Showing posts with label Politics. Show all posts
Showing posts with label Politics. Show all posts

Friday, October 02, 2009

Paklong.

Waktu aku join recruitment campaign dulu-dulu, kami diberi guideline supaya menapis mana-mana calon yang pernah diambil bekerja dengan Syarikat tapi resign dan bekas scholar yang pernah menolak tawaran kerja daripada Syarikat.


Tapi, dua tiga hari lepas, setelah beberapa bulan jadi kontroversi, seorang bekas scholar yang resign dari Syarikat tiba-tiba dilantik menjadi 'independent, non-exec director' dalam Lembaga Pengarah Syarikat.

Hoh?

Adakah guideline yang diberi dulu sudah menjadi obsolete sekarang?

Bagaimana dengan 'kesetiaan' (loyalty) yang menjadi satu prinsip Nilai-nilai Bersama (Shared Values) Syarikat? Adakah sudah tidak boleh dipakai lagi?

Entahlah...

Tuesday, September 01, 2009

RON95?

Bila mana aku berbincang dengan atau membaca blog-blog berbaur politik tulisan anak-anak muda yang cenderung kepada Pakatan Rakyat, seringkali dikatakan kerajaan Barisan Nasional memperbodoh-bodohkan rakyat dalam dasar-dasar kerajaan.

Aku pelik.


Bagaimana anak-anak muda ini boleh menjadi begitu pandai sehingga tahu mereka diperbodoh-bodohkan?

Bagaimana mereka memperolehi pendidikan tinggi jika betul Barisan Nasional ingin memperbodoh-bodohkan mereka?

Bukankah tidak bijak bagi Barisan Nasional yang memegang tampuk kerajaan Malaysia selama 52 tahun menyediakan sistem pendidikan bermutu, biasiswa kecil dan besar, skim-skim bantuan pendidikan, jika matlamat sebenar mereka akhirnya ialah memperbodoh-bodohkan rakyat?

Paradoks.

Benarkah anak-anak muda yang rasa diperbodoh-bodohkan ini betul-betul bijak atau sememangnya mereka bodoh?

Siapa yang bodoh sebenarnya?

Aku kot...

Haha.


Notagambar: Ini kepala kambing yang masih melekat dengan badannya. Bukan kepala lembu. Tidak sesuai dipotong untuk tujuan demonstrasi membantah penularan budaya 'black metal'.

Thursday, June 04, 2009

Paparazi?

Sepupu bini tersayang yang tinggal di Puncak Meru kawen hari Ahad yang lalu. Kebetulan, aku baru beli lensa 55 - 200 mm secondhand. Maka, dapatlah aku guna ketika majlis perkahwinan tersebut.

Memandangkan ibu sedara bini tersayang adalah seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang bekerja di SUK Perak, adalah tidak mengejutkan apabila seorang ahli politik kontroversi yang menyamakan diri beliau dengan Mandela dan Ghandi (dalam banyak-banyak orang... dua ni gak yang dia pilih... hadui la, lawok) berada di tempat kejadian.

Menggunakan lensa telefoto aku yang baru dibeli tersebut, aku pon zoom dari jauh dan ambil gambar beliau. Tak kusangka, gambar yang aku ambil mengakibatkan sebelah keningku terangkat.

Erm... mata Dato' jeling kat mana tu Dato'?


"Latok?"
"Aa... erm... aa... ye ye. Mandela Mandela..."


(gulp!)

NOTA: Ekspresi wajah beliau adalah lebih jelas dalam gambar dengan resolusi pixel sebenar.

Huhu.

Saturday, May 09, 2009

Mengapa?

1. Entri sebelum ni sebenarnya aku nak cakap yang hari tu besday aku je. Huhu.

2. Bini tersayang hadiahkan sebijik Nikon D60. Maka, Encik Nik akan menggantikan tugas Encik Ben yang sudah uzur. Encik Ben akan menjadi videographer sepenuh masa.

3. Kalau nak tengok hasil kerja Encik Nik, boleh singgah di Flickr.

4. Aku sedikit meluat dengan perangai-perangai wakil rakyat negeri tempat lahir aku yang kecoh dan mengecohkan. Gila kuasa sungguh!

5. Malu.

6. Yang suka tunjuk perasaan tu, ingat korang je ke yang ada perasaan sampai nak menunjuk-nunjuk? Suka menunjuk-nunjuk tu kan, dah kategori riak. Riak tu pulak syirik kecil.

7. Tak boleh ke korang... erm... takpelah. Abaikan aje.

8. Dulu JE. Sekarang selsema. Tak paham-paham lagi ke? Binatang haram tu, memang tak baik untuk manusia.

9. Judi juga haram. Takkan nak tunggu ada penyakit selsema nombor ekor kot baru nak insap?

10. *sigh*

Wednesday, March 25, 2009

Yassin...

Encik KJ menang Jawatan Ketua Pemuda?

Dah didapati bersalah politik wang pon boleh menang?

Ya, ya. Mari tepuk tangan beramai-ramai. Pilihan raya akan datang insyaAllah Pakatan Rakyat yang menang.

Thursday, December 04, 2008

Marche.

Tadi waktu aku ngan sorang member beratur nak masuk balai perlepasan Airport Kuantan, tetiba ada sorang pakcik ni datang salam dan bertegur sapa dengan kami.

Muka macam familiar.

"Nak pergi mana ni?" dia tanya.
"KL je, meeting." member aku jawab.

Lepas tu, pakcik tu pon bergerak ke bilik VIP. Baru aku cam sape pakcik tu.

Datuk Ahmad Said rupanya. Menteri Besar Terangganu yang ada gaya gangster tu la.



NOTA: Gambar di atas dicilop dari blog mymassa hasil pencarian imej Google.


Pelik jugak aku kenapa pulak dia datang salam kitorang. Kitorang dua je lak tu yang dia salam. Kalu nak bermesra dengan rakyat jelata, ramai je lagi orang tengah beratur masa tu.

Mungkin secara kebetulan dia lintas dekat tempat kami beratur on the way ke bilik VIP. Atau, mungkin juga sebab aku dengan member ni pakai baju cap Syarikat. Kan baru je dua hari lepas perasmian Kerteh Plastic Park.

Huhu.

Baru je tadi kitorang ngumpat dia sebab tak mau sign approval untuk Giant mula beroperasi dekat Mesra Mall. Sekali dia muncul daa. Naik satu flight lak tu.

Kebetulan sungguh.

Oh ye. Teringat pulak lima bulan lepas waktu harga petrol naik. Ada staff Syarikat yang pakai uniform kena tolak keluar komuter.

Sekarang harga minyak dah turun, Menteri Besar pon datang salam...

p/s: Lagi 10 hari, Syifaak genap setahun. Kejap je masa berlalu...

Saturday, September 13, 2008

Bonus.

1. Dua hari lepas ni aku terdengar dialog sketsa seorang guru dan beberapa orang pelajarnya tentang pengertian puasa melalui sebuah siaran radio Melayu. Guru bertanya pelajar sama ada mereka berpuasa dan apakah erti puasa itu. Seorang pelajar berkata dia berpuasa, kerana berpuasa itu tidak makan. Guru 'membetulkan' pelajar tersebut dengan memberitahu kelas yang puasa itu sebenarnya bererti tidak makan dan tidak minum.

2. Semalam aku terdengar pula 'tazkirah' melalui siaran radio Melayu yang lain tentang zakat fitrah. Juruhebah radio berkata yang orang Islam 'harus' membayar zakat fitrah untuk membantu orang yang miskin.

3. Sebab itulah aku tak berapa suka dengar radio. Kalau nak dengar pon, aku dengar IKIM dot FM. Pilihan utama.

4. Seorang wartawan, seorang blogger terkenal dan seorang ahli parlimen pembangkang ditahan hari ni di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Padan muka diorang. Ha ha.

5. Kalau boleh, tahan la yang blogger tu lama sikit. Aku dah baca beberapa artikel beliau tadi dan aku rasa macam nak luku je kepala dia barang sedas dua. Kalau beliau nak jadi sarkastik atau sinis pon, Eff, kena ada had jugak.

6. Macam jugak nak pergi Taiwan sebab konon-kononnya nak belajar tentang pertanian. Lima, enam orang ahli parlimen pon aku rasa dah lebih dari cukup kalau betul-betul nak belajar. Kalau lebih dari 40 orang, baik buat rombongan umrah. Sekarang zaman broadband la Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Google je kalau nak tahu sangat.

7. Terlalu haru biru Malaysia hari ni. Tempias 16 September, mungkin.

8. Untuk mereka-mereka yang perlu mengundi sebelum tarikh ni, selamat mengundi. Undi itu adalah hak anda dan bakal menentukan masa depan anda.

9. Mesej di atas adalah untuk orang-orang yang bekerja dengan Syarikat. Yang tidak berkenaan sila abaikan.

10. Harni, aku tak dapat membantu dalam hal ni. Ini adalah hak Syarikat ke atas kita. Hak kita adalah untuk terima atau tidak. Gunakanlah hak itu sebaik mungkin. Aku tak boleh komen lebih lanjut kerana aku tersepit antara pendapat peribadi dan pendapat profesional. Maaf.

11. Di sebalik haru biru ni, aku mempunyai sebab untuk tersenyum. Aku ingin berkongsi senyuman ini dengan semua. Sila tekan play.



12. Maaf jika visual di atas kurang memuaskan. Encik Ben aku sudah uzur. Matanya sudah rabun. Huhu.

13. Bersyukurlah. Jika kamu bersyukur, nescaya Allah SWT akan menambahkan nikmatNya ke atas kamu.

Wallahualam.


p/s: Minum GamatMaxx ketika sahur dan berbuka sedikit sebanyak mengurangkan rasa sakit di belakang dan kaki. Ummi yang suruh minum emulsi gamat ni. Terima kasih Ummi.

Wednesday, August 27, 2008

Technical.

1. I apologize for having to blog in English (and also the quality of my English) for this particular entry. Why? Why not? Actually, I'm conveying some indirect messages through this post. I don't expect you to understand them.

2. Congratulation to Datuk Seri Anwar Ibrahim for winning the by-election and becoming the new Opposition Leader. I've kinda predicted this just after the last General Election. So, what will happen to Malaysia's political scenario after this? How would his win in Permatang Pauh benefits Malaysian in general or me in particular? It's already a waste of the people's money to held that by-election when the only need being fulfil here is DSAI's personal need and agenda to be in Parliament. If it is for the people or the party or reformation or whatever 'struggle', the wife and daughter are already in the Parliament to make his voice heard. Why does he still need to be the next Prime Minister?

3. I found it very amusing to see 'sumpah' being used so often for the last couple of months. One side repeatedly used 'akuan bersumpah' (statutory declaration) while the other used 'sumpah laknat' (swearing in the face of divine retribution) a couple of times to demonstrate that they are telling the truth. I am more inclined to believe the latter. Allah is the best witness and judge.

4. I'll be getting back to work next week eventhough I'm not fully recovered from the surgery yet. I don't think I'm getting any better if I stay at home anyway. Just about a week ago, the pain on my lower back and right leg started to come back. It is not as bad as before the surgery but based on Akak Kenakelayan's hubby's experience, I'm worried...

5. There are two possible causes for the pain to come back. First, I travelled to KL to see Ummi departed for Umrah and returned to Kuantan on the same day. Second, I picked up and held Syifaak to get her to stop crying after all other methods failed. I was the only one at home at that time babysitting her.

6. Syifaak is almost 10 kg now. The doctor said I should not lift anything more than 5 kg.

7. It is the most wonderful feeling to see Syifaak grows, learns new things, makes new sounds, vocalizes her baby-talks, smiles and laughs. It is the worst feeling not being able to pick her up and hold her when she cries.

8. Don't you find her adorable?

syifaak yang chomel

9. There is actually a third reason for the pain to come back, but I just don't want to admit it. No, it is not 'that'. To avoid further speculation, let me just say it. I've been sitting around too much in front of this laptop, trying to understand it and make it function the way I want it to be.

10. Like any other geek, I've formatted my new Dell Inspiron 1420 to get rid of all the 'bloatware' that came with it and reinstalled only everything that I need. It has only been about ten days, but the laptop has gone through the reinstallation cycle three times.

11. I'm beginning to hate the Dell MediaDirect (MD) feature. It supposed to make your life easier by allowing you to access media content faster via it's dedicated MD button built on the laptop without having to boot into Vista. However, in case the feature get messed up, standard reinstallation of the feature requires a complete format of the entire hard disk, which is very, very irritating and inflexible. I'm trying to figure out a way around this limitation.

12. I manage to get the button to work properly on the first and second reinstallation. The third one, it gone BSOD and the only way to boot back into Vista is by pressing the MD button again. Pressing the boot button will only cause it to load MD again, then BSOD. Loop.

13. After two sleepless night browsing through various online discussion on this feature, I found out that MD uses XP Embedded (XPE) on the Host/Hidden Protected Area (HPA) partition of the harddrive to get the direct boot function. It's dedicated button manipulates the Master Boot Record (MBR) to switch the active partition for bootloader.

14. I learned how to use the md3utils.exe to access the content of the HPA partition where MD resides. I manage to get rid of the BSOD, by accidentally making XPE's hal.dll or boot.ini 'corrupted' but I still don't know how I did that nor how to fix it. Bottom line is, the MD function is still not working properly.

15. Standard reinstallation of MD is not an option. I don't want to get rid of it either, because I want to utilize the MD button. I may consider other usage for that button, like dual booting but as for now, I'm sticking with just MD. So, can someone please help me fix it? I'm not an IT guy or a programmer like Kmie so any help will be very much appreciated.

16. BTW, I've found new joy in practicing the 3 x 3 Rubik's Cube, thanks to the amazing Rubik's Cube solver program I downloaded from the net. Sorry, I lost the URL.

17. I'm not really sure why I put these numbering on my post. It just seems 'cool'. Haha. Don't bother to figure it out.

End.

p/s: I'm not a pro-BN person nor any political party/figure fanatic. I'm just a taxpayer and a fellow Malaysian. I'm planning to post something before 31st August, but in case I don't, happy National Day to all. Let us pray for a better Malaysia in the future.

Friday, July 18, 2008

Keputusan.

1. Slipped disk:

Banyak cerita yang aku dengar tentang prosedur pembedahan disk tulang belakang ni. Semuanya aku percaya berdasarkan kisah benar, sama ada pengalaman sendiri atau saudara terdekat masing-masing. Ada yang cakap bertambah baik. Ada yang jadi makin teruk. Ada yang cakap baik aku operate. Ada yang cadangkan cari alternatif lain.

Menurut doktor, kalau disk L4/L5 ni bengkak lebih teruk, boleh mengakibatkan abang botak tidak boleh berdiri anu itu tidak dapat berfungsi dan kehilangan kawalan pundi kencing. Waktu itu memang kena operate dengan segera.

Walaupun aku belum mengalami simptom-simpton tersebut, aku rasa aku tak sanggup nak tahan sakit dan rasa tak selesa untuk jangka masa yang lebih lama lagi. Sakit slipped disk ni bukan setakat di pinggang dan belakang saja, tapi sakitnya turun sampai ke hujung jari kaki. Nak berdiri dan jalan jauh sikit pon tak selesa.

Sesudah aku fikir-fikir, akhirnya aku putuskan untuk operate aje lah. Pembedahan telahpon dijadualkan pada hari Selasa 22/7/2008 nanti di Kuantan Medical Center.

Cuak la plak aku...


2. Perkembangan Syifaak:

Syifaak demam sejak dua hari lepas. Gigi dah mula tumbuh. Dah pandai merangkak, dan duduk. Kadang-kadang, Syifaak juga akan menunjukkan vocal skill dan menyebut 'tatata' dan 'papapa'.

Aku agak terkilan sebab tak boleh dukung Syifaak lama-lama akibat slipped disk ni. Kalau pembedahan ni berjaya, insyaAllah aku boleh recover cepat dan dapat dukung Syifaak sebelum dia jadi lebih berat macam Mama Papa dia.

Huhu.


3. Kenaikan harga petrol 78 sen

Mula-mula, aku pon marah jugak dengan kenaikan mendadak 40% ni. Tapi, bila aku fikir-fikir balik secara rasional, aku tak jadi nak marah sebab kenaikan mendadak ini mula memberi kesan.

Dua tahun lepas, aku pernah menyokong kenaikan harga petrol 30 sen, dengan harapan kerajaan memperkenalkan sesuatu polisi yang dapat membantu dan membimbing rakyat mengubah cara hidup dan mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil. Tapi, polisi-polisi yang diperkenalkan lebih banyak mendapat kritikan. Memandangkan pemimpin kerajaan adalah ahli politik, mereka menggunakan pendekatan populist dan tidak menaikkan harga minyak petrol selama dua tahun berikutnya. Akibatnya, trend consumption bahan api fosil ini tidak juga berubah, malah makin meningkat.

Bila consumption mengatasi production, itulah yang bakal menjadikan negara nett importer satu hari nanti. Menurut perkiraan PETRONAS, perkara ini mungkin berlaku seawal tahun 2015 nanti.

Dengan kenaikan petrol dan diesel secara mendadak, walaupon dalam kemarahan, pengguna akan lebih berjimat dan tidak membazir. Ramai yang akan memilih untuk menggunakan kenderaan awam, seperti mana yang diperhatikan di ibu negara sekarang. Ramai yang akan mencari jalan untuk mengurangkan penggunaan petrol dengan memandu dengan cara yang disyorkan, memastikan enjin kenderaan dalam keadaan baik, membeli 'alat-alat penjimat minyak' (walaupon kebanyakannya mitos saja), car pooling dan macam-macam lagi.

Tidak dapat dinafikan, kenaikan harga minyak petrol dan diesel akan mengakibatkan harga barang lain akan turut naik. Maka, pengguna akan lebih bijak berbelanja dan mengurangkan kadar pembaziran.

Daripada pengamatan aku selama ni, rata-rata, ramai daripada kita suka membazir. Pergi sajalah ke mana-mana kedai makan dan perhatikan sisa-sisa makanan yang dibuang oleh pelanggan setiap hari. Tengoklah timbunan sampah, banyak barang-barang yang dibuang sebenarnya masih boleh diperbaiki lagi. Tengoklah penggunaan elektrik, sudah ada kipas, mahu pasang air cond. Sudah ada air cond, tidur bawah selimut pulak. Sudah tidur, televisyen masih menyala. Mungkin dengan kenaikan tarif elektrik, sikap membazir ini akan berubah.

Kadang-kadang, hanya dengan melalui zaman hidup susah saja, kita mampu menghargai kesenangan yang ada selama ni. Ingatlah...

"Sesungguhnya pembazir itu saudara syaitan" (Al-Israk, ayat 27)

Ayat di atas juga lebih kena kepada golongan-golongan pemimpin yang suka membazir dengan majlis-majlis sosial, projek-projek yang tidak perlu dan tidak mendatangkan faedah langsung, pembinaan kediaman-kediaman rasmi yang besar-besar dan sebagainya. Aku tak pasti sama ada pembazir air liur juga boleh masuk dalam kategori ni.

Huhu.

Sesiapa yang bising-bising pasal kenaikan harga minyak petrol menyusahkan rakyat miskin itu, cuba tanya balik diri sendiri, apa yang telah kamu lakukan untuk mengurangi beban mereka?

Waktu inilah kita-kita yang masih berkemampuan ni belajar hidup bersosial. Kenali satu sama lain. Saling bantu membantu. Belajar perbaiki diri. Bukan sekadar bagi sedekah seringgit dua aje.

Give someone a fish, he'll eat a meal. Teach him to fish, he'll eat a lifetime.

Eh, terasa poyo la pulak aku nih...

4. Debat Anwar-Shabery:

Ternyata Anwar lebih meyakinkan daripada Shabery, kerana pengalaman, skill berdebat dan background ekonomi yang beliau miliki.

Anwar nak turunkan harga minyak sebanyak 50 sen. Menurut beliau, untuk mencapai matlamat ini, beliau perlukan RM 5 billion melalui pengurangan standby capacity IPP daripada 40% kepada 20% untuk mendapatkan RM 3 billion, melalui syarikat kroni Teras Kimia yang dibayar RM 117 juta untuk menguruskan pembelian diesel, penjimatan RM 700 juta dengan mengawal kerugian diesel yang bocor, penyeludupan dan penyelewengan, dan baki RM 1 billion lebih lagi daripada RM 6 bilion dividen khas yang dibayar PETRONAS kepada kerajaan.

Aku pelik kenapa hanya RM 5 bilion? Bukankah jumlah yang digunakan kerajaan untuk subsidi minyak dan rebat tunai sudah melebihi RM 10.25 bilion bagi setengah tahun ini sahaja?

Ini bermakna, apa yang ditawarkan Anwar itu sebenarnya lebih rendah daripada yang telah diberikan oleh kerajaan.

Aku rasa Shabery patutnya gunakan hujah ini saja untuk membidas hujah Anwar. Tapi, dia berterusan menyerang tindakan-tindakan politik Anwar sejak dari dulu, mengulang ayat 'kerajaan tidak boleh gunakan kesemua untung PETRONAS untuk subsidi minyak' dan langsung tak menjawab soalan daripada moderator pihak Anwar.

Maka, jelas sekali pemenang dalam debat ini ialah PETRONAS! Sebab kedua-dua pendebat memuji dan membacking PETRONAS.

Syabas PETRONAS!


5. Keuntungan PETRONAS

Aku rasa banyak blog dan email yang telah menjelaskan bahawa bukan PETRONAS yang menentukan harga minyak. Debat tersebut juga menjelaskan perkara ni.

Bila PETRONAS mengumumkan keuntungan selepas cukai RM61 billion dengan peningkatan lebih 30% berbanding tahun lalu, masih ramai yang sebut sebab kenaikan harga minyak.

Betul lah tu.

Cuma aku harap jangan salah faham kenaikan harga minyak mentah dunia dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel di stesen minyak di Malaysia. Kedua-dua tu tak sama. Satu itu punca kepada yang satu lagi.

Kenaikan harga minyak mentah dunia memang menguntungkan PETRONAS. Sebaliknya kenaikan harga minyak petrol dan diesel di stesen minyak pula, merugikan.

Kenapa? Bila harga naik, demand kurang. Bila demand kurang, sales kurang. Melalui Automatic Pricing Mechanism (APM), keuntungan bergantung kepada jumlah sales. Maknanya bila sales kurang, untung pon kuranglah.

Sebelum kamu kata PETRONAS untung atas kesengsaraan rakyat, pergilah baca dulu full media release PETRONAS di sini. Berita yang keluar di media-media mainstream tempatan hanya sebahagian daripada laporan 16 muka surat ni. Kalau nak tahu lebih detail, boleh lihat di sini.

Maka, berdasarkan untung PETRONAS, dan sumbangan yang telah diberikan kepada kerajaan, aku rasa tidak salah sekiranya staff-staff PETRONAS yang bekerja keras membanting tulang sampai gout, slipped disk dan berkorban jadi weekend husband and wife demi negara diberikan ganjaran sewajarnya.

Apalah sangat bonus empat, lima bulan untuk staff PETRONAS berbanding RM 67.6 billion yang PETRONAS bagi dekat kerajaan pakai buat sekolah, hospital, jalan, bayar gaji kakitangan awam, etc., ye tak?

Buangkanlah PHD (bukan PhD ye) tu.

6. PETRONAS dan zakat perniagaan

Ada yang menimbulkan isu yang PETRONAS tak bayar zakat perniagaan. Untung berbilion, masuk Fortune 500, tapi kenapa tak bayar zakat perniagaan?

Untuk menjawab isu ni, kita harus lihat perkara asas iaitu kewajipan berzakat.

Setakat ilmu yang aku ada, zakat itu wajib ke atas individu beragama Islam sahaja. Yang bukan Islam, perlu membayar jizyah. Kalau dalam zakat perniagaan, pemilik perniagaan atau shareholder beragama Islam saja yang perlu membayar zakat. Jika perniagaan itu milik bersama, jumlah zakat adalah berdasarkan peratusan shareholder yang beragama Islam.

Jadi, siapakah shareholder PETRONAS?

Berdasarkan apa yang aku tahu, PETRONAS ini 100% milik Kerajaan Malaysia kerana Kerajaan Malaysia yang mengeluarkan modal RM 10 juta untuk penubuhannya dulu. Jadi, adakah Kerajaan Malaysia ini Islam?

Dalam Perlembagaan Malaysia, termaktub yang Islam adalah agama rasmi negara. Tapi, adakah ini menjadikan Kerajaan Malaysia itu Islam? Kalau ikut DAP, sampai mati pon diorang tak akan acknowledge Malaysia ialah negara Islam.

Jadi bagaimana?

Pada pendapat aku, Majlis Fatwa perlulah memutuskan sama ada perlu atau tidak PETRONAS membayar zakat, dan bagaimana mengira jumlah zakat yang perlu dibayar. Majlis Fatwa mungkin mahu berbincang dengan Penasihat Agama di Jabatan Perdana Menteri tentang hal ini.

Aku yakin PETRONAS tidak akan membantah.

Malah, anak syarikat PETRONAS yang mempunyai milikan saham umum seperti PETRONAS Dagangan Berhad ada membayar zakat berdasarkan peratusan individual shareholder yang beragama Islam.

7. PETRONAS Maju Jaya

Ramai yang salah faham tentang isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel, lalu menyalahkan PETRONAS. Ada staff PETRONAS (terutama di KL) mendapat layanan buruk, malah dipukul oleh orang-orang yang salah faham atau tidak mahu faham tentang isu minyak ni.

Jadi, aku harap mereka-mereka ini dapat hayati lirik lagu rasmi PETRONAS di bawah. Inilah sebenarnya ikrar pengorbanan staff PETRONAS yang mereka aniaya itu.

---



PETRONAS maju jaya
Kemegahan negara kita
Semerbak nama seluruh dunia
PETRONAS maju jaya

Cita rakyat kami pegang teguh
Amanah negara dipatuh
Kami usaha setulus hati
Cekal tabah ikrar kami

Kami berjuang berganding bahu
Erat muafakat bersatu padu
Pohon restu Allah Yang Esa
Malaysia makmur sejahtera

PETRONAS maju jaya
Kemegahan negara kita
Semerbak nama seluruh dunia
PETRONAS maju jaya

---

Kemudian, bacalah dengan teliti Falsafah, Visi, Misi dan Nilai-nilai PETRONAS.

Menyalahkan PETRONAS atas kenaikan harga minyak petrol dan diesel di stesen minyak adalah perbuatan yang zalim kerana sesungguhnya zalim itu adalah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Memboikot PETRONAS juga adalah satu perbuatan yang sia-sia.

Wallahualam.

p/s: Sori ah, panjang pulak aku tulis. Malas nak post banyak-banyak kali. Perasan tak format posting aku ni kat mana-mana blog? Huhu.

Thursday, June 19, 2008

Hasad!

Amarah sungguh aku pagi ni membaca Utusan Online berkenaan statement Datuk Seri Wak Khir Poyo Toyo suruh Kabinet tentukan bonus GLC.

Dia tanya "Apa penting diumumkan keuntungan besar syarikat-syarikat ini tetapi rakyat tidak merasai apa-apa?"

Belajar dah cukup tinggi dah, tapi ni pon dia boleh tak paham. Meh aku tolong jawab.

Sebabnya Datuk Seri, syarikat-syarikat ni nak bagi hint berapa jumlah cukai yang dibayar kepada kerajaan supaya rakyat dapat merasa jugak hasil penat lelah pekerja-pekerja syarikat-syarikat ini membanting tulang cari duit.

Rakyat mungkin tak dapat rasa hasil sebab ada ahli-ahli politik yang suka songlap duit cukai, contohnya macam konon-konon kasik derma kat persatuan bini-bini wakil rakyat pakai duit ni, pastu tiba-tiba la hilang dalam 10 juta. Entah-entah duit ni bini wakil rakyat yang jadi pengerusi buat beli-beli produk kecantikan kasik berkilat dahi suami dia.

Pastu dia cadangkan pulak, "Sebab itu, semua GLC negara perlu umum keuntungan kepada Kabinet sebelum Kabinet memutuskan jumlah bonus yang perlu diberikan kepada mereka."

Habis tu, buat apa syarikat-syarikat tu ada board of directors? Buat apa ada management committee? Orang lain susah-susah pergi carik duit, struggle buat kerja, senang-senang je nak buat keputusan.

Jendul kamu.

Marah sungguh aku la. Hish! Nasib baik dia orang tua, kalu tak dah lama aku cepuk dahi tu barang sedas dua.

Tarik nafas Sayuti. Bertenang. Jangan kurang ajar dengan orang tua.

Nasib baik ada artikel pasal Fuelwater yang kononnya boleh jimat petrol sehingga 40 peratus. Pakai elektrolisis kot. Terhibur gak la aku, sebab teringat satu episod Mythbuster dekat Discovery Channel.

Tapi yang pasal bahan api daripada minyak buangan ni macam menarik untuk dikaji lebih lanjut. Sape engineer, pegi la kaji. Aku orang HR. Apalah yang aku tahu.

Hehe.


p/s: Saraf tunjang aku tertekan. Sebab tu aku senang marah ni. Kalu tak, takde la doktor kasik MC seminggu. Hehe. (Alasan...)

Wednesday, June 18, 2008

MC!

Aku baru keluar wad. Seminggu makan nasik hospital.

Aku dimasukkan ke dalam wad setelah bertemu pakar orthopedik Kuantan Medical Center (yang belakang Mega Mall tu la) dan disahkan mengalami slipped disk.

Slipped disk adalah satu keadaan di mana disk di antara tulang-tulang belakang kamu membengkak dan mempressure spinal cord. Untuk kamu-kamu yang ingin tahu lebih lanjut, kamu boleh baca di sini.

Antara sebab-sebab biasa yang mungkin mengakibatkan keadaan ini termasuklah termasuklah mengangkat benda berat, jatuh, mengalami hentakan, salah duduk, salah tidur atau salah meniduri berguling. Semua faktor-faktor tersebut mungkin aku alami, kecuali yang last tu.

InsyaAllah, aku berguling dengan teknik yang betul dan disyorkan oleh badan-badan pergulingan. Tak caya boleh tanya bini tersayang, tapi beliau sebenarnya tak boleh mendedahkan rahsia bilik tidur kami kerana dilarang oleh Islam. Harap maklum.

Seminggu aku di hospital, aku terputus hubungan dengan dunia luar dan dunia internet. Walaupon ada TV, aku jarang tengok berita. Aku lebih suka layan HBO, sebab banyak movie yang menarik. Kalau movie di HBO aku kurang gemar atau ulang tayang movie yang aku dah tengok, aku tukar Disney Channel. Tengok Hannah Montana bergedik macam kebanyakan awek-awek yang pergi melepak di Mega Mall di hadapan hospital berkenaan.

Rutin di wad: fisioterapi, gantung pinggang, makan ubat, fisioterapi, gantung pinggang, makan ubat. Waktu menggantung pinggang adalah waktu aku menonton TV. Waktu fisioterapi pula adalah masa untuk dipanggang dengan hot pad, diurut dengan ultrasound oleh budak-budak praktikal kolej kejururawatan dan dikarenkan dengan mesin elektrotherapy.

Lepas ofis hour - selalunya malam, waktu perdana - bini tersayang datang melawat bersama Syifaak dan Ina, adik ipar merangkap temporary babysitter kami. Mereka akan membawa bersama pakaian untuk persalinan esok dan mengambil pakaian yang aku pakai sehari sebelum tu untuk dibawak balik bagi dicuci. Kadang-kadang mereka membawa makanan yang sedap.

Sungguh bahagia hidup aku dalam wad. Cuma kadang-kadang sunyi la jugak sebab sorang-sorang je tergantung dalam bilik dengan aircond sepoi-sepoi. Nasib baik ada HBO dan Disney Channel. Huyeh.

Lari dari realiti dunia luar dan virtual realiti dunia blog dan internet. Hari ni aku dapat tahu yang sejak seminggu lepas, PETRONAS ditekan oleh ahli-ahli politik untuk membuka akaun syarikat.

Sebenarnya aku dah agak dah sebab waktu harga minyak naik 30 sen dulu, ada demo di depan ofis. Naik 78 sen, lagi la. Memandangkan perkara yang sama berulang, maka aku pon malas lah nak komen panjang-panjang, sebab harga minyak memang takkan turun kalau asyik berdemo dan berpolitik aje. Penat kamu berdemo 30 sen tu pon belum habis lagi.

Haha. Aku gelakkan kamu. (Sah, aku dah tertiru gaya Encik Abdullahjones)

Nak refer ke post lama aku pasal isu harga minyak pon aku malas. Aku kan tengah sakit. Dapat MC seminggu tau! Kalu kamu rajin, carilah sendiri. (Sah, tiru gaya. Tapi tak bayar royalti)

Dalam banyak-banyak blog yang aku singgah, ramai betul yang aku tengok lebih pandai daripada Tan Sri Dato Seri Mohd Hassan Merican. Ahli politik pembangkang dan Abang Khairy menantu Pak Lah terutamanya. Segala yang tak kena semua dapat ditunjuk dalam PETRONAS. Itu tak kena, ini tak kena, nak tengok akaun PETRONAS lah dan macam-macam. Walhal, Petroleum Development Act 1974 dan konsep Production Sharing Contract pon tak paham. Belum tanya harga sewa rig lagi. Belum tanya geological basin lagi. Reservoir modelling tak payah tanya lah. Harga satu lesen software pon dah boleh beli Kancil sebijik.

Kepada yang nak tahu lebih lanjut, boleh lawat Petrosains di tingkat 4, Suria KLCC. Modalnya hanya RM12.00 sahaja. Tak taulah kot dah naik, sebab harga minyak naik. Hoho. (Nih dah macam gaya Kmie plak dah)

Tapi takpelah. Oleh kerana ramai yang pandai sangat, aku syorkan pergi la amik loan, dan bukaklah syarikat carigali minyak sendiri. Semoga untung banyak dan boleh la menyumbang kepada subsidi minyak dan menurunkan harga minyak di pam.

Amin.

p/s: Aku menulis dengan gaya kerek sebab aku tengah sakit belakang dan caj rawatan seminggu sangat tinggi. Semuanya RM5500++. Nasib baik ada ING Insurance, Syarikat bayar. Hoho. Sila jangan dengki.

Dan Encik Semut, aku memang comel. Haha.

Sunday, March 09, 2008

Pangkah!

Ah, keputusan pilihan raya umum kali ini memang agak berlainan sekali daripada biasa.

Yang telah dijangka, BN menang majoriti Dewan Rakyat, Kelantan kekal di tangan PAS dan Johor kekal di tangan BN dan UMNO.

Yang tak disangka, Kedah jatuh ke tangan PAS. Takbir!

Yang boleh diagak, BN kehilangan majoriti mudah di Selangor. Khir Toyo sibuk buat facial sangat...

Yang amat menggembirakan, Sammy Vellu akhirnya kalah di Sungai Siput. Ho ho ho! Kenduri lembu sekor nih!

Yang turut menggembirakan, Zainuddin Maidin kalah di Sungai Petani. What? What? This is your voter's attitude, right?

Yang kesian, Kayveas kalah di Taiping. Dah, pegi bertumbuk dengan Sammy Vellu tu. Hindraf sure gembira...

Yang tak best, Khairy Jamaludin menang di Rembau. Rempit sungguh!

Yang turut tak best, Nazri Aziz mengekalkan kerusi Padang Rengas.

Yang agak menakutkan, DAP menawan Pulau Pinang. Hmm...

Yang menimbulkan kesangsian, boleh ke Wan Azizah jadi ketua pembangkang? Mungkin better dari Kit Siang? Mungkin dia lepas kat Hadi Awang? Tapi, lepas bulan April, dia nak kasik kerusi dekat Cik Abang. Anwar jadi ketua pembangkang??? Senario yang sangat menarik!

Yang jelas, senario pilihan raya kali ini menggambarkan politik negara semakin matang dan telus, walaupon insiden di Kampung Rusila mencacatkan suasana. Kuasa di tangan rakyat dan rakyat mahukan perubahan.

Yang pasti, aku tak mengundi kali ni sebab ingin memerhati.

Huhu.

Tapi, aku akan mendaftar untuk mengundi di Pilihan Raya akan datang kalau umur panjang, insyaAllah...


p/s: Maaf, agak kurang rajin untuk menulis akhir2 ini. Lebih gemar membaca dan menonton video Syifaak selepas kerja.

Tuesday, January 30, 2007

Dalmation?

Aku sekarang berada dalam sebuah CC di Pusat Bandar Damansara. Aku sedang menunggu pukul 12.00 tengahari untuk mengambil paspot.

A ah, aku nak ke luar negara. Singapura je pon... huhu.

Ada urusan kerja di sana. Bukan kerja aku, tapi kerja orang lain. Kerja para geosaintis. Aku dihantar untuk memerhati dan belajar bagaimana kerja itu dilakukan. Pendedahan kerja teknikal kepada eksekutif bukan teknikal...

... tapi, aku kan asalnya teknikal. Gasaklah. Datin dah suruh pergi.

Kagum jugak aku dengan pegawai2 di pejabat imegresen ni. Cepat je buat kerja. Mesra pulak tu.

Kagum... kagum.

Mereka menepati piagam pelanggan yang telah ditetapkan. Beginilah yang diharapkan daripada kakitangan2 kerajaan. Jangan jadi seperti2 sesetengah menteri yang hanya mesra pelanggan (baca: rakyat) untuk menang pilihanraya.

Esok, aku akan menghadiri bengkel satu hari penetapan Key Performance Indicator (KPI), sebagai pemerhati (perhati lagi!). Bengkel ini mensasarkan pengurus2 selaku orang tengah antara kakitangan biasa dan pihak pengurusan. Mereka yang akan menetapkan KPI untuk diri sendiri serta kakitangan2 masing bagi mencapai KPI keseluruhan. Dengan ini, setiap kakitangan akan mempunyai sasaran masing2 untuk disumbang yang menjadi kayu ukur prestasi kerja pada penghujung tahun kewangan nanti.

KPI harus objektif. Boleh dinilai dengan mudah. Contohnya; "jumlah kelas yang telah diadakan sepanjang tahun". Itu salah satu daripada KPI aku. Minimum untuk satu tahun, katakan aku sasarkan lima kelas, dan dipersetujui oleh Datin. Itu, Individual Performance Contract (IPC). Maka, jika aku berjaya mengadakan lima kelas untuk tahun tersebut, prestasi kerja aku mencapai tahap yang ditetapkan. Jika lebih dari lima kelas, maka prestasi kerja aku melepasi tahap minimum yang dijangka, dan aku layak diberi merit.

Demikianlah cara prestasi kerja dinilai. Tiada faktor pilih kasih, sebab penilaian itu akan dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa perancangan sumber manusia bagi memastikan proses penilaian prestasi dijalankan dengan adil. Semuanya bergantung kepada KPI dan IPC.

Eh, dah pukul 12.00 lebih2 sikit. Nantilah bila2 aku sambung lagi.

p/s: Malasnya nak ke ofis... huu.

Thursday, December 07, 2006

Hadhari?

Aku dipaksa menghadiri Majlis Pelancaran Konvensyen Nasional Komuniti Hadhari 2006 pagi tadi, di Masjid Wilayah. Perasmian sepatutnya dilakukan Pak Lah, tapi beliau tak hadir. Mengecewakan. Selaku orang yang memperkenalkan konsep Hadhari ini, beliau patut memberikan prioriti yang lebih bagi meyakinkan rakyat tentang komitmen beliau.

Tapi, takpelah. Mungkin beliau ada perkara yang lebih penting untuk diuruskan demi kesejahteraan negara pagi tadi.

Kekecewaan aku tak berakhir di situ.

Aku lebih kecewa apabila majlis yang dihadiri beberapa orang menteri dan juga mufti2 dari seluruh negara seolah2 dibuat sambil lewa, dengan beberapa kesilapan teknikal yang memalukan, susun atur tempat duduk VIP yang aku rasa kurang sesuai serta 'timing' yang lari jauh daripada tentatif program.

Skrin turun ketika Menteri Wilayah sedang membaca teks ucapan Pak Lah, dengan bunyi motor yang jelas. Skrin itu berada di belakang tempat duduk VIP2 di atas pentas. Kemudian projektor memancar ke arah skrin, betul2 ke muka VIP2. Berkelip2lah mereka, sambil cuba 'cover' ketidakselesaan.

Sebelum sempat bebola kristal disingkap dan disentuh oleh Tan Sri Dato Hamid Othman, montaj bermula dengan tiba2. Kemudian, dihentikan. 'Frame' Window Media Player jelas kelihatan di skrin. Sesudah montaj habis, tiba2 keluar bunyi selawat. Juga separuh jalan sebab window media player ditutup dengan segera. Nampak 'wallpaper' dan ikon2 'desktop' di skrin, ketika jurugambar merakam upacara penyerahan cek dari penaja.

Program yang sepatutnya tamat pukul 11.30 pagi, habis sebelum pukul 10.30. Semua hadirin jadi 'blur' kejap.

Kemudian semua dijemput ke pameran yang dibuat di koridor masjid.

Lagi sekali aku geleng kepala.

Susun atur 'booth' dengan laluan yang sempit, mengakibatkan pelawat2 yang bercampur lelaki dan perempuan berhimpit dan bersesak2. Sesuatu yang tak sepatutnya berlaku dalam majlis sebegini, apatah lagi di dalam masjid.

Meskipon ingin mempelbagaikan kegunaan masjid, tidak sepatutnya menjadikan masjid seperti pasar. Kalau tak silap aku, Nabi SAW pon tak buat. Bahkan, baginda dengan jelas memisahkan dua institusi ini ketika di Madinah. Buat masjid dulu, kemudian buat pasar. Masjid untuk ummat Islam, tapi pasar untuk semua. Tiada favouritism, tiada diskriminasi. 'First come, first serve'. Maka, aku rasa, masjid tidak sepatutnya jadi pasar, atau tak sepatutnya buat pasar dalam masjid.

Tapi, itu pemahaman aku la. Bukan pemahaman Hadhari.

Hoho.



p/s: Aku sms tanya Kak Ayu nak apa untuk hadiah kawen. Dia jawab nak TV. Haha. Adeh! Tengoklah kalau mampu.

Wednesday, November 15, 2006

Melayu?

"Um... No?"

Kecewa benar aku setelah membaca laporan ucapan Naib Ketua Pemuda sebentar tadi. Dia beri amaran kepada ketua GLC.

Katanya, pelantikan mereka ke jawatan itu sebenarnya berpunca daripada kekuatan UMNO di dalam kerajaan dan bukannya disebabkan CEO terbabit merupakan antara mereka yang terbaik.

Patutlah banyak GLC yang gagal...

"Tanpa UMNO mereka tidak akan dapat memegang jawatan sebagai CEO."

Angkuh!

"...Kita bukan tuntut projek yang berbilion-bilion cuma kita sekadar meminta bantuan yang sepatutnya daripada mereka,”

Tak tahu malu!

...disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan daripada perwakilan pergerakan itu.

Bodoh. Kurang bijak...

Aku bukannya menentang parti ni. Sokong pon tidak. Cuma, aku rasa orang Melayu sikapnya lebih suka merendah diri dan bermaruah tinggi.

Kemudian, apabila Naib Ketua Pemuda menuturkan ayat;

"...Hakikatnya orang Melayu masih lemah dan perlu dibantu,”

Aku rasa betul2 terhina. Bagaimana seorang pemimpin yang sepatutnya menaikkan imej dan semangat bangsanya, boleh mengeluarkan ayat sebegini?

Sungguh memalukan.

Hakikatnya, situasi orang Melayu di Malaysia hari ini, ibarat mat rempit masuk Pemuda Umno ibarat anak yang terlalu dimanjakan. Tak mampu berdikari. Rosak akhlak.

Jadi, ini respon peribadi aku kepada beliau, "Tanpa UMNO Pak Lah mereka Khairy tidak akan dapat memegang jawatan sebagai CEO Naib Ketua Pemuda."

Kecewa.


p/s: Selalunya, aku hanya memerhati. Tapi, mamat sorang ni... *sigh*

Saturday, August 05, 2006

Ubahsuai.

Aku masih tak dapat housemate baru. Seorang kawan lama yang lebih dikenali sebagai Apis Kucing, sms dan menyatakan minat terhadap bilik berkenaan. Sehingga hari ini, Apis Kucing masih belum sampai ke sini untuk melihat bilik yang dimaksudkan.

NOTA: Aku pon tak tahu bagaimana gelaran 'Kucing' itu diperolehi. Kata Parid, sebab misai beliau. Selama ini, aku ingat sebab beliau orang Kuching, Sarawak.

Apis Kucing menepati ciri2 housemate yang aku nyatakan sebelum ini, cuma dia merokok. Seingat Parid, dia sangat kuat merokok. Tapi, kami boleh berkompromi jika tabiat itu dihadkan di luar rumah dan di dalam bilik beliau saja.

Semalam, aku melepak dengan Abang Napi bercerita tentang kerenah2 manusia di tempat kerja. Sessi yang penuh manfaat sementara menyelia kerja2 penyusunan semula cubicle. Abang Napi seorang kerani. Beliau mempunyai 22 tahun pengalaman bekerja di Syarikat, dan telah berkhidmat dengan pelbagai jenis manusia.

Pengalaman itu, ternyata tidak boleh didapati daripada mana2 buku. Yang boleh didapati daripada buku hanyalah pengalaman2 golongan eksekutif, kerana golongan2 ini lebih suka menulis buku. Konon2, menulis buku itu menjadikan mereka hebat.

Haha.

Bagi orang2 yang masih tak perasan, kawasan Lembah Kelang sudah tidak mempunyai ruang yang luas untuk menempatkan manusia2 yang berhijrah dari serata Malaysia. Oleh itu, rekabentuk bangunan seperti bangunan 'gerbang' Matrade janganlah diluluskan selalu bagi menjimatkan ruang yang masih ada.

Jika tidak, cubicle2 pejabat terpaksa dikecilkan lagi bagi menampung jumlah pekerja yang ramai. Takkan kita mahu biarkan kadar pengangguran terus meningkat pulak...

p/s: Harni, banyakkanlah bersabar. Encik Musafir, salam anda telah disampaikan.

Thursday, July 27, 2006

Petunjuk?

Mengapa perlu perlembagaan untuk melindungi akidah, sedangkan akidah itu adalah pelindung yang lebih hebat daripada perlembagaan atau apa2 undang2 gubahan manusia?

Perbincangan mendalam yang boleh mencetus kontroversi. Maka, malas tulis.

HAHA.

Sebenarnya, nak tulis dari komputer di rumah sebab boleh concentrate. Tapi, modem Streamyx pulak rosak, mungkin sebab petir. Parid dah hantar baiki.

Din baru pindah. Beliau nak tinggal serumah dengan kawan2 satu batch di UTP dulu.

Lalu, aku dan Parid sedang mencari housemate yang mempunyai ciri2 berikut:

  • Lelaki bujang yang beriman
  • Mempunyai kerjaya tetap
  • Berumur dalam lingkungan 22 ke 27 tahun
  • Pandai masak lauk yang best
  • Tidak merokok
  • Menjaga kebersihan
  • Mempunyai naluri seksual yang normal
  • Bukan jenis lelaki lembut
Rumah kami di Pangsapuri Mawar, Bandar Baru Sentul. Jika kamu tidak tahu di mana pangsapuri berkenaan, kamu boleh naik LRT Star dan turun di Terminal Sentul Timur. Kamu harus menapak kira2 empat minit dari situ. Kalau sesat, tanya orang.

Sewa yang ditawarkan ialah RM200 sebulan. Kamu akan mendapat satu bilik tidur dan menggunakan perkakas2 rumah yang lain seperti mesin basuh, dapur, peti sejuk, dan televisyen tanpa had. Walau bagaimanapon, penggunaan telefon adalah dikawal.

Jika berminat, boleh hantar permohonan ke email atau tinggalkan komen di sini.

Oh ya, Tok dah kembali ke rumah setelah tekanan darah rendah yang dialami kembali normal.


p/s: Selamat berkahwin untuk Nany. Sorry tak dapat nak pergi.

Friday, July 21, 2006

Hajat.

Sekiranya kamu ingin melepaskan hajat di dalam tandas awam, atau tandas pejabat, minimumkanlah bunyi yang dikeluarkan bagi menjamin keselesaan bersama. Jangan pula kamu mendesah dengan setiap ketul emas yang sedang dilaburkan, walaupon nikmat perbuatan ini diakui. Cuba bayangkan...

*Ceplup*

"Ahhh..."

*Ceplup*

"Ahhh..."

Bunyi-bunyian kamu ini sudah pasti mengganggu emosi pelabur di 'cubicle' sebelah.

Juga, janganlah kamu menjawab panggilan telefon ketika berada di dalam tandas. Kamu mungkin pernah dengar tentang kisah seorang lelaki yang perasan orang di sebelah sedang bercakap dengan beliau, padahal orang itu sedang bercakap di telefon. Jika kamu belum tahu kisah itu, boleh baca di sini. Bersms juga adalah tidak digalakkan, lebih2 lagi jika 'keypad sound' kamu diaktifkan.

Tapi, aku rasa sia2 aku coret di sini sebab kamu bukanlah di kalangan orang2 yang melakukan perbuatan2 di atas di dalam tandas awam.

Aku juga rasa sia2 kalau aku coret bantahan aku terhadap serangan Israel ke atas Lubnan di sini. Sedangkan bantahan PBB pon tak diendahkan Israel Laknatullah itu, apatah lagi blog aku yang langsung tak ada sebarang signifikan terhadap mereka.

Tadi, ada perhimpunan di belakang Masjid Asy-Syakirin, KLCC bagi membantah serangan Israel tersebut. Ramai wartawan datang, tangkap2 gambar. Ketika itu, aku dan Syuk baru lepas solat Jumaat. Syuk datang KL untuk mencari kerja baru.

Ketika kami berjalan ke arah Suria KLCC, kami dapati sekumpulan lelaki Melayu berjaket Pemuda UMNO sedang bergerak pada arah bertentangan dengan kami, berkemungkinan besar mahu menyertai perhimpunan tersebut.

"Eh, diorang ni sembahyang kat mana?" aku tanya Syuk, soalan retorik.

"Oh... tadi hujan," jawab Syuk, sinis.



p/s: Sama2lah kita berdoa ke atas kesejahteraan akidah umat Islam di Malaysia dan doakan keselamatan dan kemenangan Tentera Lubnan dan Hizbullah ke atas Israel Laknatullah.

Saturday, June 10, 2006

Kacak?

Dia kini bergelar Si Kacak, gelaran yang diwarisi daripada Si Kacak Terdahulu. Dia yang kelima menerima gelaran itu. Kekacakan dia telah diperakui oleh majoriti gadis2, walaupon pada asalnya, Si Kacak Terdahulu yang memilih dia sebagai pewaris, bukan gadis2.

Kini, sebagai Si Kacak terhormat, dia rasa bertanggungjawab ke atas kebajikan gadis2 yang memperakui kekacakannya. Dia mula memberi kebebasan untuk gadis2 bersuara, mengkritik apa yang tak kena dengan sikapnya dan kawan2nya yang lain agar mereka boleh perbaiki akhlak masing2. Dalam pada masa yang sama, dia juga ingin membentuk gadis2 tersebut agar menjadi lebih baik dengan pendekatan ilmu dan agama. Dia juga mahu gadis2 ini membesar dengan sihat, lalu dia lebih menyeru agar gadis2 ini belajar bercucuk tanam.

Tidak seperti Si Kacak Terdahulu.

Si Kacak Terdahulu lebih mementingkan penampilan gadis2 agar mereka kelihatan lebih menarik dalam majlis tari menari antarabangsa. Lalu, Si Kacak Terdahulu rajin membelikan baju2 yang mahal kepada beberapa orang gadis yang dirasakan cantik untuk diperagakan bagi menarik minat pemuda2 asing ke arah gadis2 berkenaan. Si Kacak Terdahulu tahu, pemuda2 asing ini akan berasa seronok untuk membelanjakan wang mereka kepada gadis2 tersebut.

Dia, tidak seperti Si Kacak Terdahulu. Dia lebih suka merendah diri. Kini, setelah dia mendapat gelaran Si Kacak terhormat, dia menghentikan pembelian baju2 yang mahal kepada gadis2 cantik ini. Dia juga telah membatalkan tempahan sepasang baju kurung istimewa yang dipesan oleh Si Kacak Terdahulu. Bajunya telah siap, tapi kainnya perlu dibuat di kedai jahit Apek sebelah.

Apek itu mengada2. Banyak yang diminta sebagai balasan mengizinkan kedainya digunakan untuk membuat kain tersebut, termasuklah kebebasan untuk lalu lalang di rumah gadis yang memakainya dan dihidangkan air setiap hari oleh gadis berkenaan. Gadis itu lebih rela pakai kain lama dengan baju kurung baru daripada memberikan si Apek itu apa yang diminta.

Si Kacak Terdahulu tidak puas hati dengan keputusan dia membatalkan tempahan kain tersebut. Lalu, Si Kacak Terdahulu memaki hamun dia di khalayak ramai. Si Kacak Terdahulu tahu dirinya masih kacak, walaupon mempunyai garis2 kedut yang jelas di dahi akibat dimamah usia. Si Kacak Terdahulu juga tahu, ada lagi gadis2 yang meminati kekacakannya terutama gadis2 yang pernah dihadiahkan baju2 mahal dulu.

Tapi, dia tidak ambil peduli apa Si Kacak Terdahulu kata. Dia adalah Si Kacak yang bertanggungjawab kepada gadis2 ini. Si Kacak Terdahulu bukan lagi Si Kacak rasmi.

"Dia mengkhianati saya. Dia harus terhutang budi kerana saya yang memilihnya, walaupon dia sedikit gendut." kata Si Kacak Terdahulu baru2 ini.

"Saya menyesal memilihnya!" tambah Si Kacak Terdahulu lagi.

Dia diam dengan tuduhan itu. Dia tahu tak guna menjawabnya. Tapi, ramai gadis2 tidak tahu. Gadis2 ini boleh bercakaran sesama sendiri jika Si Kacak Terdahulu meneruskan tuduhan dan cacian kepada dia.

...Erm.

(Aku blank)

Tamat.

Demikianlah satu cubaan yang langsung tak menarik dari aku. Sebab tu aku malas nak tulis perkara2 sebegini. Lebih baik aku ceritakan kisah hidup aku sehari2.

Hari Khamis lepas, aku ber'deting' dengan bini tersayang di The Mines, Serdang.

Memandangkan aku menggunakan Kad Perjalanan Bulanan LRT RapidKL, aku menaiki LRT Putra dari ofis ke Masjid Jamek, kemudian tukar ke LRT Star untuk ke stesen Bandar Tasik Selatan. Di situ, aku hanya perlu membayar RM1 untuk menaiki komuter ke Serdang. Jika aku naik dari ofis ke KL Sentral, aku perlu bayar lebih kurang RM3 untuk komuter.

Akibat kedekutan aku tersebut, aku gagal menaiki tiga buah komuter yang lalu di stesen Bandar Tasik Selatan kerana tidak rela untuk menolak2 dan berhimpit2. Tiga kali komuter sampai, tapi sarat dengan penumpang2 yang naik di stesen2 lain sebelum stesen berkenaan.

Bini tersayang datang ambil pukul 7.00 (lebih2 sikit) malam, dan kami terus ke The Mines. Di sana, bini tersayang nak beli bra kutang gogel Sin Chan baju kecik.

Kadang2, aku kagum benar dengan orang perempuan ni. Banyak betul jenis baju sampai orang boleh bukak kedai untuk baju kecik saja. Pernah jumpa kedai seluar kecik lelaki?

Teknik kawalan pernafasan adalah sangat penting bagi para lelaki ketika berada di dalam kedai sebegini. Jika tidak, gadis penjaga kedai akan takut dengan kamu, atau terus meletak jawatan serta merta.

Ketika membayar, aku terlihat satu paket yang menarik di kaunter.

"Invisible bra," kata bini tersayang, berseloroh.

Aku ambil dan membelek2 paket tersebut, sambil berlakon membaca2 tulisan2 yang ada di atasnya. Padahal, tengok gambar je.

HAHA.

"Tipulah!" aku.
"Tu untuk lekat cover nipple je," gadis penjaga kedai menjelaskan dengan selamba.
"HOH?" aku terbunyi, seraya meletakkan balik paket berkenaan cepat2.

*Blushing*

Kawal pernafasan, kawal pernafasan...

Kemudian, aku dan bini tersayang pergi makan di KFC. Makan ayam goreng boleh mengurangkan keterujaan.

Malam itu, kami menonton wayang. Filem animasi 'Cars'.

Filem tersebut sangat menarik, kelakar dan menghiburkan. Aku cadangkan kamu pergi menonton filem tersebut dengan ahli keluarga kamu.

Berbaloi!


p/s: Kalau kamu jenis yang tidak menonton wayang dengan alasan itu budaya barat, maksiat, atau mengkayakan Yahudi, sila abaikan cadangan aku di atas.

Monday, April 17, 2006

Berjaga.

Memandangkan aku dah boleh akses internet dalam keadaan berguling di ruang tamu rumah sewa pada pukul 4.30 (kurang2 sikit) pagi, maka, aku mengambil keputusan untuk menulis sesuatu di dalam blog.

Ye betul, aku belum tidur.

NOTA: Entah kenapa, ketika menaip ni, aku dapat mendengar leteran bini tersayang tentang kepentingan tidur awal dan kenapa tak perlu pasang Streamyx di rumah sewa pada esok hari.

Aku pon tak tahu kenapa aku tak boleh tidur. Mungkin kerana...

  1. Aku menanti panggilan bini tersayang apabila beliau sampai di Gebeng.
  2. Teringat TokWan yang kini duduk sendirian di Alor Setar. Tok telah diambil untuk dijaga oleh Mak Lang.
  3. Masih belum memutuskan sama ada ingin ikut bini tersayang ke Sidney pertengahan bulan depan. Bini tersayang ada international convention OmegaTrend (sebuah perniagaan Multilevel Marketing) di sana. Boleh reimburse perbelanjaan perjalanan sebanyak RM4000.
  4. Dah ada internet di rumah.

Bini tersayang naik bas pukul 1.00 pagi tadi. Sebelum itu, aku dan bini tersayang membeli belah sakan di Giant, Gombak. Itulah resit paling panjang pernah aku dapat dalam satu belian. Jumlah harga semua barang ialah RM179, tapi kami hanya membayar RM79. Pelik?

Kami ada dua baucer RM50 untuk membeli belah di Giant yang dimenangi dalam acara Mistery Drive tempoh hari.

Wek wek, kena tipu.

Hmm...

Aku rasa, aku dah terlalu banyak membaca blog Abdullah Jones.

Yoda telah mengesyorkan aku mula baca blog Jeff Ooi pulak. Aku baru baca satu entry, tentang isu Jambatan Bengkok.

Artikel berkenaan ditambah dengan komen2 yang tidak kurang hebatnya betul2 membuatkan aku terfikir betapa bertuahnya aku berbanding Pak Lah.

Aku cuma perlu memikirkan kebajikan 330 (lebih2 sikit) orang staff. Aku cuma perlu risau tentang kaum keluarga terdekat sahaja. Itu pon dah cukup untuk membuatkan aku susah untuk melelapkan mata.

Bagaimana agaknya beban kerisauan Pak Lah? Dah le takde bini untuk mengurangkan kerisauan.

Aku sekurang2nya boleh jumpa bini tersayang di hujung minggu. Pak Lah?

p/s: Ahh... risaunye risaunye. Abis la aku kena leter esok...