Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, September 13, 2009

Muniandy.

Kerana terlalu sibuk mencari salah orang lain, kita lupa mencari salah diri sendiri.

Kerana sibuk minta maaf kepada orang lain, kita lupa untuk minta maaf kepada diri kita sendiri.

Sesungguhnya, kita lebih banyak menzalimi diri kita sendiri tanpa kita sedari.


Dan tanyalah diri, layak ke kita nak berhari raya tahun ni?

Sedangkan puasa kita di bulan Ramadhan, hanya sekadar lapar dan dahaga.

Monday, March 09, 2009

Ummati.

Hari ni cuti umum. Ramai pekerja dan pelajar tahu.

Tapi cuti umum apa, ramai tak tahu. Ada juga yang tak pasti. Kebanyakan yang tahu, tak ingat.

Yang ingat hari ni Maulidurrasul mungkin mereka-mereka yang terlibat dengan sambutan rasmi atau acara perarakan yang dibuat saban tahun. Mereka ingat kerana perlu buat rehearsal sejak satu dua minggu lepas. Maka hari ni kemuncaknya. Kemudian, setelah berarak dan duduk di dalam majlis, mereka kembali ke rumah untuk tidur kepenatan atau pergi melepak di kedai kopi bersama-sama rakan untuk bercerita tentang politik negara yang haru biru atau Akademi Fantasia ke 7.

Nabi tidak dilahirkan ke dunia hanya supaya kita dapat cuti umum atau membuat majlis atau mengadakan perarakan.

Sepatutnya tiada apa yang istimewa hari ni.

Apa guna cuti, atau berarak kalau kita tidak masih tidak tahu, atau buat-buat tidak tahu tentang apa sebenarnya tujuan Nabi diutuskan kepada kita.

Astaghfirullah...

Thursday, January 01, 2009

Cahaya.

Entah berapa ramai
Bayi luar nikah yang disemai

Entah berapa bilangan
botol arak bergelimpangan

Titis kencing setan
Membasahi tekak-tekak betina jantan

Dek terik nafsu
yang tak pernah lesu

Entahlah...

Mungkin kau sangka
Boleh terlepas api neraka
Kerana yang terbakar celaka
Puluhan saja di Santika

Ingatlah!

Itu hanya api dunia
Sebagai bayangan bahaya
Yang menanti
Setelah kau mati

p/s:
Entah berapa penumpang
Kena saman gampang
Sebab mereka tak sedar
Tali pingggang keledar
Hari ni kena pakai
Kalau tak, pokai!

Wednesday, December 10, 2008

Azmin.

Simpati aku kepada penduduk Bukit Antarabangsa hilang bila menonton berita semalam dan membaca surat khabar hari ni.

Setahu aku, rata-rata penduduk di sekitar kawasan ni terdiri daripada golongan elit dan berada.

Mungkin dia sudah biasa menjadi bos dan mengarah orang buat itu dan ini. Bila kena angkut barang sendiri dan tidak dibantu, mulalah naik angin. Sudahlah baru kehilangan harta dan tempat tinggal yang berjuta harganya...

Mungkin dia pembayar cukai yang patuh, sebab tu dia marah. Duit cukai dia yang bayar gaji petugas-petugas ni.

Mungkin kita pon akan marah kalau berada dalam situasi beliau.

Entahlah...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jika terjadi pada kita, baru kita tahu kot seksanya. Mungkin kita pon mengamuk jugak kot...

Tapi, sebelum mengamuk, cubalah fikir-fikir balik.

Muhasabah diri...

Bukan ke kalau kita lalu tepi pengemis, selalu je kita ingat pengemis tu anggota sindiket itu dan ini. Jadi, buat apa nak tolong pengemis tu? Entah-entah, hari-hari duit hasil dia mengemis tu lagi tinggi dari gaji kita tiap-tiap bulan...

Ye tak?

Bukan ke kalau ada majlis gotong-royong, kita jarang nak dapat meluangkan masa sebab kita ni sibuk? Maklumla kan, bos... Gotong-royong kenduri kahwin? Ape tu? I ni bukan orang kampung tau...

Ye tak?

Bukan ke kalau ada kematian dekat kawasan kita, jarang benar kita nak pergi tolong-tolong uruskan jenazah? Jangankan nak tolong kafankan, tolong jadi jemaah sembahyangkan pon jadilah. Kalau tak dapat nak sembahyang sebab seluar kotor pon, iringi jenazah ke kubur pon jadilah. Ni tak, tolong tengok tanya berita pon susah. Lainlah kalau Datuk tu, atau Tan Sri ni... Hatta kena ikut ketuk gong pon sanggup...

Ye?

Bukan ke kalau kita bawak kereta masuk kawasan perumahan atau balik kampung waktu raya, kita nampak orang berjalan kaki dari perhentian bas, kita tak berhenti bagi tumpang? Kotor pulak BMW aku nanti. Entah-entah, penjahat mana pulak tu berjalan tengah-tengah hujan ni. Kang bagi tumpang, tak pasal-pasal aku kena rompak. Tak pon kena rogol. Kalau awek takpelah jugak nak bagi tumpang. Tapi, awek pon, entah-entah hantu... eee, takut.

Tak?

Bukan ke kalau orang bawahan kita nak claim overtime, kita soal sebutir-sebutir kerja yang dia buat? Walhal kerja tu, kita jugak yang bagi... Masa kita bagi tu, ada ke kita tanya dia mampu siapkan dalam tempoh kerja dia ke tak? Pernah ke kita ajar dia macam mana nak buat kalau dia tak tahu? Kita tahu ke macam mana nak buat? Eh, tentulah I tahu. Takkan kerja-kerja simple ni pon nak suruh I buat? I kan bos...

Ye?

Bukan ke kalau adik kita, atau abang kita, atau kakak kita telefon, atau sms mintak duit, kita selalu je takde duit? Aku banyak tanggungan lah. Kereta nak bayar. Rumah nak bayar. Korang tak reti cari duit sendiri ke? Dah la tiap-tiap bulan aku je yang bagi duit kat mak bapak...

Tak?

Bukan ke kalau kita tengok kawan sepejabat terkial-kial buat kerja, kita tak pergi tolong? Tolong ajar pon tak. Buat apa nak tolong? Kalau dia tak kompeten, lagi cepatla kita naik pangkat. Baru bos nampak kita hebat. Siapa suruh dia tak reti buat kerja tu...

Ye?

Bukan ke kalau bini kita tengah masak kat dapur, kita tak tolong jaga anak? Eh yang, baby berak ni. Tukar la lampin dia. Apsal rumah bersepah ni? Tu baju I campak semalam tu, tak reti ke nak kutip?

Ye tak?

Bukan ke kalau suami kita baru balik kerja, kita tak offer nak bancuh air atau picit-picit badan dia? Hey, I penat urus rumah tau. Baby pon I yang bagi susu. Dah la I pon kerja jugak. You ingat I ni orang gaji ke?

Ye tak?

Tak perlu nak hitung berapa jumlah zakat yang kita patut bayar tapi tak bayar. Cukuplah dengan merenung perbuatan kita setiap hari. Bila Allah SWT turunkan ujian sebagai peringatan dan pengajaran, kita masih mahu sombong dan berasa diri besar.

Apa tak tahu malu ke kita?

Selama mana kita sibuk mengumpul harta, dalam sekelip mata je Allah SWT boleh tarik balik.

Berapa banyak wang yang kita simpan, dalam sekelip mata je Allah SWT boleh hilangkan nilainya.

Supaya kita sentiasa beringat, yang tiada daya melainkan izin Allah SWT.

Duit tu, kumpullah berjuta bilion trillion pon, takde nilai dan tak boleh buat apa-apa kalau Allah SWT tak bagi.

Makanan tu, biarlah Chef Ramsay yang masak pon, takkan rasa sedapnya kalau Allah SWT tarik nikmat deria rasa dan bau dalam hidung dan mulut kita.

Anak kita tu, hantarlah tuisyen dan belajar sampai ke menara gading pon, kalau Allah SWT tak bagi hidayah, tak jadi orang jugak. Kalau jadi orang pon, kalau Allah SWT nak panggil mengadapNya, bila-bila masa saja dia boleh pergi.

Ingatlah juga yang diulang-ulang dalam surah Ar-Rahman. Itulah muhasabah terbaik untuk kita.

Inilah hakikat ayat 28 surah Ar-Ra'd. InsyaAllah, barulah hati kita akan menjadi tenang.

Tak perlu nak yoga-yoga.



p/s: Kadang-kadang, sayuti jugak dengar lagu Setulus Doa - Hijjaz ni...

Saturday, November 22, 2008

Kemboja.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan yoga itu haram. Yogurt masih halal dan yogi bear pula adalah sejenis karekter kartun.

Ok, serius.

Pada pendapat aku, pengharaman yoga sebenarnya mungkin tidak memberi kesan apa pon kepada umat Islam di Malaysia.

Cuba tengok fatwa pengharaman rokok. Setakat ni, masih ramai je orang Islam yang merokok. Sedangkan arak yang jelas-jelas haram tu pon ramai je yang tonggang. Begitu juga perzinaan. Siap rekod lagi. Mari sama-sama kita layan 3gp terbaru mereka.

Pengkid? Oh, tu fatwa baru lagi tu. Nanti NGO hantar surat bantahan ye. Ok je pengkid ni. Terrer main futsal tau.

*Sigh*

Mungkin setengah pihak berpendapat yang yoga tak seharusnya diharamkan kerana yoga adalah suatu senaman dan bagus untuk kesihatan fizikal dan minda. Soalnya, ada kesan ke kalau tak mengamalkan yoga?

Buatlah yoga sampai terbelit pinggang pon, kalau tak ingat Tuhan, tak tenang jugak jiwa tu.

Dalam Al-Quran jelas-jelas sebut, "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..." (Ar-Ra'd, ayat 28).

Kadang-kadang kita tengok yang kuat baca al-Quran, berwirid, bertahlil sampai headbanging, tapi mengadu hati tak tenang jugak.

Banyak dosa? Na'uzubillah.

Pada pendapat aku, bukan sebab banyak dosa. Mungkin, sebab dia sudah memisahkan agama daripada kehidupan. Agama tu dijadikan ritual, dan bukannya cara hidup.

Memanglah berzikir, baca al-Quran, berwirid, bertahlil tu bagus untuk mengingat Allah tapi, mengapa perlu diritualkan mengingat Allah dengan amalan ni?

Islam itu mudah. Mengapa kita suka susahkan?

Ingat Allah tu kan boleh je sepanjang masa. Tak perlu kita nak bersusah-payah sampai headbanging untuk ingat Allah.

Kalau kita yakin semua perbuatan, nafas, rezeki, pekerjaan, kesihatan adalah datang dari rahmat dan izin Allah, itu sudah mengingatkan kita kepada Dia.

Cuba kalau kita bangun tidur kita ingat, "Allah yang membangunkan aku satu hari lagi..."

Waktu kita mandi, kita ingat yang air tu Allah yang jadikan dan dengan izinNya, air itu dapat membersihkan dan menyegarkan tubuh kita.

Bila kita makan, setiap suap, kunyahan, dan yang kita telan itu dengan izin Allah. Ni tak, sedar-sedar dah tiga pinggan nasik.

Masa berguling-guling je nak nak sebut, "Ya Allah, sedapnya... ah, ah..."

Ingatlah Allah selalu. Kita boleh ingat Allah selalu. Hatta tengah tulis atau baca blog sekalipon.

Kalau dah ingat Allah, hati pasti tenang. So, tak perlu yoga pon kalau nak hilangkan stress.

Yoga untuk melatih pernafasan? Kalau bacaan dalam solat, betul tajwidnya, aku rasa dah cukup terlatih nafas tu. Kalau khusyuk dalam solat, dah cukup untuk melatih fokus. Ikut tertib pergerakan, tak perlu stretching. Kalau berjemaah, tak perlu ikut kelas yoga tiga kali seminggu untuk menambahkan kenalan atau meningkatkan silaturrahim. Cukuplah lima kali sehari.

Tapi tu lah kan, kita lebih rela bayar untuk kelas yoga daripada bayar untuk kelas penyempurnaan solat.

Ye dak?

Yoga, taichi (bukan Kak Naz ye), wushu, kungfu, silat dan sebagainya adalah ciptaan manusia. Jika mana yang boleh memesongkan akidah, adalah lebih wajar kita jauhkan.

Setengah pengamal yoga yang mempertahankan amalan ini berpendapat yang mereka sudah lama mengamalkan yoga ni, dan akidah mereka tak terpesong pon. Tiada elemen-elemen Hindu pon.

Kalau ikutkan, lagi banyak amalan serta budaya yang masyarakat Melayu Islam amalkan hari ni, lebih banyak pengaruh Hindunya daripada yoga. Bersanding, misalnya. Menyalakan pelita menjelang Hari Raya, misalnya. Kuda kepang, gamelan et cetera.

Betullah tu.

Dah tau semua tu ada pengaruh Hindu, tak payah la buat. Yang dok buat lagi tu sape suruh? Takkan nak tunggu Majlis Fatwa haramkan baru nak tinggalkan?

Kita sentiasa mencari alasan. Jarang benar nak mengaku salah.

Kita suka benar buat benda yang tak disuruh, daripada mengamalkan apa yang disuruh.

Lagi suka beryoga, daripada bersolat dengan khusyuk.

Lagi best diet, daripada berpuasa.

Lagi seronok pergi majlis atau konsert amal, daripada membayar zakat.

Lagi exciting melancong ke Paris, daripada buat umrah.

Ye dak?

Mungkin sebab yang tak disuruh tu lagi seronok. Kita sendiri yang nak buat. Yang disuruh tu pulak tak berapa seronok sebab 'terpaksa' buat. Susah betul nak ikhlas ye?

Islam sudah diritualkan. Bukan lagi cara hidup.

Yoga, yogurt dan yogi bear yang dah jadi cara hidup orang Islam sekarang.

Wallahualam.

Dan disebabkan yang menulis artikel ni ialah aku yang bukan bergelar ustaz atau mempunyai latarbelakang pendidikan agama atau menyertai mana-mana jemaah atau selalu ke surau dan masjid, maka kebarangkalian isi yang cuba diutarakan untuk diterima dengan serius, adalah sangat rendah.


p/s: Ramai je kawan aku yang mengamalkan yoga... Hoho

Saturday, October 11, 2008

Setahun.

1. Adakah kamu masih berhari raya Aidilfitri?

2. Hari raya Aidilfitri bukan sebulan. Aidilfitri cuma satu hari saja, iaitu pada 1 Syawal.

3. Yang sebulan itu, puasa. Walaupon itu hakikatnya, lebih ramai yang beraya sebulan daripada berpuasa sebulan.

4. Golongan wanita kebanyakannya termasuk dalam golongan yang tidak dapat berpuasa sebulan kerana mereka mengalami kitaran haid. Kalau yang lelaki, tak tahulah pulak aku.

5. Boleh ke kita puasa dua dalam satu? Puasa ganti disatukan dengan puasa enam? Atau lebih advance lagi, puasa empat dalam satu - puasa ganti campur puasa enam campur puasa sunat Isnin dan Khamis campur puasa nazar. Hebat tu, kalah syampu.

6. Ada setengah golongan wanita kata boleh, sebab mereka nak dapat juga pahala puasa enam tu walaupon mereka tak puasa penuh sebulan Ramadhan disebabkan kitaran haid.

7. Bukankah golongan wanita mendapat pahala mengandung, pahala melahirkan anak, bahkan boleh juga meninggalkan solat ketika haid. Lelaki tak dapat semua tu.

8. ayg gendut =]

9. No 8 di taip oleh bini tersayang yang tiba-tiba datang menyibuk. Beliau masih belum mandi pagi. Masyam.

10. Kita sambung semula di lain hari kerana terdapat gangguan teknikal. Wallahualam.


p/s: Takeaway daripada tazkirah Ustaz Aidil Adha sebelum majlis ofis terbuka HRM hari Khamis lepas. Juga daripada sebuah artikel dalam akhbar tempatan baru-baru ni.

Saturday, September 13, 2008

Bonus.

1. Dua hari lepas ni aku terdengar dialog sketsa seorang guru dan beberapa orang pelajarnya tentang pengertian puasa melalui sebuah siaran radio Melayu. Guru bertanya pelajar sama ada mereka berpuasa dan apakah erti puasa itu. Seorang pelajar berkata dia berpuasa, kerana berpuasa itu tidak makan. Guru 'membetulkan' pelajar tersebut dengan memberitahu kelas yang puasa itu sebenarnya bererti tidak makan dan tidak minum.

2. Semalam aku terdengar pula 'tazkirah' melalui siaran radio Melayu yang lain tentang zakat fitrah. Juruhebah radio berkata yang orang Islam 'harus' membayar zakat fitrah untuk membantu orang yang miskin.

3. Sebab itulah aku tak berapa suka dengar radio. Kalau nak dengar pon, aku dengar IKIM dot FM. Pilihan utama.

4. Seorang wartawan, seorang blogger terkenal dan seorang ahli parlimen pembangkang ditahan hari ni di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Padan muka diorang. Ha ha.

5. Kalau boleh, tahan la yang blogger tu lama sikit. Aku dah baca beberapa artikel beliau tadi dan aku rasa macam nak luku je kepala dia barang sedas dua. Kalau beliau nak jadi sarkastik atau sinis pon, Eff, kena ada had jugak.

6. Macam jugak nak pergi Taiwan sebab konon-kononnya nak belajar tentang pertanian. Lima, enam orang ahli parlimen pon aku rasa dah lebih dari cukup kalau betul-betul nak belajar. Kalau lebih dari 40 orang, baik buat rombongan umrah. Sekarang zaman broadband la Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Google je kalau nak tahu sangat.

7. Terlalu haru biru Malaysia hari ni. Tempias 16 September, mungkin.

8. Untuk mereka-mereka yang perlu mengundi sebelum tarikh ni, selamat mengundi. Undi itu adalah hak anda dan bakal menentukan masa depan anda.

9. Mesej di atas adalah untuk orang-orang yang bekerja dengan Syarikat. Yang tidak berkenaan sila abaikan.

10. Harni, aku tak dapat membantu dalam hal ni. Ini adalah hak Syarikat ke atas kita. Hak kita adalah untuk terima atau tidak. Gunakanlah hak itu sebaik mungkin. Aku tak boleh komen lebih lanjut kerana aku tersepit antara pendapat peribadi dan pendapat profesional. Maaf.

11. Di sebalik haru biru ni, aku mempunyai sebab untuk tersenyum. Aku ingin berkongsi senyuman ini dengan semua. Sila tekan play.



12. Maaf jika visual di atas kurang memuaskan. Encik Ben aku sudah uzur. Matanya sudah rabun. Huhu.

13. Bersyukurlah. Jika kamu bersyukur, nescaya Allah SWT akan menambahkan nikmatNya ke atas kamu.

Wallahualam.


p/s: Minum GamatMaxx ketika sahur dan berbuka sedikit sebanyak mengurangkan rasa sakit di belakang dan kaki. Ummi yang suruh minum emulsi gamat ni. Terima kasih Ummi.

Thursday, September 04, 2008

Celebrex.

Alangkah baiknya kalau waktu solat setiap hari dijaga seperti menjaga waktu Maghrib di bulan puasa.

Alangkah baiknya kalau dapat qiyamullail di bulan lain semudah bangun sahur di bulan puasa.

Alangkah meriahnya kalau solat berjemaah di masjid-masjid setiap waktu semeriah jemaah terawih di bulan puasa.

Alangkah beruntungnya kalau puasa aku tahun ini bukan sekadar berlapar dan dahaga.

Amin.

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua Muslimin dan Muslimat di luar sana.

p/s: Sakit kaki kanan dan belakang datang balik. Kadang-kadang rasanya lagi sakit dari sebelum operate dulu. Aduh...

Saturday, August 16, 2008

165.

Nombor 165 mengingatkan aku kepada ESQ Leadership Training yang aku attend hari tu. ESQ 165 adalah model pembangunan insan yang cuba diketengahkan dalam training ini di mana model tersebut dibentuk berdasarkan prinsip Ihsan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam seperti dalam video di bawah.





Ihsan, diterjemahkan dalam model ini sebagai 'God Spot' yang menghasilkan rasa bertuhan (God conciousness) melalui 'Zero Mind Process' atau proses minda yang tulus dan bersih. Sesuai dengan pengertian Ihsan iaitu kita menyembah Allah seolah-olah kita melihat Allah, meskipun kita tidak melihat Allah, sesungguhnya Allah melihat kita.

Rukun Iman pula diterjemahkan kepada enam prinsip yang harus dipegang bagi menghasilkan 'God Spot' iaitu 'Star Principle' untuk Spiritual Commitment (Percaya kepada Allah), 'Angel Principle' untuk Ultimate Integrity (Percaya kepada Malaikat), 'Learning Principle' untuk Continuous Improvement (Percaya kepada Kitab), 'Leadership Principle' untuk Spiritual Leadership (Percaya kepada Rasul), 'Vision Principle' untuk Ultimate Vision (Percaya kepada Hari Kiamat) dan 'Well-Organized Principle' untuk Ultimate Synergy (Percaya kepada Qada' dan Qadar).

Rukun Islam diterjemahkan kepada lima tindakan yang harus dilakukan bagi mengukuhkan enam prinsip tadi, iaitu 'Mission Statement' (Mengucap dua kalimah syahadah), 'Character Building' (Solat sehari semalam lima waktu), 'Self Control' (Puasa di bulan Ramadhan), 'Strategic Collaboration' (Zakat) dan 'Total Action' (Mengerjakan Haji).

Untuk belajar lebih lanjut, kamu mungkin boleh beli buku-buku berkaitan ESQ tulisan Dr Ary Ginanjar. Untuk menghayati model ESQ, kamu mungkin boleh register untuk training yang dianjurkan ESQ Leadership Center Sdn Bhd.

Cuma secara amnya, melalui program ini, aku mempelajari bahawa penghayatan Ihsan, berpegang kepada Rukun-rukun Iman, serta mengamalkan Rukun-rukun Islam dengan sebaik mungkin, mungkin sudah cukup bagi melahirkan insan berakhlak mulia dan bermoral tinggi, yang bakal berjaya di dunia dan di Akhirat.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati Ihsan, Iman dan Islam. Aplikasikan hikmah-hikmah dan nilai-nilai universal daripada Ihsan, Iman dan Islam dalam setiap aktiviti kita. InsyaAllah, hidup kita akan sentiasa berada dalam ibadah dan penghambaan kepada Allah.

Wallahualam.


p/s: Aku baru beli laptop Dell Inspiron 1420 kaler biru dekat PIKOM 2008 di Kuantan Mega Mall. Huhu. Kurang seringgit dari bajet, tapi berbaloi rasanya. Intel Core 2 Duo T8100 @ 2.1 GHz, 2 GB RAM, 250 GB HDD, NVDIA GeForce 8400M GS, DVD Burner... campur free gift (Kan ke gift tu free, apasal diorang sebut free gift jugak ek? Sebut gift aje dah le kan?) cooler pad, optical mouse, lock, Panda Antivirus dan beg nylon Dell. OK la tu kot.
..

Friday, July 18, 2008

Keputusan.

1. Slipped disk:

Banyak cerita yang aku dengar tentang prosedur pembedahan disk tulang belakang ni. Semuanya aku percaya berdasarkan kisah benar, sama ada pengalaman sendiri atau saudara terdekat masing-masing. Ada yang cakap bertambah baik. Ada yang jadi makin teruk. Ada yang cakap baik aku operate. Ada yang cadangkan cari alternatif lain.

Menurut doktor, kalau disk L4/L5 ni bengkak lebih teruk, boleh mengakibatkan abang botak tidak boleh berdiri anu itu tidak dapat berfungsi dan kehilangan kawalan pundi kencing. Waktu itu memang kena operate dengan segera.

Walaupun aku belum mengalami simptom-simpton tersebut, aku rasa aku tak sanggup nak tahan sakit dan rasa tak selesa untuk jangka masa yang lebih lama lagi. Sakit slipped disk ni bukan setakat di pinggang dan belakang saja, tapi sakitnya turun sampai ke hujung jari kaki. Nak berdiri dan jalan jauh sikit pon tak selesa.

Sesudah aku fikir-fikir, akhirnya aku putuskan untuk operate aje lah. Pembedahan telahpon dijadualkan pada hari Selasa 22/7/2008 nanti di Kuantan Medical Center.

Cuak la plak aku...


2. Perkembangan Syifaak:

Syifaak demam sejak dua hari lepas. Gigi dah mula tumbuh. Dah pandai merangkak, dan duduk. Kadang-kadang, Syifaak juga akan menunjukkan vocal skill dan menyebut 'tatata' dan 'papapa'.

Aku agak terkilan sebab tak boleh dukung Syifaak lama-lama akibat slipped disk ni. Kalau pembedahan ni berjaya, insyaAllah aku boleh recover cepat dan dapat dukung Syifaak sebelum dia jadi lebih berat macam Mama Papa dia.

Huhu.


3. Kenaikan harga petrol 78 sen

Mula-mula, aku pon marah jugak dengan kenaikan mendadak 40% ni. Tapi, bila aku fikir-fikir balik secara rasional, aku tak jadi nak marah sebab kenaikan mendadak ini mula memberi kesan.

Dua tahun lepas, aku pernah menyokong kenaikan harga petrol 30 sen, dengan harapan kerajaan memperkenalkan sesuatu polisi yang dapat membantu dan membimbing rakyat mengubah cara hidup dan mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil. Tapi, polisi-polisi yang diperkenalkan lebih banyak mendapat kritikan. Memandangkan pemimpin kerajaan adalah ahli politik, mereka menggunakan pendekatan populist dan tidak menaikkan harga minyak petrol selama dua tahun berikutnya. Akibatnya, trend consumption bahan api fosil ini tidak juga berubah, malah makin meningkat.

Bila consumption mengatasi production, itulah yang bakal menjadikan negara nett importer satu hari nanti. Menurut perkiraan PETRONAS, perkara ini mungkin berlaku seawal tahun 2015 nanti.

Dengan kenaikan petrol dan diesel secara mendadak, walaupon dalam kemarahan, pengguna akan lebih berjimat dan tidak membazir. Ramai yang akan memilih untuk menggunakan kenderaan awam, seperti mana yang diperhatikan di ibu negara sekarang. Ramai yang akan mencari jalan untuk mengurangkan penggunaan petrol dengan memandu dengan cara yang disyorkan, memastikan enjin kenderaan dalam keadaan baik, membeli 'alat-alat penjimat minyak' (walaupon kebanyakannya mitos saja), car pooling dan macam-macam lagi.

Tidak dapat dinafikan, kenaikan harga minyak petrol dan diesel akan mengakibatkan harga barang lain akan turut naik. Maka, pengguna akan lebih bijak berbelanja dan mengurangkan kadar pembaziran.

Daripada pengamatan aku selama ni, rata-rata, ramai daripada kita suka membazir. Pergi sajalah ke mana-mana kedai makan dan perhatikan sisa-sisa makanan yang dibuang oleh pelanggan setiap hari. Tengoklah timbunan sampah, banyak barang-barang yang dibuang sebenarnya masih boleh diperbaiki lagi. Tengoklah penggunaan elektrik, sudah ada kipas, mahu pasang air cond. Sudah ada air cond, tidur bawah selimut pulak. Sudah tidur, televisyen masih menyala. Mungkin dengan kenaikan tarif elektrik, sikap membazir ini akan berubah.

Kadang-kadang, hanya dengan melalui zaman hidup susah saja, kita mampu menghargai kesenangan yang ada selama ni. Ingatlah...

"Sesungguhnya pembazir itu saudara syaitan" (Al-Israk, ayat 27)

Ayat di atas juga lebih kena kepada golongan-golongan pemimpin yang suka membazir dengan majlis-majlis sosial, projek-projek yang tidak perlu dan tidak mendatangkan faedah langsung, pembinaan kediaman-kediaman rasmi yang besar-besar dan sebagainya. Aku tak pasti sama ada pembazir air liur juga boleh masuk dalam kategori ni.

Huhu.

Sesiapa yang bising-bising pasal kenaikan harga minyak petrol menyusahkan rakyat miskin itu, cuba tanya balik diri sendiri, apa yang telah kamu lakukan untuk mengurangi beban mereka?

Waktu inilah kita-kita yang masih berkemampuan ni belajar hidup bersosial. Kenali satu sama lain. Saling bantu membantu. Belajar perbaiki diri. Bukan sekadar bagi sedekah seringgit dua aje.

Give someone a fish, he'll eat a meal. Teach him to fish, he'll eat a lifetime.

Eh, terasa poyo la pulak aku nih...

4. Debat Anwar-Shabery:

Ternyata Anwar lebih meyakinkan daripada Shabery, kerana pengalaman, skill berdebat dan background ekonomi yang beliau miliki.

Anwar nak turunkan harga minyak sebanyak 50 sen. Menurut beliau, untuk mencapai matlamat ini, beliau perlukan RM 5 billion melalui pengurangan standby capacity IPP daripada 40% kepada 20% untuk mendapatkan RM 3 billion, melalui syarikat kroni Teras Kimia yang dibayar RM 117 juta untuk menguruskan pembelian diesel, penjimatan RM 700 juta dengan mengawal kerugian diesel yang bocor, penyeludupan dan penyelewengan, dan baki RM 1 billion lebih lagi daripada RM 6 bilion dividen khas yang dibayar PETRONAS kepada kerajaan.

Aku pelik kenapa hanya RM 5 bilion? Bukankah jumlah yang digunakan kerajaan untuk subsidi minyak dan rebat tunai sudah melebihi RM 10.25 bilion bagi setengah tahun ini sahaja?

Ini bermakna, apa yang ditawarkan Anwar itu sebenarnya lebih rendah daripada yang telah diberikan oleh kerajaan.

Aku rasa Shabery patutnya gunakan hujah ini saja untuk membidas hujah Anwar. Tapi, dia berterusan menyerang tindakan-tindakan politik Anwar sejak dari dulu, mengulang ayat 'kerajaan tidak boleh gunakan kesemua untung PETRONAS untuk subsidi minyak' dan langsung tak menjawab soalan daripada moderator pihak Anwar.

Maka, jelas sekali pemenang dalam debat ini ialah PETRONAS! Sebab kedua-dua pendebat memuji dan membacking PETRONAS.

Syabas PETRONAS!


5. Keuntungan PETRONAS

Aku rasa banyak blog dan email yang telah menjelaskan bahawa bukan PETRONAS yang menentukan harga minyak. Debat tersebut juga menjelaskan perkara ni.

Bila PETRONAS mengumumkan keuntungan selepas cukai RM61 billion dengan peningkatan lebih 30% berbanding tahun lalu, masih ramai yang sebut sebab kenaikan harga minyak.

Betul lah tu.

Cuma aku harap jangan salah faham kenaikan harga minyak mentah dunia dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel di stesen minyak di Malaysia. Kedua-dua tu tak sama. Satu itu punca kepada yang satu lagi.

Kenaikan harga minyak mentah dunia memang menguntungkan PETRONAS. Sebaliknya kenaikan harga minyak petrol dan diesel di stesen minyak pula, merugikan.

Kenapa? Bila harga naik, demand kurang. Bila demand kurang, sales kurang. Melalui Automatic Pricing Mechanism (APM), keuntungan bergantung kepada jumlah sales. Maknanya bila sales kurang, untung pon kuranglah.

Sebelum kamu kata PETRONAS untung atas kesengsaraan rakyat, pergilah baca dulu full media release PETRONAS di sini. Berita yang keluar di media-media mainstream tempatan hanya sebahagian daripada laporan 16 muka surat ni. Kalau nak tahu lebih detail, boleh lihat di sini.

Maka, berdasarkan untung PETRONAS, dan sumbangan yang telah diberikan kepada kerajaan, aku rasa tidak salah sekiranya staff-staff PETRONAS yang bekerja keras membanting tulang sampai gout, slipped disk dan berkorban jadi weekend husband and wife demi negara diberikan ganjaran sewajarnya.

Apalah sangat bonus empat, lima bulan untuk staff PETRONAS berbanding RM 67.6 billion yang PETRONAS bagi dekat kerajaan pakai buat sekolah, hospital, jalan, bayar gaji kakitangan awam, etc., ye tak?

Buangkanlah PHD (bukan PhD ye) tu.

6. PETRONAS dan zakat perniagaan

Ada yang menimbulkan isu yang PETRONAS tak bayar zakat perniagaan. Untung berbilion, masuk Fortune 500, tapi kenapa tak bayar zakat perniagaan?

Untuk menjawab isu ni, kita harus lihat perkara asas iaitu kewajipan berzakat.

Setakat ilmu yang aku ada, zakat itu wajib ke atas individu beragama Islam sahaja. Yang bukan Islam, perlu membayar jizyah. Kalau dalam zakat perniagaan, pemilik perniagaan atau shareholder beragama Islam saja yang perlu membayar zakat. Jika perniagaan itu milik bersama, jumlah zakat adalah berdasarkan peratusan shareholder yang beragama Islam.

Jadi, siapakah shareholder PETRONAS?

Berdasarkan apa yang aku tahu, PETRONAS ini 100% milik Kerajaan Malaysia kerana Kerajaan Malaysia yang mengeluarkan modal RM 10 juta untuk penubuhannya dulu. Jadi, adakah Kerajaan Malaysia ini Islam?

Dalam Perlembagaan Malaysia, termaktub yang Islam adalah agama rasmi negara. Tapi, adakah ini menjadikan Kerajaan Malaysia itu Islam? Kalau ikut DAP, sampai mati pon diorang tak akan acknowledge Malaysia ialah negara Islam.

Jadi bagaimana?

Pada pendapat aku, Majlis Fatwa perlulah memutuskan sama ada perlu atau tidak PETRONAS membayar zakat, dan bagaimana mengira jumlah zakat yang perlu dibayar. Majlis Fatwa mungkin mahu berbincang dengan Penasihat Agama di Jabatan Perdana Menteri tentang hal ini.

Aku yakin PETRONAS tidak akan membantah.

Malah, anak syarikat PETRONAS yang mempunyai milikan saham umum seperti PETRONAS Dagangan Berhad ada membayar zakat berdasarkan peratusan individual shareholder yang beragama Islam.

7. PETRONAS Maju Jaya

Ramai yang salah faham tentang isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel, lalu menyalahkan PETRONAS. Ada staff PETRONAS (terutama di KL) mendapat layanan buruk, malah dipukul oleh orang-orang yang salah faham atau tidak mahu faham tentang isu minyak ni.

Jadi, aku harap mereka-mereka ini dapat hayati lirik lagu rasmi PETRONAS di bawah. Inilah sebenarnya ikrar pengorbanan staff PETRONAS yang mereka aniaya itu.

---



PETRONAS maju jaya
Kemegahan negara kita
Semerbak nama seluruh dunia
PETRONAS maju jaya

Cita rakyat kami pegang teguh
Amanah negara dipatuh
Kami usaha setulus hati
Cekal tabah ikrar kami

Kami berjuang berganding bahu
Erat muafakat bersatu padu
Pohon restu Allah Yang Esa
Malaysia makmur sejahtera

PETRONAS maju jaya
Kemegahan negara kita
Semerbak nama seluruh dunia
PETRONAS maju jaya

---

Kemudian, bacalah dengan teliti Falsafah, Visi, Misi dan Nilai-nilai PETRONAS.

Menyalahkan PETRONAS atas kenaikan harga minyak petrol dan diesel di stesen minyak adalah perbuatan yang zalim kerana sesungguhnya zalim itu adalah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Memboikot PETRONAS juga adalah satu perbuatan yang sia-sia.

Wallahualam.

p/s: Sori ah, panjang pulak aku tulis. Malas nak post banyak-banyak kali. Perasan tak format posting aku ni kat mana-mana blog? Huhu.

Wednesday, March 19, 2008

Gembala...

"Tapi dia salam-salam dengan laki-laki dalam majlis hari tu," kata Kak Ros, bergosip dengan Farah pasal barisan kabinet yang baru.

"Kenapa kalau dia salam?" aku mencelah dengan tiba-tiba. Kak Ros buat muka pelik.

"Mana boleh. Kan haram..." Kak Ros jawab.

"Kenapa haram?" aku tanya lagi.

"Haram, kan?" Kak Ros macam tak pasti. Muka beliau berkerut cuba mengingat sesuatu, kemudian ekspresi beliau berubah seperti pasti, "hari tu Ustazah cakap haram!"

"Haram, lah!" Kak Jun pulak mencelah.

"Kenapa haram? Apa sebab jadi haram? Ada dalil ke?" aku bertanya lagi.

"Ada la kot... dah hukumnya macam tu. Ustazah pon cakap haram. Kenapa tak haram pulak?"

"Entah. Setakat yang saya tau, bersentuh laki perempuan yang bukan muhrim, batal air sembahyang. Tu pon mazhab kita je. Mazhab lain kata tak batal kalau tak bernafsu," aku menjawab. "Takde pulak yang sebut haram..."

Dahi Kak Ros berkerut. Anak matanya melihat ke atas, berfikir.

Aku mula la naik syeh nak berhujah. Mentang2 la bos takde sepanjang hari.

"Macam jugak isu budak perempuan pegang babi hari tu. Haram ke dia pegang babi? Babi tu najis. Dah pegang, samak je lah. Yang haram setahu saya, kalau makan babi..."

"Babi kalau kering takpe kan? Kalau basah je haram..." Kak Ros memotong.

"Kering ke basah, babi tu najis. Kalau dah pegang, kena samak. Takde la jatuh haram hukumnya. Kalau haram, berdosa. Kalau betullah berdosa pegang najis, hari-harilah kita berdosa lepas buang air..."

Aku cuba kembali kepada topik.

"Yang saya tahu, ada dalil yang sebut 'menyentuh babi yang berlumuran lumpur itu lebih baik daripada menyentuh perempuan yang bukan mahram'. Macam saya cakap tadi, babi tu najis. Sentuh kena samak, bukan haram. Tapi tu lah, perempuan kalau sentuh, takkan nak samak kot?"

"Tapi kenapa ada perumpamaan macam tu? Dalam Al-Quran takde pulak sebut tak boleh sentuh perempuan. Yang ada, kena jaga mata dan kemaluan, serta tutup aurat, takde la pulak kata jangan sentuh..."

"Orang selalu sebut laa taqrabuzzina sebagai dalil tak boleh sentuh laki perempuan apatah lagi bersalam... tapi, kalau salam dengan makcik pakcik yang langsung tak menaikkan nafsu, ataupon salam protokol, yang langusng tak menaikkan nafsu, akan menghampiri zina ke?"

Kak Mas tiba2 mencelah, "abis tu, macam mana kita nak tahu salam dengan orang tu bernafsu ke tak? Nak selamat, baik tak payah salam langsung..."


"Betul la tu. Tapi, persoalannya, haram ke bersalam tu? Kenapa haram? Apa dalil yang mengharamkan?" aku tanya balik. Kak Ros, Kak Jun dan Kak Mas tak dapat jawab.

"Takpe, biar saya cari. Kalau ada, nanti saya bagitau kat semua..." aku mengoffer.

Aku sebenarnya agak lapang sekarang sebab dah habis handover kerja-kerja kepada Farah dan Sabrina, dua orang eksekutif baru yang akan menggantikan tempat aku. Bagi mengisi masa lapang, aku banyak menghabiskan masa dengan membaca, termenung dan main game sementara menanti surat transfer yang tak kunjung tiba sejak dari bulan lepas lagi.

Aku pon mula menggoogle dan terjumpa satu diskusi yang menarik tentang isu ni dekat satu forum.


Jadi, apa hukumnya?



...



Ish, klik je la kat link tu. Baca dan fikirkan. Takkan nak aku paste kat sini kot? Malas sungguh!




...

Dah baca? Baca dulu sebelum menulis komen ye...

Selain daripada forum tersebut, kebanyakan site lain hanya menyatakan hukum haram, atau berbaur politik. Ada juga site yang mengutuk seorang ulamak besar kerana bersalam dengan seorang permaisuri. Yang mengutuk ahli-ahli politik lagi la banyak. Rata-rata, ramai lebih suka menghukum tapi tak ramai yang dapat menjelaskan asas mereka menghukum. Kebanyakannya dipengaruhi sentimen politik daripada berlandaskan ilmu.

Situasi ni serta keadaan politik semasa dalam negara selepas pilihan raya baru-baru ni mencetuskan kembali beberapa persoalan dalam benak aku.

Adakah ummat Islam hari ni telah kembali menjadi masyarakat yang berpuak-puak? Adakah ummat Islam hari ni lupa kepada akhlak yang ditunjukkan Rasulullah? Adakah kita lupa apa yang Baginda ajarkan? Mana budaya mencari ilmu yang sepatutnya kita amalkan? Di mana sikap rendah diri dan toleransi yang Baginda tunjukkan?

Sempena ulang tahun kelahiran Baginda kali ni, adalah lebih baik kita muhasabah diri kita. Beginikah kita menunjukkan cinta kita kepada Baginda?

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Bersama kita 'Menjana Ummah Gemilang'.

Wallahualam.


p/s: Aku mula menulis entri ni semalam di ofis, tak sempat habis tulis sebab nak kejar bas balik Kuantan. Hari ni nak sambung tulis, hilang pulak idea. Mungkin sebab asyik bermain dengan Syifaak kot. Huhu.

Monday, January 15, 2007

Kekasih.

Ahad.

Bini tersayang: Waktu Nabi terima wahyu pertama, Nabi menggigil kan?

Aku: A ah.

Bini tersayang: Lepas tu Khadijah selimutkan. Nabi cakap dia nampak lagi...

Aku: Nampak Jibril?

Bini tersayang: A ah. Tapi, Nabi tak tahu lagi kan tu apa...

Aku: Pastu?

Bini tersayang: Lepas tu, Khadijah peluk Nabi. Nabi gigil lagi. Nabi still nampak...
Aku: Ye ke? Pastu?

Bini tersayang: Lepas tu, Nabi masuk dalam baju Khadijah. Khadijah tanya, nampak lagi? Nabi cakap tak nampak dah... So, Khadijah cakap, yang Nabi nampak tu, benda baik.

Aku: Sebab apa?

Bini tersayang: Khadijah cakap, sebab benda tu malu... He he he

Aku: Eh... Hehehe

p/s: Siapa pula yang google 'cara beritahu keluarga untuk berkahwin' dan sampai ke blog ni? Kelakar sungguh, tapi intriguing.

Sunday, August 20, 2006

Bukan!

Sekarang musim mengawan agaknya.

Alom dan Wak, Hassan dan Ju, Shariman dan Sarah, Tini dan bakal suami, Behesti dan isteri, Faishal dan bakal isteri serta tidak lupa, Datuk K dan Siti. Selamat berumah tangga.

Kecuali Datuk K dan Siti, terima kasih kepada semua bakal pengantin atas undangan yang diberi. Terlebih dulu, aku minta maaf kalau tak dapat hadir ke majlis kalian nanti.

Aku yakin, bakal2 pengantin semua mesti dah pergi kursus kahwin dan tahu tanggungjawab yang dipikul sebagai suami atau isteri nanti. Jalankanlah tanggungjawab masing dengan ikhlas dan bertoleransi.

Betulkanlah niat kalian mendirikan rumahtangga. Bukan kerana cinta kalian antara satu sama lain atau untuk menghalalkan perbuatan berguling2. Bukan juga kerana ingin mengembangkan keturunan atau memelihara diri daripada maksiat. Meskipon semua niat itu baik dan tidak salah, tapi itu hanya niat2 'sampingan'.

Ingatlah bahawa niat yang sebenar adalah Lillahi Ta'ala. Kita semua berkahwin kerana Allah SWT.

Demikian juga jika kita solat, niatnya Lillahi Ta'ala. Juga jika kita berpuasa, niatnya Lillahi Ta'ala. Juga ketika kita bekerja, niatnya Lillahi Ta'ala. Tapi, bukan ketika kita menyanyi terkinja2, berlakon berpeluk cumbu mendedah aurat, atau bersanding megah2 sehingga membazir kerana niat Lillahi Ta'ala itu tidak menghalalkan perlakuan dan cara.

Seperti juga kalimah Alhamdulillah yang dituturkan ketika memberi ucapan setelah menerima anugerah pelakon terbaik, atau penyanyi terbaik, tidak akan menjadikan rezeki daripada kerja itu, rezeki terbaik.

Walau bagaimanapun, bukan ucapan itu yang sepatutnya dijadikan isu. Ye tak?

Seperkara lagi, kalau kamu ingin mencari ketenangan, tak perlulah sampai ke Melbourne. Dalam Al-Quran ada menyebut, "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." Banyakkanlah ibadah, solat, sedekah dan zikir serta membaca Al-Quran. Ketenangan itu akan datang tanpa perlu dicari.

Kepada bakal suami, tanggungjawab kamu yang paling utama tetap kepada ibu kamu walaupon sudah bernikah. Keutamaan itu tidak berubah. Tapi kepada bakal isteri, tanggungjawab utama kamu kini adalah kepada suami. Bukan lagi kepada ibu bapa kamu.

Jika perkara asas ini difahami, insyaAllah isu 'nak balik kampung siapa hari raya nanti' tidak akan timbul...


p/s: Kepada bakal pengantin, jangan lupa senaman pinggang.

Thursday, August 10, 2006

PANAS!

Seperti biasa, aku membaca akhbar percuma cap Matahari yang diambil di Stesen LRT Masjid Jamek ketika beratur menunggu tren.

Muka surat 24, bawah ruang hiburan, artikel bertajuk, 'Mawi still hot'.

NOTA: Aku gagal mengesan artikel ini di website akhbar tersebut.
(Kantoi aku baca pasal Mawi)

Aku terhenti sebentar di perenggan kesebelas:

" Jamal (pictured at right with Mawi) took the audience on a trip
down memory lane journey with his old hit, Serajo. With..."

Serajo? Lagu Serajo tu yang mana satu?

Berfikir sejenak.

Eh?

HAHAHA.

Oh, mungkin typo error.

Ya, Mawi masih panas. Tun Mahathir juga masih panas. Isu Israel dan Yahudi pula sentiasa memanaskan hati aku. California terus dilanda cuaca panas melampau. Sesuai dengan salah seorang calon govenor mereka.

Tapi, jangan sesekali kamu lupa yang lebih panas dari itu semua.


Api neraka.



p/s: Doakan semoga ayah kepada Datin (bos aku) selamat menjalani pembedahan dan semoga Datin tenang menghadapi semua ini.

Friday, July 21, 2006

Hajat.

Sekiranya kamu ingin melepaskan hajat di dalam tandas awam, atau tandas pejabat, minimumkanlah bunyi yang dikeluarkan bagi menjamin keselesaan bersama. Jangan pula kamu mendesah dengan setiap ketul emas yang sedang dilaburkan, walaupon nikmat perbuatan ini diakui. Cuba bayangkan...

*Ceplup*

"Ahhh..."

*Ceplup*

"Ahhh..."

Bunyi-bunyian kamu ini sudah pasti mengganggu emosi pelabur di 'cubicle' sebelah.

Juga, janganlah kamu menjawab panggilan telefon ketika berada di dalam tandas. Kamu mungkin pernah dengar tentang kisah seorang lelaki yang perasan orang di sebelah sedang bercakap dengan beliau, padahal orang itu sedang bercakap di telefon. Jika kamu belum tahu kisah itu, boleh baca di sini. Bersms juga adalah tidak digalakkan, lebih2 lagi jika 'keypad sound' kamu diaktifkan.

Tapi, aku rasa sia2 aku coret di sini sebab kamu bukanlah di kalangan orang2 yang melakukan perbuatan2 di atas di dalam tandas awam.

Aku juga rasa sia2 kalau aku coret bantahan aku terhadap serangan Israel ke atas Lubnan di sini. Sedangkan bantahan PBB pon tak diendahkan Israel Laknatullah itu, apatah lagi blog aku yang langsung tak ada sebarang signifikan terhadap mereka.

Tadi, ada perhimpunan di belakang Masjid Asy-Syakirin, KLCC bagi membantah serangan Israel tersebut. Ramai wartawan datang, tangkap2 gambar. Ketika itu, aku dan Syuk baru lepas solat Jumaat. Syuk datang KL untuk mencari kerja baru.

Ketika kami berjalan ke arah Suria KLCC, kami dapati sekumpulan lelaki Melayu berjaket Pemuda UMNO sedang bergerak pada arah bertentangan dengan kami, berkemungkinan besar mahu menyertai perhimpunan tersebut.

"Eh, diorang ni sembahyang kat mana?" aku tanya Syuk, soalan retorik.

"Oh... tadi hujan," jawab Syuk, sinis.



p/s: Sama2lah kita berdoa ke atas kesejahteraan akidah umat Islam di Malaysia dan doakan keselamatan dan kemenangan Tentera Lubnan dan Hizbullah ke atas Israel Laknatullah.

Wednesday, July 05, 2006

Embekkk!

Akhirnya, aku menulis jawapan di dalam entri 'Sebab...' tiga minggu yang lalu.

Bini tersayang ketika bergelar tunang dulu, pernah menulis testimonial berikut untuk aku di Friendster;

"sayuti a.k.a mamat kambing.. byk memiliki ciri2 kekambingan seperti comel.. byk lemak.. ada janggut sejemput.. bertanduk.. boroi.. kulit tapak kaki yg keras.. pemalas.. hensem.. kuat makan.. kuat tido.. kuat merajuk dan segala apa lg yg kuat.. hehe.. apaper pun.. saya sayang kat kambing sekor ni.."
Maka, sebab itulah beliau dapat agak apa yang telah aku lukis tersebut. Walau bagaimanapon, ada sebab2 lain lagi kenapa aku memilih kambing.

Bukan. Bukan! Aku bukan bintang Capricorn.

Malas mandi? Telah diteka oleh Sang Semut dulu, tapi telah dinafikan.

Tahi bulat2? Err... itu kadang2.

HAHAHA.

Sebenarnya, kamu boleh baca tentang kambing di Wikipedia: Kambing atau Wikipedia: Goat. Jika kamu lebih 'adventurous', boleh melawat website Dunia Kambing.

Kamu akan mendapati kambing adalah haiwan yang sangat berguna kepada manusia. Selain membekalkan susu dan daging, kambing jenis biri2 juga membekalkan bulu untuk dijadikan pakaian. Tapi, sering benar kambing dijadikan bahan ketawa dan penghinaan, terutama di kalangan masyarakat Melayu. Sejak dari tingkatan tiga, aku cuba mengubah persepsi ini dengan menerima gelaran 'Kambing' daripada kawan2 tanpa rasa terhina. Jika kamu tak percaya, kamu boleh tanya Haizam, anak Che Mat.

Juga, jika kamu beragama Islam, kamu harus tahu bahawa Nabi Muhammad SAW pernah menjadi seorang pengembala kambing ketika usia mudanya. Seperti kambing2 itu, aku juga berharap sentiasa di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW.

Itu adalah jawapan aku.

Walau bagaimanapon, kambing dijadikan simbol pemujaan Syaitan oleh sesetengah pihak terutama golongan Black Metal yang terlalu fanatik. Mereka menyembelih dan meminum darah kambing dengan rakus. Sungguh keji mereka itu. Maka, untuk menyelamatkan spesis kambing daripada dianiaya, sama2lah kita menjaga diri kita serta orang2 yang terdekat dengan kita daripada anasir golongan Black Metal ini.

Jika kamu peminat tegar muzik Black Metal, janganlah menganiaya kambing.

Sembelihlah kambing sebagai korban atau akikah kerana Allah SWT. Kambing2 ini akan menjadi haiwan tunggangan di Syurga kelak, berkat daripada ibadah itu.

InsyaAllah.




p/s: Adalah diingatkan bahawa tahi kambing walaupon bulat2, tidak boleh digunakan sebagai makjun.

Monday, April 24, 2006

Hadiah?

Semalam, aku diraikan oleh bini tersayang sempena hari jadi yang ke 24 di The Mall. Bini tersayang mahu mengurangkan kesedihan aku. Bini tersayang tahu aku sedih setelah melawat Tok Wan.

Bini tersayang belanja makan O.R Chicken Chop di KFC. Malangnya, O.R Chicken Chop tersebut tidak mengenyangkan.

Betul!

Lalu, bini tersayang menghulurkan seketul ayam goreng Spicy dari Snack Plate beliau. Bini tersayang juga telah juga membeli sepotong kek keju bersos raspberry dan sepotong kek coklat. Juga terdapat cheesy wages sebagai makanan sampingan.

Aku buruk lantak sebenarnya...

Bini tersayang juga telah menghadiahkan sehelai seluar slack hitam. Dia nak belikan jenama John Master. Aku tak nak. Aku mintak jenama Snail Original. Aku suka jenama itu. Tag harganya ada empat angka saja. John Master, lima angka.

Kemudian, setelah membeli seluar tersebut, kami pun pulang ke rumah.

Abang Botak pon mahu hadiah juga!

Hua hua.

Kira2 pukul 12.30 (kurang2 sikit), bini tersayang menerima sms menyatakan salah seorang kawan kami, Kak Lin telah dimasukkan ke wad kecemasan. Kak Lin terlibat dengan kemalangan maut. Kereta yang ditumpangi terbabas ketika cuba mengelak objek di tengah jalan (khabarnya, seekor kambing hitam) dan terlanggar sebatang pokok. Pemandu dan penumpang di kerusi hadapan menemui ajal dalam kemalangan tersebut. Kak Lin dan seorang lagi rakan di kerusi belakang terselamat, tapi, mengalami kecederaan serius. Kak Lin mengalami pendarahan dalaman.

NOTA: Ketika menaip entry ini, aku menerima sms dari Amoi (Puan Mardhiyah Lim, ex-course mate yang memeluk agama Islam ketika di universiti. Aku masih memanggilnya Amoi walaupon dia sudah layak bergelar 'Nyonya' ) mengatakan Kak Lin telah selamat menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil. Alhamdulillah.

Berita berkenaan buat aku terfikir betapa sekejap saja usia kita di dunia ini. Alhamdulillah, usia aku dipanjangkan sehingga ke hari ini. Entah esok, entah lusa, Izrail datang menjemput aku, bersedia atau tidak agaknya aku. Maka, sewajarnya hari ulang tahun kelahiran aku gunakan untuk meningkatkan ibadah kepada Tuhan.

Apa yang aku dan bini tersayang lakukan semalam, adalah satu ibadah tau! :D

Sesetengah orang menyambut hari jadi dengan kek yang dihiasi lilin. Menurut Abah, perbuatan tersebut adalah satu ritual simbolik yang dicipta oleh musuh2 Islam untuk mengelirukan umat Islam.

Kek itu diibaratkan umat Islam. Api lilin adalah cahaya Islam. Untuk meratah umat Islam, cahaya itu harus dipadamkan dulu. Sebab itu, Abah tidak lagi membenarkan kami sekeluarga menyambut hari jadi dengan cara itu. Sejauh mana kebenaran dan sumber cerita ini aku tak pasti. Tapi, aku yakin Abah tak menipu.

Aku sebenarnya nak balik awal hari ni. Tapi aku sangat malas untuk berpusu2 naik LRT.

Kadang2, aku tak faham kenapa manusia ni suka betul berpusu2. Di pasar berpusu2. Dalam bas berpusu2. Dalam LRT berpusu2. Di Mekah pon berpusu2. Pusu2!

Aku rasa kalau aku tanya kepada manusia yang berpusu2 ini, "Lembu minum apa?" pasti mereka menjawab dengan penuh keyakinan, "Susu!"

Hehe.

p/s: Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi blog ini dan memberi ucapan selamat dan merasa simpati dengan Tok Wan. Komen2 anda sangat2 saya hargai. BTW, sebenarnya lembu minum air. Harap maklum.

Wednesday, April 12, 2006

Rasul.

Semalam, aku ke Mantin bersama bini tersayang. Beliau ada mesyuarat OmegaTrend (sejenis perniagaan jualan langsung) di sana. Memandangkan aku kurang berminat dengan OmegaTrend, aku singgah di CC dekat area2 situ.

Pada mulanya, aku nak update blog. Aku ingin menulis sesuatu tentang Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Aku ingin menulis sebuah pendapat yang serius bersempena Maulidurrasul semalam.

Tapi, sebelum menulis, aku terlebih dahulu masuk ke blog orang lain untuk membaca penulisan mereka. Aku telah memutuskan bahawa sebelum aku menulis, aku harus membaca penulisan orang lain dahulu.

Bukankah ayat Al-Quran pertama diturunkan menyuruh kita membaca?

Baca dengan nama Tuhan yang menciptakan, iaitu dengan niat ingin mencari idea2 baru, dan meluaskan pandangan, atau mencipta idea2 baru berdasarkan penulisan. Bukan membaca kerana ingin mencari kelemahan lalu mengutuk2 si penulis. Bukankah ayat seterusnya menyatakan Tuhan menciptakan manusia dari segumpal darah. Ini bermakna, kita sama saja. Tak perlu kita menghina orang lain, dan merasakan diri kita, atau pendapat kita, atau penulisan kita lebih bagus dari orang lain. Sedangkan, kita semua berasal dari segumpal darah, dan ilham untuk menulis itu datang dari Tuhan juga.

Ramai suka menulis, mengeluarkan pendapat sendiri, mengajar, membangkang, menunjuk perasaan dll sebelum mereka membaca terlebih dahulu. Yang tak mahu membaca langsung pon ramai. Itu yang jadi masalah tu.

Aku memutuskan tak banyak yang dapat aku tulis setelah membaca penulisan orang lain. Ramai yang telah menulis tentang sirah, sunnah, kejayaan, jasa dan ajaran Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.

Cuma beberapa persoalan timbul dalam benak aku yang jahil ni.

Kenalkah kita kepada manusia agung bernama Muhammad bin Abdullah itu? Kita tahu dia adalah sebaik2 manusia, tapi, kenapa kita lebih suka mengikut ketegasan dan kekerasan Umar? Kenapa kita ingin mati syahid seperti Hamzah? Mengapa kita ingin jadi kaya seperti Abdul Rahman?

Sedangkan cara hidup dan cara mati Muhammad bin Abdullah itulah yang terbaik.

Juga, kenapa kita harus berpakaian seperi seorang Arab kerana ingin menghidupkan Sunnah baginda? Aku rasa baginda tidak pernah menyuruh berbuat demikian melainkan berkata dirinya adalah bangsa Arab, lalu dia hidup sebagai seorang Arab. Jika semua ingin berpakaian seperti seorang Arab kerana ingin mengikut sunnah, apa signifikan ayat dalam Quran yang menyatakan manusia itu dicipta pelbagai bangsa supaya kita saling kenal mengenal (ta'aruf)?

Entahlah, takut pulak aku dilabel sesat nanti. Tak pasal jadi macam kawan aku Adi, disamakan dengan Astora Jabat pulak. Kesian Adi. Huhu.

p/s: Sebenarnya aku tak mampu menulis sebab asyik berchatting di Utpchat.net thru tunnel link. Saje je kasik alasan. Tak guna sungguh aku nih.

Friday, March 10, 2006

Litup.

Sebenarnya dua tiga hari ni mood dan kesihatan aku kurang baik. Aku pon tak tahu nape.

Tengahari tadi, aku baca paper The Sun cam biase. Tiba2 mood aku bertambah tak baik bila membaca beberapa komen dalam satu artikel tentang isu tudung di sekolah. Kemudian ada satu artikel lagi yang turut menyentuh sensitiviti aku. Bertambah tak best mood aku.

NOTE:
To Mr Kevin Tan who wrote the article for the Guest Column on page 16.

Your article is very interesting. However, your view on the similarity between the responses of Confucian Chinese (inspired from Jet Li’s Fearless) and Muslims towards Western modernization, in my opinion is unconvincing and inaccurate. I believe even the most moderate (but religiously educated) Muslims will not agree with you. You cannot compare foot binding with hijab or capital punishment with stoning for adultery because you are comparing culture from ‘tradition of a race’ and ‘religious obligation’. In a sense, may I ask, should we trade high level of integrity and culture with corruption and capitalism for the sake of ‘modernization’? I don’t think so.

Another thing, about the wisdom of Prophet Muhammad (pbuh) in calling upon his followers to seek knowledge even unto China... if I'm not mistaken, that is based on a fake 'hadith'


Thank you
- Sayuti

Isu aurat dan tudung ini aku rasa sangat lapuk, tapi masih tak selesai2 lagi.

Dulu kat UTP, dalam forum Grapevine, inilah isu yang paling hangat. Segala macam teori, hujah, pandangan, dalil etc dah keluar. Paling menarik, pandangan si Adi. Sampai ada orang samakan beliau dengan Astora Jabat.

Haha, sian kau.

Hakikatnya, dia tak sama langsung dengan Astora Jabat. Potensi si Adi jauh lagi tinggi.

Walau bagaimanapon, aku tak setuju dengan pandangan beliau tentang isu aurat dan tudung. Aku mendebatkan pandangan beliau dengan menimbulkan beberapa persoalan lain daripada persoalan2 yang beliau kemukakan. Persoalan aku tak dijawab, tapi dia berjaya mengalihkan perhatian orang lain dengan komen panjang lebar tentang frasa "tak setuju" yang aku gunakan di awal ayat.

Dia berjaya. Persoalan itu mati di situ saja.

Maka pandangan aku tentang isu tudung masih kekal. Aku hormati pandangan beliau tentang isu tersebut. Pada pandangan aku, kita berhak mempunyai pandangan sendiri selagi kita mempunyai asas yang kukuh dan sanggup menanggung risiko daripada pegangan kita itu.

Sesungguhnya aku merindui Grapevine. Skang, MyUTP pon dah takleh tengok dari ofis.

Apa pandangan aku tentang isu aurat dan tudung? Cuba renung2 dialog2 rekaan aku di bawah:

Penyoal: Apa pendapat tentang pemakaian tudung dan aurat?
Muslimah itu: Kami ada hak untuk pakai atau tidak. Yang penting ialah bagaimana kami menjaga maruah dan kesopanan kami. Bukan apa yang kami pakai.
Penyoal: Bagaimana pula dengan undang2 berkenaan wanita di Malaysia?
Muslimah itu: Tidak adil! Diskriminasi. Kami mahu diberi lebih perlindungan!

Muslim itu: Wanita sekarang, pakai seksi2. Tanak pakai tudung. Tanak tutup aurat!
Penyoal: Anda tahu tentang ayat Quran yang suruh lelaki beriman menjaga mata?
Muslim itu: Oh, pandangan pertama itu kan rezeki.
Penyoal: Bukan ayat itu yang saya maksudkan.

Muslimah lain: Kami kena tutup semua kecuali muka dan tapak tangan. Pastu kena labuhkan tudung ke paras dada. Kamu senanglah, cuma perlu tutup dari atas paras pusat hingga ke bawah paras lutut.
Muslim lain: Kami kena tutup bahagian itu sebab di situ terletak aset paling berharga dan penting. Kamu...

Minah itu: Tak malu ke pandang2 saya macam tu?
Pemerhati: Awak?
Minah itu: Saya? Kenapa dengan saya?
Pemerhati: Tak malu ke pakai macam tu?
Minah itu: Saya bukan dedah pon. Apa saya nak malu?
Pemerhati: Jadi, buat apa saya nak malu juga? Saya sekadar menganggar ketinggian bukit dan kedalaman lurah saja. Bukan saya tengok yang terbuka pon.
Minah itu: Kurang ajar!
Pemerhati: Ajarkanlah saya...

Penyoal: Kenapa wanita itu dirogol?
Muslimah tersebut: Sebab lelaki tak tahu kawal nafsu!
Muslim berkenaan: Sebab wanita naikkan nafsu lelaki.
Muslimah tersebut: Sebab kamu tak jaga mata!
Muslim berkenaan: Sebab kamu tak tutup aurat!

Muslimah Yang Kakak: Bukan akak tanak pakai tudung, tapi panaslah.
Muslimah Yang Adik: Akak, tapi kat sekolah, ustazah cakap, api neraka itu sangat panas. Panas macam pakai tudung ke?

Penyoal: Ada dialog lain tak?
Aku: Takde kot. Dah takde idea.
Penyoal: Naper?
Aku: Malas nak fikir. Nak kemas2 barang cepat2.
Penyoal: Kamu nak ke mana?
Aku: Nak bersiap gi Puduraya nih. Naik bas nak pergi jenguk bini tersayang. Oh ya, aurat bini tersayang halal untuk saya tengok. Malah, bukan setakat tengok saje. Ngah ngah...
Penyoal: Oh, begitu. Bas pukul berapa?
Aku: Ngah ngah...
Penyoal: Encik Sayuti?
Aku: Ngah ngah... slurpz~
Penyoal: ENCIK SAYUTI?!
Aku: Oh, maafkan saya. Saya terbayang sesuatu yang menarik.
Penyoal: Patutlah...
Aku: Patutlah aper?
Penyoal: Seluar awak... terangkat ke depan.

*Blushing*



p/s: Sori aku merapu. Mood aku tak baik. Perut aku kembung. Ye ye, perut aku memang sentiasa kembung. Tapi, hari ni kembung lain. Kembung angin.

Monday, February 06, 2006

Ngantuk?

Hasil kerja di ofis pada hari ini...

Si Gila dan Si Alim

Teringat aku sebuah cerita
Si Alim bertemu Si Gila
Di sebuah hospital bahagia
Begini kisahnya...

Ada Si Gila lain gelagat
Duduk termenung dagu ditongkat
Dari kejauhan Si Alim melihat
Terlintas di hatinya ingin menyakat

"Wahai Si Polan apa kau fikir?
Bagai satu masalah yang getir
Kongsilah denganku barang secangkir
Agar bebanmu dapat disingkir"

Lalu Si Gila pantas mendongak
Senyum menayang gigi yang rongak
Gembira hatinya Si Alim mencangak
Seronok bila fikirannya dicongak

"Wahai saudara yang bijaksana
Aku sedang mencari apa maknanya
Betapa sedapnya tidur yang lena
Ditutur manusia di mana2"

Si Alim menjawab dengan selamba
"Tentulah sedap tidur yang lena
Bila jasad dibuai selesa
Bila jiwamu lupa segala"

"Jika begitu wahai saudara
Bukan di situ letak sedapnya
Kerana dalam tidur yang lena
Engkau tidak merasa apa2"

"Betul juga kata Si Gila..."
Si Alim terdiam seketika
"Maka sedapnya tentulah bila terjaga!"
Si Alim cuba untuk meneka

"Bila terjaga musnahlah lena
Bila terjaga bukan lagi tidur namanya!
Maka bukan di situ juga letak sedapnya
Kerana di situ sedapnya terjaga"

Si Alim terdiam seribu bahasa
"Ya tak ya juga," getus hatinya
Berlalulah Si Alim dengan segera
Sambil berbisik perlahan, "patutlah engkau gila..."

ofis @L23T2 PTT 1804hrs

Sekian, time kasih

p/s:
sedapnya tidur ialah ketika mengantuk tak hingat sbb berjaga sepanjang malam di rumah member lantaran tertinggal tren terakhir setelah melepak2 membuang masa di kedai kopi dan terpaksa ke ofis keesokan harinya. dah 24++ jam aku tak tido...
anyway, tidur paling sedap ialah meniduri isteri. hehe
:D~