Showing posts with label Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Thoughts. Show all posts

Wednesday, September 23, 2009

Budu.

Kenapa ada istilah raya pertama, raya kedua, raya ketiga...? Sejak bila ummat Islam beraya sehingga sebulan? Tok guru mana punya fatwa nih? Puasa ye la, sebulan Ramadhan. Tu pon ramai yang tak cukup. Ada hati nak beraya sebulan konon...


Kenapa malam-malam menjelang raya, ramai orang pasang pelita keliling rumah? Lepas dah cerah tu, lupa pulak nak jalan pergi surau berteraweh. Adakah kita nak memeriahkan 10 malam terakhir Ramadhan atau nak tiru orang Hindu menyambut Deepavali?

Kenapa takbir Hari Raya selalunya berbunyi sayu (bukan Sayuti) mendayu-dayu? Bukan ke kita meraikan kemenangan melawan nafsu? Kenapa tak bersemangat? Dah menang, kena la semangat! Atau, adakah mendayu-dayu itu, tanda kekalahan? Oh! Mungkin juga mendayu-dayu sebab sedih Ramadhan telah meninggalkan kita... Ye la tu.

Pastu, kenapa bila raya kena bagi duit raya? Kenapa kena bagi duit dalam sampul duit raya? Ni budaya kita ke tiru orang Cina sambut Tahun Baru Cina? Orang Cina bagi ang pow kaler merah. Kita bagi 'ang pow' kaler hijau. Siap ada syarat, orang yang dah kahwin dan dah kerja, tak boleh dapat duit raya. Dah la main mercun pon nak tiru orang Cina... mungkin kita nak halau setan-setan yang baru lepas belenggu neraka kot.

Nasib baik budaya hantar kad raya dah tak berapa popular. Semua pakai online, e-kad, email, SMS dengan MMS je sekarang ni. Budaya kad raya ni, sebenarnya dari mana ye? Aku pon tak tahu. Dulu, rajin jugak hantar kad raya dekat keluarga dan awek-awek. Sekarang, SMS pon malas. Walhal, 1 sen je pon kredit. Huhu.

Lepas raya, disunatkan kita puasa enam. Yang lawaknye, ada pulak sambut hari raya puasa enam!

Haha.

Memang betulla kita ni suka beraya.

Sunday, September 13, 2009

Muniandy.

Kerana terlalu sibuk mencari salah orang lain, kita lupa mencari salah diri sendiri.

Kerana sibuk minta maaf kepada orang lain, kita lupa untuk minta maaf kepada diri kita sendiri.

Sesungguhnya, kita lebih banyak menzalimi diri kita sendiri tanpa kita sedari.


Dan tanyalah diri, layak ke kita nak berhari raya tahun ni?

Sedangkan puasa kita di bulan Ramadhan, hanya sekadar lapar dan dahaga.

Tuesday, September 01, 2009

RON95?

Bila mana aku berbincang dengan atau membaca blog-blog berbaur politik tulisan anak-anak muda yang cenderung kepada Pakatan Rakyat, seringkali dikatakan kerajaan Barisan Nasional memperbodoh-bodohkan rakyat dalam dasar-dasar kerajaan.

Aku pelik.


Bagaimana anak-anak muda ini boleh menjadi begitu pandai sehingga tahu mereka diperbodoh-bodohkan?

Bagaimana mereka memperolehi pendidikan tinggi jika betul Barisan Nasional ingin memperbodoh-bodohkan mereka?

Bukankah tidak bijak bagi Barisan Nasional yang memegang tampuk kerajaan Malaysia selama 52 tahun menyediakan sistem pendidikan bermutu, biasiswa kecil dan besar, skim-skim bantuan pendidikan, jika matlamat sebenar mereka akhirnya ialah memperbodoh-bodohkan rakyat?

Paradoks.

Benarkah anak-anak muda yang rasa diperbodoh-bodohkan ini betul-betul bijak atau sememangnya mereka bodoh?

Siapa yang bodoh sebenarnya?

Aku kot...

Haha.


Notagambar: Ini kepala kambing yang masih melekat dengan badannya. Bukan kepala lembu. Tidak sesuai dipotong untuk tujuan demonstrasi membantah penularan budaya 'black metal'.

Sunday, May 17, 2009

Mengarut...

Orang tua zaman sekarang selalunya suka layan lagu-lagu oldies. Bagi generasi muda zaman sekarang, kita panggil lagu-lagu ni sebagai klasik. Sinatra, Elvis, The Beatles, Mat Jais sebagai contoh.

Hakikatnya, itulah lagu-lagu yang menjadi pujaan mereka ketika mereka masih muda dulu.

Agak-agak, bila kita sampai usia mereka nanti, adakah kita juga akan melayan lagu-lagu yang kita suka dengar zaman sekarang ni?

Apa yang sedang bermain di radio sekarang? Video musik apa ditayang di TV? Apakah lagu-lagu dalam playlist kamu?

Sekarang, cuba bayangkan diri kamu 50 tahun dari sekarang, bersama anak-anak atau cucu-cucu, tengah headbanging mendengar lagu yang sama...

Hmmm....

Monday, February 23, 2009

Keesokan.

Apa sebenarnya erti sudah dewasa? Bilakah kita boleh kata kita sudah matang sebenarnya?

Adakah umur yang menentukan? Atau pengalaman yang telah dilalui? Atau ilmu yang luas? Atau tahap IQ yang tinggi?

Adakah kamu rasa kamu sudah dewasa sekarang?

Cuba kamu ingat balik ketika kamu mula meningkat remaja dulu. Lepas kamu berkhatan dulu. Lepas kamu tumbuh misai, janggut atau bulu di tempat-tempat tertentu. Kalau perempuan, lepas kamu datang period dulu. Atau membengkak di bahagian-bahagian tertentu.

Waktu tu, ada tak kamu rasa perasaan yang sama? Rasa macam dah besar, dah dewasa. Dah teruna dan remaja.

Apa beza perasaan itu dengan perasaan bila kamu bergelar suami, atau isteri?

Atau sama saja?

Kemudian, kamu menjadi bapa, atau ibu. Adakah kamu rasa kamu bertambah dewasa? Atau bertambah matang?

Atau fikiran kamu masih di tahap dulu lagi? Masih berperangai seperti budak-budak teruja tengok belu bulu.

Bila agaknya kita betul-betul dewasa?

Sesungguhnya aku tak tahu.

Wednesday, December 10, 2008

Azmin.

Simpati aku kepada penduduk Bukit Antarabangsa hilang bila menonton berita semalam dan membaca surat khabar hari ni.

Setahu aku, rata-rata penduduk di sekitar kawasan ni terdiri daripada golongan elit dan berada.

Mungkin dia sudah biasa menjadi bos dan mengarah orang buat itu dan ini. Bila kena angkut barang sendiri dan tidak dibantu, mulalah naik angin. Sudahlah baru kehilangan harta dan tempat tinggal yang berjuta harganya...

Mungkin dia pembayar cukai yang patuh, sebab tu dia marah. Duit cukai dia yang bayar gaji petugas-petugas ni.

Mungkin kita pon akan marah kalau berada dalam situasi beliau.

Entahlah...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jika terjadi pada kita, baru kita tahu kot seksanya. Mungkin kita pon mengamuk jugak kot...

Tapi, sebelum mengamuk, cubalah fikir-fikir balik.

Muhasabah diri...

Bukan ke kalau kita lalu tepi pengemis, selalu je kita ingat pengemis tu anggota sindiket itu dan ini. Jadi, buat apa nak tolong pengemis tu? Entah-entah, hari-hari duit hasil dia mengemis tu lagi tinggi dari gaji kita tiap-tiap bulan...

Ye tak?

Bukan ke kalau ada majlis gotong-royong, kita jarang nak dapat meluangkan masa sebab kita ni sibuk? Maklumla kan, bos... Gotong-royong kenduri kahwin? Ape tu? I ni bukan orang kampung tau...

Ye tak?

Bukan ke kalau ada kematian dekat kawasan kita, jarang benar kita nak pergi tolong-tolong uruskan jenazah? Jangankan nak tolong kafankan, tolong jadi jemaah sembahyangkan pon jadilah. Kalau tak dapat nak sembahyang sebab seluar kotor pon, iringi jenazah ke kubur pon jadilah. Ni tak, tolong tengok tanya berita pon susah. Lainlah kalau Datuk tu, atau Tan Sri ni... Hatta kena ikut ketuk gong pon sanggup...

Ye?

Bukan ke kalau kita bawak kereta masuk kawasan perumahan atau balik kampung waktu raya, kita nampak orang berjalan kaki dari perhentian bas, kita tak berhenti bagi tumpang? Kotor pulak BMW aku nanti. Entah-entah, penjahat mana pulak tu berjalan tengah-tengah hujan ni. Kang bagi tumpang, tak pasal-pasal aku kena rompak. Tak pon kena rogol. Kalau awek takpelah jugak nak bagi tumpang. Tapi, awek pon, entah-entah hantu... eee, takut.

Tak?

Bukan ke kalau orang bawahan kita nak claim overtime, kita soal sebutir-sebutir kerja yang dia buat? Walhal kerja tu, kita jugak yang bagi... Masa kita bagi tu, ada ke kita tanya dia mampu siapkan dalam tempoh kerja dia ke tak? Pernah ke kita ajar dia macam mana nak buat kalau dia tak tahu? Kita tahu ke macam mana nak buat? Eh, tentulah I tahu. Takkan kerja-kerja simple ni pon nak suruh I buat? I kan bos...

Ye?

Bukan ke kalau adik kita, atau abang kita, atau kakak kita telefon, atau sms mintak duit, kita selalu je takde duit? Aku banyak tanggungan lah. Kereta nak bayar. Rumah nak bayar. Korang tak reti cari duit sendiri ke? Dah la tiap-tiap bulan aku je yang bagi duit kat mak bapak...

Tak?

Bukan ke kalau kita tengok kawan sepejabat terkial-kial buat kerja, kita tak pergi tolong? Tolong ajar pon tak. Buat apa nak tolong? Kalau dia tak kompeten, lagi cepatla kita naik pangkat. Baru bos nampak kita hebat. Siapa suruh dia tak reti buat kerja tu...

Ye?

Bukan ke kalau bini kita tengah masak kat dapur, kita tak tolong jaga anak? Eh yang, baby berak ni. Tukar la lampin dia. Apsal rumah bersepah ni? Tu baju I campak semalam tu, tak reti ke nak kutip?

Ye tak?

Bukan ke kalau suami kita baru balik kerja, kita tak offer nak bancuh air atau picit-picit badan dia? Hey, I penat urus rumah tau. Baby pon I yang bagi susu. Dah la I pon kerja jugak. You ingat I ni orang gaji ke?

Ye tak?

Tak perlu nak hitung berapa jumlah zakat yang kita patut bayar tapi tak bayar. Cukuplah dengan merenung perbuatan kita setiap hari. Bila Allah SWT turunkan ujian sebagai peringatan dan pengajaran, kita masih mahu sombong dan berasa diri besar.

Apa tak tahu malu ke kita?

Selama mana kita sibuk mengumpul harta, dalam sekelip mata je Allah SWT boleh tarik balik.

Berapa banyak wang yang kita simpan, dalam sekelip mata je Allah SWT boleh hilangkan nilainya.

Supaya kita sentiasa beringat, yang tiada daya melainkan izin Allah SWT.

Duit tu, kumpullah berjuta bilion trillion pon, takde nilai dan tak boleh buat apa-apa kalau Allah SWT tak bagi.

Makanan tu, biarlah Chef Ramsay yang masak pon, takkan rasa sedapnya kalau Allah SWT tarik nikmat deria rasa dan bau dalam hidung dan mulut kita.

Anak kita tu, hantarlah tuisyen dan belajar sampai ke menara gading pon, kalau Allah SWT tak bagi hidayah, tak jadi orang jugak. Kalau jadi orang pon, kalau Allah SWT nak panggil mengadapNya, bila-bila masa saja dia boleh pergi.

Ingatlah juga yang diulang-ulang dalam surah Ar-Rahman. Itulah muhasabah terbaik untuk kita.

Inilah hakikat ayat 28 surah Ar-Ra'd. InsyaAllah, barulah hati kita akan menjadi tenang.

Tak perlu nak yoga-yoga.



p/s: Kadang-kadang, sayuti jugak dengar lagu Setulus Doa - Hijjaz ni...

Wednesday, November 05, 2008

Couple.

1. I'm in PJ, attending training. My beloved wife is in BB, attending conference.

2. Tomorrow's our third wedding anniversary. Time to get romantic?

3. Who's gonna win? Obama or McCain? Yeah, politic is not romantic.

4. Class is about to start.

End for now.


p/s: Blog later.

Wednesday, October 29, 2008

Melencong...

Mari menjawab tag, courtesy of Pak Wan.

What were the 5 things on your to do list today?

  1. Aku takde to-do list, so, for the sake of this taggie thingie (ee, geli), kita assume aku ada list tersebut.
  2. Dek kerana diadakan dari ketiadaan, maka list tersebut adalah kosong. Jadi, perkara pertama yang kita harus lakukan hari ni ialah buka mata dan bangun dari tido. Ya, seperti hari-hari lain juga.
  3. Setelah bangun tido, ke bilik air, gosok gigi, berak dan ambil air sembahyang.
  4. Sembahyang Subuh.
  5. Tido balik sementara menanti waktu yang sesuai untuk bangun, mandi, dan pergi meeting.

What are 5 snacks that you enjoy?
  1. Korang boleh refer tag dekat entri aku dua tahun lepas, tagged by Kak Sya. Ada sepuluh jenis makanan aku senaraikan, tapi korang boleh tolak tiga terakhir tu sebab tak spesifik (meskipon masih relevan)
  2. Yang kelapan ialah megi kari (bukan Intan-chan) yang dimasak bersama sebutir telur
  3. Seterusnya, sotong masak cili Awie Tiram Bakar dekat Kerteh. Kuah dia sedap betul.
  4. Tiram Bakar Awie, sebab bini tersayang order dekat dua dozen hari tu.
  5. Kacang cerdik atau nama ala Perancisnya, pistachio nut.

What are the 5 things you would do if you are a billionaire?
  1. Berhenti berangan-angan ingin menjadi billionaire (sebab dah jadi), lalu membeli sebijik banglo yang ada swimming pool.
  2. Simpang setengah bilion dalam Bank Islam.
  3. Duit lebih-lebih tu, buat bukak kompeni sendiri dan menggunakan dasar nepotisme dalam memilih lembaga pengarah, dan ahli jawatankuasa pengurusan. Pandai-pandai la diorang berniaga.
  4. Terus bekerja dengan kompeni sekarang.
  5. Teruskan hidup seperti biasa (OK la, tak seperti biasa sebab dah boleh bermewah-mewah sikit)

What are 5 jobs you’ve had?
  1. Juga boleh di refer dekat entri aku dua tahun lepas.
  2. Tapi, dulu empat je.
  3. Jadi kena ada yang kelima.
  4. Kalu yang keempat dulu adalah Eksekutif HR.
  5. Yang kelima, iaitu pekerjaan sekarang, ialah Eksekutif (Peningkatan Kecekapan - HSE). Direct translation kepada position title Executive (Competency Development - HSE)
Tag 5 other Blogger…?
  1. Kalu aku tag Che Det, sah-sah beliau tak buat.
  2. So, aku tag kau je lah.
  3. Iyer... engkau yang tengah baca tag ni. Macam la aku tak tau sape kau.
  4. Actually, aku memang tak tau pon.
  5. Camni lah. Untuk senang, aku suruh Nisa je lah buat.

p/s: Ok Pak Wan, setel! Sangap-sangap duduk hotel yang tak berapa berseri dekat Seremban ni, jadi gak satu entri.

Saturday, October 11, 2008

Setahun.

1. Adakah kamu masih berhari raya Aidilfitri?

2. Hari raya Aidilfitri bukan sebulan. Aidilfitri cuma satu hari saja, iaitu pada 1 Syawal.

3. Yang sebulan itu, puasa. Walaupon itu hakikatnya, lebih ramai yang beraya sebulan daripada berpuasa sebulan.

4. Golongan wanita kebanyakannya termasuk dalam golongan yang tidak dapat berpuasa sebulan kerana mereka mengalami kitaran haid. Kalau yang lelaki, tak tahulah pulak aku.

5. Boleh ke kita puasa dua dalam satu? Puasa ganti disatukan dengan puasa enam? Atau lebih advance lagi, puasa empat dalam satu - puasa ganti campur puasa enam campur puasa sunat Isnin dan Khamis campur puasa nazar. Hebat tu, kalah syampu.

6. Ada setengah golongan wanita kata boleh, sebab mereka nak dapat juga pahala puasa enam tu walaupon mereka tak puasa penuh sebulan Ramadhan disebabkan kitaran haid.

7. Bukankah golongan wanita mendapat pahala mengandung, pahala melahirkan anak, bahkan boleh juga meninggalkan solat ketika haid. Lelaki tak dapat semua tu.

8. ayg gendut =]

9. No 8 di taip oleh bini tersayang yang tiba-tiba datang menyibuk. Beliau masih belum mandi pagi. Masyam.

10. Kita sambung semula di lain hari kerana terdapat gangguan teknikal. Wallahualam.


p/s: Takeaway daripada tazkirah Ustaz Aidil Adha sebelum majlis ofis terbuka HRM hari Khamis lepas. Juga daripada sebuah artikel dalam akhbar tempatan baru-baru ni.

Wednesday, September 24, 2008

Wallhack.

One day, in a college, a lecturer named Mr Sayuti suddenly gave his students a pop quiz.

The students were obviously not prepared, but Mr Sayuti said, "You may want to cheat in this quiz if you want. I will not stop you."

"How come you're allowing us to cheat? I thought we're not supposed to do that!" a student asked.

"Well, it is really up to you. I just want to demonstrate that cheating is a skill that you may want to use in your life later on, to ensure you achieve something, or just for your survival..." Mr Sayuti explained.

"It can also reflect on how resourceful you are in getting something done," he added before looking at his watch and announced, "You may begin answering now. Quiz ends in ten minutes."

The students began answering. Majority of them cheated by copying others, looking at their notes, discussing and talking to each others, but Mr Sayuti seems to ignore his students' act.

"Ok, times up!" he announce before collecting the answer sheets. The students seems happy that they managed to answer most of the questions.

During the next class, he returned the marked quiz papers to the students. Majority of them failed the quiz, even though they gave the right answers. Only a few who didn't cheat passed the quiz.

Before the class asked, Mr Sayuti said, "Today, I'm teaching you the value of integrity, and the importance of being honest and upright..."

The end.

In case you're wondering, I thought of the story while ironing my uniform yesterday. It has something to do with what happened at work a couple of days earlier, which I really regretted.

No, I'm not the one who cheated.

Although, I have to admit that I did cheat in some quizzes and tests back in UTP (Well, who doesn't? Probably just Farizwan aka Chek Mek. Huhu) and that is probably one reason why Allah didn't make me an engineer.

Now I see why.

p/s: Selamat meninggalkan Ramadhan. Selamat menyambut Aidil Fitri. Jangan lupa bayar zakat fitrah. Pandu cermat. Semoga puasa tahun ini telah melatih kita untuk bersabar di jalan raya. Amin.

Wednesday, March 19, 2008

Gembala...

"Tapi dia salam-salam dengan laki-laki dalam majlis hari tu," kata Kak Ros, bergosip dengan Farah pasal barisan kabinet yang baru.

"Kenapa kalau dia salam?" aku mencelah dengan tiba-tiba. Kak Ros buat muka pelik.

"Mana boleh. Kan haram..." Kak Ros jawab.

"Kenapa haram?" aku tanya lagi.

"Haram, kan?" Kak Ros macam tak pasti. Muka beliau berkerut cuba mengingat sesuatu, kemudian ekspresi beliau berubah seperti pasti, "hari tu Ustazah cakap haram!"

"Haram, lah!" Kak Jun pulak mencelah.

"Kenapa haram? Apa sebab jadi haram? Ada dalil ke?" aku bertanya lagi.

"Ada la kot... dah hukumnya macam tu. Ustazah pon cakap haram. Kenapa tak haram pulak?"

"Entah. Setakat yang saya tau, bersentuh laki perempuan yang bukan muhrim, batal air sembahyang. Tu pon mazhab kita je. Mazhab lain kata tak batal kalau tak bernafsu," aku menjawab. "Takde pulak yang sebut haram..."

Dahi Kak Ros berkerut. Anak matanya melihat ke atas, berfikir.

Aku mula la naik syeh nak berhujah. Mentang2 la bos takde sepanjang hari.

"Macam jugak isu budak perempuan pegang babi hari tu. Haram ke dia pegang babi? Babi tu najis. Dah pegang, samak je lah. Yang haram setahu saya, kalau makan babi..."

"Babi kalau kering takpe kan? Kalau basah je haram..." Kak Ros memotong.

"Kering ke basah, babi tu najis. Kalau dah pegang, kena samak. Takde la jatuh haram hukumnya. Kalau haram, berdosa. Kalau betullah berdosa pegang najis, hari-harilah kita berdosa lepas buang air..."

Aku cuba kembali kepada topik.

"Yang saya tahu, ada dalil yang sebut 'menyentuh babi yang berlumuran lumpur itu lebih baik daripada menyentuh perempuan yang bukan mahram'. Macam saya cakap tadi, babi tu najis. Sentuh kena samak, bukan haram. Tapi tu lah, perempuan kalau sentuh, takkan nak samak kot?"

"Tapi kenapa ada perumpamaan macam tu? Dalam Al-Quran takde pulak sebut tak boleh sentuh perempuan. Yang ada, kena jaga mata dan kemaluan, serta tutup aurat, takde la pulak kata jangan sentuh..."

"Orang selalu sebut laa taqrabuzzina sebagai dalil tak boleh sentuh laki perempuan apatah lagi bersalam... tapi, kalau salam dengan makcik pakcik yang langsung tak menaikkan nafsu, ataupon salam protokol, yang langusng tak menaikkan nafsu, akan menghampiri zina ke?"

Kak Mas tiba2 mencelah, "abis tu, macam mana kita nak tahu salam dengan orang tu bernafsu ke tak? Nak selamat, baik tak payah salam langsung..."


"Betul la tu. Tapi, persoalannya, haram ke bersalam tu? Kenapa haram? Apa dalil yang mengharamkan?" aku tanya balik. Kak Ros, Kak Jun dan Kak Mas tak dapat jawab.

"Takpe, biar saya cari. Kalau ada, nanti saya bagitau kat semua..." aku mengoffer.

Aku sebenarnya agak lapang sekarang sebab dah habis handover kerja-kerja kepada Farah dan Sabrina, dua orang eksekutif baru yang akan menggantikan tempat aku. Bagi mengisi masa lapang, aku banyak menghabiskan masa dengan membaca, termenung dan main game sementara menanti surat transfer yang tak kunjung tiba sejak dari bulan lepas lagi.

Aku pon mula menggoogle dan terjumpa satu diskusi yang menarik tentang isu ni dekat satu forum.


Jadi, apa hukumnya?



...



Ish, klik je la kat link tu. Baca dan fikirkan. Takkan nak aku paste kat sini kot? Malas sungguh!




...

Dah baca? Baca dulu sebelum menulis komen ye...

Selain daripada forum tersebut, kebanyakan site lain hanya menyatakan hukum haram, atau berbaur politik. Ada juga site yang mengutuk seorang ulamak besar kerana bersalam dengan seorang permaisuri. Yang mengutuk ahli-ahli politik lagi la banyak. Rata-rata, ramai lebih suka menghukum tapi tak ramai yang dapat menjelaskan asas mereka menghukum. Kebanyakannya dipengaruhi sentimen politik daripada berlandaskan ilmu.

Situasi ni serta keadaan politik semasa dalam negara selepas pilihan raya baru-baru ni mencetuskan kembali beberapa persoalan dalam benak aku.

Adakah ummat Islam hari ni telah kembali menjadi masyarakat yang berpuak-puak? Adakah ummat Islam hari ni lupa kepada akhlak yang ditunjukkan Rasulullah? Adakah kita lupa apa yang Baginda ajarkan? Mana budaya mencari ilmu yang sepatutnya kita amalkan? Di mana sikap rendah diri dan toleransi yang Baginda tunjukkan?

Sempena ulang tahun kelahiran Baginda kali ni, adalah lebih baik kita muhasabah diri kita. Beginikah kita menunjukkan cinta kita kepada Baginda?

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Bersama kita 'Menjana Ummah Gemilang'.

Wallahualam.


p/s: Aku mula menulis entri ni semalam di ofis, tak sempat habis tulis sebab nak kejar bas balik Kuantan. Hari ni nak sambung tulis, hilang pulak idea. Mungkin sebab asyik bermain dengan Syifaak kot. Huhu.

Friday, September 21, 2007

Tragedy.

This afternoon, the DNA test result showed a match between the DNA of both of Nurin's parents and that of the body. That is the most awful news a parent could have after they themselves had to take a look at a body for identification and later denied the body was of their daughter.

So, the question remains... who would be deranged enough to do such thing to an innocent child? How perverted is the predator to insert a brinjal and a cucumber into the child's private part? How the shocking incident goes? Is it really a perverted psychopath who sadistically murdered the innocent child?

As I read through some articles related to the case, I found myself deducting the profile of the killer. I thought of a few theories and I wish to share them here with hope that if they have some plausibility.

I'm not an expert in this and there's already a lot of expert's opinion which came out in the news but let just say this could be the only effort I could offer, besides the prayers.
I want the killer captured and executed in the same - if not worse - manner as what was done to the child.

I believe majority of the people would think that the killer is definitely a male as the victim was a girl and the overall nature and details of the crime. However, a few questions come into my mind which lead me to think that the killer could also be a female and there is more to it than just a sadistic murder.

I would refer to the killer as an 'it' rather than a 'he' or a 'she'. No matter what's the killer's sex is, it is not human.

Why did the killer used a cucumber and a brinjal? It is as if the killer does not have a penis or probably if the killer has a penis, it has erectile dysfunction.
Plus, there was no trace of seminal fluid on or inside the girl's body.

Why did the killer left the vegetables inside the girl's private part whereby all other evidents were wiped clean? Is the killer trying to show the world that it was the 'Kampung Baru Molester' who sexually assaulted two child before this? Or, is it possible that this was an imitation in attempt to mislead the police?

The DNA result showed positive indication that the body could be Nurin's. Nurin was reported last seen being dragged by a man into a van about a month ago. Isn't the modus operandi of the Kampung Baru Molester different? The molester goes around on a motorcycle.

I thought of a scenario of a kidnapping plot went bad. The child could have been kidnapped for ransom, but somehow the kidnapper(s) hesitated or did not expect the parents would go all out in searching for her. Therefore, the kidnapper(s) kept her in custody for the past month. The poor child condition worsen and she lost consciousness. The kidnapper(s) panicked thinking she might have already died. Knowing about the Kampung Baru Molester, the kidnapper(s) did the most gruesome and unthinkable thing to the lifeless body by shoving a brinjal and a cucumber up her private part. The kidnapper(s) put her in a bag and left her to die on the stairs of the shop lot.

The coroner said the poor child died only six hours before her body was found. Witness saw the woman in red with the bag a day earlier.

So, the poor child was dying inside the bag the whole time because of the ruptured rectum!

Irregardless of what was the initial intent, an innocent girl died horribly. That woman in red is the key in solving this crime.

Watching Jodie Foster in The Brave One could really encourage the vigilante spirit in people and hopefully the people get to the killer before the police does. Street justice would be more appropriate for this sort of murderers.

May Allah bless the soul of Nurin (or who ever she was).


p/s: I'm really disturbed by this crime. I couldn't sleep and now typing an entry about it (in English!) in the middle of the night. Hopefully, I could wakeup tomorrow.

Wednesday, August 29, 2007

Berdikari...

Ulangtahun Kemerdekaan ke 50 Malaysia dah dekat.

Aku terpikir apa sebenarnya makna merdeka yang kita banggakan ni? Tahun lepas, aku ada menulis bait2 di bawah ni yang menarik perhatian akak Bunga Rampai:

Sebenarnya,
Kita tak pernah merdeka
Kerana selamanya
Kita adalah hamba...

Aku sendiri dah lupa macam mana bait2 tersebut terlintas di benak aku tahun lepas, lalu digubah jadi puisi. Setiap kali aku tertengok iklan atau filem2 merdeka, aku teringat bait2 tersebut.

Ye lah2. Aku syok sendiri la dengan puisi aku berkenaan.

Entah kenapa aku rasa macam ada yang tak kena bila aku baca puisi tu.

Baru2 ni, aku terfikir. Mungkin aku tersalah tafsir maksud merdeka. Sebab tu aku rasa ada yang tak kena.

Setelah aku pikir2, baru terlintas di hati aku yang merdeka selalu ditafsir sebagai kebebasan. Kalau kebebasan saja, maka tafsiran tersebut aku rasa macam kurang lengkap.

Kebebasan bermakna semua orang boleh buat apa yang dia suka tanpa peduli kesan terhadap diri atau orang lain. Takde undang2. Takde risau dosa pahala. Kalu nak berguling2 di khalayak ramai pon takpe. Samalah macam haiwan, cuma haiwan tatau buat 3gp dan upload dekat internet.

Mungkin ramai yang fikir merdeka itu kebebasan. Sebab tu, kamu bacalah Harian Metro 1 September setiap tahun. Mesti ada kisah2 kondom serta botol2 arak bertaburan di Dataran Merdeka selepas semua orang balik ke rumah untuk tidur dan terlepas sembahyang Subuh atau berarak ke kelab2 sambil menari2 dengan bendera Jalur Gemilang. Kononnya patriotik lah tu.

Itulah merdeka bagi mereka agaknya. Merdeka mereka. Eh, kurang satu D je.

Ada jugak yang berkata untuk faham erti merdeka, kita perlu merasa erti dijajah dulu, macam orang buta yang dapat menghargai dan memahami erti celik dengan sebenar2nya. Proses transformasi dari satu keadaan ke keadaan yang lain. Metamorfosis mutant power rangers bak kata buku sains.

Mungkin betul. Tapi, bukankah semua makhluk berubah mengikut masa? Tapi, aku rasa tak semua makhluk merdeka.

Aku pikir2 lagi.

Tiba2 aku teringat sambutan ulang tahun kemerdekaan Amerika. Orang putih sebut Hari Merdeka diorang, Independence Day. Lalu, aku pon check kamus.

Independence bermaksud 'state of being independent' atau dalam Bahasa Melayu Malaysia 'keadaan yang tidak mengharapkan orang lain'. Satu maksud lagi untuk independence ialah 'freedom from the control, influence, support, aid, or the like, of others' atau dalam Bahasa Melayu Malaysia 'kebebasan daripada kawalan, pengaruh, sokongan, pertolongan atau yang gitu2 daripada orang lain'

Pahamlah aku yang merdeka tu maksudnya begitu. Maka, kenalah dengan bait2 tersebut.

Huhu... serius pulak tulisan aku.

Untuk yang lebih serius lagi, sukacita dimaklumkan bahawa hasil tinjauan skrin hitam putih, jantina anak kepada Sayut dan Erynn telah pon dapat dikesan.

"Sure Alom excited nih... suke je dia nak berbesan dengan kita... " komen bini tersayang.
"Eee... tanak aa berbesan dengan Wak..." aku.

Demikianlah sedikit petikan dialog antara aku dengan bini tersayang.

NOTA: Perhatian kepada Adik Alom, sempena Hari Merdeka yang menjelang tiba, kami ingin memohon maaf di atas segala umpatan2 kutukan2 gossip2 tentang anda dan suami anda yang berlaku di dalam dialog berkenaan.

Bini tersayang sudah mula rancak merancang jadual bershopping. Terima kasih kepada Adik Alom kerana telah membekalkan bini tersayang dengan lapan muka surat senarai barang2 yang anda nak kena beli.

NOTA: Ucapan terima kasih di atas adalah tidak ikhlas dan dituturkan dengan nada ala2 tak puas hati.

Nasib baik Syarikat bermurah hati nak bagi lima ketul vitamin B setiap sorang bulan depan. Kalau tak, tercungap2lah aku.

Nasib baik aku tak pernah merdeka. Dapatlah aku berharap kepada-Nya.

Selamat Hari Kebangsaan ke 50 kepada penduduk2 Malaysia.




Satu Warisan, Satu Matlamat: Tuhan.

p/s: Okeh, Syukies. Aku dah update. Boleh la aku main PS2 yang Parid dengan Zul tong2 beli hujung minggu lepas dengan senang hati.

Monday, July 30, 2007

Rotan.

Aku risau betul bila guru atau pihak sekolah yang menghukum pelajar dipersalahkan atas tindakan menghukum tersebut.

Anak2 sekarang terlalu dimanjakan sehingga hilang rasa hormat kepada orang yang lebih tua. Bila hukuman yang dikenakan terhadap anak2 ini pula dipersoalkan, mesej apa yang cuba disampaikan kepada mereka? Biadap itu sebenarnya tak salah? Mengingkari arahan guru adalah perkara yang boleh dilakukan? Buatlah salah, nanti kamu akan dibela dan orang yang menghukum kamu akan menerima hukumannya?

Ke arah mana hala tuju masyarakat kita hari ni? Aku sangat risau anak aku nanti akan membesar dalam situasi sebegini.

Ada orang berpendapat yang hukuman fizikal boleh diganti dengan teknik psikologi kanak2.

Teringat aku satu adegan dalam drama bersiri 'Salina' yang pernah ditayangkan di TV3 satu ketika dulu. Watak hero merotan anak saudara beliau, lalu ditegur watak heroin dengan mengusulkan penggunaan psikologi kanak2. Watak heroin terus diherdik oleh si hero dengan menyatakan 'sebab itu lah, si heroin jadi orang yang lupa adat bangsa dan hukum agama'. Hero kemudiannya ditegur ibu beliau kerana memarahi isteri di depan anak2 saudara yang lain.

Menarik betul adegan tersebut.

Memang diakui perlu berhikmah dalam menghukum. Aku rasa, memukul juga mungkin adalah satu cara berhikmah untuk mengajar anak2. Maksud aku, memukul dengan berpada2.

Entahlah. Sanggup ke aku nak pukul anak aku nanti?

Mungkin filem 'Anakku Sazali' karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee boleh dijadikan tauladan.

Bak kata pepatah Melayu: sayang anak tangan-tangankan. sayang isteri... erm... nak ubah pepatah ni boleh tak?

Huhu.

p/s: Homer Simpson bukanlah seorang contoh ayah yang baik. Harap maklum.

Saturday, July 07, 2007

Provoke.

Love and Hate...

They can make you do stupid things that you never think you'd do or capable of doing.

...but Money and Rewards can make you go beyond the limit...

Hoho.

What ever happen to Faith? Does Ego have the answer?

Hoho.
(gelak Santa Klaus)


p/s: Wong, if you still want me to be in the ULAM project which kicks of today (07/07/07), my email would be sayuti_azmi@yahoo.com. Just to warn you that my current commitment level is very low. Try 26/07/07, after my firt merit lump sum. :D

Tuesday, June 26, 2007

Tergelak.

Ini adalah rutin aku di rumah selepas balik kerja sejak beberapa minggu yang lalu.

Mula2 lawan kutuk mengutuk berforum dengan ex-Jenan batch aku - Cendolpulut99...

Lepas tu ber-'Peggle'.

Kemudian telefon bini tersayang. Gayut sambil ber-'Peggle' lagi.

"Ayang main peggle ke? Tanak cakap dengan orang ke?" bini tersayang, nada merajuk.
"Ok la, ok la... tak main la..." aku, tutup speaker. Sebelah tangan pegang mouse, klik2.
"Ayang tutup speaker je kan?" bini tersayang, menduga.

Aiseh, kantoi.

Aku mengaku bersalah, dan tutup peggle betul2. Kemudian memujuk bini tersayang. Dan perbualan kami biasanya mengambil masa sekurang2nya dua puluh minit. 15 minit untuk memujuk je.

Hehe.

(adoi, kena cubit)

Setelah perbualan tamat, aku berjalan ke peti sejuk. Bukak. Cari dadih perisa jagung yang Parid buat untuk di-pau. Singgah bilik Parid, kacau hidup beliau.

Kemudian, balik ke depan PC, bukak blog2 orang lain. Baca2. Tinggalkan komen.

Jika entri mengenai pengalaman, aku komen dengan kisah2 hidup aku yang berkaitan. Aku suka provoke kalau apa yang ditulis tu merupakan pendapat. Suka tambah2 kalau ada aku terasa nak tambah. Kadang2, sekadar tulisan "(hadir)" untuk memberitahu tuan blog yang aku dah baca tulisan beliau.

NOTA: Gaya "(hadir)" ini ditiru daripada Encik Bergen. Aku sangat suka tulisan beliau. Menarik.

Selepas meninggalkan komen2 tersebut, aku suka tunggu respon tuan blog. Inilah perkara yang aku rasa lebih menarik daripada entri - respon tuan blog kepada komen aku.

Ada yang tak respon. Ada pulak yang visitor lain tolong responkan. Ada yang memberi respon melalui entri khas, semata2 nak jawab komen aku. Ada yang delete komen aku. Ada jugak yang terus delete entri sendiri yang aku dah komen. Ada juga yang larang aku daripada terus memberi komen. Ada yang membuat 'lawatan balas' dan meninggalkan komen di blog aku pulak.

Haha.

Maaf. Aku sekadar terhibur.

Tentu korang pernah kena interview, tapi pernah tak korang wonder tentang mekanisme interview tersebut?

Tak pernah? Oh, takpelah. Abaikan.

Berbalik kepada cerita asal mengenai rutin.

Lepas baca blog orang dan tinggalkan komen, aku bukak balik forum Cendolpulut99.

Kemudian ber-'Peggle' lagi. Waktu ni, Parid selalunya akan datang dan menjadi cheerleader tak bertauliah.

Rakan serumah kami bernama Zul itu pula, sekarang mungkin berada atas pulau besi di tengah2 laut. Mungkin tengah sangap. Kesian beliau. Tapi, itulah tugas seorang petrophysicist (betul la gamaknya position beliau sekarang ni)

Lepas bosan tak menang cabaran Peggle, aku bukak Friendster. Selalunya diikuti aktiviti meng-Google dan download apa2 yang 'menarik'.

Hua hua.

Kot2 terasa rajin macam sekarang ni, aku update-lah blog ni.

Sekian.

Mari kita tido bagi mengakhiri rutin seharian.


p/s: Jangan ter-saiko perihal komen tentang respon kepada komen di atas, ye. Dan kepada FEQA, saya masih berhutang topik 'soft skills' dan CGPA dengan anda.

Thursday, May 10, 2007

Salah?

Encik X dan Puan Y adalah sepasang suami isteri yang bekerja di Syarikat A. Encik X adalah seorang jurutera manakala Puan Y adalah seorang pegawai pentadbiran.

Pada suatu hari Sabtu, Encik X tiba2 menikam Puan Y sehingga mati di rumah mereka. Setelah menikam Puan Y, Encik X terus meninggalkan tempat kejadian menggunakan kereta beliau.


Sehari selepas itu, Encik X berjaya ditangkap oleh pihak polis setelah kenderaan yang dipandu Encik X berlanggar dengan sebuah lori. Encik X mengalami kecederaan dan dimasukkan ke dalam wad sebuah hospital kerajaan untuk rawatan. Encik X kemudian telah didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh Puan Y.

Setelah perbicaraan dilakukan, Encik X didapati tidak bersalah atas pertuduhan dengan alasan beliau tidak waras ketika kejadian itu berlaku. Hakim mengarahkan Encik X dikurung untuk menjalani rawatan mental di sebuah Hospital Bahagia sehingga disahkan sihat sepenuhnya.


...

Menurut polisi Syarikat A, jika perlu dimasukkan ke wad untuk rawatan, seorang jurutera layak menerima pembiayaan untuk wad kelas pertama hospital kerajaan. Dalam kes di atas, perlukah Syarikat A membiayai rawatan Encik X sekiranya diminta berbuat demikian oleh pihak hospital?

Sekiranya Puan Y menamakan Encik X sebagai salah seorang penerima faedah persaraan akibat kematian beliau semasa tempoh perkhidmatan dengan Syarikat A, layakkah Encik X menerima faedah tersebut daripada Syarikat A?

Bolehkah Syarikat A menamatkan perkhidmatan Encik X sebagai jurutera di Syarikat? Mengapa?

[Edit 12/5/2007 - Keputusan dan Situasi Sebenar]

Ya, Syarikat A perlu membayar untuk rawatan beliau. Walau bagaimanapon, ketika wakil Syarikat A ingin menyerahkan surat jaminan pembiayaan dan meminta Encik X dipindahkan ke wad kelas pertama, pihak hospital menolak atas arahan pihak polis. Encik X ketika itu berada di bawah pengawasan pihak polis.

Encik X memang layak menerima faedah persaraan tersebut sekiranya beliau adalah seorang penama. Tetapi, sebenarnya, Puan Y tidak menamakan beliau sebagai salah seorang penerima. Puan Y telah menukar senarai penerima2 untuk faedah persaraan beliau beberapa hari (mungkin minggu, atau bulan... aku tak pasti) sebelum kejadian tersebut. Mujur...

Syarikat A telah menamatkan perkhidmatan beliau menggunakan alasan 'frustration of contract' - 'kontrak yang terkecewa' (Haha) akibat arahan kurungan di Hospital Bahagia yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Sekiranya alasan 'breach of contract' - 'perlanggaran kontrak' digunakan, Encik X boleh mempersoalkannya di mahkamah industri. Beliau dihalang oleh pihak berkuasa untuk menjalankan tugas, dan bukan atas kerelaan sendiri. Syarikat A pula sudah maklum dengan keputusan mahkamah dan tidak boleh mendakwa beliau melanggar kontrak.

Walau bagaimanapon, dalam situasi ini, Syarikat A masih memerlukan perkhidmatan seorang jurutera. Memandangkan Encik X tidak dapat memenuhi keperluan tersebut seperti mana yang telah dipersetujui dalam kontrak, kontrak itu telah dengan automatiknya terkecewa (frustrated... Haha) dan bagi meneruskan operasi, Syarikat A berhak menamatkan perkhidmatan Encik X untuk digantikan dengan orang lain.

[Sekian Edit - 12/5/2007 6.24pm]



p/s: Aku baru balik daripada kursus bertajuk 'Industrial Relation' - latihan peringkat dua untuk disiplin pengurusan sumber tenaga manusia. Menarik!

Oh ye, kes di atas adalah kes benar.

Sunday, April 29, 2007

Betul?

Kita memang suka kalau kita yang betul. Sebab itu, selalunya, kita rasa kita betul. Tapi, selalu juga, kita hanya rasa yang kita betul. Bukan betul pon kadang2.

Selalunya kita sibuk mencari kesilapan orang lain untuk kita perbetulkan. Selalu kita lupa untuk memperbetulkan kesilapan kita sendiri. Selalunya, orang lain tak silap pon. Kita yang rasa orang lain tu silap.

Kita konon2nya suka berfikir secara mendalam. Konon2nya, berfikir secara berlainan. 'Berfikir di luar kotak,' kata kita. Semua pendapat orang2 sebelum kita yang mana tak kena dengan fikiran kita, kita kata mereka silap. Kita rasa fikiran kita yang betul.

Kadang2, kita seronok bila ada orang yang bersetuju dengan fikiran kita. Kita rasa hebat bila kita dapat mematahkan hujah orang lain yang tak sama dengan fikiran kita. Kita bangga bila ada orang bertanya sesuatu kepada kita, dan meminta pendapat kita, dan kita dapat menghuraikan dengan panjang lebar. Kita suka mengajar orang2 yang kita rasa kurang tahu daripada kita, apa yang kita tahu lebih daripada mereka.

Akibatnya, kita lupa banyak perkara yang sebenarnya kita tak tahu. Bila kita terkena soalan yang kita tak tahu, kita rasa yang orang yang bertanya mahu memerangkap kita. Bila kita terkena hujah yang mematikan fikiran kita, kita rasa orang yang berhujah mahu menunjuk hebat, seperti kita. Lalu, kita fikir2 macam mana nak kenakan orang itu, atau macam mana nak melindungi pendapat kita. Kita berfikir bagaimana mahu mengekalkan kehebatan kita. Apa yang perlu kita katakan agar kita tak kelihatan seperti orang yang tak tahu. Kita lupa kepada perkara yang dibincangkan. Kita khayal dalam diri kita, fikiran kita.

Kita suka menyusahkan perkara yang senang, menyulitkan perkara yang mudah dan menyerabutkan perkara yang straight-forward. Kita sibuk mentafsir perkara2 yang sudah nyata sehinggakan perkara2 yang dah jelas pon boleh menjadi kabur. Kita sibuk mengungkai sesuatu perkara daripada pelbagai segi, sehingga kita lupa perkara yang asas. Semuanya gara2 kita rasa kita betul. Atau kita mahu kita betul. Paling tidak, kita mahu orang lain tak betul.

Betulkah apa yang aku tulis ni? Mungkin juga kebetulan yang aku rasa aku betul. Aku mungkin juga salah. Perbetulkanlah aku. Itupon, kalau kamu rasa kamu betul.

Haha.


p/s: Aku merapu di pagi buta. Betul!

Tuesday, April 03, 2007

Foto...

Memandangkan maklum balas untuk gambar2 dalam entri sebelum ni baik, aku pon terasa nak menayang letak lagi gambar2 dari rakaman Encik Ben.

Dapatkah kau lihat di sebalik dedaun itu?
Gambar di atas dirakam di Cherating. Gambar2 lain di bawah dan di entri sebelum ini dirakam di Labuan.

... atau kau hanya ibarat tunggul di pantai yang menghadap laut yang luas?
mungkin juga batu yang keras... tak bergerak walaupun musnah dihakis. Tak seperti kapal2 yang berlabuh
mengapa kau tumpukan mindamu pada akar yang melingkar sedangkan saujana alam berada di sebaliknya?
kau lindungi kehijauanmu disebalik duri2, khuatir kau dicerobohi
kau lupa pada saujana di sebalik sana... jauh dari duri2 mu
Dua gambar di bawah telah dialter dengan menambah contrast dan mengurangkan brightness bagi mengimbangi komposisi cahaya dan warna.


di sebalik sana ada hutan yang lebih luas untuk diterokai
asal saja kau tidak takut jadi pohon yang tercantas...
Gambar terakhir dalam entri sebelum ini (Labuan...) telah dicrop untuk menambahkan fokus kepada subjek utama (nelayan dan bot) dan menghasilkan efek panorama gambar tersebut.

Keupayaan Encik Ben terhad. Beliau tak sehebat Nick'a. Kmie dah kasik tips dulu, tapi aku tak pakai. Tapi, aku tak menyesal sebab Encik Ben kacak.

Hehe.

Oh ya. Gambar tak cantik. Pemandangan yang mencantikkan gambar.

"A picture is worth a thousand words"


p/s: Aku perasan1 ada orang rindu.2

footnote:

  1. Perasan ada dua maksud. Kedua2nya boleh diguna pakai dalam ayat ini bergantung kepada sesiapa yang membacanya. Kalau dalam bahasa Inggeris, istilah yang selalu digunakan ialah "pun intended". Huhu. Memang khas ditujukan untuk dua orang individu yang berbeza. Tak tahulah kalau dua2 individu berkenaan perasan. (Again, pun intended)
  2. Ayat ini tidak ditujukan untuk bini tersayang. Aku tahu beliau rindu. Hehe

Saturday, March 24, 2007

Guruh.

Ketika ini aku berada dalam Pavillion Ballroom, Holiday Villa Cherating. Bini tersayang tengah bermeeting. Aku duduk di tepi, tunggu habis. Nasib baik ada laptop Compaq Presario V3000 beliau yang baru sampai minggu lepas ni. Takde la boring sangat.

Minggu lepas, empat hari aku di Putrajaya. Pagi Khamis baru balik ofis. Minggu depan kena pegi Labuan pulak, empat hari.

Penat.

Banyak perkara menarik telah berlaku. Banyak juga perkara baru yang aku pelajari. Terlalu banyak pulak perkara yang aku fikirkan. Tapi, aku tak tahu apa nak tulis kali ni. Tak tahu apa yang nak diceritakan.

Mungkinkah sebab bini tersayang ada di depan sekarang ini? Atau mungkinkah aku mengalami sindrom 'writer's block'? Mungkin aku penat. Atau mungkin juga sebab aku memang pemalas...

Entahlah...

Terlalu banyak persoalan. Terlalu banyak harapan. Terlalu banyak tanggungjawab yang harus dipikul.

Berbaloikah semua ni?

Masa yang akan menjawabnya.

p/s: Sori, aku merapu. Huhu.