Kacak!
*Hns Hns* (Bunyi hidung kembang kuncup)
Alhamdullillah.
Sukacita dimaklumkan bahawa aku telah selamat bergelar "Si Kacak" pada hari Jumaat, 14 Disember 2007 bersamaan 4 Zulhijjah 1428H, pukul 2.05 petang dengan kelahiran secara normal Erynn Asy-Syifaak binti Mohammad Sayuti.
Ini dia wajah Erynn Asy-Syifaak ketika berumur dua hari. Berat sewaktu dilahirkan ialah 3.94 kg dengan panjang 52 cm. Tembam, seperti yang kelihatan waktu scan dulu...
NOTA: Sebenarnya, nama dan ejaan Asy-Syifaak dipilih oleh bini tersayang walaupon Bapak (atau Mas?) Sayuti Deterna telah mencadangkan nama yang hampir2 dengan nama ini satu ketika dulu.
"Asy-Syifaak" (ejaan lain: Syifa, Syifa', Syifak, Shifa) bermaksud penawar. Moga2 dia menjadi penawar duka, kesepian dan kesedihan aku dan bini tersayang berjauhan selama ni. Juga, moga2 besar nanti dia jadi doktor atau jururawat yang kahwin dengan doktor. Hehe...
Semalam Mak tanya, "Dia nak panggil kamu apa Ti?"
Terkedu aku. Wajar ke aku cakap aku nak suruh anak aku panggil aku 'Si Kacak' nih? Sah2 kena gelak dengan Mak ni (tak pon kena bebel...)
Memandangkan bini tersayang nak digelar Mama, aku pon menjawab "Papa kot..." bagi mengcover agenda tersembunyi aku dari pengetahuan Mak.
Muahaha (gelak sinister)
Apa2 pon, aku bersyukur dengan anugerah Allah SWT ini dan aku mohon kekuatan untuk menjadi 'Si Kacak' yang terbaik untuk dia. InsyaAllah...
Tapi sekarang aku terpaksa menahan rindu berjauhan dengan kedua2 Erynn kerana terpaksa ke ofis...
Sedih! Bila nak dapat transfer ni?
Huwaa...
p/s: Terima kasih kepada yang mengucapkan tahniah. InsyaAllah, kalau rajin nanti, aku cerita pengalaman debaran penantian dalam wad dan kelucuan dalam ketakutan menemani bini tersayang dalam labor room. Sekarang penat, baru sampai dari Kuantan.
p/s #2: InsyaAllah, lagi dua hari, jadi Uncle Kacak pulak. Kak Ayu due to deliver 18/12/2007. Dapat dua cucu la Abah dan Ummi bulan ni. Good Luck Kak Ayu! Pakai epidural. Hehe.

