Ikatan di lengannya sudah ditanggalkan.

Aku pulang ke KL dengan keluarga Pak Ngah sesudah Zohor.

Semalam, Ayah (Mertua) telefon, tanya pasal Arau. Adik ipar aku, Ina, perlu mendaftar diri di Politeknik di sana hari ini.

Tengahari tadi, aku terima sms dari Mak (Mertua). Mak dan Ayah nak pergi melawat Tok. Aku bagi nombor wad dan nombor telefon Nurul.

Petang tadi, Mak telefon. Tok masih tak bermaya dan tertidur sepanjang masa mereka melawat.

Tadi, bini tersayang telefon. Beliau akan balik dari Kuala Terengganu hari Khamis ni.

Aku hanya mampu senyum.


p/s: Takziah buat orang2 bujang, duda2 dan MBA (Married But Available) di Malaysia. Misai kontot itu ternyata mengecewakan kamu.

Friday, July 14, 2006

Kecemasan!

Pak Ngah telefon semalam.

"Hang tau dak Tok hang masuk hospital, CCU?"

Aku terkejut, tapi aku dah dapat agak sebabnya. Bagi seorang nenek yang dalam usia pertengahan 70-an, ada penyakit kencing manis, jarang makan dan kuat merokok, semua ini sudah dijangka.

Tapi, sedikit sebanyak aku risau jugak.

Maka, sebentar lagi aku akan bertolak ke Alor Setar, bas pukul 11.00 malam. Rindu jugak aku kat Tok Wan.

Moga2, aku selamat sampai.


p/s: Kmie, sori.

Wednesday, July 12, 2006

Panggilan.

"Selamat hari jadi~
Selamat hari jadi~
Selamat hari jadi, ayang
Selamat hari jadi..."

"Takde hadiah ke?"

"Hadiah lagu leh?"

"Bleh2. Lagu ape?"

"Lagu best."

"Nyanyi laa."

"Selamat hari jadi~~"

"Tak aci la lagu tu!"

"Abih tu, nak lagu aper?"

"Lagu Mawi..."

HAHAHA.

p/s: Ayat terakhir itu, hanya rekaan semata2.

Tuesday, July 11, 2006

Tengok.

Seperti semalam, aku perlu ke Bangi lagi. Hari kedua kursus.

Aku berjalan dari pangsapuri ke stesen STAR Sentul Timur, menaiki tren menuju ke Bandar Tasik Selatan. Kemudian, tukar komuter ke Serdang. Kos perjalanan ini hanya RM1 sebab aku ada pas bulanan LRT. Dari Serdang, naik teksi ke Bangi - RM10. Jumlahnya RM11.

Tapi, claim aku nanti RM60 - Taxi equivalent.

Tak aci?

Dulu2, aku pernah claim betul2 ikut jumlah yang aku bayar. Tapi, bos suruh claim ikut standard rate, baru beliau luluskan walaupon claim itu lebih tinggi dari jumlah perbelanjaan sebenar. Alasannya, aku layak untuk claim pada standard rate tersebut. Juga, untuk menggantikan penat lelah aku berjalan.

Maka aci lah!

Pemandu teksi yang aku naik pagi tadi lagi tak aci. Aku naik bersama dua orang lain, turun di tempat yang sama. Tapi, tambangnya tidak disekalikan. Masing2 diminta bayar RM10, walhal sepatutnya kalau ikut meter, hanya seorang saja yang perlu bayar RM7.90 untuk keseluruhan perjalanan tersebut.

Kalau RM15 sebab double rate pagi, boleh lagi diterima akal. Tapi, RM30 untuk perjalanan yang sepatutnya kurang RM8?

Aku malas nak membantah, sebab aku dah guna perkhidmatan teksi berkenaan dan aku boleh claim balik nanti. Cuma, aku terkilan jugalah dengan perbuatan pemandu teksi tersebut.

Sebelum itu, aku terserempak dengan Abang Fizi aka Calgary ketika menanti komuter di Bandar Tasik Selatan. Abang Fizi adalah seorang senior di UTP dan juga pengasas Forum Grapevine. Beliau dalam perjalanan ke Cyberjaya.

Setelah bertanya khabar, seperti biasa kalau bertemu beliau, kami akan berbual2 tentang isu2 berkisar mentaliti masyarakat Malaysia, teknologi internet, sehinggalah ke politik nasional. Sempat juga Abang Fizi mempromosi website terbaru beliau, MyMalaya dot Com. Silalah lawat beramai2, ya.

Esok, 12 Julai 2006 adalah ulang tahun kelahiran bini tersayang yang ke 24.

Marilah kita mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada beliau dan doakan semoga beliau panjang umur serta dimurahkan rezeki.

Rezeki.

Juga, semoga jodoh kami berkekalan.

Sayang, selamat hari lahir.


p/s: Adik aku, Suhail, seorang graduan baru dari UPM dalam bidang Sains Komputer (Multimedia) sedang mencari pekerjaan. Jika ada kerja kosong di tempat kamu, silalah beritahu. Terima kasih.

Monday, July 10, 2006

Terumbu!

Mari kita sama2 mengucapkan tahniah kepada Parid, rakan serumah aku. Beliau telah berjaya merealisasikan impian kami untuk mempunyai internet broadband di rumah.

Maka, makin tinggilah kos sara hidup kami di KL.

Aku baru balik dari Bangi. Baru sebentar tadi, aku, Lan, Bebeh dan Yayi telah melepak bersama2 bercerita2 tentang isu2 duniawi. Dari kisah kawan2, bola, kereta, gadis2, gosip2 hangat artis sehinggalah ke politik nasional.

Oh, ya! Tahniah kepada Itali kerana telah berjaya menggondol Piala Dunia. Aku tak dapat menyaksikan perlawanan tersebut kerana aku berada dalam bas dari Kuala Terengganu semalam. Hujung minggu lalu, aku menghabiskan masa bersama bini tersayang.

Pagi Sabtu, kami ke sebuah pulau kecil berdekatan dengan Pulau Kapas. Di sana, kami telah bersnorkling dan melihat anak2 penyu yang comel.

Anak penyu... HAHAHA.

Maaf, aku teringat sebuah lawak berkenaan anak penyu. Tidak boleh dikongsi bersama. Hanya untuk orang2 yang pervert berimaginasi tinggi saja.

Pada petangnya, aku dan bini tersayang menghabiskan masa di sebuah chalet murah di sana. Ketika di chalet murah berkenaan, bini tersayang telah diserang oleh seekor lipan yang besar.

NOTA: Tiada apa2 maksud tersirat di sini.

Lipan tersebut menjelma dari belakang baldi yang terdapat dalam bilik air. Belum sempat lipan berkenaan bertindak, bini tersayang terlebih dahulu berlari keluar dari bilik air, dan menjerit2 panik.

Aku cuba menentang lipan berkenaan, tapi gagal kerana aku tidak berbaju mempunyai senjata sedangkan lipan berkenaan mempunyai kaki yang banyak. Lalu, dengan pantas aku memanggil tuan chalet. Beliau segera bertindak menghapuskan lipan tersebut dengan setongkol kayu.

Akhirnya, keadaan menjadi aman damai semula. Apabila keadaan menjadi aman damai, maka faham2lah sendiri apa yang berlaku.

Sekian.


p/s: Takde cerita menarik minggu ini, sekadar rutin.

Wednesday, July 05, 2006

Embekkk!

Akhirnya, aku menulis jawapan di dalam entri 'Sebab...' tiga minggu yang lalu.

Bini tersayang ketika bergelar tunang dulu, pernah menulis testimonial berikut untuk aku di Friendster;

"sayuti a.k.a mamat kambing.. byk memiliki ciri2 kekambingan seperti comel.. byk lemak.. ada janggut sejemput.. bertanduk.. boroi.. kulit tapak kaki yg keras.. pemalas.. hensem.. kuat makan.. kuat tido.. kuat merajuk dan segala apa lg yg kuat.. hehe.. apaper pun.. saya sayang kat kambing sekor ni.."
Maka, sebab itulah beliau dapat agak apa yang telah aku lukis tersebut. Walau bagaimanapon, ada sebab2 lain lagi kenapa aku memilih kambing.

Bukan. Bukan! Aku bukan bintang Capricorn.

Malas mandi? Telah diteka oleh Sang Semut dulu, tapi telah dinafikan.

Tahi bulat2? Err... itu kadang2.

HAHAHA.

Sebenarnya, kamu boleh baca tentang kambing di Wikipedia: Kambing atau Wikipedia: Goat. Jika kamu lebih 'adventurous', boleh melawat website Dunia Kambing.

Kamu akan mendapati kambing adalah haiwan yang sangat berguna kepada manusia. Selain membekalkan susu dan daging, kambing jenis biri2 juga membekalkan bulu untuk dijadikan pakaian. Tapi, sering benar kambing dijadikan bahan ketawa dan penghinaan, terutama di kalangan masyarakat Melayu. Sejak dari tingkatan tiga, aku cuba mengubah persepsi ini dengan menerima gelaran 'Kambing' daripada kawan2 tanpa rasa terhina. Jika kamu tak percaya, kamu boleh tanya Haizam, anak Che Mat.

Juga, jika kamu beragama Islam, kamu harus tahu bahawa Nabi Muhammad SAW pernah menjadi seorang pengembala kambing ketika usia mudanya. Seperti kambing2 itu, aku juga berharap sentiasa di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW.

Itu adalah jawapan aku.

Walau bagaimanapon, kambing dijadikan simbol pemujaan Syaitan oleh sesetengah pihak terutama golongan Black Metal yang terlalu fanatik. Mereka menyembelih dan meminum darah kambing dengan rakus. Sungguh keji mereka itu. Maka, untuk menyelamatkan spesis kambing daripada dianiaya, sama2lah kita menjaga diri kita serta orang2 yang terdekat dengan kita daripada anasir golongan Black Metal ini.

Jika kamu peminat tegar muzik Black Metal, janganlah menganiaya kambing.

Sembelihlah kambing sebagai korban atau akikah kerana Allah SWT. Kambing2 ini akan menjadi haiwan tunggangan di Syurga kelak, berkat daripada ibadah itu.

InsyaAllah.




p/s: Adalah diingatkan bahawa tahi kambing walaupon bulat2, tidak boleh digunakan sebagai makjun.