Friday, April 04, 2008

Awana?

Aku dalam mood depressed.

Berpindah bukanlah satu perkara yang menyeronokkan, apatah lagi kalau aku sensorang mengemas barang yang banyak dan kebanyakannya bukan barang-barang aku. Barang-barang bini tersayang.

Huhu... malasnye....

Aku akan memulakan tugas baru di Kerteh mulai minggu depan. Maka, dekat la sikit dengan bini dan anak tersayang.

Semalam Keith dan Yahya belanja aku makan di Restoran Pelita, KLCC sempena farewell. Tengah makan dan bersembang-sembang, tiba-tiba kami perasan orang-orang di depan kami memandang ke arah kami dengan wajah terpegun dan cemas.

Aku toleh belakang.

Rupa-rupanya ada sebijik kereta Ferarri merah dengan nombor plat yang agak cantik nak masuk parking betul-betul di belakang tempat kami duduk. Walau bagaimanapon, ketika nak masuk kotak parking berkenaan, Ferarri tersebut telah menggesel bumper sebuah Satria Neo yang berada di parking sebelah. Satria Neo berkenaan calar sedikit.

Sedang aku masih dalam kekaguman melihat Ferarri tersebut, tiba-tiba Keith bersuara. "I hate people with great cars..."

"Why?" aku tanya.

"Most of them dunno how to drive. See, cannot even park properly. That is very annoying!" jawab Keith.

Betul sungguh kata beliau.


p/s: Malasnya nak mengemas!

Wednesday, March 19, 2008

Gembala...

"Tapi dia salam-salam dengan laki-laki dalam majlis hari tu," kata Kak Ros, bergosip dengan Farah pasal barisan kabinet yang baru.

"Kenapa kalau dia salam?" aku mencelah dengan tiba-tiba. Kak Ros buat muka pelik.

"Mana boleh. Kan haram..." Kak Ros jawab.

"Kenapa haram?" aku tanya lagi.

"Haram, kan?" Kak Ros macam tak pasti. Muka beliau berkerut cuba mengingat sesuatu, kemudian ekspresi beliau berubah seperti pasti, "hari tu Ustazah cakap haram!"

"Haram, lah!" Kak Jun pulak mencelah.

"Kenapa haram? Apa sebab jadi haram? Ada dalil ke?" aku bertanya lagi.

"Ada la kot... dah hukumnya macam tu. Ustazah pon cakap haram. Kenapa tak haram pulak?"

"Entah. Setakat yang saya tau, bersentuh laki perempuan yang bukan muhrim, batal air sembahyang. Tu pon mazhab kita je. Mazhab lain kata tak batal kalau tak bernafsu," aku menjawab. "Takde pulak yang sebut haram..."

Dahi Kak Ros berkerut. Anak matanya melihat ke atas, berfikir.

Aku mula la naik syeh nak berhujah. Mentang2 la bos takde sepanjang hari.

"Macam jugak isu budak perempuan pegang babi hari tu. Haram ke dia pegang babi? Babi tu najis. Dah pegang, samak je lah. Yang haram setahu saya, kalau makan babi..."

"Babi kalau kering takpe kan? Kalau basah je haram..." Kak Ros memotong.

"Kering ke basah, babi tu najis. Kalau dah pegang, kena samak. Takde la jatuh haram hukumnya. Kalau haram, berdosa. Kalau betullah berdosa pegang najis, hari-harilah kita berdosa lepas buang air..."

Aku cuba kembali kepada topik.

"Yang saya tahu, ada dalil yang sebut 'menyentuh babi yang berlumuran lumpur itu lebih baik daripada menyentuh perempuan yang bukan mahram'. Macam saya cakap tadi, babi tu najis. Sentuh kena samak, bukan haram. Tapi tu lah, perempuan kalau sentuh, takkan nak samak kot?"

"Tapi kenapa ada perumpamaan macam tu? Dalam Al-Quran takde pulak sebut tak boleh sentuh perempuan. Yang ada, kena jaga mata dan kemaluan, serta tutup aurat, takde la pulak kata jangan sentuh..."

"Orang selalu sebut laa taqrabuzzina sebagai dalil tak boleh sentuh laki perempuan apatah lagi bersalam... tapi, kalau salam dengan makcik pakcik yang langsung tak menaikkan nafsu, ataupon salam protokol, yang langusng tak menaikkan nafsu, akan menghampiri zina ke?"

Kak Mas tiba2 mencelah, "abis tu, macam mana kita nak tahu salam dengan orang tu bernafsu ke tak? Nak selamat, baik tak payah salam langsung..."


"Betul la tu. Tapi, persoalannya, haram ke bersalam tu? Kenapa haram? Apa dalil yang mengharamkan?" aku tanya balik. Kak Ros, Kak Jun dan Kak Mas tak dapat jawab.

"Takpe, biar saya cari. Kalau ada, nanti saya bagitau kat semua..." aku mengoffer.

Aku sebenarnya agak lapang sekarang sebab dah habis handover kerja-kerja kepada Farah dan Sabrina, dua orang eksekutif baru yang akan menggantikan tempat aku. Bagi mengisi masa lapang, aku banyak menghabiskan masa dengan membaca, termenung dan main game sementara menanti surat transfer yang tak kunjung tiba sejak dari bulan lepas lagi.

Aku pon mula menggoogle dan terjumpa satu diskusi yang menarik tentang isu ni dekat satu forum.


Jadi, apa hukumnya?



...



Ish, klik je la kat link tu. Baca dan fikirkan. Takkan nak aku paste kat sini kot? Malas sungguh!




...

Dah baca? Baca dulu sebelum menulis komen ye...

Selain daripada forum tersebut, kebanyakan site lain hanya menyatakan hukum haram, atau berbaur politik. Ada juga site yang mengutuk seorang ulamak besar kerana bersalam dengan seorang permaisuri. Yang mengutuk ahli-ahli politik lagi la banyak. Rata-rata, ramai lebih suka menghukum tapi tak ramai yang dapat menjelaskan asas mereka menghukum. Kebanyakannya dipengaruhi sentimen politik daripada berlandaskan ilmu.

Situasi ni serta keadaan politik semasa dalam negara selepas pilihan raya baru-baru ni mencetuskan kembali beberapa persoalan dalam benak aku.

Adakah ummat Islam hari ni telah kembali menjadi masyarakat yang berpuak-puak? Adakah ummat Islam hari ni lupa kepada akhlak yang ditunjukkan Rasulullah? Adakah kita lupa apa yang Baginda ajarkan? Mana budaya mencari ilmu yang sepatutnya kita amalkan? Di mana sikap rendah diri dan toleransi yang Baginda tunjukkan?

Sempena ulang tahun kelahiran Baginda kali ni, adalah lebih baik kita muhasabah diri kita. Beginikah kita menunjukkan cinta kita kepada Baginda?

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Bersama kita 'Menjana Ummah Gemilang'.

Wallahualam.


p/s: Aku mula menulis entri ni semalam di ofis, tak sempat habis tulis sebab nak kejar bas balik Kuantan. Hari ni nak sambung tulis, hilang pulak idea. Mungkin sebab asyik bermain dengan Syifaak kot. Huhu.

Thursday, March 13, 2008

Sayut dan Erynn2 - 3

PEMBERITAHUAN:
Aku tak tahulah Kmie singgah blog aku ke tak lagi. Sebagai programmer manager yang cemerlang, seharusnya lagu tema entri ni tidak akan mengakibatkan PC beliau lag lagi, seperti tahun2 sudah.


Hari ni genaplah usia perchentaan kami enam tahun. Dulu berdua, kini sudah bertiga.

Banyak yang telah kami lalui sepanjang enam tahun lepas, dan insyaAllah, banyak lagi yang akan kami tempuhi bersama nanti.

Moga Allah memanjangkan jodoh dan usia kami sehingga Syifaak besar, kahwen dan kami dapat cucu.

InsyaAllah...


p/s: Hepi eniverseri sayang. Muah!

Sunday, March 09, 2008

Pangkah!

Ah, keputusan pilihan raya umum kali ini memang agak berlainan sekali daripada biasa.

Yang telah dijangka, BN menang majoriti Dewan Rakyat, Kelantan kekal di tangan PAS dan Johor kekal di tangan BN dan UMNO.

Yang tak disangka, Kedah jatuh ke tangan PAS. Takbir!

Yang boleh diagak, BN kehilangan majoriti mudah di Selangor. Khir Toyo sibuk buat facial sangat...

Yang amat menggembirakan, Sammy Vellu akhirnya kalah di Sungai Siput. Ho ho ho! Kenduri lembu sekor nih!

Yang turut menggembirakan, Zainuddin Maidin kalah di Sungai Petani. What? What? This is your voter's attitude, right?

Yang kesian, Kayveas kalah di Taiping. Dah, pegi bertumbuk dengan Sammy Vellu tu. Hindraf sure gembira...

Yang tak best, Khairy Jamaludin menang di Rembau. Rempit sungguh!

Yang turut tak best, Nazri Aziz mengekalkan kerusi Padang Rengas.

Yang agak menakutkan, DAP menawan Pulau Pinang. Hmm...

Yang menimbulkan kesangsian, boleh ke Wan Azizah jadi ketua pembangkang? Mungkin better dari Kit Siang? Mungkin dia lepas kat Hadi Awang? Tapi, lepas bulan April, dia nak kasik kerusi dekat Cik Abang. Anwar jadi ketua pembangkang??? Senario yang sangat menarik!

Yang jelas, senario pilihan raya kali ini menggambarkan politik negara semakin matang dan telus, walaupon insiden di Kampung Rusila mencacatkan suasana. Kuasa di tangan rakyat dan rakyat mahukan perubahan.

Yang pasti, aku tak mengundi kali ni sebab ingin memerhati.

Huhu.

Tapi, aku akan mendaftar untuk mengundi di Pilihan Raya akan datang kalau umur panjang, insyaAllah...


p/s: Maaf, agak kurang rajin untuk menulis akhir2 ini. Lebih gemar membaca dan menonton video Syifaak selepas kerja.

Sunday, February 10, 2008

Sepupu.

Perjumpaan Aiman dan Syifaak.


Perbezaan saiz yang sangat ketara...

Oh ya, itu tangan Nenek mereka.

p/s: A ah, ye. Pendek je. Sori. Lagipon, bak kata orang putih, "a picture tells a thousand words." Silalah kira jumlah gambar yang ada dalam entri2 akhir2 ni, pastu darab dengan seribu. OK lah tu kan?

(Dah malas blogging tu, ko ngaku je lah Sayuti oi... a picture a thousand words la konon)

Tuesday, January 29, 2008

Ceroboh!

Sabtu lepas kami sekeluarga telah ke Genting Higlands untuk meraikan Hari Keluarga syarikat. Ofismate telah menghadiahkan kanggaroo carier kerana stroller di Mothercare KLCC terlalu mahal.
Photobucket
Papa Kanggaroo..

Kami bermalam di apartment satu bilik di sana. Saksikan aksi Syifaak berpusing.

ready syifaak
Ready...



Get set...


Cubaan gigih
Kenapa tak boleh lagi ni Papa?...


goyang
Goyang-goyang dulu..


sket lg...
Almost there..


yeay yeay
Yeay! (sambil kipas-kipas tangan) (aksi pusingan tersebut tidak sempat dirakam kerana camera-lady terlalu excited)


syifaak yang comel
Lepas tu kita tido berbungkus.. comey tak saya?



p/s: tuan blog jgn marah yer..hehe.. tgh takde keje ni.. sila lah edit entry ini -erynn sr.