Wednesday, September 23, 2009

Budu.

Kenapa ada istilah raya pertama, raya kedua, raya ketiga...? Sejak bila ummat Islam beraya sehingga sebulan? Tok guru mana punya fatwa nih? Puasa ye la, sebulan Ramadhan. Tu pon ramai yang tak cukup. Ada hati nak beraya sebulan konon...


Kenapa malam-malam menjelang raya, ramai orang pasang pelita keliling rumah? Lepas dah cerah tu, lupa pulak nak jalan pergi surau berteraweh. Adakah kita nak memeriahkan 10 malam terakhir Ramadhan atau nak tiru orang Hindu menyambut Deepavali?

Kenapa takbir Hari Raya selalunya berbunyi sayu (bukan Sayuti) mendayu-dayu? Bukan ke kita meraikan kemenangan melawan nafsu? Kenapa tak bersemangat? Dah menang, kena la semangat! Atau, adakah mendayu-dayu itu, tanda kekalahan? Oh! Mungkin juga mendayu-dayu sebab sedih Ramadhan telah meninggalkan kita... Ye la tu.

Pastu, kenapa bila raya kena bagi duit raya? Kenapa kena bagi duit dalam sampul duit raya? Ni budaya kita ke tiru orang Cina sambut Tahun Baru Cina? Orang Cina bagi ang pow kaler merah. Kita bagi 'ang pow' kaler hijau. Siap ada syarat, orang yang dah kahwin dan dah kerja, tak boleh dapat duit raya. Dah la main mercun pon nak tiru orang Cina... mungkin kita nak halau setan-setan yang baru lepas belenggu neraka kot.

Nasib baik budaya hantar kad raya dah tak berapa popular. Semua pakai online, e-kad, email, SMS dengan MMS je sekarang ni. Budaya kad raya ni, sebenarnya dari mana ye? Aku pon tak tahu. Dulu, rajin jugak hantar kad raya dekat keluarga dan awek-awek. Sekarang, SMS pon malas. Walhal, 1 sen je pon kredit. Huhu.

Lepas raya, disunatkan kita puasa enam. Yang lawaknye, ada pulak sambut hari raya puasa enam!

Haha.

Memang betulla kita ni suka beraya.

Sunday, September 13, 2009

Muniandy.

Kerana terlalu sibuk mencari salah orang lain, kita lupa mencari salah diri sendiri.

Kerana sibuk minta maaf kepada orang lain, kita lupa untuk minta maaf kepada diri kita sendiri.

Sesungguhnya, kita lebih banyak menzalimi diri kita sendiri tanpa kita sedari.


Dan tanyalah diri, layak ke kita nak berhari raya tahun ni?

Sedangkan puasa kita di bulan Ramadhan, hanya sekadar lapar dan dahaga.

Tuesday, September 01, 2009

RON95?

Bila mana aku berbincang dengan atau membaca blog-blog berbaur politik tulisan anak-anak muda yang cenderung kepada Pakatan Rakyat, seringkali dikatakan kerajaan Barisan Nasional memperbodoh-bodohkan rakyat dalam dasar-dasar kerajaan.

Aku pelik.


Bagaimana anak-anak muda ini boleh menjadi begitu pandai sehingga tahu mereka diperbodoh-bodohkan?

Bagaimana mereka memperolehi pendidikan tinggi jika betul Barisan Nasional ingin memperbodoh-bodohkan mereka?

Bukankah tidak bijak bagi Barisan Nasional yang memegang tampuk kerajaan Malaysia selama 52 tahun menyediakan sistem pendidikan bermutu, biasiswa kecil dan besar, skim-skim bantuan pendidikan, jika matlamat sebenar mereka akhirnya ialah memperbodoh-bodohkan rakyat?

Paradoks.

Benarkah anak-anak muda yang rasa diperbodoh-bodohkan ini betul-betul bijak atau sememangnya mereka bodoh?

Siapa yang bodoh sebenarnya?

Aku kot...

Haha.


Notagambar: Ini kepala kambing yang masih melekat dengan badannya. Bukan kepala lembu. Tidak sesuai dipotong untuk tujuan demonstrasi membantah penularan budaya 'black metal'.

Thursday, August 20, 2009

Kuarantin?

Terima kasih kepada pemilik email zukhrufah@yahoo.com yang telah meninggalkan komen di entri saya yang sebelum ini.

Maaf, kali terakhir saya terserempak dengan Puan Noor Hidaya adalah dua tahun lalu ketika saya menjadi panel penyaring resume untuk sessi temuduga terbuka di sebuah hotel di Bandaraya Kuala Lumpur. Malangnya, saya tak sempat meminta nombor atau email beliau ketika itu.

Untuk makluman, entri yang menyebut tentang Puan Noor Hidaya telah saya tulis kira-kira tiga tahun lalu sempena ulangtahun percintaan saya dengan bekas rakan sebilik beliau yang kini telah menjadi isteri saya.

Sekian, harap maklum.

p/s: Jadi gak modal aku nak update blog ni. Hahaha.

Tuesday, July 14, 2009

Tua.

Ok, aku hidup lagi.

Cuma aku akan malas update blog sebab makin rancak dengan hobi fotografi di Flickr dan bermain-main apps di Facebook serta membaca komik di OneManga.

Oh, dua hari yang lalu (12 Julai 2009) adalah ulangtahun kelahiran bini tersayang yang ke 27. Aku menghadiahkan beliau sebiji kek Secret Recipe sahaja.

Dan Syifaak, semakin hari semakin bijak dan lincah. Tapi, dia tamau dengan Papa (aka Si Kacak) sebab Papa garang dan takde nenen macam Mama.

Huhu.

Sekian, terima kasih.

Oh ye, selamat mengundi orang Manek Urai. Kalau tak tahu nak pangkah sapa, 'right' (simbol Nike) saja dacing atau bulan tu. Dapat tambah undi rosak.

Thursday, June 04, 2009

Paparazi?

Sepupu bini tersayang yang tinggal di Puncak Meru kawen hari Ahad yang lalu. Kebetulan, aku baru beli lensa 55 - 200 mm secondhand. Maka, dapatlah aku guna ketika majlis perkahwinan tersebut.

Memandangkan ibu sedara bini tersayang adalah seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang bekerja di SUK Perak, adalah tidak mengejutkan apabila seorang ahli politik kontroversi yang menyamakan diri beliau dengan Mandela dan Ghandi (dalam banyak-banyak orang... dua ni gak yang dia pilih... hadui la, lawok) berada di tempat kejadian.

Menggunakan lensa telefoto aku yang baru dibeli tersebut, aku pon zoom dari jauh dan ambil gambar beliau. Tak kusangka, gambar yang aku ambil mengakibatkan sebelah keningku terangkat.

Erm... mata Dato' jeling kat mana tu Dato'?


"Latok?"
"Aa... erm... aa... ye ye. Mandela Mandela..."


(gulp!)

NOTA: Ekspresi wajah beliau adalah lebih jelas dalam gambar dengan resolusi pixel sebenar.

Huhu.