Showing posts with label The Partnership. Show all posts
Showing posts with label The Partnership. Show all posts

Friday, March 13, 2009

Sayut & Erynn2 - 5

Seven years. And counting...

Back then;

Time flies.

We're finally living together after three long years of LDR. Well, they say seven is a lucky number.

Perhaps we're going to be luckier this year?

InsyaAllah...

Syifaak: Papa, Mami. Nak nenen...
Papa: Nak nenen gi dekat Mami.
Syifaak: Papa pon ade nenen gak. Tapi, Syifaak tanak nenen Papa. Syifaak nak adik je.
Mami: Hehehe (adoi)

Syifaak: Oh ye, Uncle Kmie. Tahun ni takde background music sempena Uncle Kmie nak kawen lusa. Papa, Mami ngan Syifaak maybe tak dapat datang la... Sori ye Uncle.

Thursday, November 06, 2008

Sayut & Erynn2 - 4

Tok Imam: Mas kawennya mana ye?

Aku: Kejap-kejap (Seraya mengeluarkan wallet)

Semua orang tergamam melihat aku mengeluarkan dua keping RM10, dua keping RM1 dan sekeping syiling 50 sen daripada dalam wallet tersebut. Setelah pasti jumlahnya RM22.50, aku hulurkan pada Tok Imam.

Tiba-tiba semua orang gelak besar.

Ummi: Laa, tak letak dalam sampul ke? (Suara panik)

Aku: Kena letak ke? (Muka sudah merah, berpeluh-peluh) Kenapa tak cakap awal-awal. Kan pagi tadi orang dah tanya. Takde orang bagitau pon.

Ummi: Hmm... orang lain sibuk bersiap!

Pak Su: Nah! (Sambil menghulurkan sekeping sampul duit raya kosong). Buat malu betui la hang ni...

Aku: Huhu.

Aku masukkan duit yang aku keluarkan daripada dalam wallet tadi ke dalam sampul tersebut. Tok Imam kasik isyarat suruh hulurkan kepada bini tersayang.

Dan penyerahan tersebut dirakam oleh Pak Su.


Di sebalik mekap tebal oleh Mak Andam, masih jelas riak wajah bini tersayang yang termalu akibat perbuatan kurang senonoh aku tadi.

Juga jelas ekspresi wajah seorang lelaki pervert yang baru aje sah mendapat lesen untuk membuat anak...

Hohoho.


p/s:
Selamat ulangtahun perkahwinan ketiga, ayang. Sori, dinner steamboat dekat restoran Shabu Shabu semalam tak berapa best dan romantik. Syifaak punye pasal. Huhu.


***

SAFETY TIP:

Be careful when using the guest room's toilet bidet in Berjaya Time Square Hotel. The tap may be wrongly installed.

Conventionally, the blue indicator on the tap should represents cold water flow while red represents hot. These indicators may have reverse effect due to wrong installation.

I literally burned my a*s last night when I turned the bidet tap max to blue . Yeah, go on... laugh like my beloved wife did, but I believe this is a painfully serious matter. I was considering suing the hotel.

Then again, I was not an official guest of the hotel. The room was registered under my wife's name for a Company's official function.

Huhu.


NOTE: This Safety Tip message is in support to my Company's 'HSE at heart' initiative.

Thursday, March 13, 2008

Sayut dan Erynn2 - 3

PEMBERITAHUAN:
Aku tak tahulah Kmie singgah blog aku ke tak lagi. Sebagai programmer manager yang cemerlang, seharusnya lagu tema entri ni tidak akan mengakibatkan PC beliau lag lagi, seperti tahun2 sudah.


Hari ni genaplah usia perchentaan kami enam tahun. Dulu berdua, kini sudah bertiga.

Banyak yang telah kami lalui sepanjang enam tahun lepas, dan insyaAllah, banyak lagi yang akan kami tempuhi bersama nanti.

Moga Allah memanjangkan jodoh dan usia kami sehingga Syifaak besar, kahwen dan kami dapat cucu.

InsyaAllah...


p/s: Hepi eniverseri sayang. Muah!

Tuesday, November 06, 2007

Tekak...


Pada tanggal hari ini, dua tahun sudah, seorang jejaka kacak telah menamatkan zaman bujang beliau dengan menikahi seorang gadis montel dan comel di sebuah rumah banglo yang terletak sekitar Semerah, dekat Batu Pahat.

Jejaka kacak berkenaan melafazkan akad nikah dengan jayanya pada cubaan ketiga, setelah dua cubaan awal beliau disabotaj oleh saksi2 serta tok imam berkenaan.

Jejaka kacak berkenaan juga telah berjaya menghiburkan para hadirin apabila secara spontan mengeluarkan wang berjumlah RM22.50 secara terus dari dalam dompet beliau untuk membayar mas kahwin ketika diminta berbuat demikian oleh tok imam.

Sebagai mengingati hari tersebut, mari kita ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan kepada jejaka kacak berkenaan dan pasangan beliau yang montel dan comel serta sedang sarat mengandung lapan bulan. Ucapan dalam bahasa orang putih adalah:

"Happy second anniversary Erynn and Sayut!"

Mari juga kita doakan agar rutin 'pasangan hujung minggu' yang mereka tempuhi sejak dua tahun lepas berakhir dengan segera, setidak-tidaknya sebelum kelahiran anak mereka yang pertama tersebut. Moga-moga, cepatlah jejaka kacak berkenaan menerima surat transfer yang sekian lama ditunggu2.

Amin.

Oh ya, doakan juga agar batuk yang dialami jejaka kacak berkenaan sejak minggu lepas sembuh dengan segera.

Amin.


p/s: Tahniah dan terima kasih kepada AJK Sensasi Aidilfitri 2007 - Nik Azrul, Farid, Hasfuan, Marissa, Teh, Nurita, Mukmin, Irman, Dewi, Wong, Azalia, Fakri, Pedot, Arfah, Zizi, Liyana, Yanty, Farah, Ijan, Lan, Mokh, Jihah dan lain2 yang aku terlupa masukkan kat sini - atas kejayaan majlis sebentar tadi. Nanti kalau ada majlis atau program lain, aku rekrut korang lagi ye...

Thursday, July 12, 2007

Senyuman.

Assalamualaikum...

hepi besday ayang

NOTE
: Image of a cuddly stuffed goat from Jellycat taken from Arte Bebe. I first saw it in Ulam Project.

Tuesday, March 13, 2007

Sayut dan Erynn - 2.

PEMBERITAHUAN:
Lagu tema Sayut & Erynn ini mungkin kedengaran di background. Maaf kalau lagu berkenaan membuatkan PC anda lag atau hanging.

(Notis di atas ditujukan khas untuk Kmie sejak tahun lepas lagi. Tapi, aku yakin PC Kmie skang dah cukup power)



Hari ni, genap usia percintaan aku dan Erynn lima tahun. Kejap je. Aku ingat lagi, first date kami, sehari setelah dialog dalam mIRC tersebut berlaku.

Cafe Village 4.

Lagu tema bermain di background. Radio milik gerai yang jual air.

Erynn makan mi goreng. Aku ingat lagi mi goreng tersebut, sebab dia tak offer kat aku pon.

Hari tu, kami bercerita tentang keluarga masing2.

Erynn bawak gambar family beliau. Ayah dan mak Erynn, dua2 guru besar. Erynn anak kedua daripada empat beradik. Abang sulung Erynn dah takde. Baru meninggal tahun sebelum tu. Adik laki, nama manjanya Den. Adik perempuan, Ina.

Erynn tunjuk gambar rumah. Besar. Tak sampai dua tahun keluarga Erynn pindah masuk. Sebelum tu, tinggal di rumah teres dekat bandar.

Kami bercerita. Dan bercerita. Selama lebih dua jam. Tapi, aku tak ingat cerita apa. Sebab aku asyik tengok Erynn makan mi goreng.

Mmm, sedapnya.

Sampai habis, Erynn tak offer pon kat aku mi goreng tersebut.

Huu...



p/s: Selamat menjadi ayah dan ibu kepada Azra dan Zayful yang selamat menimang anak mereka yang pertama kelmarin. Tahniah!

"Eh Sayut? Ko bila lagi?" seseorang.
"Entahlaa... I'm shooting a moving target...moving, distant target. Susah..." aku.
"Sian..." mereka.

Monday, March 13, 2006

Sayut dan Erynn.

PEMBERITAHUAN:
Lagu tema untuk hari ini mungkin kedengaran di background. Maaf kalau lagu berkenaan membuatkan PC anda lag atau hanging.

(Notis di atas ditujukan khas untuk Kmie)

RALAT (14/3/2006):
Erynn ialah housemate Dayak, bukan roommate.

Hari ini (13 Mac), empat tahun yang lalu. Di dalam sebuah CC di Taman Maju, Bandar Seri Iskandar (Ye la, ye la, Toronto Tronoh), Perak.

eRyNn^^: naper laki suka jual mahal?
talapia_82: laki?
talapia_82: bukan ke pompuan yang letak harga?
eRyNn^^: tu mak bapak yang letak
talapia_82: so aku kena tanya mak bapak ko la nnt
eRyNn^^: tanya aku sendiri pon boleh...
eRyNn^^: hehe
talapia_82: hehe
Monitor skrin tak gerak buat seketika.

Lama gak sebenarnya tak gerak. Masing2 blushing kot.

talapia_82: so...
talapia_82: bila nak balik utp?
eRyNn^^: secepat mungkin
eRyNn^^: esok pagi kot
eRyNn^^: bk tak siap lagi

(Eleh, alasan! Hehe)

NOTA: BK = Buletin Kampus. "Hand-out" rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UTP.

"Aaa, Sayut! Ko sembang ape ngan Erynn tu? Senyum2..." Dayak.

Potong stim betul la minah nih.

Aku tumpang Dayak ke CC tersebut. Kami nak download artikel yang Erynn emailkan untuk content BK. Dayak ada kete Kancil. Aku, lesen kete pon takde.

Beberapa bulan sebelum itu, aku telah menawarkan diri untuk berkhidmat dalam exco Penerbitan dan Publisiti yang dipegang oleh Erynn. Erynn menang tanpa bertanding dalam pilihanraya kampus untuk kerusi konstituensi mekanikal.

Agenda tersembunyi aku ketika menawarkan diri ialah untuk mengorat Dayak. Dayak sangat popular ketika itu. Lagipon, aku terminat kat Dayak lepas kami satu group dalam course 'Malaysian Studies' satu semester sebelum tu. Group kitorang buat kajian tentang Al-Arqam (idea aku propose, Dayak seconded), dan kajian kitorang tersebut sangat2 disukai oleh Doc Mat, lecturer course berkenaan, sehingga menjadi contoh untuk student2 lain pada semester berikutnya.

Erynn ialah room(ralat) housemate Dayak. Dek kerana Dayak dan Erynn juga telah berkhidmat dalam exco yang sama untuk MPP sessi sebelum tu, maka, secara automatik Dayak diterima berkhidmat. Aku, seperti orang2 lain, terpaksa di interview dulu.

Cis, kronisme!

Setelah berada dalam exco tersebut, aku masih gagal mengorat Dayak. Dalam pada masa yang sama, aku mula terasa sesuatu kekaguman kepada Erynn. Erynn ada kharisma dan tanggungjawab serta passion yang tinggi dalam penerbitan BK. Dayak pulak macam mula lepas tangan.

Beberapa bulan lepas tu, Dayak jatuh hati dengan sorang senior. Erynn tak suka dengan senior terbabit kerana senior berkenaan konon2nya adalah seorang playboy. Minat aku kat Dayak pulak sudah hilang.

Tiba2 pada satu malam, ketika aku balik dari surau (ish, naper aku nak sebut ek?), aku dapat satu sms daripada Erynn.

'sayut. ko kena slamatkn dayak. aku x sggp tgk die camtu'

Aku tergamam. Pastu, terus call Erynn.

*sok sek sok sek* (Kami ngumpat Dayak dan boiprennye. Detail terpaksa dirahsiakan.)

"Tapi, naper aku?" aku tanya Erynn.
"Ko je yang aku tengok boleh," Erynn.
"Naper tak Mohsein? Naper bukan Nyamok?" aku memberi nama2 member yang diketahui umum ada hati kat Dayak.
"Mohsein... approach dia keras sangat. Nyamok? Out!" Erynn.

NOTA: Mohsein dan Nyamok, kalu korang baca nih, sori ek. Jangan amik ati tau.

Perbualan telefon berkenaan membuatkan aku runsing. Dah la ada projek Engineering Graphic yang tak siap2 lagi. Esoknye dah kena antar.

Aku serabut.

Sampai bilik, tiba2 satu badan cramp.

Adeh, sakit2.

*Gelap*

Bukak mata je, aku nampak nurse. Aku kat hospital. Serangan epilepsy.

"Projek E.G aku tak siap lagi," aku mengeluh.
"Dah2, aku dah buatkan. Aku copy Alham punye. Hehe" Acan, roommate aku.

Hari2 berikutnya, Erynn selalu mintak maaf sebab dia rasa bersalah menyebabkan aku kena serangan epilepsy. Walaupon aku berkali2 nafikan, Erynn tetap mintak maaf.

Sejak itu, Erynn tak lagi sebut apa2 pasal Dayak. Dan sejak itu juga, aku dan Erynn mula rapat, secara profesional. Kawan2 mula bergosip. Geng2 masjid pulak mula datang dan memberi tazkirah kat aku dan mengajak aku join usrah. Aku malas.

Dan hari ini, empat tahun yang lalu, berlakulah dialog di atas dalam mIRC.

Di situlah titik permulaan kisah cinta Sayut dan Erynn.

Hari ini, genap empat bulan satu minggu kami bergelar suami isteri yang sah.

Dan semalam (12/3/2006), Dayak telah selamat diijabkabulkan dengan boiprennya tersebut.

Selamat Pengantin Baru, Noor Hidaya!






p/s: Sebenarnya, aku nak buat kenduri kawen bagi pihak lelaki hari ni. Tapi, Ummi dan Abah nak elakkan kenduri waktu cuti sekolah, sebab orang lain pon nak buat kenduri jugak. Nanti, makanan tak abis. Semua orang makan sikit2 sebab nak penuhi jemputan2 yang lain. Lalu, tarikh kenduri telah ditangguhkan ke 25/3/2006. Alamat dan plan ke rumah kenduri akan dikeluarkan menjelang tarikh tersebut.

Footnote: Lagu yang berkumandang ialah lagu Erynn Solehah Impian Kasih, In-Team. Lagu tema Sayut dan Erynn.